ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

15
CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG BAIK 7.1 CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG BAIK 7.2 KEPENTINGAN DAN CABARAN URUS TADBIR 7.3 CABARAN-CABARAN DALAM TADBIR URUS BAIK PENGAJIAN AM BAB 7

Upload: nikky-charloutee

Post on 23-Jun-2015

3.031 views

Category:

Education


35 download

DESCRIPTION

Pengajian am 1 09 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG

BAIK7.1 CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG BAIK

7.2 KEPENTINGAN DAN CABARAN URUS TADBIR

7.3 CABARAN-CABARAN DALAM TADBIR URUS BAIK

PENGAJIAN AMBAB 7

Page 2: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

DEFINISI

TADBIR URUS

• Tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kuasa

• Daripada pelbagai peringkat pengurusan • Untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan, persa

maan, penglibatan yang menyeluruh, ketelusan dan akauntibiliti dalam pengurusan pentadbiran

TADBIR URUS BAIK

• Melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat

• Dari segi pengambilan keputusan dan penyampaiaan hasil

Page 3: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

OBJEKTIF TADBIR URUS NEGARA

Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan untuk

melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.

Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

Page 4: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

TADBIR URUS BAIK

• Meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (Stakeholders).

• Aspek utama :

PRESTASI

PEMATUHAN

Menyampaikan perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan stakeholder Value of moneyMengurangkan pembaziran sumber  EKSPETASI

PERKHIDMATAN CEMERLANGPematuhan undang-undang,

peraturan, piawaian yang diguna pakaiAmalan kejujuran, akauntabiliti, integriti dan telus dalam perkongsian maklumat

Page 5: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

PRINSIP UTAMA TADBIR URUS TERBAIK

AKAUNTABILITI & INTEGRITI

• Memberi penjelasan terhadap apa jua tindakan dalam pelaksanaan tugasan.

• Akauntabiliti dan integrasi adalah elemen terpenting dalam tadbit urus terbaik.

EFEKTIF & EFISIEN

• Memastikan penyampaiaan perkhidmatan dilaksanakan secara efektif (cekap) danefisien (berkesan).

• Memastikan organisasinya mempunyai sistem yang dinamik, cepat dan tepat, melalui penggunaan sumber yang minimal dengan penghasilan kerja yang maksimum

PENGURUSAN PERUBAHAN

• Tadbir urus yang cekap dan berkesan adalah bagaimana mengurus dan menangani perubahan.

• Menghasilkan organisasi yang lebih dinamik dan berdaya saing

FOKUS KEPADA PELANGGAN

• Memberikan keutamaan menyeluruh kepada pelanggan. Usaha ke arah meningkatkan kepuasan tahap pelanggan sentiasa dilaksanakan secara berterusan

BERETIKA

• Memastikan ahli2 dalam agensi mempunyai etika yang tinggi serta mengamalkan nilai2 murni dalam pelaksanaan dan penyampaiaan perkhidmatan.

KETELUSAN

• Menitikberatkan ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan.

Page 6: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

KE

PE

NT

ING

AN

UR

US

TA

DB

IR B

AIK

Memperkasa Daya Saing Negara

Menjana Potensi Insan bagi Memperkasa Prestasi Perkhidmatan

Menerajui Transformasi Perkhidmatan

Mengekalkan Profesionalisme dan Tadbir Urus dalam perkhidmatan

Memenuhi Ekspetasi Pelanggan dan Pihak Berkepentingan (Stakeholders)

Page 7: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

CABARAN TADBIR URUS BAIK

GLOBALISASI TEKNOLOGI

Page 8: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

•merujuk kepada semua peringkat pengurusan kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil.

Tatacara

•termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara jabatan awam berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Mekanisme atau struktur jabatan

kerajaan

•merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi awam diarahkan, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang telah ditetapkan.   

Proses

Page 9: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

AKAUNTABILITI

melibatkan kewajipan untuk memberikan

jawapan dan penjelasan tentang sesuatu tindakan

dan prestasi kepada sesiapa yang berhak

untuk mendapat jawapan dan penjelasan.

Akauntabiliti ialah proses sesebuah agensi

bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang

dibuatnya dan tindakan yang diambilnya.

