penulisanartikelktrafidahjalil.docx

25
PENGGUNAAN “ GARISAN BERWARNA” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM KEMAHIRAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA Oleh: Rafidah Binti Jalil ABSTRAK Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar tajuk tolak mendapati bahawa tahap penguasaan murid terhadap matematik agak rendah, bagi tajuk tolak dengan mengumpul semula. Melalui analisis dokumen dan ujian diagnostik, didapati terdapat sebilangan murid yang tidak menguasai kemahiran dalam tolak dengan mengumpul semula, selain gagal memberi jawapan betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid lemah Tahun 1 yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran tolak dengan mengumpul semula dengan menggunakan Garisan Berwarna . Penggunaan Garisan Berwarna adalah untuk membantu murid lemah menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula . ABSTRACT Results reflection of teaching and learning while teaching the topic less found that the level of student mastery of mathematics rather low for title push with a reassembled. Through the analysis of documents and diagnostic test, it was found that a number of students who have not mastered the skills in decline with reassembled, besides failing to give the correct answer. Therefore, this action research had been done to help weak students in Year 1 who are having problems with collecting less skill mastery by using the "Color Lines". Colour Lines help students master the skills to solve soil with less operational reassembled better. The study participants consisted of two students were selected based diagnostic tests. Collecting data using the test instrument, document analysis, and observation. Qualitative data were analyzed descriptively according to the study participants. The

Upload: fidah-jalil

Post on 15-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

PENGGUNAAN “ GARISAN BERWARNA” BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

DALAM KEMAHIRAN TOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA

Oleh:

Rafidah Binti Jalil

ABSTRAK

Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar tajuk tolak mendapati bahawa

tahap penguasaan murid terhadap matematik agak rendah, bagi tajuk tolak dengan mengumpul

semula. Melalui analisis dokumen dan ujian diagnostik, didapati terdapat sebilangan murid yang

tidak menguasai kemahiran dalam tolak dengan mengumpul semula, selain gagal memberi

jawapan betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid

lemah Tahun 1 yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran tolak dengan

mengumpul semula dengan menggunakan “Garisan Berwarna”. Penggunaan “Garisan

Berwarna” adalah untuk membantu murid lemah menguasai kemahiran menyelesaikan operasi

tolak dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Peserta kajian terdiri daripada dua orang

murid yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen

ujian, analisis dokumen, dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut

peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya

membantu semua peserta kajian menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula

. ABSTRACT

 Results reflection of teaching and learning while teaching the topic less found that the level of

student mastery of mathematics rather low for title push with a reassembled. Through the

analysis of documents and diagnostic test, it was found that a number of students who have not

mastered the skills in decline with reassembled, besides failing to give the correct answer.

Therefore, this action research had been done to help weak students in Year 1 who are having

problems with collecting less skill mastery by using the "Color Lines". “Colour Lines” help

students master the skills to solve soil with less operational reassembled better. The study

participants consisted of two students were selected based diagnostic tests. Collecting data

using the test instrument, document analysis, and observation. Qualitative data were analyzed

descriptively according to the study participants. The findings indicate that interventions used

successfully helped all study participants with less skill to master reassembled.

Page 2: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Konteks

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya

seseorang guru bijak merancang suatu aktiviti yang boleh menarik minat murid bagi

mengikuti sesi PdP di dalam bilik darjah. Berdasarkan pengalaman mengajar di

Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya (sekolah kurang murid) yang terletak 16KM dari

Yong Peng ini, saya mendapati wujudnya masalah dalam menguasai kemahiran

menolak dengan mengumpul semula dalam kalangan murid Tahun 1 Usaha. Kelas ini

mempunyai 12 orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 7 orang murid

perempuan .

