pensenyawaan in vitro

Upload: anonymous-gtcomv

Post on 05-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    1/34

    Definisi Pengklonan Manusia.

    Perkataan klon berasal dari bahasa Yunani iaitu klwn yang bermaksud

    tunas.3 Definisi ini menggambarkan keadaan asal proses pengklonan di mana

    ianya adalah proses pembiakan yang normal di kalangan tumbuh-tumbuhan

    dan sel-sel mikro-organisma.4 Cara pembiakan ini juga dipanggil vegetative

    reproduction atau pembiakan tumbuh-tumbuhan.5 Oleh kerana cara

    pembiakan ini tidak melibatkan apa-apa perlakuan seks, ia dikategorikan

    sebagai asexual reproduction iaitu pembiakan tanpa seks.

    Jenis Pengklonan.

    Kaedah atau teknik pengklonan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

    i. Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning).

    ii. Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nukleus (nucleus

    transfer technology).

    Pada hakikatnya, kaedah pengklonan pertama (pengklonan janin atau

    embrio) telah bertahun-tahun digunakan ke atas haiwan ternakan bagi

    menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah

    dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini.

    Menurut para saintis, pengklonan janin amat penting kerana beberapa sebab.

    Antaranya, ia dapat membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang

    pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetik seperti parkinson dan

    cystic fibrosis, yang membahagi pada kadar yang serupa dengan

    pembahagian sel-sel janin.7 Dengan adanya kaedah pengklonan janin ini,

    saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin-janin yang diambil dari klinikklinik

    kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan

    penggunaan janin-janin asal.

    Kaedah pengklonan jenis kedua iaitu teknik pemindahan nukleus (nucleus

    transfer technology) ini agak sensasi kerana sebelum tahun 1997, apabila

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    2/34

    saintis mengumumkan tentang kaedah yang digunakan bagi mencipta seekor

    kambing yang dinamakan Dolly, belum pernah seekor mamalia dilahirkan

    hasil daripada penggunaan teknik tersebut.

    Para saintis menyatakan, bahawa faedah yang bakal diperolehi daripada

    pengklonan DNA dewasa menjanjikan pelbagai kebaikan dalam bidang

    perubatan dan tidak patut dihentikan. Menurut mereka, ia berbeza daripada

    pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedah yang dijanjikan

    termasuklah:

    i. Bagi memperoleh stem cell yang akan membantu pertumbuhan sel

    baru;

    ii. Bagi mencipta organ-organ penting;

    iii. Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan air

    tulang sum-sum;

    iv. Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit genetik.

    TAKRIF SEWA RAHIM

    Takrif sewa rahim (atau ibu tumpang):

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    3/34

    Menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih

    wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki

    (sperma) (yang kebiasaannya suami isteri), dan janin itu dikandung

    oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak itu

    diberikan semula kepada pasangan suami isteri itu untuk

    memeliharanya dan anak tersebut dikira anak mereka dari sudut

    undang-undang .1

    Kaedah ini dikenali dengan sewa rahim kerana lazimnya

    pasangan suami isteri yang ingin memiliki anak ini akan membayar

    sejumlah wang kepada ibu tumpang atau syarikat yang

    menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang sanggup

    mengandungkan anak percantuman benih mereka dan dengan syarat

    ibu tumpang tersebut akan menyerahkan anak tersebut setelah

    dilahirkan atau pada masa yang dijanjikan.

    Kaedah ini termasuk dalam ruang lingkup kaedah

    persenyawaan luar rahimyang lebih dikenali sebagai bayi tabung

    uji (invitro fertilization ). 1Kaedah bayi tabung uji

    lebih umum kerana sperma suami atau lelaki lain disenyawakan

    dengan ovum isteri atau wanita lain di dalam radas makmal,

    kemudian benih yang telah disenyawakan tadi dimasukkan semula

    ke dalam rahim isteri atau wanita lain, manakala kaedah penyewaan

    rahim lebih khusus hanya kepada yang melibatkan penyewaan

    rahim wanita lain sebagai pihak yang ketiga (bukan isteri) dan

    kebiasaannya benih yang dimasukkan ialah benih suami isteri.

    Penyewaan rahim dalam bahasa

    bahasa Inggeris pula dikenali sebagai surrogate mother.

