penyakit

Upload: simarasi75

Post on 06-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penyakit

TRANSCRIPT

Apa itu Penyakit ?MenurutWikipedia, Penyakitadalah keadaan tidak normal pada badan ataumindayang menyebabkan ketidakselesaan,disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan olehkuman,bakteria,virus,racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga olehpenyakit baka/keturunan.Penyakit AsmaAsmaPengenalanAsma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema,allergic rhinitisdan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.Apakah itu asma?Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi: Merah. Bengkak. Menghasilkan lendir berlebihan. Mudah terangsang (hypersensitive).Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.Apakah faktor pencetus?Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah: Jangkitan virus pada sistem pernafasan. Merokok. Perubahan cuaca. Alahan pada debunga sepertihouse dust mile, kulat dan binatang peliharaan. Senaman. Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai. Makanan dan perasa tambahan makanan. Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer). Emosi. Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).Apakah gejala asma?Gejala utama adalah: Batuk. Batuk di waktu malam (waktu tidur). Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel). Susah bernafas.Apakah tanda-tanda asma? Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma. Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik. Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami: Nafas berbunyi (Audible wheeze). Susah untuk menghembus nafas (breath out). Nafas laju. Denyutan jantung cepat.Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak : Kelihatan gelisah. Letih lesu. Bimbang. Kulit berpeluh dan sejuk. Warna kebiruan pada bibir dan kuku. Penurunan pada bacaanpeak flowberbanding kadar bacaanpeak flowterbaik individu tersebut (predicted value or personal best).Sasaran rawatan Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma. Mengelak serangan asma. Mempunyai kualiti hidup yang baik. Berupaya menyertai acara sukan. Menghalang kemusnahan tisu paru-paru. Mengelakkan kematian.Apakah jenis rawatan asma?Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:1. Ubat PencegahUbat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.2. Ubat PelegaUbat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.3. Ubat kawalanUbat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma? Elakkan faktor pencetus asma. Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor. Gunakan ubat asma dengan cara yang betul. Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal. Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor. Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.Bolehkah asma disembuhkan?Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.Kumpulan SokonganAsthma Society of MalaysiaPersatuan Asma Malaysia, P.O. Box 11Jalan Sultan46700 Petaling JayaSelangorTel : +603-757 6641/603-290 5222Fax : +603-757 6588URL : www.ginasthma.com

Sakit JantungSAKIT JANTUNGJantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".Serangan Penyakit JantungPenyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

Faktor PenyebabAsap Rokok Mempercepatkan pembekuan darah Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Tekanan Perasaan Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.Kandungan Lemak Yang Tinggi Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.Kurang bersenam Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah kejantung. Bersenamlah.Darah Tinggi Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.Kencing Manis Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantungFaktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan. Jika anda merokok. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda. Jika anda mengidap penyakit kencing manis. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan. Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi. Jika anda kurang bersenam. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.Mengurangkan Risiko Sakit Jantung Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya. Mulalah bersenam secara beransur-ansur. Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.Kencing ManisKencingManis (Diabetes Mellitus)Apakah diabetes mellitus? Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus? Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus Diabetes mellitus jenis 1. Diabetes mellitus jenis 2. Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.Adakah penyakit ini sering berlaku? Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %. Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesitiApakah yang menyebabkan diabetes mellitus? Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui. Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran. Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri. Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti. Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu: Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam). Rasa haus yang amat sangat. Berat badan menurun. Rasa letih lesu dan kurang tenaga.Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak: Sakit perut dengan atau tiada muntah. Sakit kepala. Masalah tingkah laku. Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).Apakah "diabetic ketoacidosis"? Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma. Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut: Ginjal: kegagalan ginjal. Mata: kebutaan. Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar. Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak). Sistem saraf: masalah deria. Organ reproduktif: mati pucuk (impotent). Kaki: masalah kaki (diabetic foot) Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.Tanda dan gejala hipoglisemia: Berpeluh sejuk/berpeluh banyak. Menggeletar. Letih dan lesu. Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri. Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak? Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu. Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat. Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah. Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman. Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer. Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu. Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus. Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah. Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan. Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat. Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.Bolehkah diabetes mellitus dicegah? Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1. Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.PemulihanKanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.