Setelah selesai mengajar tajuk tolak , murid- murid diberi Ujian Diagnostik. Sewaktu

menjawab soalan ujian ini, dapat dilihat beberapa orang murid yang agak lemah di

dalam tajuk tolak mengumpul semula. Murid- murid tersebut mengambil masa yang

lama untuk menyelesaikan soalan kerana melukis objek untuk dikira satu persatu.

Kebanyakan objek yang dilukis itu terlalu banyak dan salah bilangannya. Konsep

mengumpul semula tidak difahami murid. Akibatnya, kebanyakan jawapan yang

diberikan tidak tepat.

Setelah membuat semakan hasil jawapan murid , didapati hanya 7 orang murid sahaja

yang menjawab semua betul. 3 orang memperolehi markah 60% ke atas. Manakala 2

orang daripada mereka telah dijadikan subjek kajian saya kerana memperolehi markah

bawah daripada 40% dan mempunyai masalah tolak dalam mengumpul semula. Bagi

mengatasi masalah ini, saya telah mengambil satu tindakan iaitu memperkenalkan satu

kaedah pengiraan menggunakan “Garisan Berwarna”. Kaedah ini amat sesuai dan

menyeronokkan murid kerana saya mengambil idea “Blok Dienes” yang menekankan

kepada penggunaan warna bagi mewakilkan nilai tempat sesuatu nombor.

Page 3: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan 2 orang murid tahun 1 Usaha yang

tidak dapat menjawab kemahiran tolak mengumpul semula dalam lingkungan 100.

Sebelum ini mereka telah memahami konsep tolak dan berjaya menyelesaikan soalan

tolak tanpa mengumpul semula hingga 100. Namun, mereka tidak boleh menjawab

soalan tolak mengumpul semula dengan tepat. Kemahiran tolak mengumpul semula ini

perlukan alat bantu mengajar yang ringkas , mudah dipraktikkan dimana sahaja dan

yang paling penting ialah membantu kefahaman murid. Justeru itu, saya telah

memikirkan satu cara untuk mereka menguasai kemahiran tolak mengumpul semula

hingga lingkungan 100 menggunakan kaedah yang menyeronokkan dan menarik minat

murid terhadap matapelajaran Matematik.

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan kertas jawapan dua orang subjek kajian Ain dan Osman

(nama samaran) yang dikenalpasti mempunyai masalah di dalam kemahiran menolak

dengan mengumpul semula.

Page 4: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Rajah 2.

Rajah 3

-Ain dilihat melukis satu persatu bulatan kecil dan bilangannya tidak cukup 30. Disini berlaku kesilapan murid menolak dan jawapannya salah.

- kedudukan nilai tempat nombor tidak ditulis dengan betul.

-Ain masih lagi tidak menguasai kemahiran tolak tanpa mengumpul semula

-Osman dilihat turut membuat kesilapan melukis gambar bulatan yang tidak cukup bilangannya. Akibatnya jawapan yang diberikan tidak tepat

- Beliau tidak mempunyai masalah menulis nombor di nilai tempatnya yang betul

Page 5: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Objektif / Persoalan Kajian

Objektif Am :

Meningkatkan penguasaan kemahiran tolak mengumpul semula hingga lingkungan 100

dengan menggunakan ”Garisan berwarna”

Objektif Khusus :

a) Untuk meningkatkan kefahaman murid konsep nilai tempat

b) Meningkatkan kefahaman murid tentang pengumpulan semula

c) Menggalakkan murid membina kefahaman sendiri (Self Access Learning) dengan

menggunakan ”Garisan berwarna”

Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah” Garisan Berwarna” dapat meningkatkan

kemahiran tolak mengumpul semula dalam lingkungan 100 bagi murid Tahun 1 ?

ii. Bagaimanakah penggunaan kaedah ”Garisan Berwarna” dapat meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran tolak mengumpul semula ?.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Pelan Tindakan