    3.0 SEBAB ATAU TUJUAN PENYEWAAN RAHIM

    Terdapat beberapa sebab yang akan menyebabkan sewa rahim

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    4/34

    dilakukan, antaranya:

    3.1 Seseorang wanita tidak mempunyai harapan untuk

    mengandung secara biasa kerana ditimpa penyakit atau

    kecacatan yang menghalangnya dari mengandung dan

    melahirkan anak

    3.2 Rahim wanita tersebut dibuang kerana pembedahan

    3.3 Wanita tersebut ingin memiliki anak tetapi tidak mahu

    memikul bebanan kehamilan, melahirkan dan menyusukan

    anak dan ingin menjaga kecantikan tubuh badannya

    dengan mengelakkan dari terkesan akibat kehamilan

    3.4 Wanita yang ingin memiliki anak tetapi telah putus haid

    (menopause)

    3.5 Wanita yang ingin mencari pendapatan dengan menyewa

    rahimnya kepada orang lain

    4.0 BENTUK-BENTUK PENYEWAAN RAHIM

    4.1 Bentuk pertama:

    Benih isteri (ovum) disenyawakan dengan benih

    suami(sperma), kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.

    Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang

    baik , tetapi tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan ,

    kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab

    yang lain.

    4.2 Bentuk kedua:

    Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah

    disenyawakan dibekukan dan dimasukkan ke dalam rahim ibu

    tumpang selepas kematian pasangan suami isteri itu.

    4.3 Bentuk ketiga:

    Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    5/34

    suaminya) dan dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini

    apabila suami mandul dan isteri ada halangan atau kecacatan pada

    rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.

    4.4 Bentuk keempat:

    Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain ,

    kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain. Keadaan ini

    berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovari dan rahimnya

    k mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai

    tahap putus haid (menopause).

    4.5 Bentuk Kelima :

    Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian

    dimasukkan ke dalam rahim isteri yang lain dari suami yang sama.

    Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup mengandungkan anak

    suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.

    5.0 PANDANGAN ULAMA TENTANG PENYEWAAN

    RAHIM

    5.1 Para Ulama bersepakat tentang pengharaman sewa rahim

    dalam keadaan berikut :

    5.1.1 menggunakan rahim wanita lain selain isteri

    5.1.2 percampuran benih antara suami dan wanita lain

    5.1.3 percampuran benih isteri dengan lelaki lain,

    5.1.4 atau memasukkan benih yang disenyawakan selepas

    kematian suami isteri

    BAYI TABUNG UJI

    2.1(a) bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan

    ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu. (rujukan:

    Kamus Jururawat BI-BM, Fajar Bakti)

    3. SEJARAH

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    6/34

    3.1 Kaedah kelahiran bayi tabung uji melalui teknik Persenyawaan Luar Rahim(IVF)

    berjaya dilakukan pada mulanya ke atas haiwan. Orang pertama

    bertanggungjawab melaksanakannya adalah Dr. Shang di Boston, US pada tahun

    1959 yang telah berjaya dengan teknik IVF ke atas arnab (menggunakan sperma

    dan telur arnab lalu dimasukkan ke dalam rahim arnab).

    3.2 Kejayaan seterusnya dilakukan ke atas tikus pada 1968.

    3.3 Pakar pertama melakukan kaedah IVF ini ke atas manusia adalah Dr. Robert

    Edwards pada tahun 1965 dan usaha yang membawa kehamilan pertama berjaya

    dilakukan pada tahun 1976. Malangnya, kehamilan tidak normal berlaku iaitu

    kehamilan ektopik (embrio tertempel pada tiub Fallopio atau salur rahim) dan

    pembedahan terpaksa dilakukan bagi memotong tiub berkenaan.

    3.4 Pada 11.47pm, 25 Julai 1978 di Oldham General Hospital, England, lahirnya

    bayi tabung uji pertama dalam sejarah dunia, Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.

    Robert Edwards di samping Dr Patrick Steptoe. Kejayaan tersebut terhasil

    selepas 100 percubaan menemui kegagalan.

    3.5 Selepas detik kelahiran Louise Brown, pelbagai teknik baru berkaitan IVF dan

    bayi tabung uji diperkenalkan dan lahir pusat-pusat serta klinik yang menawarkan

    teknik ini kepada pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Dan sejak itu,

    lebih sejuta kelahiran melalui IVF telah direkodkan di hampir setiap negara

    seluruh dunia.

