borang pengesahan status tesis...pekerjaan dalam industri. selain itu, ia dapat memupuk sikap-sikap...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR- PELAJAR TEKNIKAL TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN ENTWISTLE SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya HAZALINA BINTI MOHD HANIFF (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 113, JALAN BENTARA 9, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300, SKUDAI, JOHOR. Tarikh : 18 APRIL 2006 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. KAMALULARIFIN B. SUBARI NAMA PENYELIA Tarikh : ________________ CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 13-Feb-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TEKNIKAL TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN ENTWISTLE

    SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya HAZALINA BINTI MOHD HANIFF

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

    SULIT

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

    TIDAK TERHAD Disahkan oleh

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS)

    Alamat Tetap : 113, JALAN BENTARA 9, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, 81300, SKUDAI, JOHOR. Tarikh : 18 APRIL 2006

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENYELIA)

    EN. KAMALULARIFIN B. SUBARI NAMA PENYELIA

    Tarikh : ________________

    CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

  • “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

    saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kejuruteraan Elektrik)”

    Tandatangan : ………………………………………….

    Nama Penyelia : ENCIK KAMALULARIFIN BIN SUBARI

    Tarikh : 18 APRIL 2006

  • POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

    TEKNIKAL TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH SEKOLAH DAERAH

    JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN ENTWISTLE

    HAZALINA BINTI MOHD HANIFF

    Laporan Projek ini Dikemukakan

    Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kejuruteraan Elektrik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL, 2006

  • ii

    PENGAKUAN

    “Saya akui ini adalah hasil kerja sendiri, kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

    Tandatangan : .......................................

    Nama Penulis : HAZALINA BINTI MOHD HANIFF

    Tarikh : MAC 2006

  • iii

    DEDIKASI

    Teristimewa Buat Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,

    Mohd Haniff Bin Abdullah Aminah Binti Safar

    Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan

    sehingga kini.

    Buat kekanda dan adinda yang disayangi,

    Hazaliza Mohd Zulhusni

    Buat yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

    Shah Habidin Arib Bin Jaafar

    Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita

    di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan

    kita bersama

  • iv

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

    kurniaNya, diberikan kekuatan untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini

    sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

    ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek, Encik Kamarularifin Bin

    Subari atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang

    penyelidikan ini dijalankan.

    Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

    dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor di atas kebenaran menjalankan kajian di sekolah-

    sekolah serta kepada guru-guru sekolah yang telah menghulurkan bantuan dan

    kerjasama untuk menyiapkan penyelidikan ini

    Penghargaan ini juga diberikan kepada semua pihak serta sesiapa yang terlibat

    sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

    Akhir kata, penyelidikan ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

    yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

    cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

  • v

    ABSTRAK

    Setiap pelajar mempunyai kecenderungan terhadap gaya pembelajaran

    tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola gaya pembelajaran Entwistle

    yang diamalkan oleh pelajar-pelajar teknikal di empat buah sekolah menengah di

    daerah Johor Bahru. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah pola gaya

    pembelajaran berasaskan Entwistle manakala pembolehubah bebas yang dikenalpasti

    adalah pendekatan berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep approach),

    pendekatan strategik (strategic approach) dan pendekatan berorientasikan

    reproduktif atau secara permukaan (surface approach). Jumlah sampel kajian yang

    terlibat dalam kajian ini adalah seramai 120 orang pelajar teknikal di sekolah

    menengah di daerah Johor Bahru. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah

    menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik

    deskriptif perbandingan kekerapan, peratusan dan min. Instrumen kajian yang

    digunakan adalah soal selidik yang diubahsuai daripada Approaches and Study Skills

    Inventory for Students (ASSIST). Soal selidik dianalisis dengan menggunakan

    perisisan komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil

    kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang cemerlang di sekolah-sekolah

    terpilih mengamalkan pendekatan berorientasikan pemahaman secara mendalam

    (deep approach) dan pendekatan strategik (strategic approach), manakala hanya

    sebahagian kecil sahaja yang mengamalkan pendekatan berorientasikan reproduktif

    atau secara permukaan (surface approach).