Semua pihak perlu mempunyai kefahaman

yang jelas tentang tanggungjawab ini.

Ketua agensi hendaklah memastikan

tanggungjawab ini diamanahkan kepada

semua pegawai dengan memperjelas peranan

masing-masing supaya dapat dilaksanakan dengan berkesan

Page 10: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

Ketelusan, ialah keperluan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas dengan pihaka yang berkepentingan akan memastikan tindakan yang diambil itu  adalah berkesan dan menepati waktu, di samping membolehkan pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.

Page 11: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

45. Cabaran utama masa depan ialah mengekalkan tadbir urus yang baik dalam suasana yang berubah-ubah di samping menghadapi persaingan terutamanya di peringkat antarabangsa kerana kehendak pelanggan juga turut berubah-ubah. Selain itu cabaran dan ancaman globalisasi kian menjadi nyata. Daya saing negara perlu dipertingkatkan melalui usaha-usaha meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri utama bagi tadbir urus yang baik. Oleh itu usaha berterusan juga diperlukan untuk memastikan tahap integriti yang tinggi bagi perkhidmatan dan pegawai sentiasa dipelihara. 

47. Pembangunan pesat dunia ICT mengakibatkan transaksi dan pergerakan informasi berlaku dengan begitu pantas. Bentuk dan perlakuan jenayah turut menjadi borderless, seperti penghantaran wang rasuah keluar negara melalui electronic funds transfer. Pengesanan jenayah dan wang hasil rasuah menjadi bertambah rumit. Keadaan ini memerlukan negara membasmi jenayah termasuk rasuah secara kerjasama antarabangsa melalui bilateral dan multilateral arrangements. 

Page 12: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

Menurut Professor John Hogarth (Law Faculty, Universtiy of Canada), rasuah berpunca dari sifat tamak (greed) dan kerana wujud peluang (opportunity). Setiap orang memerlukan basic needs seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal; tetapi ada yang mahukan lebih daripada itu, sedangkan dia tidak mampu. Ini merupakan sifat tamak. Orang seperti ini boleh terjerumus kepada perlakuan rasuah bagi memenuhi kehendak nafsunya. 

25. Manakala itu, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam sistem kawalan dalaman. Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi sedangkan pelanggan berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera. Keadaan ini boleh mewujudkan peluang rasuah di mana pelanggan tadi terpaksa menyogok untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat. 

26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan sistem”. Dalam keadaan di mana seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak perlu accountable atau bertanggungjawab ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa atau terlibat dengan rasuah. 

27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar saman – sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam membuat keputusan. Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan rasuah. 

Page 13: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

rdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi menanganinya. Namun begitu, berdasar rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang awam, ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai tangkapan berkaitan rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan amnya. 

21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai kelewatan perkhidmatan awam semakin menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan memberi perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka peluang kepada perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti, maka perlu sogok pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang kecekapan, salah guna kuasa dan penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada kelemahan sistem, yang mana jika tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa. 

Page 14: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

4. Integriti pula bermaksud “continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the quality of being unimpaired; soundness” (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti, Institut Integriti Malaysia (IIM), integriti memberi maksud “perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana”. Oleh itu, Integriti merupakan suatu tahap, keadaan atau sifat yang sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama. 

5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang baik mempunyai elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik dalam masyarakat.

6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai aspek, seperti hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan, keadilan sosial dan keselamatan diri, dan berbagai lagi. 

7. Oleh itu bagi tujuan ceramah saya ini, saya akan menumpukan kepada aspek integriti, bersesuaian dengan tujuan dan tema Konvensyen ini. Antara lain, saya akan menyentuh tentang apakah isu-isu yang menggugat integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali gus menjurus kepada usaha ke arah memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan awam. 

Page 15: Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik

Tadbir Urus Sektor Awam merangkumi: - a. Tatacara seorang Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua Eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil. b. Struktur, termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders). c. Proses bagaimana Agensi awam diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang telah dipersetujui. 10. Oleh yang demikian, objektif tadbir urus adalah bertujuan untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping mengekalkan 4 akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam. Tadbir urus yang terbaik perlu memberi penumpuan terhadap dua aspek seperti berikut: a. Prestasi, di mana pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk