penyakit pokok

29

Upload: phamcong

Post on 31-Dec-2016

261 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Pokok
Page 2: Penyakit Pokok

i

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera. “Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit dan serangga perosak utama tanaman getah. Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan “Pocket Book” Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat memberi maklumat dan menjadi panduan khusus-nya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengamalkan teknologi-

Page 3: Penyakit Pokok

ii

teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.

Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.

Datuk Dr Salmiah Ahmad Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

Page 4: Penyakit Pokok

iii

SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Prakata Senarai Kandungan Pendahuluan

PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA POKOK GETAH Penyakit Daun Pokok Getah Penyakit Tapak Torehan Penyakit Akar Kesan Serangan Penyakit Penyakit Daun Penyakit Tapak Torehan Penyakit Akar Mengenal Penyakit dan Tanda-Tanda Serangan Penyakit Luruhan Daun Oidium Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum

iiii1

222

33344

556

Page 5: Penyakit Pokok

iv

Penyakit Luruhan Daun Phytophthora Penyakit Luruhan Daun Corynespora Penyakit Calar Hitam Penyakit Akar Penyakit Akar Putih Penyakit Akar Merah Penyakit Akar Perang Mengawal Penyakit Merawat Dengan Racun Kimia Merawat Penyakit Luruhan Daun Oidium Merawat Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum Merawat Penyakit Luruhan Daun Phytophthora Merawat Penyakit Calar Hitam Pengurusan Penyakit Akar Merawat Penyakit Akar Kawalan Kimia PENUTUP

7

8 9101112131415

15

15

1516171719

20

Page 6: Penyakit Pokok

SENARAI JADUAL

Jadual 1. Kawalan Kimia Bagi Penyakit Pokok Getah

SENARAI RAJAH

Rajah 1. Tompok-Tompok Putih Berdebu Di Permukaan Daun Yang Diserang Oleh Kulat Oidium heveae Rajah 2. Bintik-Bintik Yang Timbul Di Permukaan Daun Akibat Serangan Kulat Colletotrichum gleosporioides Rajah 3. Daun Dijangkiti Oleh Penyakit Luruhan Daun Phytophthora. Titisan Susu Getah Beku Pada Lesion Yang Berwarna Keperangan Pada Tangkai Daun Rajah 4. Daun Dijangkiti Oleh Penyakit Luruhan Daun Corynespora. Gejala “Tulang Ikan” Pada Daun Getah

v

19

5

6

7

8

Page 7: Penyakit Pokok

vi

Rajah 5. Penyakit Calar Hitam

Rajah 6. Akar Yang Dijangkiti Oleh Penyakit Akar Putih

Rajah 7. Akar Yang Dijangkiti Oleh Penyakit Akar Merah

Rajah 8. Penyakit Akar Perang

Rajah 9. Semburan Racun Kulat Di Tapak Torehan Untuk Merawat Penyakit Calar Hitam

Rajah 10. Parit Pemisah

9

11

12

13

16

18

Page 8: Penyakit Pokok

PENDAHULUAN

Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan yang diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang mengganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai.

1

Page 9: Penyakit Pokok

2

PENYAKIT-PENYAKIT UTAMA POKOK GETAH

Pokok getah boleh diserang oleh beberapa jenis penyakit dan sekaligus menjejaskan kesuburannya. Penyakit utama yang menyerang pokok getah dewasa adalah seperti berikut:

Penyakit Daun Pokok Getah

Di Malaysia, terdapat empat penyakit daun yang menyerang bahagian daun pokok getah iaitu :

Penyakit Tapak Torehan • Penyakit Calar Hitam disebabkan oleh kulat

P. palmivora.

• Penyakit luruhan daun Oidium disebabkan kulat Oidium heveae.

• Penyakit luruhan daun Colletotrichum disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides. • Penyakit luruhan daun Phytophthora disebabkan oleh kulat Phytophthora botryosa atau Phytophtora palmivora. • Penyakit luruhan daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola.

Page 10: Penyakit Pokok

3

Penyakit Akar

Di Malaysia terdapat tiga jenis penyakit akar pokok getah yang utama iaitu:-

• Penyakit akar putih adalah penyakit yang paling kerap berlaku disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus. • Penyakit akar merah disebabkan oleh kulat

Ganoderma philippii. • Penyakit akar perang disebabkan oleh kulat

Phellinus noxius.