  • vi

    ABSTRACT

    Every learner has certain learning styles. This research aimed to identify

    Entwistle learning styles, which were practiced by technical students of four

    secondary schools in Johor Bahru. The dependent variable of the study was

    Entwistle based learning styles, while deep approach, strategic approach and surface

    approach oriented learning style were the dependent variable. The respondents of the

    research were 120 technical students in four secondary schools in Johor Bahru. The

    research design used was descriptive surveying method by using descriptive

    statistical comparison of frequency, percentage and mean. The instrument used was

    questionnaire adapted from Approaches and Study Skills Inventory for Students

    (ASSIST). The findings were analyzed by using the Statistical Package for Social

    Science (SPSS) version 11.5. It was showed that the majority of excellent students in

    the schools chosen practiced deep approach and strategic approach oriented learning

    style. Only a small group of students practiced the surface approach oriented

    learning style.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    BAB I

    TAJUK

    PENGAKUAN

    DEDIKASI

    PENGHARGAAN

    ABSTRAK

    ABSTRACT

    KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL

    SENARAI RAJAH

    SENARAI SINGKATAN

    SENARAI LAMPIRAN

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Latar Belakang Masalah

    1.3 Pernyataan Masalah

    1.4 Objektif Kajian

    1.5 Persoalan Kajian

    1.6 Kepentingan Kajian

    1.7 Skop Dan Batasan Kajian

    i

    ii

    iii

    iv

    v

    vi

    vii

    xii

    xiii

    xiv

    xv

    1

    3

    6

    6

    6

    7

    8

  • viii

    BAB II

    BAB III

    1.8 Definisi Operasional

    1.9 Penutup

    SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan

    2.2 Pembelajaran

    2.3 Teori Pembelajaran

    2.3.1 Behaviorisme

    2.3.2 Kognitivisme

    2.3.3 Konstruktivisme

    2.4 Gaya Pembelajaran

    2.5 Model Dan Aplikasi Gaya Pembelajaran

    2.5.1 Gaya pembelajaran Kolb

    2.5.2 Gaya Pembelajaran Honey Dan

    Mumford

    2.5.3 Gaya Pembelajaran Dunn Dan

    Dunn

    2.5.4 Gaya Pembelajaran Entwistle

    2.6 Gaya Pembelajaran Dan Pencapaian

    Akademik

    2.7 Penutup

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    3.2 Reka bentuk Kajian

    3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

    9

    12

    13

    13

    14

    15

    16

    16

    17

    18

    19

    20

    22

    25

    30

    31

    33

    34

    34

  • ix

    BAB IV

    3.4 Instrumen Kajian

    3.5 Kesahan Dan Kajian Rintis

    3.6 Prosedur Kajian

    3.7 Penganalisaan Data

    3.8 Kesimpulan

    ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan

    4.2 Analisis Bahagian A

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut

    Jantina

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut

    Bangsa

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut

    Kursus

    4.2.4 Taburan Responden Mengikut

    Keputusan Peperiksaan Atau Ujian

    Terkini

    4.3 Analisis Bahagian B

    4.3.1 Persoalan Kajian 1

    4.3.2 Persoalan Kajian 2

    4.3.3 Persoalan Kajian 3

    4.3.4 Persoalan Kajian 4

    4.4 Kesimpulan

    35

    38

    40

    40

    42

    43

    44

    44

    45

    45

    46

    47

    48

    52

    56

    61

    62

  • x

    BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

    CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Rumusan

    5.3 Perbincangan

    5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

    5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2

    5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3

    5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4

    5.4 Cadangan

    5.5 Kajian Lanjutan

    5.6 Penutup

    BIBLIOGRAFI

    LAMPIRAN

    64

    64

    66

    66

    69

    73

    75

    76

    77

    78

    80

    86

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1

    3.2

    3.3

    3.4

    3.5

