pentaksiran sains bidang sikap saintifik dan nilai murni

2
Pentaksiran Sains Bidang Sikap Saintifik dan Nilai Murni Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat iaitu menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni, memberi penekanan terhadap sikap dan nilai serta menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai oleh guru dalam kebanyakan alat pentaksiran sains seperti portfolio, pemerhatian, buku nota, rekod anekdot dan projek. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni dapat dijalankan melalui pemerhatian dan soal selidik. Pemehatian di sekolah dapat dilakukan dengan menggunakan buku catatan khusus tentang kejadian- kejadian berkaitan dengan murid selama di sekolah. Melalui penggunaan soal selidik di sekolah, murid diminta memberi pandangan atau tanggapan tentang suatu masalah, keadaan atau hal berkaitan sikap dan nilai. Daripada pandangan yang dibuat oleh murid dapat difahami kecenderungan sikap yang dimilikinya. Walaubagaimanapun, kebolehpercayaan alat pentaksiran mungkin berubah mengikut keadaan murid-murid. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-murid berkelakuan atau menunjukkan sikap yang tidak seperti yang selalu ditunjukkan. Selain itu, kesihatan murid juga mempengaruhi kebolehpercayaan pentaksiran. Oleh itu, guru haruslah memastikan masa yang bersesuaian untuk menilai sikap dan nilai yang ditunjukkan oelh murid. 3.0 KESIMPULAN Pentaksiran sains sekolah rendah bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi 1

Upload: sadai-lasan

Post on 26-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sengapa Aja Tu

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Sains Bidang Sikap Saintifik Dan Nilai Murni

Pentaksiran Sains Bidang Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid.

Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap

saintifik dan nilai murni. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat iaitu menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni, memberi penekanan terhadap sikap dan nilai serta menghayati dan

mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai oleh

guru dalam kebanyakan alat pentaksiran sains seperti portfolio, pemerhatian, buku nota,

rekod anekdot dan projek.

Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni dapat dijalankan melalui pemerhatian dan

soal selidik. Pemehatian di sekolah dapat dilakukan dengan menggunakan buku catatan

khusus tentang kejadian-kejadian berkaitan dengan murid selama di sekolah. Melalui

penggunaan soal selidik di sekolah, murid diminta memberi pandangan atau tanggapan

tentang suatu masalah, keadaan atau hal berkaitan sikap dan nilai. Daripada pandangan

yang dibuat oleh murid dapat difahami kecenderungan sikap yang dimilikinya.

Walaubagaimanapun, kebolehpercayaan alat pentaksiran mungkin berubah mengikut

keadaan murid-murid. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-murid berkelakuan

atau menunjukkan sikap yang tidak seperti yang selalu ditunjukkan. Selain itu, kesihatan

murid juga mempengaruhi kebolehpercayaan pentaksiran. Oleh itu, guru haruslah

memastikan masa yang bersesuaian untuk menilai sikap dan nilai yang ditunjukkan oelh

murid.

3.0 KESIMPULAN

Pentaksiran sains sekolah rendah bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid

bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang

harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-

murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran sains murid. Maklumat yang tepat boleh

membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran sains.

1