pentup
TRANSCRIPT
7.0 PENUTUP
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu memberikan panduan yang amat jelas kepada
guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti pengajaran mereka dengan berkesan.
Sukatan ini juga memberikan pendedahan secara terperinci kepada guru untuk
mengenalpasti aspek-aspek yang perlu mereka tekankan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Penting untuk semua guru mentelaah dan memahami segala aspek
yang ditekankan agar apa yang diimpikan mencapai matlamat.
Guru-guru juga boleh mengambil baik buruk daripada apa yang dikehendakkan di
dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Melalui penghasilan sukatan pelajaran ini dapat
dilihat bahawa mereka telah menetapkan satu matlamat yang utama dalam menjadikan
pengajaran Bahasa Melayu menjadi berkesan. Matlamat ini juga dapat memberi panduan
yang jelas kepada guru serta mengelakkan guru daripada tersasar daripada apa yang
dikehendaki. Sememangnya sukatan ini digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan amat menepati dengan apa yang dimatlamatkan di dalamnya.
Sukata pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum
Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan
bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.
55