Kesan Serangan Penyakit

Kesan-kesan serangan penyakit mengikut jenis penyakit adalah seperti berikut:

Penyakit Daun

• Daun rosak disebabkan oleh bintik, tompok dan bahagian daun yang mati.

• Daun-daun yang teruk dijangkiti akan gugur. • Pucuk dan ranting akan mati. • Pokok tidak subur. • Mengurangkan hasil tuaian lateks.

Page 11: Penyakit Pokok

4

Penyakit Tapak Torehan • Kulit di tapak torehan rosak dan kulit pulihan

tidak tumbuh dengan sempurna. • Kulit pulihan di tapak torehan tidak dapat

ditoreh dengan sempurna kerana terdapat bonjolan

• Hasil getah berkurangan.

Penyakit Akar

Penyakit akar berupa penyakit yang paling berbahaya dalam penanaman getah kerana ia boleh membunuh pokok. Penyakitnya di sebabkan oleh kulat, yang pada mulanya menyerang pada permukaan akar sahaja. Lama-kelamaan kulat tersebut menembusi tisu kayu menyebabkan akar menjadi reput dan seterusnya mematikan pokok. Penyakit akar boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar, iaitu apabila akar pokok yang sihat bertemu dengan yang berpenyakit. Selain dari itu, jangkitan juga boleh berlaku oleh spora yang memasuki akar melalui tisu luka yang terdedah yang terdapat di bahagian batang atau dahan.

• Pokok akan mati. • Jumlah pokok akan berkurangan. • Jumlah hasil lateks dan kayu per unit kawasan akan berkurangan.

Page 12: Penyakit Pokok

5

Mengenal Penyakit dan Tanda-Tanda Serangan

Penyakit Luruhan Daun Oidium

• Penyakit menyerang daun muda yang masih berwarna perang hingga kehijauan.

• Kewujudan tompok-tompok putih berdebu pada permukaan daun (Rajah 1).

Rajah 1. Tompok-Tompok Putih Berdebu Di Permukaan DaunYang Diserang oleh Kulat Oidium heveae

Page 13: Penyakit Pokok

6

Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum

Rajah 2. Bintik-Bintik Yang Timbul Di Permukaan Daun Akibat Serangan Kulat Colletotrichum goeosporioides

• Jangkitan kulat Colletotrichum gloeosporioides pada daun yang sangat muda menyebabkan daun berkerut, berkeriput dan bertukar menjadi kehitaman dan akhirnya gugur. • Jangkitan pada anak daun yang lebih tua

merosakkan sebahagian daun di mana hujung dan tepi daun menjadi hitam. • Bintik-bintik yang timbul dan berlubang di

tengah merupakan ciri nyata akan serangan penyakit ini (Rajah 2).

Page 14: Penyakit Pokok

Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum

7

Penyakit Luruhan Daun Phytophthora

• Jangkitan selalu berlaku pada tangkai daun. • Terdapat satu atau lebih lecuhan yang berwarna perang tua atau kehitaman pada tangkai daun. • Kerap kelihatan titik-titik susu getah beku di

tengah lecuhan tersebut (Rajah 3). • Daun gugur di mana anak-anak daun berwarna hijau masih terlekat ditangkai daun.• Daun matang yang masih hijau bertaburan di atas tanah.

Rajah 3. Daun Dijangkiti oleh Penyakit Luruhan Daun Phytophthora. Titisan Susu Getah Beku Pada Lesion Yang Berwarna Keperangan Pada Tangkai Daun

Page 15: Penyakit Pokok

8

Penyakit Luruhan Daun Corynespora

Rajah 4. Daun Dijangkiti oleh Penyakit Luruhan Daun Corynespora. Gejala “Tulang Ikan “ Pada Daun Getah

• Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua.

• Pada daun muda, di peringkat awal penyakit terdapat bintik-bintik bulat kecil yang semakin membesar.

• Jangkitan selalu berlaku pada urat utama dan urat-urat kecil daun. Ini menghasilkan gejala seperti “landasan keretapi” atau “tulang ikan” (Rajah 4). Gejala ini merupakan tanda utama penyakit ini. • Tisu daun berdekatan dengan lecuhan bertukar warna menjadi kuning dan seterusnya perang. • Daun akan gugur.