    3.6

    3.7

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    4.5

    Pensempelan mengikut sekolah

    Item-item soal selidik Bahagian A

    Skala Likert

    Taburan Item Soal Selidik Bahagian B

    Pekali Alpha Cronbach – kalsifikasi

    berdasarkan kekuatan korelasi

    Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 Tahap

    Analisis tentang skor min

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Jantina

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Bangsa

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Kursus

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Keputusan Peperiksaan Atau Ujian Terkini

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Pola

    Gaya Pembelajaran Berorientasikan

    Pemahaman Secara Mendalam (Deep

    Approach) Yang Diamalkan

    35

    36

    37

    38

    39

    41

    42

    44

    45

    45

    46

    48

  • xii

    4.6

    4.7

    4.8

    4.9

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Pola

    Gaya Pembelajaran Berorientasikan

    Pendekatan Reproduktif (Surface Approach)

    Yang Diamalkan

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Pola

    Gaya Pembelajaran Berorientasikan

    Pendekatan Strategik (Strategic Approach)

    Yang Diamalkan

    Analisis Taburan Responden Mengikut

    Kekerapan Dan Peratusan Bagi Gaya

    Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh Pelajar-

    Pelajar Teknikal Tingkatan Empat

    Berdasarkan Jantina

    Analisis Taburan Min Keseluruhan Bagi Pola

    Gaya Pembelajaran Entwistle

    52

    56

    61

    62

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

    2.1

    Konsep Komponen Pembelajaran Efektif

    Daripada ASSIST

    26

  • xiv

    SENARAI SINGKATAN

    ASSIST

    P&P

    BPPDP

    SMTJB

    SMTTP

    SMKAJB

    MSAB

    SPSS

    UTM

    KPM

    JPNJ

    Approaches and Study Skills Inventory for Students

    Pengajaran dan Pembelajaran

    Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

    Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

    Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri

    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru

    Maktab Sultan Abu Bakar

    Statistical Package of Social Science

    Universiti Teknologi Malaysia

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Jabatan Pendidikan Negeri Johor

  • xv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

    A

    B

    C

    D

    E

    F

    Surat kebenaran dari Kementerian

    Pendidikan Malaysia

    Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

    Surat Akuan Dari Universiti

    Soal Selidik

    Pengesahan Isi Kandungan Instrumen

    Kajian

    Keputusan kebolehpercayaan kajian rintis

    86

    88

    89

    90

    98

    101

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan teknikal dan latihan vokasional berperanan dalam memperkenalkan

    konsep dunia pekerjaan kepada para pelajar. Oleh itu, sistem pendidikan ini memberi

    pendedahan yang secukupnya tentang alam pekerjaan kepada para pelajar. Kurikulum

    institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional juga meliputi kemahiran asas bagi

    menghadapi dunia pekerjaan serta memberi maklumat berkaitan bidang-bidang

    pekerjaan dalam industri. Selain itu, ia dapat memupuk sikap-sikap positif terhadap

    kerja termasuklah kerjasama dalam pasukan, nilai-nilai murni dan dedikasi di samping

    memberikan kemahiran-kemahiran penting lain yang dapat memenuhi kehendak

    industri.

    Sistem pendidikan teknikal dan vokasional perlu berorientasikan keperluan dan

    pembangunan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,

    intelektual di samping berlandaskan nilai-nilai murni yang kukuh. Ini bertujuan untuk

    membolehkan para pelajar bersaing dalam era yang lebih kompetetif. Dalam

    pembangunan sebuah negara yang maju, sistem pendidikan teknikal dan vokasional

    perlu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kesediaan diri yang kukuh dari segi

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya (Yahya, 1993).

