urus tadbir alam sekitar di cameron highlands

26
URUS TADBIR ALAM SEKITAR DI CAMERON HIGHLANDS BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Urus tadbir merupakan salah satu aspek yang penting dan harus diambil kehidupan terutamanya apabila melibatkan suatu kelompok yang besar. Urus tadbir kepada aktiviti mengelola dan menjalankan sesuatu pentadbiran ataupun tu sesuatu pemerintahan dan juga hasil pelbagai cara individu dan institusi awam dan sw mengurus hal-ehwal bersama. Kamus Oxford pula mendefinisikan urus tadbir sebagai act, manner, fact of function of governing, sway, control ataupun pertimbangan satu konstitusi iaitu kebebasan, lessen dan individualisme atau kepentingan individu. Ke dengan pilihan, lessen pula berkaitan dengan pilihan yang tidak terbatas dan ind pula menempatkan kepentingan diri ke atas kepentingan orang lain ( Adr dalam Ahmad Atory Hussain, 2007) Selain daripada itu, urus tadbir juga biasanya ditadbirkan, diurus ataudipandu berdasarkan perlembagaan yang dipersetujui dan dilingkari atau diikat de berkongsi sama terhadap etika, pemilik saham atau pemegang kepentingan tersebut. Ia juga merupakan proses berterusan di mana konflik dan pelbagai ke ditangani dan tindakan bersama boleh diambil. Pengertian ini mencakupi institusi regim yang diberi mandat menguatkuasakan pematuhan serta institusi tidak formal rakyat mahupun institusi bersetuju atau menerima pandangan mereka sebaga kepentingan kelompok. Urus tadbir dilakukan bertujuan untuk menjadikan sesuatu pentadbiran itu lebih rapi, kemas, tersusun dan ataupun dengan ayat yang lebih mudah diselenggarakan dengan bai Sekiranya sebuah institusi tidak mempunyai sistem urus tadbir , pentadbiran inst tidak akan sepurna, tidak rapi, tidak sistematik malah boleh menyebabka sesebuah institusi sekiranya urus tadbir tidakdijalankan dengan baik. Dalam aspek pengurusan alam sekitar, pemahaman dan kesedaran terhadap tadbir urus amat penti pakaidalam usaha untuk memelihara kualiti alam sekitar yang mempunyai peranan pe dalam kelangsungan hidup manusia.

Upload: dhea-ct

Post on 21-Jul-2015

667 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Isu-isu alam sekitar telah menjadi semakin kompleks. Kita telah menyaksikan kemunculan beberapa isu-isu yang menganggu dalam aspek kehidupan dan negara kita. Penggunaan urus tadbir alam sekitar adalah sangat mustahak bagi mengatasi isu-isu alam sekitar seperti penurunan kualiti alam sekitar akibat pencemaran dan pembangunan yang tidak terancang. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan urus tadbir alam sekitar yang dibuat di Cameron Highlands.Cameron Highlands merupakan sebuah tempat yang terkenal di negara ini kerana kegiatan ekopelancongan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung-pengunjung luar yang seterusnya dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk di kawasan ini. Kawasan ini juga terkenal kerana merupakan kawasan yang mempunyai suhu yang lebih rendah dibandingkan dengan kawasan yang lain. Keindahan alam sekitar semulajadi serta kemudahan yang disediakan di kawasan ini merupakan aset utama kegiatan ekopelancongan serta keharmonian hidup penduduk setempat di Cameron Highlands.Oleh kerana kegiatan ekopelancongan serta kualiti hidup penduduk setempat sangat bergantung kepada alam sekitar di kawasan ini, urus tadbir yang sistematik dan mampu memberikan kelebihan kepada alam sekitar di kawasan ini sangat penting. Urus tadbir yang tidak dilakukan dengan baik akan memberikan impak yang buruk kepada alam sekitar yang seterusnya mempengaruhi kegiatan penduduk di kawasan kajian. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan urus tadbir alam sekitar di kawasan ini dan seterusnya memberi jawapan kepada persoalan kajian.

TRANSCRIPT

URUS TADBIR ALAM SEKITAR DI CAMERON HIGHLANDS BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Urus tadbir merupakan salah satu aspek yang penting dan harus diambil berat dalam kehidupan terutamanya apabila melibatkan suatu kelompok yang besar. Urus tadbir merujuk kepada aktiviti mengelola dan menjalankan sesuatu pentadbiran ataupun tugas melakukan sesuatu pemerintahan dan juga hasil pelbagai cara individu dan institusi awam dan swasta, mengurus hal-ehwal bersama. Kamus Oxford pula mendefinisikan urus tadbir sebagai act, manner, fact of function of governing, sway, control ataupun pertimbangan satu konstitusi iaitu kebebasan, lessen dan individualisme atau kepentingan individu. Kebebasan berkait dengan pilihan, lessen pula berkaitan dengan pilihan yang tidak terbatas dan individualisme pula menempatkan kepentingan diri ke atas kepentingan orang lain ( Adrian Davis, 1999 dalam Ahmad Atory Hussain, 2007) Selain daripada itu, urus tadbir juga biasanya ditadbirkan, diurus atau dipandu berdasarkan perlembagaan yang dipersetujui dan dilingkari atau diikat dengan satu sistem berkongsi sama terhadap etika, pemilik saham atau pemegang kepentingan dalam institusi tersebut. Ia juga merupakan proses berterusan di mana konflik dan pelbagai kepentingan ditangani dan tindakan bersama boleh diambil. Pengertian ini mencakupi institusi formal dan regim yang diberi mandat menguatkuasakan pematuhan serta institusi tidak formal di mana rakyat mahupun institusi bersetuju atau menerima pandangan mereka sebagai mewakili kepentingan kelompok. Urus tadbir dilakukan bertujuan untuk menjadikan sesuatu pentadbiran itu lebih rapi, kemas, tersusun dan ataupun dengan ayat yang lebih mudah diselenggarakan dengan baik. Sekiranya sebuah institusi tidak mempunyai sistem urus tadbir , pentadbiran institusi tersebut tidak akan sepurna, tidak rapi, tidak sistematik malah boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah institusi sekiranya urus tadbir tidak dijalankan dengan baik. Dalam aspek pengurusan alam sekitar, pemahaman dan kesedaran terhadap tadbir urus amat penting diguna pakai dalam usaha untuk memelihara kualiti alam sekitar yang mempunyai peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia.