Page 16: Penyakit Pokok

9

Penyakit Calar Hitam

Rajah 5. Penyakit Calar Hitam

• Penyakit Calar Hitam selalu menyerang pada tapak torehan. • Penyakit ini berlaku dan merebak pada

musim hujan. • Penyakit ini juga boleh merebak ke pokok

yang lain melalui pisau torehan. Jangkitan kulat ini akan merosakkan kulit pulihan di tapak torehan.

• Tanda-tanda penyakit ini ialah terdapatnya kulit pulihan yang lebam dan apabila dikikis kelihatan jalur-jalur hitam pada bahagian

berkayu (Rajah 5). Kulit akan pecah sekiranya terdapat lateks beku di dalamnya.

Page 17: Penyakit Pokok

10

Penyakit Akar

• Daun-daun pokok yang dijangkiti oleh penyakit akar akan bertukar warna menjadi kekuningan. • Daun akan menjadi keras dan melengkung ke bawah. • Pada permulaannya, tanda-tanda ini hanya

melibatkan satu atau dua dahan sahaja, akhirnya akan melibatkan seluruh pokok. • Pokok-pokok yang dijangkiti penyakit akar

mungkin juga berbunga dan berbuah di luar musim. • Daun-daun akhirnya gugur dan pokok akan

mati.

Page 18: Penyakit Pokok

11

Penyakit Akar Putih

• Akar akan diseliputi oleh miselium kulat berupa benang putih yang melekap

pada permukaan akar (Rajah 6). • Jasad buah yang berwarna jingga di bahagian atas dan kemerah-merahan di bawah terdapat pada pangkal tunggul pokok getah.

Rajah 6. Akar Yang Dijangkiti oleh Penyakit Akar Putih.

Page 19: Penyakit Pokok

12

Penyakit Akar Merah

• Akar pokok getah akan diselaputi lapisan tanah berpasir yang melekat dengan kuat (Rajah 7). • Jasad buahnya berwarna merah tua pada

bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.

Rajah 7. Akar Yang Dijangkiti oleh Penyakit Akar Merah.

Page 20: Penyakit Pokok

13

Penyakit Akar Perang

• Permukaan akar akan bergerutu disebabkan tanah berpasir yang melekat padanya (Rajah 8).

• Tompok-tompok miselium berwarna keperangan terdapat pada permukaan akar. • Corak-corak seperti sarang lebah terjadi

pada permukaan akar setelah dikupas kulitnya. • Jasad buahnya berwarna perang tua di

bahagian atas dan kelabu di bahagian bawahnya.

Rajah 8. Penyakit Akar Perang

Page 21: Penyakit Pokok

Mengawal Penyakit

Mempraktikkan amalan agronomi yang boleh mengurangkan serangan penyakit adalah seperti berikut:

• Penanaman klon yang rintang atau tahan kepada jangkitan penyakit di kawasan

berpenyakit berdasarkan syor penanaman enviromaks. • Mengelakkan serangan penyakit luruhan

daun sekunder yang disebabkan oleh Oidium dan Colletotrichum dengan cara meluruhkan daun tua sebelum musim luruh dengan bahan kimia. Penyakit-penyakit ini menjangkiti hanya daun-daun getah muda. Daun-daun getah tua digugurkan pada masa tertentu supaya daun-daun muda muncul pada musim kering dan ketika musim kering jangkitan penyakit-penyakit ini sangat rendah. • Menjauhi penyakit luruhan daun Oidium dengan meningkatkan pembajaan nitrogen pada masa perdaunan semula selepas musim luruhan daun. Peningkatan baja nitrogen akan mempercepatkan perdaunan dan seterusnya meningkatkan kepadatan kanopi pokok.

14

Page 22: Penyakit Pokok

Merawat Dengan Racun Kimia

Merawat Penyakit Luruhan Daun Oidium

• Pendebuan belerang pada kadar 9 kg/ha setiap lima atau tujuh hari dilakukan

sehingga empat ke enam pusingan. Pendebuan belerang bermula apabila daun-daun muda mula muncul pada musim luruh.

Merawat Penyakit Luruhan Daun Colletotrichum

• Penyemburan dengan Daconil atau Antracol (0.2%) setiap lima atau tujuh hari

sehingga daun-daun menjadi hijau dapat mengawal penyakit luruhan daun.

Merawat Penyakit Luruhan Daun Phytophthora

• Sembur racun kulat seperti kuprum oksiklorida yang dilarut dalam minyak (1.2 kg bahan aktif/ha) sebelum musim tengkujuh (monsun).