Menurut kajian Norhanaa Hatta (2007), didapati bahawa murid mempunyai miskonsepsi

semasa menyelesaikan soalan operasi tolak mengumpul semula. Contohnya 40-17,

murid kebanyakannya tidak memandang nombor 40 dan 17,malah hanya 0 dan 7 dan

4 dan 1. Ini adalah satu faktor penting yang mengakibatkan murid tidak dapat

mengaplikasikan konsep 1 puluh dipinjam menjadi 10 sa. Menurut Alice Hansen (2005),

kesilapan ini berlaku akibat murid tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat,

seperti 1 puluh sama dengan 10 atau 1 ratus sama dengan 10 puluh. Selain itu, tiada

pemahaman kukuh dalam menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula

Page 6: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

menyebabkan murid tidak dapat melengkapkan proses penolakan”. Hal ini bertepatan

dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang lepas iaitu ;

“… murid yang melakukan kesalahan dalam penolakan adalah disebabkan kerana

tidak mempunyai pemahaman yang kukuh mengakibatkan mereka tidak dapat

melengkapkan proses penolakan…”

Sebelum kajian dijalankan , murid –murid Tahun 1 akan diberi ujian Diagnostik untuk

mentukan ruang lingkup masalah murid. Ujian diagnostik diberikan kepada semua

murid Tahun 1 untuk memilih subjek bagi kajian ini.

Selepas ujian diagnostik, ujian pra dijalankan.Saya akan mengenalpasti murid-murid

yang mempunyai masalah dalam menjawab soalan penolakan dua nombor yang

melibatkan pengumpulan semula dan mereka akan dipilih sebagai subjek untuk kajian

ini. Subjek-subjek yang dipilih akan dibawa ke sesi rawatan. Rawatan ini dijalankan dua

kali seminggu. Kaedah ”Garisan Berwarna” akan digunakan dalam rawatan .Kaedah ini

melibatkan penggunaan ”pen marker” biru (mewakili nilai tempat puluh) dan ”pen

marker” merah (mewakili nilai sa).

Selepas tamat sesi rawatan, subjek akan diberikan ujian pos untuk menentukan tahap

penguasaan tujuh orang subjek dalam kajian ini terhadap keberkesanan teknik

penolakan yang melibatkan pengumpulan semula itu. Seterusnya saya akan

menganalisiskan hasil-hasil yang saya dapat melalui temubual , ujian pra dan ujian pos

dan rakaman video. Hasil analisis akan menunjukkan keberkesanan kaedah yang

digunakan sesi rawatan.

Pelaksanaan Kajian

Ujian diagnostik telah diberikan kepada semua murid Tahun 1 Usaha seramai 12 orang

murid. Beberapa orang murid yang lemah dalam ujian diagnostik akan dipilih sebagai

subjek kajian. Seramai dua orang murid yang paling lemah telah dipilih sebagai subjek

Page 7: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

kajian ini. Untuk menjalankan kajian tindakan ini supaya tidak terpengaruh oleh faktor-

faktor asing seperti gangguan daripada rakan-rakan peserta murid, pelaksanaan kajian

dijalankan di bilik pemulihan. Selepas ujian diagnostik, ujian pra diberikan kepada

subjek kajian ini.

Ujian pra dijalankan secara individu supaya keputusan murid bagi ujian pra akan

menjadi lebih tepat dan jitu. Keadaan ini juga bertujuan untuk mengelakkan subjek-

subjek meniru jawapan subjek yang lain. Selepas mengenalpasti tahap pencapaian

subjek, mereka akan didedahkan dengan kaedah pengiraan menggunakan ” Garisan

Berwarna” selama satu minggu.