1.2

Latar belakang kajian

Isu-isu alam sekitar telah menjadi semakin kompleks. Kita telah menyaksikan kemunculan beberapa isu-isu yang menganggu dalam aspek kehidupan dan negara kita. Penggunaan urus tadbir alam sekitar adalah sangat mustahak bagi mengatasi isu-isu alam sekitar seperti penurunan kualiti alam sekitar akibat pencemaran dan pembangunan yang tidak terancang. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan urus tadbir alam sekitar yang dibuat di Cameron Highlands. Cameron Highlands merupakan sebuah tempat yang terkenal di negara ini kerana kegiatan ekopelancongan yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung-pengunjung luar yang seterusnya dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk di kawasan ini. Kawasan ini juga terkenal kerana merupakan kawasan yang mempunyai suhu yang lebih rendah dibandingkan dengan kawasan yang lain. Keindahan alam sekitar semulajadi serta kemudahan yang disediakan di kawasan ini merupakan aset utama kegiatan ekopelancongan serta keharmonian hidup penduduk setempat di Cameron Highlands. Oleh kerana kegiatan ekopelancongan serta kualiti hidup penduduk setempat sangat bergantung kepada alam sekitar di kawasan ini, urus tadbir yang sistematik dan mampu memberikan kelebihan kepada alam sekitar di kawasan ini sangat penting. Urus tadbir yang tidak dilakukan dengan baik akan memberikan impak yang buruk kepada alam sekitar yang seterusnya mempengaruhi kegiatan penduduk di kawasan kajian. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan urus tadbir alam sekitar di kawasan ini dan seterusnya memberi jawapan kepada persoalan kajian.

1.3

Pernyataan masalah

Pernyataan masalah dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada persoalan kajian iaitu tahap keberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands seterusnya persepsi masyarakat setempat berkenaan dengan kualiti alam sekitar seperti air, udara dan guna tanah serta kaitannya dengan keberkesanan urus tadbir alam sekitar di kawasa kajian. Urus tadbir alam sekitar yang baik akan dapat diperhatikan melalui kemampanan kualiti alam sekitar yang merangkumi udara, tanah, air dan juga aspek lain seperti kebersihan di sesebuah kawasan. Urus tadbir yang kurang sistematik akan menyebabkan masalah alam sekitar yang dapat memudaratkan manusia seperti pencemaran air, pencemaran udara, tanah runtuh dan sebagainya.

1.4

Objektif kajian

Objektif kajian lebih memfokuskan kepada perkara-perkara yang akan dibincangkan berkaitan dengan kajian ini. Antara objektif kajian adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengkaji keberkesanan pengurusan dan perancangan pembangunan di Cameron Highlands. 1.4.2 1.4.3 Mengkaji tahap keberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands. Mengkaji persepsi masyarakat terhadap kualiti alam sekitar di Cameron Highlands.

1.5

Persoalan kajian.

Antara persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1.5.1 Apakah tahap keberkesanan pengurusan dan perancangan pembangunan di Cameron Highlands? 1.5.2 Apakah tahap keberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands? 1.5.3 Apakah persepsi masyarakat terhadap kualiti alam sekitar di Cameron Highlands?

1.6

Hipotesis kajian

Kajian ini adalah berdasarkan kepada perhubungan dua pembolehubah yang signifikan iaitu alam sekitar dan urus tadbir di kawsan kajian . Oleh sebab itu, kajian ini ingin melihat dan menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan antara pembolehubah ini. Hipotesis kajian ialah: 1.6.1 Urus tadbir alam sekitar yang dijalankan di kawasan Cameron Highlands agak sistematik. 1.6.2 Pengurusan dan perancangan pembangunan di Cameron Highlands dijalankan dengan baik. 1.6.3 Penduduk setempat agak berpuashati dengan kualiti alam sekitar di kawasan kajian.

1.7

Kepentingan kajian

Dalam bahagian ini, penyelidik harus menjelaskan keistimewaan kajian yang hendak dilakukan. Kepentingan kajian merupakan salah satu aspek penting yang harus dihuraikan dalam sesuatu kajian bagi mempamerkan apakah motif atau keistimewaan yang ada pada sesebuah kajian yang mendorong seseorang penyelidik melakukan atau membuat kajian terhadap sesuatu permasalahan kajian. Antara kepentingan kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah seperti berikut: 1.7.1 Kajian ini dapat memberikan jawapan kepada masalah kajian iaitu keberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands. 1.7.2 Dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca mengenai tajuk kajian. 1.7.3 Untuk dijadikan panduan kepada penyelidik-penyelidik yang akan datang yang mungkin membuat kajian berkaitan tajuk yang sama dengan tajuk kajian penyelidik. 1.7.4 Kajian ini juga dapat menolak atau menerima pandangan atau teori penyelidik lain pada kajian-kajian lepas yang telah membuat kajian yang hampir sama dengan tajuk yang dibuat oleh penyelidik. 1.7.5 Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan urus tadbir alam sekitar yang baik dalam usaha memampankan kualiti alam sekitar,

1.8

Batasan kajian

Batasan kajian adalah aspek yang sangat penting dalam sesuatu kajian bagi memberitahu atau menyatakan tentang had-had atau kekurangan kajian. Misalnya dinyatakan masalah dalam mendapatkan sampel yang memuaskan, had-had masa dan kos, kebolehan untuk dapatan digeneralisasikan, kawasan kajian dan sebagainya. Ini adalah penting untuk pengetahuan pembaca mengetahui tentang masalah yang dialami oleh penyelidik dalam melakukan dan menyiapkan sesuatu kajian. Kajian ini hanya dibataskan kepada penduduk Cameron Highlands, kawasan ekopelancongan yang popular di Malaysia. Sampel yang dipilih sebagai responden juga hanya terbatas kepada penduduk tempatan di kawasan kajian. Tahap pendidikan responden juga dititik beratkan yang mana responden akan terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, universiti penduduk sekitar kawasan tersebut. Populasi yang akan

dikaji terdiri daripada semua golongan yang berumur lingkungan 18 hingga 50 tahun.Selain daripada itu, pengkaji juga telah mengambil responden luar, iaitu pelancong yang datang ke Cameron Higlands. Selain daripada itu, sampel yang dipilih tidak terikat kepada sesuatu bangsa sahaja. Penyelidik memilih penduduk tempatan di kawasan kajian kerana ingin mengetahui persepsi mereka terhadap kualiti alam sekitar yang dipengaruhi oleh keberkesanan urus tadbir alam sekitar di kawasan kajian . Penduduk tempatan juga mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan jelas mengenai kawasan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji mempunyai cabaran untuk mengenalpasti penduduk tempatan dan pengunjung tempatan yang datang berkunjung ke kawasan ini. Pemilihan tempat yang khusus membolehkan sesuatu kajian itu lebih ditumpukan disekitar kawasan yang dipilih. Memandangkan Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan tanah tinggi yang mempunyai alam sekitar sebagai aset utama, maka pemilihan tempat di Cameron Highlands adalah bersesuaian kerana kajian ini akan lebih difokuskan kepada tempat yang lebih sinonim atau terkenal dengan keindahan alam sekitar serta perubahan kualiti alam sekitar berbanding dengan kawasan lain. Pemilihan ini juga adalah berdasarkan kepada kawasan yang sesuai bagi penyelidik membuat kajian.