  • 2

    Grasha (1996) menyatakan bahawa guru-guru yang mementingkan suasana

    pembelajaran yang selamat dan fasilitatif akan mempunyai komitmen terhadap profesion

    perguruan yang tinggi berbanding dengan guru-guru yang tidak mementingkan suasana

    pembelajaran yang kondusif bagi pelajar-pelajar mereka. Beliau juga menegaskan

    bahawa guru-guru yang penyayang serta mengamalkan gaya pengajaran fasilitatif akan

    sentiasa cuba untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

    dialami oleh pelajar-pelajar mereka.

    Terdapat banyak teori yang dikemukakan tentang gaya pembelajaran yang

    berkesan. Setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar.

    Antara gaya pembelajaran paling popular dan menjadi perbincangan masa kini ialah

    gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Entwistle berasaskan Approaches and Study

    Skills Inventory for Students atau lebih dikenali sebagai ASSIST. Gaya pembelajaran

    ASSIST menggunakan tiga pendekatan utama iaitu pendekatan berorientasikan

    pemahaman secara mendalam (deep approach), pendekatan berorientasikan reproduktif

    atau secara permukaan (surface approach) dan pendekatan strategik (strategic

    approach).

    Menurut De Raad dan Schouwenburg (1996), gaya pembelajaran dapat

    menjelaskan sifat personaliti, di mana ia dapat digambarkan melalui strategi

    pembelajaran, yang akhirnya akan menunjukkan hasil pembelajaran yang pasti. Sifat

    personaliti boleh menjadi matlamat atau penghalang dalam motivasi belajar dan strategi

    pembelajaran. Masyarakat yang terpelajar akan mengukuhkan ekonomi dan dari

    kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang maju dan dihormati di peringkat

    antarabangsa.

  • 3

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Setiap pelajar mempunyai kecenderungan kepada gaya pembelajaran tertentu.

    Pembelajaran biasanya dihuraikan sebagai perubahan relatif tingkah laku tetap yang

    berpunca daripada pengamatan. Ini bermakna, ia dibawa melalui perubahan dalam

    persekitaran yang dikenali sebagai stimuli dan bukan berpunca daripada kelesuan

    ataupun perubahan motivasi (Chance, 1994). Teori-teori tingkah laku melihat

    pembelajaran sebagai proses membentuk perkaitan antara stimuli dengan gerak balas

    (Azizi, Asmah, Zurihanmi dan Fawziah, 2005).

    Menurut Webster (2002), pembelajaran aktif dan pembelajaran berasaskan

    komputer lebih diperlukan bagi sesetengah individu pelajar, namun biasanya ia kurang

    membantu individu pelajar itu sendiri untuk belajar secara lebih efektif. Ini bukan

    sahaja isu mengenai kemahiran belajar atau bahan bantu dalam pembelajaran, tetapi

    dapat menimbulkan kesedaran bagi setiap pelajar untuk mempunyai gaya pembelajaran

    sendiri. Menurut beliau lagi, dalam pembelajaran berasaskan sumber, pelajar berpotensi

    pergi lebih jauh berdasarkan sumber terbaik mereka sendiri. Pembangunan kemahiran

    kognitif dan metakognitif berhubung dengan pendekatan seseorang individu itu untuk

    belajar, berpotensi dalam membantu setiap pelajar untuk menjadi lebih efektif dan

    berdikari. Pendekatan ini dapat membantu pelajar untuk mempertimbangkan keperluan

    pembelajaran mereka sendiri dan menentukan matlamat mereka, seiring dengan gaya

    pembelajaran yang digunakan.

    Menurut Sadler-Smith (1996), walaupun pelbagai istilah telah digunakan dan

    sentiasa berubah-ubah, gaya pembelajaran boleh dikatakan meliputi ruang pendekatan

    pembelajaran yang lengkap. Gaya pembelajaran adalah berbeza bagi setiap individu.