Sesi rawatan secara bekumpulan dijalankan 2 hari dalam seminggu dan setiap sesi

menggunakan masa selama 30 minit. Subjek membuat soalan tolak dengan

mengumpul semula satu demi satu. Rajah 4 di bawah menunjukkan satu siri gambar

yang menerangkan penggunaan ”Garisan Berwarna”. Sebelum itu , turut dipaparkan

ialah perbandingan antara tolak mengumpul semula yang dijalankan menggunakan

Bongkah Dienes dan jalur berwarna. Sebelum subjek diberikan rawatan , saya akan

menerangkan dahulu penolakan menggunakan Bongkah Dienes atau jalur berwarna

(penerangan dibuat daripada konkrit ke abstrak) . Setelah itu, barulah mereka dibimbing

menggunakan ”garisan berwarna” untuk mendapatkan jawapan soalan tolak

mengumpul semula dengan tepat.

Page 8: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

22 – 7 =

Gambar jalur berwarna = 22 - 7

Gambar Bongkah Dienes = 22 - 7

• Berdasarkan ayat matematik yang diberi, subjek kajian melukis ’garisan berwarna’ 2

puluh (biru) dan 2 sa (merah)

• ”Garisan berwarna” nilai tempat puluh berwarna biru perlu lebih panjang daripada

”garisan berwarna” nilai tempat sa.

Contoh:

22 dilukis =

1

Page 9: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Kemahiran mengumpul semula

mengguna jalur berwarna.

Kemahiran mengumpul semula mengguna bongkah Dienes

• Sebelum membuat operasi tolak , subjek perlu membuat bentuk lazim di sebelah

“garisan berwarna” untuk menulis jawapan dan proses penyemakan.

• Di nilai tempat sa , 2 tidak boleh ditolak dengan 7

• Maka , ambil 1 puluh dari nilai tempat puluh untuk dibawa ke nilai tempat sa.

• Di nilai tempat sa , 1 puluh = 10 sa . Maka, 10 sa + 2 sa = 12.

• Jadi, di nilai tempat sa , 12 – 7 = 5. Manakala di nilai tempat puluh, tinggal 1 puluh

2

Page 10: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Jawapan terhasil iaitu 15 di jalur berwarna

Jawapan terhasil 15 di Bongkah Dienes

• Akhirnya , subjek terus menulis jawapan di bentuk lazim berpandukan “garisan

berwarna” yang dilukis tadi

• Subjek berjaya memperolehi jawapan 22-7 = 15 menggunakan “ Garisan Berwarna”.

• “Garisan Berwarna” berwarna ini boleh digunakan oleh murid samaada menggunakan

pen marker , pensel warna dan sebagainya.

3

Page 11: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Pengajaran dimulakan dari menolak fakta asas yang melibatkan satu digit , kemudian

menolak fakta asas yang melibatkan dua digit tanpa mengumpul semula. Seterusnya

mengajar subjek-subjek menolak fakta asas melibatkan dua digit dengan mengumpul

semula. Tahap soalan menolak akan ditunjukkan dari tahap mudah kepada tahap yang

lebih susah.

Pada setiap hujung sesi rawatan, subjek – subjek diberikan latih tubi dengan

menyelesaikan soalan-soalan penolakan sama ada tanpa atau melibatkan

pengumpulan semula. Latih tubi mengenai soalan-soalan menolak dengan kaedah

”Garisan Berwarna” dapat membantu subjek-subjek biasakan diri dengan kaedah

tersebut.

Selepas tamat sesi rawatan, subjek-subjek diberikan ujian pasca seperti untuk

menentukan tahap penguasaan subjek terhadap operasi tolak yang melibatkan

pengumpulan semula.

Kaedah Pengumpulan Data

Pemerhatian

Semasa aktiviti pdp di jalankan , respons murid dan hasil kerja diperhatikan. Guru akan

merekodkan hasil pemerhatian di borang pemerhatian tingkahlaku setiap murid.