1.9

Kerangka konseptual Urus tadbir alam sekitar di Cameron highland

Pengenalan kajian Latar belakang kajian Pernyataan masalah Objektif kajian Hipotesis kajian Skop kajian Kepentingan kajian

Kajian literature

Hipotesis kajian

Urus tadbir alam sekitar di Cameron Highland agak sistematik

pengurusan dan perancangan pembangunan di Cameron Highland dijalankan dengan baik.

Penduduk setempat agak berpuashati dengan kualti alam sekitar di kawasan Cameroh Highland.

Cadangan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highland.

1.10

Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah berdasarkan kepada permasalahan yang timbul. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini perlu dijalankan bagi mendapatkan jawapan kepada permasalahan kajian dan persoalan kajian serta bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana kajian urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands belum pernah dilakukan oleh penyelidik lain sebelum ini. Oleh itu, dengan adanya kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini diharap akan dapat menjadi panduan kepada penyelidik akan datang berkaitan tajuk kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini serta memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca kajian ini.

BAB 2 ULASAN LITERATUR 2.0 Pengenalan

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) mengatakan bahawa terdapat beberapa istilah bagi perkataan urus, tadbir, alam dan sekitar. Konsep sekitar yang dimaksudkan ialah membawa maksud di sekeliling, di merata tempat, di setiap arah dan di seluruhnya. Manakala urus pula membawa maksud atur, kelola, kendali , susun dan selenggara. Menurut Kamus Besar juga, tadbir pula memberikan konsep tugas untuk menguruskan dan menjalankan sesuatu. Seterusnya istilah alam sekitar yang diterjemahkan melalui kamus ini membawa makna kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal manusia. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, konsep urus diterjemahkan sebagai hal yang berkatian dengan urusan perniagaan yang tidak diselelokan dengan baik dan tidak terpelihara. Manakala tadbir pula diterjemahkan sebagai urusan mengelola atau menjalankan sesuatu urusan pejabat, dan tugas menguruskan sesuatu perkara. Istilah alam pula diterjemahkan oleh kamus dewan sebagai dunia dan bumi. Kamus dewan juga mendefiniskan sekitar sebagai seluruh, segenap, sekaliannya dan merangkumi seluruh alam. Suhana Saad dan Marsitah Mohd Radzi merujuk kepada Ong Ka Ting (2002) dalam hasil kajiannya yang berjudul urus tadbir sebuah bandaraya Islam Malaysia pada tahun 2009 mengatakan bahawa konsep urus tadbir kerajaan tempatan di Malaysia adalah sangat unik kerana berasaskan kepada sistem sosio-politik. Malaysia adalah sebuah negara pelbagai etnik, budaya dan agama dan ciri-ciri ini merupakan kombinasi yang perlu ada dalam sebuah kegiatan urus tadbir. Misalnya ahli-ahli majlis adalah dipilih dalam kalangan parti-parti pemerintah yang memegang kuasa di peringkat tempatan atau kerajaan negeri. Pemilihan ahli majlis juga terdiri daripada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang-bidang seperti persekitaran, kepenggunaan dan juga kumpulan berkepentingan bagi menduduki kerusi majlis.

2.1

Senario urus tadbir di Cameron Highlands

Untuk menyelenggarakan dan menyelaraskan sistem pentadbiran alam sekitar di Cameron Highlands terdapat beberapa agensi yang telah terpilih sama ada pihak swasta mahupun kerajaan tempatan. Melalui kajian yang telah dilakukan di Cameron Highlands didapati bahawa terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam proses urus tadbir alam sekitar antaranya

ialah Majlis Daerah Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Pertanian, Mardi, dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Kesemua agensi ini mempunyai peranan masing-masing dalam mentadbir urus alam sekitar baik dari segi guna tanah, pembandaran dan kualiti alam sekitar di Cameron Highlands khususnya.

2.1.1 Jabatan Alam Sekitar. Jabatan alam sekitar (JAS) cawangan Cameron Highlands telah memulakan peranannya sebagai agensi yang terpenting untuk mentadbir urus alam sekitar telah membuka kuasanya di daerah Cameron Highlands pada 1 Januari 2003 iaitu hampir lapan tahun yang lalu dan pada awal pembukaannya jabatan ini mempunyai sepuluh orang pegawai dan kakitangan yang kini telah diisi seramai enam orang staff lagi untuk membantu dalam hal urus tadbir alam sekitar di daerah Cameron Highlands. Terdapat beberapa tugas yang terpenting dan utama yang telah digariskan untuk JAS dan ianya telah dikuatkuasakan di bawah Akas 1974. JAS di daerah ini juga ditubuhkan untuk mengaplikasikan Garis Panduan pembangunan Tanah Tinggi 2005 (terbitan NRE). Selain itu juga tugas utama JAS di daerah kawasan tanah tinggi ini juga untuk membantu Pentadbir Tanah Daerah Cameron Highlands (PTCH) dalam aktiviti pemantauan untuk mengesan penerokaan tanah kerajaan secara haram oleh penceroboh yang menjadikan tanah kerajaan sebagai tempat untuk mengaut keuntungan bagi pihak sendiri dan pihak tertentu. Di samping itu, JAS memantau aktiviti kerja tanah tanpa kelulusan permit kerja tanah dari PTCH dan jabatan ini melakukan pemeriksaan perlaksanaa aktiviti kerja tanah yang telah diluluskan oleh PTCH. JAS juga berperanan dalam membantu Pentadbir Tanah Daerah Cameron Highlands dalam pemberian input dan maklumat tentang urusan pembangunan, perancangan dan perlaksaan pembangunan dan menekankan aspek kawalan pencemaran. Selain dari itu juga, JAS juga berperanan untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan penduduk tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan melancarkan program pendidikan kesedaran pendidikan awam terhadap alam sekitar dan khidmat nasihat kepada kumpulan sasaran seperti pekebun, pengusaha hotel, bengkel dan juga kepada pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. JAS juga mempunyai beberapa strategi yang telah ditetapkan iaitu untuk mewujudkan

