penyakit barah

5
PENYAKIT BARAH Pengenalan : Barah atau kanser merupakan penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi Jenis-jenis Barah : Kanser pangkal rahim Kanser payudara Kanser usus besar Kanser paru-paru Kanser otak Kanser limpa Kanser ovari kanser perut kanser prostat kanser tekak kanser darah Kanser Pangkal Rahim Dikenali sebagai kanser servik Barah kedua paling tinggi dikalangan wanita di Malaysia Faktor-faktor kanser pangkal rahim : - Hubungan seks pada usia muda - Jangkitan virus HPV sangat berisiko tinggi - Merokok - Wanita dari golongan susah ataupun miskin - Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain. - Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai. - Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim Tanda-tanda kanser pangkal rahim - Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“) - Keluar lendir berdarah dari kemaluan

Upload: siti-hajar

Post on 26-Jun-2015

185 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYAKIT BARAH

PENYAKIT BARAH

Pengenalan :

Barah atau kanser merupakan penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia

Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi

Jenis-jenis Barah :

Kanser pangkal rahim Kanser payudara Kanser usus besar Kanser paru-paru Kanser otak Kanser limpa Kanser ovari kanser perut kanser prostat kanser tekak kanser darah

Kanser Pangkal Rahim

Dikenali sebagai kanser servik Barah kedua paling tinggi dikalangan wanita di Malaysia Faktor-faktor kanser pangkal rahim :

- Hubungan seks pada usia muda- Jangkitan virus HPV sangat berisiko tinggi- Merokok- Wanita dari golongan susah ataupun miskin- Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit

AIDs, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.- Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.- Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan  sebagai

golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim

Tanda-tanda kanser pangkal rahim- Perdarahan selepas hubungan seks (“postcoital bleeding“)- Keluar lendir berdarah dari kemaluan- Perdarahan di pertengahan kitaran haid- Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid- Hilang selera makan- Turun berat badan yang mendadak

Kanser Payudara

Page 2: PENYAKIT BARAH

Ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara

95% daripadanya adalah daripada kalangan wanita manakala selebihnya ialah lelaki Berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta

seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran Faktor-faktor kanser payudara :

- Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama- Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat kerana lemak

mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi- Pengambilan minuman beralkohol- Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh

meningkatkan risiko terhadap kanser payudara- Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30

tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu

- Faktor genetik Tanda-tanda kanser payudara

- Ketulan dalam payu dara- Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak- Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara- Perubahan kulit yang menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil- Sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi- Hilang selera makan dan turun berat badan

Kanser Usus Besar

Kanser yang ketiga dari segi kekerapan dan keempat dari segi kematian disebabkan kanser di seluruh dunia

kanser yang utama menyerang kaum lelaki dan yang ketiga menyerang kaum wanita Faktor-faktor kanser usus besar

- mereka yang telah berumur melebihi 60 tahun di negara barat- Pesakit “Inflammatory Bowel Disease” (Radang Usus) – Ulcerative Colitis dan Crohn’s

Disease- Alkohol- Merokok- Kurang mengambil fiber dari sayuran dan buah-buahan- Banyak mengambil lemak dan daging

Tanda-tanda kanser usus besar- Pucat (Anemia)

- Bengkakkan usus pada bahagian kanan- Sembelit- Sakit perut pada bahagian kiri- Berak berdarah- Kembung perut- Sembelit- Tidak puas berak- Perubahan saiz pada najis- Berak berdarah

Kanser Paru-Paru karsinoma sel kecil - ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal

dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.

karsinoma sel bukan kecil - ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma sel besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma.

Faktor-faktor kanser paru-paru

Page 3: PENYAKIT BARAH

- Mereka yang menghisap rokok lebih mudah mendapat barah paru-paru di bandingkan dengan mereka yang menghisap cerut atau paip

- Pendedahan pada bahan kimia seperti bahan kimia perindustrian boleh juga mambawa kepada penyakit barah paru-paru.

- Selain itu, faktor ganetik juga boleh mempengaruhi penyakit ini Tanda-tanda kanser paru-paru

- Batuk berdarah- Batuk berpanjangan (tidak sembuh) - Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan- Suara menjadi kasar- badan menjadi lesu dan susut berat badan- sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang

Kanser Otak

Faktor-faktor Kanser Otak- Genetik atau keturunan- Radiasi pada otak- Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa

hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkanva Tanda-Tanda Kanser Otak

Peringkat Bayi- Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam

bulan- Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala- Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu

Peringkat Kanak-Kanak- Mengadu sakit kepala berulang-ulang- Kelihatan letih dan tidak bertenaga- Prestasi pembelajaran menurun- Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi

Peringkat Lewat- Pengsan- Koma

Simptom Lebih Ketara- Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala- Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi- Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan- Kabur penglihatan- Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau

berjalan dengan stabil- Sekiranya kanser merebak pada ’brain stem’ (pangkal otak) kanak-kanak akan

mengalami- Gangguan pada pertuturan- Sistem pernafasan terganggu- Lemah anggota badan- Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak

Page 4: PENYAKIT BARAH

Langkah-Langkah Mencegah Kanser

Amalan pemakanan yang sihat- Mengelakkan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol

Amalan budaya yang sihat- Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan

pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser

Peranan kerajaan dan media massa- maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri ceramah- penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan- pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD HARIS BIN ALI SIFUDIN

6 AE 1

2010