Gambar murid menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula

diambil. Selain itu , penglibatan murid di dalam gerak kerja berkumpulan dan

penumpuan murid diperhatikan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Rakaman video digunakan untuk merakam proses rawatan supaya memudahkan saya

merujuk semula rawatan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian secara berterusan

membolehkan saya melihat perkembangan subjek dalam menjawab soalan melibatkan

operasi penolakan dua nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Melalui

pemerhatian, saya dapat menilai proses dan hasil kerja subjek serta perubahan tingkah

Page 12: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

laku dan kesan teknik kepada subjek. Sepanjang kajian ini, pemerhatian dijalankan

secara separa struktur terhadap subjek

Ujian Pra dan Ujian Pos

Dalam kajian ini , prestasi sampel kajian dalam ujian ditunjukkan oleh markah yang

mereka perolehi dalam ujian pra dan ujian pos. Markah ujian pra menunjukkan prestasi

mereka sebelum kaedah”garisan berwarna’ diperkenalkan kepada sampel kajian.

Sementara markah ujian pos menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran

dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan ujian pos akan

dibandingkan dan dianalisa. Adalah diharapkan melalui kajian ini, semua sampel kajian

melepasi tahap yang terbaik dan seterusnya tidak mempunyai masalah lagi di dalam

tajuk tolak mengumpul semula hingga 100.

Temubual murid

Dalam kajian ini , temu bual akan dijalankan secara berasingan. Seorang sampel kajian

akan ditemubual pada satu masa. Fokus analisis temubual adalah sebab atau punca

kesilapan yang dilakukan oleh sampel kajian. Analisis punca kesilapan adalah amat

penting untuk merancang jenis rawatan dan tempoh rawatan yang diperlukan oleh

sampel kajian.

Page 13: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Analisis dan Huraian data

Adakah penggunaan kaedah” Garisan Berwarna” dapat meningkatkan kemahiran

tolak mengumpul semula dalam lingkungan 100 bagi murid Tahun 1 ?

Ujian pos dan pasca memberikan gambaran tentang penguasaan peserta terhadap

operasi menolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ia dianalisis berdasarkan

bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Satu formula digunakan untuk mengira

markah subjek dalam menentukan pencapaian yang diperolehi subjek kajian.

Bilangan soalan yang betul Jumlah bilangan soalan

Data ujian pra dan pasca menunjukkan prestasi dan menunjukkan prestasi

keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam menyelesaikan masalah operasi tolak

yang melibatkan pengumpulan semula dikumpulkan dalam jadual 1. Gred pencapaian

diinterpretasikan dengan merujuk petunjuk gred markah seperti berikut:

Petunjuk gred markah

Interpretasi:

80-100 A Sangat baik, sudah menguasai

60-79 B Baik, boleh menguasai

40-59 C Memuaskan, kurang memuaskan

20-39 D Lemah,menguasai dengan amat terhad

0-19 E Sangat lemah , tidak menguasai

x 100%

Page 14: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Jadual 1

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Subjek Markah Ujian Markah Ujian Perbezaan Markah Catatan

Pra (%) Pasca (%) Ujian Pra dengan

Ujian Pasca (%)

Murid A 50 100 +50 Meningkat

Murid B 33.33 83.33 +50 Meningkat

MURID A MURID B0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

UJIAN PRAUJIAN PASCA

Rajah 4 Markah subjek kajian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Page 15: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

(i) (ii)

(i) (ii)

Rajah 5: Contoh ujian pra (i) dan ujian pasca (ii) Murid A dan Murid B

Secara keseluruhannya, kedua-dua subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam

pencapaian mereka selepas diberikan rawatan sepanjang dua hari dalam satu minggu

Page 16: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Bagaimanakah penggunaan kaedah ”Garisan Berwarna” dapat meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran tolak mengumpul semula ?.

Kaedah pemerhatian dijalankan sepanjang proses pembelajaran. Aspek-aspek

pemerhatian yang dilihat adalah seperti yang dicatatkan dalam rajah 4. Tiga aspek yang

utama dinilai dengan menggunakan tanda ∕ dan X ialah tingkahlaku murid semasa

proses PdP dan tiga aspek lagi dinilai ialah hasil kerja murid.

Rajah 6 Contoh senarai semak pemerhatian subjek-subjek kajian , Murid A & B

Melalui pemerhatian pengkaji mendapati, keseluruhan subjek menunjukkan sikap

yang positif terhadap pembelajaran mereka sewaktu menjalankan rawatan dan

membuat latihan.Dalam borang pemerhatian Murid A dan murid B, jelas menunjukkan

bahawa subjek-subjak bersikap positif di mana mereka menumpukan perhatian yang

sepenuhnya dan bersemangat untuk cuba mengira dengan usaha sendiri. Tambahan

pula, mereka sentiasa yakin dengan jawapan apabila diminta menyelesaikan masalah

secara spontan. Kaedah “garisan berwarna” melibatkan penggunaan warna, jadi tidak

hairan jika kanak-kanak berasa minat dan boleh menguasai kaedah ini dalam masa

yang pendek.

Page 17: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Di dalam temu bual , subjek kajian memberikan respons yang positif terhadap

penggunaan kaedah “ garisan berwarna” jelas ia dapat menarik minat dan semangat

subjek dalam membuat penolakan. Kedua-dua subjek berasa penolakan lebih senang

sekiranya menggunakan kaedah “garisan berwarna” berbanding kaedah lain. Saya

telah mengadakan temubual dengan dua orang subjek kajian. Rajah 7 menunjukkan

contoh transkrip temu bual antara saya dengan salah seorang subjek kajian , Murid A

pada 20 Februari 2015

Rajah 7 : Contoh transkrip temu bual saya dengan subjek , Murid A

Subjek kajian , Murid A berasa sangat gembira dan yakin dengan kaedah ini untuk

mendapat penyelesaian yang betul. Rajah 8 menunjukkan contoh trankrip temu bual

saya dengan subjek kajian B pada 20 Februari 2015.

Melalui peningkatan pencapaian murid A dan murid B yang drastik ini, jelas

menunjukkan bahawa teknik pengiraan mengunakan kaedah ”garisan berwarna” dapat

meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula murid-murid.

Selain itu , subjek-subjek dapat menyelesaikan soalan-soalan lebih awal daripada masa

yang ditetapkan . Jika dahulunya sewaktu Ujian Diagnostik , subjek mengambil masa

Saya : Cara lukis satu-satu lebih senang atau cara

kira dengan “garisan berwarna” lebih senang ?

Murid A : Cara guna “garisan berwarna”

Saya : Suka tak cara “garisan berwarna”?

Murid B :Suka sangat. Saya boleh betul banyak soalan dengan guna

“garisan berwarna”

Page 18: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

lebih kurang 30 minit untuk menjawab 12 soalan, namun sekarang , subjek hanya

mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelesaikan soalan Ujian Pasca.

Berdasarkan dapata kajian , terbuktilah kaedah ” garisan berwarna” dapat

meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran operasi penolakan dua

nombor yang melibatkan pengumpulan semula dan membantu saya menambah baik

amalan pengajaran saya dalam matapelajaran Matematik yang berkaitan dengan

penolakan.

Refleksi dan Implikasinya

Kesan ke atas Peserta Kajian

Penyelidikan tindakan yang saya jalankan ke atas Murid A dan murid B telah

memberikan kesan positif serta amat memberangsangkan ke atas beliau berdua.

Mereka sudah berupaya menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak dengan

mengumpul semula tanpa perlu melihat dan bertanya kepada kawannya yang lain.

Kesan ke atas Amalan Kendiri

Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu Murid a dan murid B

mengatasi masalah mereka dalam pembelajaran. Saya juga berasa cukup berpuas hati

kerana saya berupaya memperbaiki amalan p&p saya ke arah yang lebih baik.

Perubahan positif yang ditunjukkan oleh mereka berdua memberikan saya idea untuk

memperbaiki proses p&p saya dalam mata pelajaran Matematik yang melibatkan tajuk

tolak dengan mengumpul semula.