pembangunan lestari melalui pemuliharaan sumber semulajadi, integrasi faktor alam sekitar dalam perancangan pembangunan, pencegahan dan kawalan pencemaran, promosi pendidikan dan kesedaran alam sekitar, kerjasama antara agensi dan Persekutuan Negeri, penyertaan awam dalam pengurusan alam sekitar dan kerjasama serta hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa. JAS telah memainkan peranannya apabila dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi, mengawasi dan melaksanakan pematuhan Protokol Montreal selain mengawasi pelaksanaan projek bebas ODS. Jawatankuasa pemandu perlindungan lapisan ozon ( NSC) yang telah dibentuk sejak 1990 adalah bertujuan bagi merangka strategi, polisi dan memantau kaedah kawalan bagi meminimakan penggunaan ODS terutama CFC. Pada tahun 1990, beberapa kaedah kawalan, peraturan dan garis panduan telah diperkenalkan antaranya seperti Perintah Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan Alam Sekeliling. Selain daripada masalah CFC yang merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada masalah alam sekitar, tumpahan minyak dari aktiviti bengkel dan pengkhidmatan yang membuang sisa minyak akan menyumbang kepada masalah pencemaran sungai dan tanah. JAS telah menggariskan langkah untuk menguruskan sisa minyak bagi mengatasi masalah alam sekitar iaitu pencemaran sungai dan tanah. Minyak terpakai merupakan minyak yang berpunca daripada

minyak asli yang telahpun digunakan dan ianya mengalami kekotoran dari segi kimia dan fizikal. JAS akan menjalankan pemeriksaan ke atas punca-punca pencemaran bagi menentukan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan di bawah AKAS 1974 dan mengambil tindakan sewajarnya seiring dengan objektif utama JAS iaitu mengawal pencemaran alam sekitar dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh AKAS 1974 dan mementingkan kualiti alam sekitar dengan menentukan semua segmen alam sekitar iaitu udara, air dan tanah.

2.1.2 Senario urus tadbir Jabatan Pertanian. Sektor pertanian adalah penyumbang utama kepada ekonomi dan

pembangunan Cameron Highlands. Keluasan kawasan pertanian adalah 5,705.17 hektar iaitu (8.01 %) daripada 71,225 hektar keluasan daerah. Faktor iklim berhawa sederhana menyokong sektor pertanian di daerah ini. Antara hasil utama pertanian di Cameron Highlands adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan

teh . Hasil-hasil tersebut mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Antara pengeksport utama hasil pertanaian di kawasan Cameron Highlands adalah seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan Brunei. Kerajaan telah

menetapkan bahawa daerah Cameron Highlands merupakan kawasan yang sensitif kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, sebarang pembangunan termasuk pertanian hendaklah

mematuhi sepenuhnya undang-undang, garis panduan, piawaian perancangan dan Arahan Jawatankuasa Mengenai Pembangunan Tanah Dan Pulau-Pulau. Penjagaan alam sekitar amat diutamakan dalam sebarang aktiviti pertanian yang dijalankan oleh pengusaha pertanian di Cameron Highlands. Bagaimanapun, tinjauan yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian, Cameron Highlands tidak terkecuali mengalami isu-isu pembuangan sisa pertanian ke dalam sungai. Pekebun-pekebun yang tidak

bertanggujawab telah membuang sisa seperti guni baja, tangkai-tangkai bunga, sayursayuran busuk dan bekas-bekas racun ke dalam sungai. Hal ini akan menjejaskan kualiti sungai dan alam sekitar di kawasan Cameron Highlands. Berdasarkan tinjauan di salah sebuah ladang pengeluar pelbagai produk strawberi iaitu syarikat KHM Strawberries & Jam yang telah beroperasi sejak 2004, pengawalan dan pengurusan alam sekitar adalah diutamakan dalam pengeluaran pelbagai produk oleh syarikat tersebut. Dianggarkan bahawa syarikat tersebut

memiliki 1.5 juta pokok strawberi di sebuah ladang yang berkeluasan 3 hektar. Antara produk yang menjadi tarikan syarikat ini ialah menawarkan pelancongan berasaskan agropelancongan yang mana pengunjung boleh melawat ladang strawberi sambil menikmati pelbagai produk segar yang berasaskan strawberi seperti buah strawberi, aiskrim, coklat, jem, sirap strawberi dan sebagainya. Dianggarkan bahawa syarikat tersebut mengeluarkan 10 tan buah strawberi setiap bulan. Hasil pengeluaran akan dipasarkan di hypermarket seperti pasaraya Giant yang membuat permintaan

sebanyak 1 tan setiap minggu. Kaedah penanaman yang digunakan adalah mesra alam. Malahan menurut salah seorang anggota KHM Strawberries & Jam tersebut, kebanyakan sisa-sisa yang terhasil daripada proses pengeluaran kilang syarikat tersebut adalah berbentuk organik pada kuantiti yang sedikit.

2.1.3 Urus tadbir alam sekitar pusat meteorologi Cameron Highlands Pusat meteorologi Cameron Highland merupakan salah satu pusat yang bertanggungjawab membuat pemantauan terhadap keadaan cuaca dan aktiviti seismik di sekitar kawasan Cameron Highland. Pusat ini mempunyai peranan yang sangat penting kerana pusat meterologi ini memberi pelbagai maklumat berkenaan klimatologi dan aktiviti seismic yang boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti ekonomi di Cameron Highland seperti pertanian, ekopelancongan dan sebagainya. Selain daripada itu, pusat ini juga berperanan untuk membuat pemantauan udara dan pencemaran udara serta pencerapan data yang melibatkan suhu maksimum, suhu minimum, tekanan udara, kelembapan bandingan dan beberapa aspek data yang berkaitan cuaca dan iklim. Selain daripada itu, pusat meteorologi Cameron Highland juga mempunyai kemajuan teknologi dari segi peralatan yang digunakan dalam usaha membuat pemantauan udara. Hasil pemantauan yang dibuat oleh pusat meteorologi akan dijadikan panduan dalam usaha menjaga alam sekitar di sekitar kawasan Cameron Highlands. Selain daripada membuat pemantauan udara, pusat ini juga memainkan peranan untuk memberikan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar terhadap masyarakat setempat.

2.2

Kelebihan urus tadbir alam sekitar.

Isu-isu alam sekitar telah menjadi semakin kompleks. Kita telah menyaksikan kemunculan beberapa isu-isu yang mengganggu dalam aspek kehidupan dan negara kita. Penggunaan urus tadbir alam sekitar adalah sangat mustahak bagi mengatasi isu-isu alam sekitar seperti penurunan kualiti alam sekitar akibat pencemaran dan pembangunan yang tidak terancang. Tugas sebagai urustadbir alam sekitar adalah mencabar yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan boleh dikatakan keseluruhan masyarakat. Terdapat banyak kelebihan urus tadbir alam sekitar.

2.2.1

Membekalkan udara yang bersih.