15

Page 23: Penyakit Pokok

Rajah 9. Semburan Racun Kulat di Tapak Torehan Untuk Merawat Penyakit Calar Hitam

Merawat Penyakit Calar Hitam

• Sembur atau sapu dengan racun kulat yang mengandungi bahan aktif metalaksil seperti Ridomil 25WP pada kadar kepekatan 0.8%

dua kali seminggu sehingga pulih (Rajah 9).

• Racun kulat lain yang mengandungi campuran oksadiksil dan mankozeb seperti Sandofan M atau campuran oksadiksil dan propineb seperti Fruvit pada kepekatan 0.6% boleh juga digunakan untuk merawat penyakit ini.

• Rendam pisau torehan ke dalam racun kulat untuk mengelakkan jangkitan dari pokok ke pokok melalui pisau torehan.

16

Page 24: Penyakit Pokok

Merawat Penyakit Calar Hitam

• Sembur atau sapu dengan racun kulat yang mengandungi bahan aktif metalaksil seperti Ridomil 25WP pada kadar kepekatan 0.8%

dua kali seminggu sehingga pulih (Rajah 9).

• Racun kulat lain yang mengandungi campuran oksadiksil dan mankozeb seperti Sandofan M atau campuran oksadiksil dan propineb seperti Fruvit pada kepekatan 0.6% boleh juga digunakan untuk merawat penyakit ini.

• Rendam pisau torehan ke dalam racun kulat untuk mengelakkan jangkitan dari pokok ke pokok melalui pisau torehan.

Pengurusan Penyakit Akar

Merawat Penyakit Akar

17

• Kaedah memulau dengan parit pemisah.• Mengenali pokok yang sakit dengan menjalankan pemeriksaan daun setiap tiga bulan sekali. • Mengenali jenis penyakit akar dengan mengorek sedikit tanah di perdu pokok dan melihat kewujudan miselium kulat. • Periksa semua akar di sekeliling pokok

yang berpenyakit hingga pokok yang sihat dijumpai.• Lakukan pemisahan akar pokok yang berpenyakit dengan akar pokok yang sihat dengan menggali parit yang dalamnya 0.6 meter (2 kaki) dan luasnya 0.3 meter (1 kaki)-Rajah 14.• Cantas mana-mana akar yang menyeberangi parit.• Kambus balik parit tersebut ke dua pertiga

bahagian sahaja.• Parit tersebut digali balik setiap tahun dan

mana-mana akar menyeberangi parit tersebut dicantas.

Page 25: Penyakit Pokok

Raj

ah 1

0. P

arit

Pem

isah

.

18

Pok

okbe

rpen

yaki

t

Pok

ok

siha

t

Pok

ok

siha

t

Aka

r rep

utdi

cant

as

Par

it30

x60

sm

Par

it pe

mis

ahse

paru

h di

timbu

s

Pok

okbe

rpen

yaki

t

Page 26: Penyakit Pokok

Jadual 1. Kawalan Kimia Bagi Penyakit Pokok Getah

Penyakit Racun Kulat Kadar Kaedah Rawatan

Penyakit luruhan daunOdium

Belerang 9 kg/ha Daun matang (4-6 kali)

Folex 10 % bahan aktif

Semburan dari udara pada kadar 35 liter/ha untuk menggugurkan daun sebelum musim luruhan daun

Calixin 75 EC

0.5 kg bahan aktiflha

Pengabusan dalam minyak dengan jangkamasa selama7-10 hari sehingga daun matang

Luruhan daun Phytohthora

Kuprum oksiklorida

20 % dalam minyak

Semburan di udara padakadar 35 liter/ha sebelum musim monsun

Kuprum oksiklorida

1.2 kg bahan aktif/ha dalamminyak

Penyemburan sebelum bermulanya musimmonson

Penyakit Calar Hitam

Ridomil 25 WP 0.8% Sembur atau sapu

selepas setiap torehan.

Sandofan M 0.6%

Fruvit 0.6%

Kawalan Kimia

Racun kulat untuk digunakan mengikut penyakit adalah seperti Jadual 1.

19

Page 27: Penyakit Pokok

PENUTUP

Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit utama dan serangga utama perosak getah, iaitu anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah dengan efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran hasildan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebun kecil getah pada amnya.

20

Page 28: Penyakit Pokok
Page 29: Penyakit Pokok