penulisan skrip cerita kisah arnab dan kura

7
Penulisan skrip cerita Kisah Arnab dan Kura-kura BIL CERITA /ISI PENTING SKRIP/ NARRATOR/ DIALOG/ AUDIO SUARA LATAR MUZIK/ BUNYI LATAR/ TEMPAT 1 Permulaan cerita : -Suasana hutan rimba . -Sang Arnab yang sombong . -Arnab bertemu dengan kura-kura Pada zaman dahulu, dipercayai semua haiwan boleh bercakap sesama mereka. Di sebuah hutan rimba ,ada seekor arnab yang sombong. Sang Arnab suka mengejek dan menipu haiwan-haiwan lain yang lebih kecil dan lemah. Haiwan-haiwan lain tidak suka berkawan dengan Sang Arnab yang sombong itu. Pada suatu hari, Sang Arnab sedang merayau- rayau di sebuah kawasan lapang di tepi hutan. Sang Arnab sedang berlari-lari dan menyanyi dengan riang gembira. Tiba-tiba Sang Arnab terlihat Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan. Sang Arnab berhenti berlari dan matanya memerhati Sang Kura-kura yang berjalan dengan amat perlahan. Sang Arnab tersenyum dan tertawa ……….lalu terdetik di hatinya untuk bertegur sapa dengan Muzik latar Suasana hutan dan bunyi binatang dan unggas Lagu : Bapaku pulang dari kota Di kawasan lapang di tepi hutan dan sungai.

Upload: siti-jamariah

Post on 16-Jan-2016

552 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

skesta

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

Penulisan skrip cerita Kisah Arnab dan Kura-kura

BIL CERITA /ISI

PENTING

SKRIP/ NARRATOR/ DIALOG/ AUDIO SUARA

LATAR

MUZIK/

BUNYI

LATAR/

TEMPAT

1 Permulaan cerita :

-Suasana hutan

rimba .

-Sang Arnab yang

sombong .

-Arnab bertemu

dengan kura-kura

Pada zaman dahulu, dipercayai semua haiwan boleh bercakap

sesama mereka. Di sebuah hutan rimba ,ada seekor arnab

yang sombong. Sang Arnab suka mengejek dan menipu

haiwan-haiwan lain yang lebih kecil dan lemah. Haiwan-haiwan

lain tidak suka berkawan dengan Sang Arnab yang sombong

itu.

Pada suatu hari, Sang Arnab sedang merayau-rayau di sebuah

kawasan lapang di tepi hutan. Sang Arnab sedang berlari-lari

dan menyanyi dengan riang gembira.

Tiba-tiba Sang Arnab terlihat Sang Kura-kura sedang berjalan

perlahan-lahan. Sang Arnab berhenti berlari dan matanya

memerhati Sang Kura-kura yang berjalan dengan amat

perlahan. Sang Arnab tersenyum dan tertawa ……….lalu

terdetik di hatinya untuk bertegur sapa dengan Sang Kura-

kura.

Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-kura! “.

Kura-kura : “Selamat pagi, Sang Arnab “.

Arnab : “Hai Sang Kura-kura …..kenapa engkau berjalan amat

Muzik latar

Suasana hutan dan

bunyi binatang dan

unggas

Lagu : Bapaku pulang

dari kota

Di kawasan lapang

di tepi hutan dan

sungai.

Page 2: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

perlahan. Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku

melihat engkau berjalan sedemikian rupa “.

Kura-kura : “Memanglah aku berjalan macam ni. Buat apa aku

nak berjalan laju-laju pula, lagipun aku sedang menikmati

pemandngan yang indah dan sejuk di sini”.

2 Perkembangan:

Arnab mencabar

Kura-kura berlumba

lari.

Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu

aku yang akan menang”.

Kura-kura : “Hmmm...tak semestinya Sang Arnab. Belum cuba

belum tahu”.

Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ni, bagaimana kalau kita

berlumba lari”.

Kura-kura : “Tidak ada masalah Sang Arnab, tapi kita mesti

cari haiwan lain sebagai pengadil perlumbaan ini”.

Arnab : “Baiklah Sang Kura-kura. Aku akan menjemput

binatang-binatang lain untuk menyaksikan perlumbaan kita.

Aku akan menjemput Sang Kancil menjadi pengadil.

Setuju……….”.

Kura-kura : “Baiklah Sang Arnab , aku pun setuju”.

Bunyi binatang dan

unggas

Di tepi hutan

Page 3: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

3 Klimaks:

Pada hari

perlumbaan,

haiwan lain turut

muncul , Kancil

sebagai pengadil

pertandingan,

beruang sebagai

pelepas dan haiwan

lain sebagai

penonton

Kancil : “ Lihat semak samun di hujung jalan sana, garisan

penamat adalah sebelum semak samun itu. Siapa yang

sampai dahulu dialah pemenang”.

Arnab dan Kura-kura : “Baiklah Sang Kancil”.

Beruang : “Baiklah, bersedia..Satu! Dua! Tiga!”.

Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia

ketawa sendirian kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-

kura yang sanggup berlumba dengannya. Sambil berlari Sang

Arnab memandang ke belakang dan kelihatan Sang Kura-kura

sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun

berfikir sekiranya ia berehat sebentar tentu Sang Kura-kura

pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab

pun berhenti di tepi jalan dan berehat di bawah sebatang

pokok lalu tertidur dengan nyenyaknya sambil bermimpi dia

menjadi juara dalam perlumbaan itu .

Bunyi sorakan binatang

Bunyi wisel…

Di tepi hutan

4 Peleraian cerita:

Kura-kura berjaya

mendahului Arnab

yang sedang tidur

Sang Kura-kura pula terus berjalan dan berjalan… sehinggalah

Sang Kura-kura ternampak Sang Arnab sedang tidur sambil

bersandar pada sebatang pokok. Sang Kura-kura meneruskan

perjalanannya .

Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur kerana terdengar

sorakan dari penonton. Dia menyangka Sang Kura-kura masih

Bunyi binatang dan unggas

Bunyi dengkuran arnab,

Kroook…krook…krook…

Bunyi Sorakan binatang

Di tepi hutan

Page 4: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

lagi berada di belakangnya. Sang Kura-kura semakin

menghampiri garisan penamat. Sang Arnab pun berlari sekuat

hatinya.

Sorakan semakin kuat dari penonton untuk memberi

sokongan kepada Sang Kura-kura.

Akhirnya, Sang Kura-kura sampai dahulu di garisan penamat

tersebut.

Apabila Sang Arnab tiba, dia berasa sangat malu di atas

kekalahannya dan juga keangkuhannya terhadap Sang Kura-

kura. Pengadil pun mengumumkan pemenang perlumbaan itu.

Kancil : “Pemenangnya ialah Sang Kura-kura!”.

Arnab : “Hai Sang Kura-kura, aku minta maaf kerana

kesombongan aku tadi”.

Kura-kura : “Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih

berkawan. Lain kali jangan memandang rendah dengan

keupayaan orang lain”.

Arnab : “Baiklah Sang Kura-kura, terima kasih”.

Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura pun menjadi

Page 5: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

Penerapan nilai-nilai

murni dan unsur

pengajaran.

kawan karib.

Kesimpulan dari cerita ini ialah usaha itu adalah tangga

kejayaan, jangan bersikap sombong dan memandang rendah

tehadap keupayaan orang lain kerana akan memalukan diri

sendiri.

Sekian, jumpa lagi dalam cerita lain pula pada masa akan

datang.

Lagu penutup