Urus tadbir alam sekitar yang berkesan dapat membekalkan udara yang bersih dan segar kepada manusia. Hal ini adalah disebabkan oleh pengurusan alam sekitar yang berkesan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara. Udara yang bersih dan segar adalah sangat penting untuk pernafasan kita dan mengurangkan masalah kesihatan.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau yang akan membebaskan oksigen ke udara dan menyebabkan manusia mendapat oksigen yang mencukupi. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Cameron Highlands merupakan kawasan yang mempunyai banyak tanaman yang menghijau akibat daripada penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran oleh pihak pengurusan di Cameron Highlands. Oleh itu, kawasan Cameron Highlands ini mempunyai kualiti udara yang agak baik.

2.2.2

Mengekalkan flora dan fauna

Pengurusan alam sekitar yang berkesan juga penting untuk flora dan fauna. Hal ini adalah kerana ia dapat menjamin keseimbangan ekosistem. Pengurusan alam sekitar yang berkesan menyebabkan hutan dapat dipelihara. Hutan-hutan yang tidak dimusnahkan dan dipelihara ini dapat menjadi kawasan tadahan air yang dapat menjamin keseimbangan ekosistem flora dan juga fauna. Hutan-hutan ini akan menjadi kawasan takungan air yang besar dan menjadi sumber minuman kepada flora dan juga fauna.

2.2.3

Mengurangkan pencemaran

Urus tadbir alam sekitar juga akan menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap kadar pencemaran alam sekitar sama ada pencemaran udara, air, bunyi dan juga sungai. Dengan pengurusan alam sekitar yang cekap, masalah-masalah pencemaran ini dapat dikurangkan. Contohnya, larangan pembakaran terbuka dan juga kawalan pelepasan daripada enjin diesel dapat mengurangkan kadar pencemaran udara. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan udara menjadi kotor akibat daripada bertambahnya kumin-kumin pepejal atau habuk, karbon dioksida dan lain-lain bahan pencemar di dalam udara. Walau bagaimanapun, dengan melaksanakan urus tadbir alam sekitar yang berkesan masalah ini dapat dikurangkan. Contohnya, pihak yang telah diperwakilkan kuasa untuk menyiasat pembakaran terbuka seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga Polis DiRaja Malaysia hendaklah sentiasa

mengingatkan penduduk tentang bahaya pembakaran terbuka dan bagaimana ia boleh menjejaskan alam sekitar dengan menyebabkan berlakunya pencemaran udara ( JAS ).

2.2.4

Tarikan pelancong asing.

Selain itu juga, urus tadbir alam sekitar yang berkesan juga boleh menyebabkan berlakunya tarikan terhadap pelancong asing yang datang melancong ke negara kita. Hal ini adalah disebabkan oleh apabila alam sekitar diurus dengan berkesan maka segala masalah pencemaran dapat dikurangkan. Ini menyebabkan kualiti udara adalah sangat baik dan segar. Oleh itu, ia sudah semestinya dapat menarik pelancong asing untuk datang melancong ke negara kita kerana kualiti udara yang bersih dan segar ini dapat menyebabkan mereka dapat menikmati pelancongan mereka dengan selesa tanpa sebarang gangguan persekitaran. Dengan kedatangan ramai pelancong asing ke negara kita ini sudah semestinya ia akan menyebabkan berlaku penjanaan dalam pendapatan negara akibat daripada pengaliran wang masuk ke dalam negara oleh pelancongpelancong asing tersebut apabila mereka melakukan pembelian di negara kita.

2.2.5

Mengelakkan kepupusan sumber.

Kelebihan lain akibat daripada urus tadbir alam sekitar yang berkesan ialah ia mampu mengelakkan kepupusan sumber-sumber . Hal ini adalah disebabkan oleh, pengurusan alam sekitar yang berkesan akan menyebabkan pihak pengurusan melakukan pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Kepupusan sumber akan menyebabkan pelbagai masalah kepada manusia dan memberikan kesan terhadap aktiviti dan kehidupan seharian manusia. Sebagai contoh, sekiranya berlakunya kepupusan terhadap hutan maka pelbagai aktiviti manusia tidak dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini kerana hutan merupakan penstabil suhu bumi. Oleh itu, sekiranya hutan tidak diurus dengan baik maka akan berlaku pemanasan yang tinggi dan menyebabkan manusia dan hidupan-hidupan yang lain tidak selesa. Selain itu, ketiadaan hutan juga akan menyebabkan berlakunya ketidakcukupan sumber air. Hal ini adalah kerana seperti yang diketahui umum hutan merupakan salah satu punca takungan air. Oleh itu, ketiadaan hutan akan menyebabkan ketiadaan takungan air. Bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku maka urus tadbir alam sekitar yang berkesan sangat diperlukan.

2.3

Masalah akibat ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar.

Walaupun urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands adalah agak memuaskan, namun terdapat juga beberapa ketidakberkesanan dalam urus tadbir yang dijalankan.

Ketidakberkesanan urus tadbir ini adalah disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh pihak pemaju, pemantau, penduduk, pihak pengurusan dan juga projekprojek yang dijalankan tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar ini telah mendorong pelbagai masalah kepada penduduk mahupun kawasan sekeliling Cameron Highlands.

2.3.1 Penerokaan tanah secara haram. Akibat daripada ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar ini, terdapat penceroboh penceroboh yang telah melakukan penerokaan haram terhadap tanah kerajaan yang baru. Contohnya adalah penerokaan tanah hutan simpan. Penceroboh-penceroboh ini telah melakukan kerja tanah tampa permit kerja tanah yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, pemantauan melalui udara telah dijalankan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan telah mengesan beberapa kes penerokaan secara haram ini sejak tahun 2004 hingga tahun 2008. Pada 30 Julai 2007, Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) Cameron Highlands telah mengesan kawasan penerokaan tanah Hutan Simpan Kekal Terla A seluas lebih 6 ekar dan dengan kerhasama PDRM, Jabatan Perhutanan telah membuat tangkapan pada 1 Ogos 2007 seramai 5 individu penceroboh dan penahanan 7 jentera dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 10,000 di bawah Akta Perhutanan pada Disember 2007. ( JAS CCH )

2.3.2

Hakisan dan kelodakan.

Masalah seterusnya yang disebabkan oleh ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron highlands ialah hakisan atau kelodak. Hal ini berlaku akibat daripada hasil daripada aktiviti yang tidak melaksanakan kaedah pertanian yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Tanah Tinggi bag pembangunan pertanian. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pembajakan atau pemulihan semula tapak pertanian, pelepasan air berlumpur dari kebun iaitu air basuhan lantaian, air siraman dan air lebihan takungan air, pengusahaan baru baki kawasan yang belum dibangunkan, pembinaan jalan-jalan kebun dan juga melupuskan atau menambak tanah lebihan kerja tanah di lokasi yang tidak sesuai dan dengan cara yang tidak betul. Akibatnya telah

menyebabkan pelbagai masalah kepada alam sekitar di Cameron Highlands. Contohnya adalah seperti runtuhan kawasan cerun-cerun dan jalan kebun, runtuhan cerun tempat laluan paip yang pecah, limpahan air takungan tanpa kawalan yang menyebabkan berlakunya proses hakisan. Selain itu, penebangan di atas cerun bukit menyebabkan berlakunya kelodakan ataupun mendapan. Hal ini adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan air larian sehingga menyebabkan masalah mendapan tanah di bahagian kawasan bawah bukit yang lebih rendah. Selain itu, ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar ini juga telah menyebabkan kawasan-kawasan kebun di tepi sungai kerap berlaku mendapan atau runtuhan tebing dan mendapan-mendapan tersebut akan memasuki sungai. Ketidakberkesanan ini adalah disebabkan oleh kegagalan dalam menyediakan langkah-langkah kawalan yang berpunca daripada masalah keadaan terrain yang sememangnya sukar melaksanakan kaedah kawalan hakisan dan kelodakan yang memerlukan ruang dan penyenggaraan yang cukup. Selain itu, pelaksanaan kaedah kawalan juga memerlukan masa dan kos yang agak tinggi. Namun begitu faktor utamanya adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran atau sikap prihatin pekebun-pekebun di Cameron Highlands.

2.3.3 Sisa racun atau baja memasuki sistem sungai Ketidakberkesanan urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands juga turut menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Hal ini adalah disebabkan oleh sisa racun dan juga baja yang digunakan untuk pertumbuhan tanaman memasuki sistem sungai. Hal ini sudah semestinya akan menyebabkan berlakunya masalah pencemaran air. Sisa racun atau baja yang memasuki sistem sungai ini berlaku apabila semburan racun makhluk perosak atau aplikasi baja secara berlebihan digunakan terhadap tanaman . Hal ini adalah lebih teruk semasa tahap kelajuan angin yang kuat. Selain itu juga, hujan yang turun selepas selesai proses pembajaan dan meracun juga turut menyumbang kepada masalah sisa racun dan baja memasuki sistem sungai. Seain itu, pembuangan bekas racun merata-rata juga turut menyebabkan masalah ini. Dalam jangka masa yang lama, apabila tapak pertanian menjadi tepu dengan baja dan racun, bila tanah tersebut dibajak semula maka ia boleh menyebabkan sedimen memasuki sistem sungai yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai di kawasan tersebut.

2.3.4 Sisa buangan pertanian. Selain itu juga, ketidakberkesanan dalam urus tadbir alam sekitar juga turut menyumbang kepada masalah kepada sisa buangan pertanian. Hal ini adalah disebabkan oleh ketiadaan tempat pelupusan yang mencukupi. Pihak pengurusan tidak dapat menyediakan tempat yang mencukupi bagi melupuskan sisa buangan pertanian. Hal ini adalah kerana, sebahagian besar tanah di kawasan Cameron Highlands adalah digunakan untuk aktiviti pertanian. Oleh itu, kawasan pelupusan yang mencukupi adalah mustahil untuk disediakan. Tambahan pula, keadaan topografi yang berbukit bukau menyukarkan pengangkutan untuk keluar membuang buangan ke tapak pelipusan dan ia melibatkan kos dan juga masa. Selain itu, sikap pekebun yang enggan menggunakan bahan buangan pertanian untuk proses baja kompos juga menyebabkan masalah ini. Hal ini adalah disebabkan pekebun-pekebun tersebut mendakwa bahawa bahan buangan tersebut mengandungi sisa racun yang tinggi.

2.4

Perbincangan

Pertubuhan JAS dan jabatan-jabatan yang lain telah memberikan kesan yang lebih dinamik kepada proses urus tadbir alam sekitar disebabkan oleh tugas dan peranan yang dijalankan oleh JAS terhadap alam sekitar di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Tanah tinggi Cameron Highlands merupakan salah satu kawasan yang mempunyai suhu berbeza dengan kawasan tanah rendah yang lain dan ianya merupakan salah satu lokasi pelancongan seterusnya menyumbang kepada permintaan guna tanah yang tinggi khususnya untuk membina kawasan petempatan, perhotelan, dan jalan raya bagi memudahkan dan meningkatkan darjah ketersampaian penduduk tempatan dan pelancong asing yang datang ke Cameron Highlands. Kesemua aktiviti guna tanah ini mewujudkan pelbagai masalah alam sekitar yang berlaku dek kerana aktiviti pembangunan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa. Selain dari itu juga, kawasan tanah tinggi Cameron Highlands merupakan satusatunya kawasan yang mempunyai jenis iklim, suhu dan jenis tanah yang amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi sepanjang tahun. Kelebihan yang terdapat di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands ini telah menjadikan ianya sebagai hub pertanian dan penanaman. Oleh kerana, kawasan tanah tinggi ini amat terhad untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian dan pembandaran kesemua agensi dan jabatan termasuklah JAS akan memainkan peranan dalam proses urus tadbir alam sekitar. Antaranya, melakukan pemantauan dan penekanan terhadap pemilikan tanah di kawasan ini.

Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh penduduk di kawasan tanah tinggi tidak dapat dihalang kerana pendapatan yang lumayan ekoran daripada pertanian ini telah meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan, namun kawasan pertanian di kawasan cerun yang lebih curam akan mendatangkan lebih banyak masalah terutamanya masalah hakisan dan tanah runtuh yang sering berlaku di tepi jalanraya menuju ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Masalah alam sekitar seperti hakisan, tanah runtuh, pencemaran air sungai, pencemaran tanah dan peningkatan suhu telah mendapat perhatian dan menjadikan JAS sebagai salah satu jabatan yang bertanggungjawab untuk melancarkan pelbagai program kesedaran, khidmat nasihat dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan di bawah AKAS 1974.

BAB 3 METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan

Kajian mengenai urus tadbir alam sekitar ini dijalankan di lokasi daerah Cameron Highlands yang terletak di dalam kawasan zon utara negeri Pahang Darul Makmur dan bersempadani dengan negeri Kelantan Darul Naim. Daerah Cameron Highlands merupakan salah satu kawasan pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Daerah Cameron Highlands menjalankan pelancongan tanah tinggi berkonsepkan ekologi dan agro-pelancongan. Terdapat pelbagai tempat yang menarik yang terdapat di daerah Cameron Highlands yang boleh dilawati dan diterokai oleh para pelancong. Oleh sebab itu, konsep urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands amatlah dititik beratkan bagi menjaga dan menguruskan alam sekitar di kawasan ini agar tidak tercemar.

3.2

Lokasi kajian

Kajian telah dijalnkan di daerah Cameron Highlands bagi mengenalpasti masalah urus tadbir alam sekitar yang wujud ekoran pembangunan yang pesat sedang berlaku di daerah ini. Cameron Highlands terletak dalam daerah paling kecil dalam negari Pahang dan bersempadan dengan negeri Kelantan di sebelah utara dan negeri Perak disebelah barat. Kedudukan daerah Cameron Highlands terletak banjaran Titiwangsa dan kedudukannya diantara 420U 437U dan 10120 10136T. Daerah Cameron Highlands dianggarkan mempunyai

keluasan 71,218 haktar dan berada pada paras 1,070 meter hingga 1,830 meter dari paras laut. Suhu purata bagi daerah Cameron Highlands adalah diantara 18C hingga 28C. Permukaannnya berbukitbukau dan mempunyai puncak tertinggi yang boleh dicapai menggunakan jalan di Semenanjung Malaysia, iaitu Gunung Brinchang (2031m). Gununggunung lain yang terdapat dalam kawasan daerah tersebut termasuklah Gunung Swettenham (1961m), Gunung Siku (1916m), Gunung Beremban (1840m), Gunung Cantik (1802) dan Gunung Jasar (1670m). Daerah ini terdiri daripada 3 mukim iaitu Ulu Telom (63,990 hektar), Ringlet (5,156 hektar) dan Tanah Rata (2,072 hektar). Terdapat tiga laluan utama ke Cameron Highlands iaitu Tapah (Perak) Cameron Highlands, Simpang Pulai Ipoh (Perak) Cameron Highlands dan Gua Musang (Kelantan) Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan penduduk Cameron Highlands adalah seramai 30,495 orang pada tahun 2000 dan dianggarkan meningkat kepada 31,808 orang pada tahun 2020.

Gambarajah : Peta daerah Cameron Highlands Sumber : Portal rasmi majlis daerah Cameron Highlands

3.3

Keperluan data

Secara umumnya, terdapat dua data yang diperlukan bagi menjalankan kajian mengenai urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands iaitu keperluan data primer dan data skunder. Pengumpulan data primer dilakukan dengan melawat kawasan kajian dan mengadakan kajian soal selidik serta temu ramah dengan penduduk setempat bagi mendapatkan maklumat mengenai urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands. Borang soal selidik diedarkan bagi mendapatkan satu kajian analisis mengenai urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands. Manakala, proses pengumpulan data skunder pula dilakukan melalui kajian perpustakaan dan pembacaan di internet bagi mendapatkan maklumat mengenai urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlans. Kajian perpustakaan dan literatur meliputi buku-buku yang berkaitan mengenai urus tadbir alam sekitar dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan tajuk kajian. Proses mendapatkan bahan kajian yang meliputi data primer dan data skunder telah memberi pendedahan kepada pengkaji mengenai latar belakang dan skop kajian yang lebih terperinci.

3.4

Kaedah pengumpulan data

Terdapat dua cara data diperolehi iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada tinjauan dan pemerhatian permasalahan kajian yang dilakukan di lokasi kajian. Selain itu melalui kaedah temu bual dan soal selidik terhadap penduduk setempat mengenai urus tadbir alam sekitar di daerah Cameron Highlands. Penggunaan kaedah tersebut dapat membantu pengkaji untuk mengumpul kesemua maklumat bagi mengenalpasti aspek yang berkaitan dengan kajian ini. Tujuan data primer dikumpulkan adalah bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Data primer bagi kajian ini meliputi data kualitatif dan juga data kuantitatif. Bagaimanapun data kuantitatif adalah lebih dominan dan menjadi fokus utama kajian ini. Bagi data sekunder pula, data diperolehi daripada sumber-sumber bercetak sama ada yang pernah diterbitkan (rasmi) ataupun yang tidak diterbitkan (tidak rasmi), Selain itu, sumber sekunder juga merangkumi dokumen-dokumen atau bahan penerbitan. Bahan-bahan tersebut merangkumi pembacaan buku, jurnal, keratan akhbar, latihan ilmiah, kertas seminar dan bahan-bahan bacaan dan internet. 3.4.1 Data primer Proses pengumpulan data telah dilakukan melalui kaedah kajian lapangan iaitu tinjauan awal di kawasan kajian. Sebagai proses awal untuk mengetahui berkenaan dengan kawasan kajian, pemerhatian telah dibuat iaitu mengenal pasti aspek-aspek penting sebagai bahan kajian, mengambil imej-imej di lokasi yang terlibat dan menganalisa perkara yang perlu diambil perhatian semasa penyelidikan dijalankan nanti. Kaedah temu bual dan perbincangan adalah kaedah utama bagi menghasilkan data yang diperlukan. Pengedaran boring soal selidik dan temu bual dilakukan bagi mendapatkan pandangan penduduk setempat mengenai urus tadbir alam sekitar di Cameron Highlands.

3.4.1.1 Soal selidik Soal selidik merupakan satu kaedah yang digunakan bagi kaedah pengumpulan data yang melibatkan responden lebih ramai dan secara menyeluruh (Ahmad Mahdzan, 2007). Kaedah soal selidik dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan kajian. Sebanyak 70 borang soal selidik telah diedarkan. Soal selidik ini bertujuan untuk menilai masalah yang timbul ekoran daripada proses urus

tadbir alam sekitar yang lemah. Kajian ini melibatkan satu set borang soal selidik untuk responden (rujuk lampiran A). Data yang telah diperoleh melalui soal selidik ini dianalisis secara deskriptif. Pengumpulan data melalui soal selidik mudah diproses dengan berbantukan komputer. Kaedah soal selidik berguna dalam penyelidikan kerana setiap responden yang disoal dengan item yang sama dan memudahkan penyelidik untuk membuat perbandingan. Hasil maklum balas daripada responden dianalisa berdasarkan kaedah tertentu.

3.4.1.2 Temu bual Kaedah temu bual merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular dalam bidang kajian sains sosial (Othman Mohamed, 2001). Temu bual telah dilakukan terhadap penduduk setempat. Kaedah temu bual secara tidak formal dibuat untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam borang soal selidik. Temu bual secara formal dilakukan dengan pihak jabatan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Majlis Tanah Daerah dan Jabatan kaji cuaca di Cameron Highlands.