Kesan ke atas Kurikulum

Dengan adanya “garisan berwarna” akan membantu murid-murid yang menghadapi

masalah dalam tajuk tolak. Jadi, murid-murid tidak akan berasa tercicir di dalam

pelajaran. Pembelajaran Saya Penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan ini

berupaya meningkatkan pembelajaran saya di dalam kelas dan menjadikan saya

seorang guru yang profesional. Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan saya

Page 19: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

sebagai seorang guru Matematik yang berkebolehan di samping menjadi seorang

penyelidik yang berjaya.

Amalan Profesional Guru

Seorang guru perlu melakukan inovasi dalam p&p. Hal ini kerana dengan adanya

inovasi seperti penggunaan bahan bantu mengajar seperti garisan berwarna, hal ini

dapat merangsang minda murid dan seterusnya menarik minat mereka untuk belajar.

Amalan Profesional sebagai Seorang Guru Matematik

Kita tahu bahawa kecerdasan setiap murid adalah berbeza. Bagi murid yang

menghadapi masalah dalam tajuk tolak, penggunaan garisan berwarna dapat

membantu mereka menghadapi masalah tersebut. Biarpun pengiraan menggunakan

jari adalah lebih ringkas dan boleh dibawa ke mana-mana namun penggunaan bahan

bantu mengajar seperti garisan berwarna lebih membantu murid di samping

penggunaannya dapat meningkatkan minat murid.

Amalan Profesional Sebagai Seorang Penyelidik dalam Penyelidikan Tindakan

Saya telah mempelajari banyak pengetahuan hasil daripada penyelidikan tindakan

yang saya lakukan. Hal ini kerana melakukan sesuatu penyelidikan tindakan bukan satu

perkara yang mudah. Ianya memerlukan ketelitian, kesungguhan, kesabaran serta

semangat yang cekal. Penyelidikan tindakan ini telah menyedarkan saya bahawa

segala dapatan yang diperolehi hasil daripadanya memberikan sumbangan yang besar

di dalam bidang pendidikan.

Cadangan Tindakan Susulan untuk Kitaran Seterusnya

Sekiranya saya masih diberi peluang untuk mengajar di sekolah yang sama, saya akan

membuat sedikit lagi inovasi terhadap garisan berwarna ini. Hal ini bagi menambahbaik

dan menjadikan garisan berwarna lebih menarik dan sesuai digunakan untuk tajuk lain

selain seperti tambah. Namun begitu, sekiranya saya berada di sekolah yang berlainan

pula, saya akan cuba memperkenalkan kaedah penggunaan garisan berwarna bagi

membantu murid yang lemah dalam tajuk tolak dengan mengumpul semula.

Page 20: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Rujukan

Helen.L.Chick, Thuy Phum, Monica K.Baker.(n.d).ProblingTeachers’Pedagogical

Content Knowledge: Lessons from the Case of the Subtraction

Algorithm. Retrieved Mac 23, 2014, from

http://www.merga.net.au/documents/RP132006.pdf

John,Susie, (2012). Penggunaan PANT dalam mengajar kemahiran penolakan

dengan mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihan kelas

Tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan

amb.Januari 2009, 103-114.

Mok Song Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah )

Semester 1.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Song Sang. (2000). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Noraini Idris (2008). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.

Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Page 21: penulisanartikelKTrafidahjalil.docx

Norhanaa Hatta ( 2007).Using Base Ten Blocks To Help Year Three Pupils Understand

Subtraction Using Regrouping. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2010

anjuran pelajar PISMP ambilan Januari 2007

Nurmawati, Sri Handayani, Lusi Rachmiazasi.(n.d). Pembelajaran yang

berorientasi pada konstruktivistik untuk meningkatkan pemahaman

konsep nilai tempat bagi bsiswa kelas III SDN

Kuthohardjo II Rembang.Retrieved Mac 22 ,2013,from

http://www.1ppm,ut.ac.id/htmpublikasi/21nurma.htm