    Contohnya, gaya pembelajaran seseorang individu itu adalah berbeza, bergantung

    kepada bidang yang dipelajarinya, kaedah penilaian atau jumlah nilai waktu yang

    diperlukan. Kaitan gaya kognitif dan gaya pembelajaran individu dengan pencapaian

    seseorang dalam situasi pembelajaran telah dikaji oleh banyak pengarang sejak

  • 4

    bertahun-tahun (Kolb, 1999; Honey & Mumford, 1992; Riding, 1991). Hasil kajian

    mereka sentiasa membincangkan kepentingan setiap individu pelajar untuk memiliki

    gaya pembelajaran sendiri dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.

    Pelajar biasanya kurang jelas dengan ‘gaya’ mereka yang berbeza dengan yang

    lain, tetapi lazimnya mereka menganggap ia hanyalah salah satu kekurangan dalam

    pendekatan pembelajaran mereka sendiri. Approaches and Study Skills Inventory for

    Students (ASSIST) melengkapi sebuah instrumen berguna dalam menyediakan

    informasi berkaitan pembelajaran yang boleh menggambarkan pelajar. ASSIST

    dibangunkan untuk membantu mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk menggunakan

    strategi belajar yang tidak efektif. Ia juga melengkapi susun atur profil yang jelas

    tentang pendekatan pembelajaran, di mana setiap pelajar dikenal pasti menerusi set soal

    selidik yang terarah. Dengan informasi tambahan, perbincangan dan refleksi yang

    bersesuaian, profil tersebut berpotensi dalam membantu meningkatkan kesedaran pelajar

    tentang gaya pembelajaran mereka (Tait dan Entwistle, 1996).

    Matlamat kurikulum bukan hanya untuk mengajar bagaimana untuk

    mendapatkan sumber informasi, tetapi juga untuk membina pemikiran logikal dan

    kritikal pada diri pelajar (Eisenberg dan Berkowitz, 1988). Memahami perkaitan antara

    personaliti dan gaya pembelajaran dapat membantu guru dan para pendidik untuk

    membimbing proses pelajar mengumpulkan maklumat. Guru perlu mengenal pasti

    kerangka gaya pembelajaran personal setiap pelajar memandangkan bagi sesetengah

    pelajar, proses pencarian maklumat itu adalah lebih mudah berbanding bagi sesetengah

    pelajar lain (Hawk, 1993). Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam

    menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan

    berdikari untuk menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses

    pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.

    Wang dan Perverly (1987) menyatakan bahawa proses pembelajaran dan

    keberkesanan pengajaran telah memberikan impak yang begitu ketara dalam pendidikan

  • 5

    terutamanya daripada aspek membangunkan kebolehan dan sikap pelajar di mana ianya

    membolehkan pelajar menimba ilmu dalam persekitaran yang aktif dan membina.

    Terdapat sebilangan ahli teori dan pengkaji seperti Kolb, Honey dan Mumford

    mempertikaikan bahawa gaya pembelajaran tidak ditentukan oleh karektor yang

    diwarisi, tetapi dibina melalui pengalaman. Bloomer dan Hodkinson (2000) pula

    mempertikaikan bahawa gaya pembelajaran hanyalah faktor minor dalam menentukan

    bagaimana pelajar bertindak terhadap peluang pembelajaran.

    Setiap individu pelajar cenderung untuk memilih corak pembelajaran mereka

    sendiri. Corak pengalaman mereka akan diketengahkan dalam bentuk intuisi, gambaran,

    penggunaan teori ataupun pelaksanaan. Jika dikaji dengan lebih mendalam, terdapat

    kemungkinan para pelajar ‘terperangkap’ dalam satu corak pembelajaran sahaja.

    Mereka tidak melengkapkan kesemua dimensi pembelajaran yang seharusnya diikuti

    dengan sepenuhnya (Shahabuddin dan Rohizani, 2004).

    Perbincangan tentang gaya pembelajaran membawa kepada pengertian bahawa

    gaya pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang

    pelajar. Gaya pembelajaran dapat memberi pengaruh kepada pelajar sama ada di

    sekolah, di rumah atau di tempat-tempat lain. Semua ini jelas menunjukkan bahawa

    dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar, adalah penting untuk

    mengenal pasti gaya pembelajaran bagi seseorang individu pelajar terbabit. Oleh itu,

    dalam kajian ini, penyelidik ingin melihat gaya pembelajaran seseorang individu pelajar

    itu, khususnya dalam bidang teknikal, berdasarkan kepada gaya pembelajaran yang

    dipelopori oleh Entwistle.

  • 6

    1.3 Pernyataan Masalah

    Mengikut Clark (1998), keberkesanan sesuatu proses pembelajaran tidak

    bergantung kepada jenis media yang digunakan. Ia sebenarnya bergantung kepada

    kaedah pembelajaran yang dipilih dan diaplikasi menerusi media itu. Pelbagai kaedah

    pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran, khususnya dalam bidang teknikal. Bidang ini memerlukan pelajar yang

    bukan sahaja bersedia untuk menyerap ilmu dan pengetahuan baru daripada guru, malah

    dapat berinteraksi secara langsung dengan sesuatu objek atau idea. Oleh itu, penyelidik

    ingin mengkaji pendekatan gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar teknikal

    mengikut gaya pembelajaran Entwistle berasaskan Approaches and Study Skills

    Inventory for Students (ASSIST).

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif dalam kajian ini adalah untuk:

    i. Mengenal pasti pendekatan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

    pelajar-pelajar teknikal tingkatan empat di sekitar Johor Bahru.

    ii. Mengenal pasti pendekatan gaya pembelajaran di kalangan pelajar

    tingkatan empat berdasarkan demografi jantina.

    1.5 Persoalan Kajian

    Menurut Mohd Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

    menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

  • 7

    membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan hasil maklumat yang diperolehi

    melalui kajian ini. Oleh itu persoalan-persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah:

    i. Apakah pola gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh pelajar

    dari segi pendekatan berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep

    approach)?

    ii. Apakah pola gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh pelajar

    dari segi pendekatan berorientasikan pendekatan reproduktif atau secara

    permukaan (surface approach)?

    iii. Apakah pola gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh pelajar

    dari segi pendekatan berorientasikan pendekatan strategik (strategic

    approach?

    iv. Apakah pendekatan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-

    pelajar teknikal tingkatan empat berdasarkan jantina?

    COVER.pdfPOLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TEKNIKAL DEDIKASIPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANBAB IBAB IIIBAB IVSOROTAN KAJIANMETODOLOGI KAJIANSENARAI LAMPIRAN

    BAB 1.pdfBAB 1PENDAHULUAN

    BAB 2.pdfBAB 2SOROTAN KAJIAN

    BAB 3.pdfBAB 3Jadual 3.1: Pensempelan Mengikut SekolahJUMLAH

    Jadual 3.2: Item-item soal selidik Bahagian AJadual 3.3: Skala LikertJadual 3.4: Taburan Item Soal Selidik Bahagian BJadual 3.5: Pekali Alpha Cronbach – Klasifikasi Berdasarkan Jadual 3.6: Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 TahapJadual 3.7: Analisis Tentang Skor Min

    BAB 4.pdfBAB 4Jadual 4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut JantinaBerdasarkan kepada jadual 4.1 di atas, majoriti responden ya

    Jadual 4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut BangsaPersepsi Gaya Pembelajaran EntwistleJantinaLelakiPerempuanf%f%Berorientasikan pemahaman secara mendalam (deep approach)3831.72319.2Berorientasikan reproduktif atau secara permukaan (surface a75.843.3Berorientasikan pendekatan strategik (strategic approach)3226.71613.3Jumlah7764.24335.8

    BAB 5.pdfRUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    LAMPIRAN.pdfLAMPIRAN A

    PRA.pdfBAB 1PENDAHULUAN