3.4.2 Data sekunder Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan mengenai tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Melalui kaedah kajian ini, pengetahuan tentang sesuatu kajian yang telah dijalankan dapat diperoleh dengan panduan dan gambaran yang jelas. Maklumat-maklumat tersebut telah diperolehi melalui buku-buku, laporan, tesis, penggunaan cakera padat ilmiah (CD), jurnal, seminar, akhbar, majalah akedemik dan telah diubahsuai kepada bentuk yang lebih mudah difahami seperti graf, carta dan jadual. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat bagi kajian ini, rujukan telah dibuat di Perpustakaan Tunku Bainun dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Selain itu, kebanyakan data sekunder ini juga diperolehi daripada organisasi yang terlibat dalam sektor ini seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Majlis Tanah Daerah dan Jabatan kaji cuaca di Cameron Highlands.

3.5

Kaedah analisis data

Seterusnya penyelidik memilih untuk menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi menganalisis data-data primer yang dikumpulkan melalui kajian lapangan. Data-data ini akan dianalisis dalam bentuk analisis statistik. Pada peringkat asas data-data akan dianalisis mengunakan statistik deskriptif yang menggunakan arahan

frequencies dan arahan crosstabs bagi melihat dapatan kajian secara umum seperti kekerapan dan peratus. Data yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta bagi memudahkan proses analisis data dibuat. Terdapat beberapa peringkat telah dijalankan dalam menyiapkan kajian ini. Pada peringkat pertama (kajian awalan) merupakan asas panduan bagi memulakan sesuatu kajian sehingga ke peringkat cadangan. Isu-isu dan masalah di kawasan kajian (Cameron

Highlands) dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesuatu penyelidikan dilakukan. Isu-isu yang diperoleh hasil daripada penemuan dan kajian yang telah dilaksanakan bagi mencari masalah dan mencadangkan cara menyelesaikan masalah yang timbul tersebut. Berdasarkan isu dan masalah yang telah dikenal pasti, tajuk kajian dibentuk, seterusnya matlamat, objektif serta skop kajian ditentukan. Berdasarkan kepada perkara di atas, bahan rujukan yang akan digunakan turut dikenal pasti bagi memudahkan proses kajian dijalankan. Pada peringkat yang ketiga pula, pengumpulan data amat penting dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Terdapat dua jenis data yang digunakan iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh dengan menjalankan beberapa kajian lapangan di kawasan kajian di daerah Cameron Highlands. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik. Data sekunder diperoleh melalui carian di internet dan diperoleh

daripada pihak-pihak tertentu seperti Majlis Daerah Cameron Highlands. Peringkat keempat adalah berkaitan dengan kesan-kesan ekoran daripada urus tadbir alam sekitar di daerah Cameron Highlands.. Perubahan dilihat dari aspek perubahan fizikal dan manusia penduduk setempat. Peringkat kelima pula menganalisis maklumat dan penemuan, data primer yang dikumpul melalui kaedah soal selidik menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciens (SPSS). Pada peringkat asas data-data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menggunakan arahan kekerapan dan arahan persilangan bagi melihat dapatan kajian secara umum seperti kekerapan dan peratusan. Ujian Khi Kuasa Dua (X) digunakan untuk menguji adakah terdapat perkaitan antara kumpulan data tertentu berdasarkan kepada kumpulan tertentu. Ujian ini sangat bersesuaian untuk data nominal atau data yang dikelaskan ke dalam

kategori atau kumpulan tertentu. Pada peringkat keenam iaitu cadangan akhir dalam kajian yang dijalankan. Cadangan tentang sesuatu kajian diperoleh melalui rumusan daripada penemuan kajian. Cadangan yang dikemukakan mestilah bersesuaian dengan penyelidikan yang dijalankan berdasarkan kepada garis panduan perancangan semasa supaya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3.6

Sampel kajian

Sampel kajian ialah sebahagian daripada populasi kajian. Dalam kajian ini responden yang dipilih merupakan penduduk tempatan dan para pelancong. Responden hanyalah seramai 70 orang dan sampel kajian yang mewakili populasi penduduk di daerah Cameron Highlands. Kaedah persampelan ini dipilih secara rawak. Teknik yang dipilih adalah teknik persampelan rawak mudah sebagai teknik yang paling sesuai dalam menentukan sampel kajian kerana mempunyai kebolehpecayaan yang tinggi dan mempunyai kos yang rendah.. Responden yang dipilih dalam jumlah jantina yang seimbang.

3.7

Kaedah pensampelan

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan, pemerhatian dan menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian iaitu persampelan mudah. Pensampelan kebarangkalian adalah satu andaian bahawa setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Sebarang keputusan yang diperoleh dapat Responden terdiri daripada

digeneralisasikan dengan lebih yakin terhadap populasi.

penduduk tempatan daerah Cameron Highlands dan para pelancong. Kaedah persampelan ini akan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada penduduk tempatan dan pelancon di kawasan kajian. Di samping itu, tinjauan dan pemerhatian penyelidik turut dijalankan di sekitar kawasan premis-premis perniagaan dan kawasan yang berhampiran bagi menjalankan penyelidikan dengan lebih berkesan lagi dan mendapat satu gambaran yang lebih jelas mengenai urus tadbir alam sekitar di daerah Cameron Highlands. Dalam mengedarkan borang soal selidik tersebut, pertimbangan

mengenai masa responden juga penting agar pengkaji mendapat satu jawapan yang tepat bagi kajian yang dijalankan kerana jika responden dalam keadaan yang tergesa-gesa kebarangkalian mereka menjawab setiap soalan berkenaan secara sambil lewa adalah tinggi.

Oleh itu kaedah pensampelan secara rawak mudah digunakan kerana ianya merupakan satu kaedah yang mudah untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan berkesan.

3.8

Kesimpulan

Dalam bab 3 ini pengkaji telah menyatakan beberapa pendekatan yang telah diambil dan perlu dilaksanakan dalam kajian ini. Metodologi kajian ini meliputi penerangan secara jelas tentang lokasi kajian, keperluan data, kaedah pengumpulan data sama ada daripada sumber primer dan sekunder, kaedah analisis data, pembentukan hipotesis kajian serta kaedah persampelan yang digunakan untuk melancarkan lagi perjalanan proses kajian.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Bibliografi. Perlaksanaan Program Protokol Montreal Malaysia ( 2004). Putrajaya : Seksyen Perlindungan Ozon Jabatan Alam Sekitar. Malaysia Environmental Quality Report (2009). Petaling Jaya : Communications Division Department Of Environment Malaysia. Buku Kompendium Jabatan Alam Sekitar (2010). Putrajaya: Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Bibliografi Ahmad Atory Hussain, (2007). Tadbir urus korporat: ke arah tadbir urus yang berkualiti dalam sektor awam dan swasta. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632