penubuhan persekutuan tanah melayu

Upload: edie-gan

Post on 02-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

    1/2

    8/12 Penubuhan Malaysia

    ww.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/penubuhan-malaysia

    Penubuhan Malaysia

    Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah

    hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri

    daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia

    bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan

    kemajuan ekonomi dan mempercepat prose s kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak

    dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya.

    Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah

    bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

    Untuk memberikan kebebasan dan kead ilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah

    suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan

    dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli,

    dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv

    Abell dan Sir David Wathe rston, sementara wakil Kerajaan P ersekutuan Tanah Melayu pula terdiridari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku

    Setiausaha.

    Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima

    2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli

    mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum,

    majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang

    memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan

    gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan

    British.

    Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul

    Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di

    London. Rundingan tersebut be rlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian

    penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.

    Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan

    British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah

    diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

    Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul

    Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan

    Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald

    A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D.

    Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung

    Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg.

    Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-

    Sejarah

    Sejarah Kemerdekaan

    Ke arah Mencapai Kemerdekaan

    Rentetan Peristiwa Pengistiharan

    Tarikh Kemerdekaan

    Di Ambang Kemerdekaan

    Penubuhan Malaysia

    Erti Kemerdekaan

    55 Tahun Kemerdekaan

    Artikel dan Gambar-gambar adalah

    sumbangan Arkib Negara Malaysia.

    Anda di sini: Sejarah > Penubuhan Malaysia

    Soalan Lazim | Hubungi Kami | Peta Laman

    Carian...

    UTAMA SEJARAH PENCAPAIAN MALAYSIAKU MUTIARA KATA HASRAT MERDEKA AKTIVITI DAN PROGRAM

  • 7/27/2019 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

    2/2

    8/12 Penubuhan Malaysia

    ww.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/penubuhan-malaysia

    Ata

    RSS 1.1kLike

    PENAFIAN: Kementerian Penerangan, Komunikasi

    dan Kebudayaan tidak bertanggungjawab

    terhadap sebarang kehilangan atau kerosakanyang dialami kerana menggunakan maklumat

    dalam laman ini. KEMASKINI TERAKHIR: Rabu, 08

    Ogos 2012 07:16

    Semua Hak C ipta Terpelihara. 2011 KPKK. Portal ini telah dibangunkan oleh

    Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama semua

    kementerian.

    Paparan terbaik menggunakan IE versi 7.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan

    resolusi minima 1024 x 768.

    Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Hubungi Kami | Peta Laman | Pautan Jumlah Pelawat:

    744,117

    dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan

    British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan

    Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos , 1963.

    Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang

    keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya

    manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba

    menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi

    pada 20 Januari 1963 dengan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indones ia dihantar menyusup

    sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

    Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Pe rsekutuan

    Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun

    perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa

    ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali

    lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September

    1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut

    menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963,

    gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai

    Malaysia.

    Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi

    penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu,

    Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu

    ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu

    En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun,

    penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah

    pada 1965.