    4. IVF ( (

    4.1 SEKILAS PANDANG

    4.1(a) IVF (In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi

    Teknologi Pembiakan Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secaraasasnya,

    teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki danovum (telur)

    perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yangsesuai.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    7/34

    Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim.

    4.1(b) Langkah asas dalam teknik IVF:

    (i) Pengovulasian (merangsang ovari supaya menghasilkan lebih dari satu

    ovum atau telur untuk satu kitar haid)

    (ii) Pengeluaran telur

    (iii) Persenyawaan

    (iv) Pengkulturan embrio

    (v) Pemindahan embrio

    4.2 KENAPA IVF?

    4.2(a) IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagaimasalah

    kesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang

    sepatutnya berlaku atas kelamin.

    4.2(b) Pada mulanya, teknik IVF ini hanya dilaksanakan dalam keadaan tiubFallopio

    perempuan yang tersekat, musnah atau tiada langsung.

    (i) endometriosis (tisu rahim yang tidak nomal-wujud di luar rahim)

    (ii) masalah imunisasi (daya tahan badan)

    (iii) kemandulan yang tidak diketahui puncanya

    (iv) kemandulan yang berkaitan dengan lelaki.

    4.3 UJIAN SEBELUM MELAKUKAN IVF

    4.3(a) Untuk melaksanakan IVF, hanya tiga perkara diperlukan:

    (i) Telur atau Ovum

    (ii) Sperma

    (iii) Rahim atau Uterus

    4.3 UJIAN SEBELUM MELAKUKAN IVF

    4.3(a) Untuk melaksanakan IVF, hanya tiga perkara diperlukan:

    (i) Telur atau Ovum

    (ii) Sperma

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    8/34

    (iii) Rahim atau Uterus

    4.3(b) Sebelum melakukan kaedah tersebut, pakar perubatan akan melaksanakan

    beberapa ujian:

    (i) Ujian Ketahanan Sperma. Ujian ini dilakukan dengan cara mengeluarkan

    mani menggunakan cara sama yang akan digunakan dalam proses sebenar

    (misalnya secara masturbasi). Ujian ini bertujuan untuk memeriksa

    samada bilangan sperma yang ada dalam cecair mani lelaki mencukupi

    untuk proses IVF. Ujian ini juga penting bagi memilih kaedah yang sesuai

    digunakan dalam makmal bagi mengendalikan sperma untuk proses IVF.

    (ii) Ujian hormon FSH dalam darah. FSH adalah hormon yang

    bertanggungjawab merangsang pengeluaran telur. Ujian ini bertujuan

    memastikan ovari mampu mengeluarkan telur yang cukup selepas proses

    pengovulasian. Untuk wanita yang berumur, ada ujian lain dilakukan. Jika

    didapati tanda awal kegagalan ovari, mungkin telur penderma perlu

    digunakan.

    (iii) Ujian hysteroscopy. Ujian ini dilakukan bagi memastikan ruang rahim

    betul-betul normal. Beberapa klinik juga akan menjalankan ujian swab test

    (pengambilan cecair dari faraj) untuk mengesan jangkitan yang terdapat

    pada serviks (pangkal rahim).

    (iv) Bagi lelaki yang menghadapi masalah mengeluarkan air mani apabila

    diperlukan, klinik boleh membekukan sampel mani dan menyimpannya

    sebagai langkah berjaga-jaga. Ini bagi memastikan proses IVF tidak

    tergendala kerana masalah bekalan mani yang terputus.

    (v) Beberapa ujian darah. Antara ujian yang dilakukan adalah ujian ketahanan

    rubella, ujian Hepatitis B dan ujian AIDS.

    4.3(c) Pesakit yang memiliki peluang kejayaan IVF yang rendah:

    (i) Wanita berumur yang menghadapi masalah kegagalan ovari. Umur

    merupakan antara faktor utama menentukan kejayaan IVF. Sesetengah

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    9/34

    Pusat Rawatan mengehadkan umur wanita 45 tahun untuk menerima

    rawatan. Walaupun sudah ada rekod wanita yang menopause (putus haid)

    berjaya hamil dengan kaedah IVF, tetapi menggunakan telur derma.

    (ii) Pasangan lelaki yang mempunya bilangan sperma yang amat rendah.

    Kebanyakan klinik hanya melaksanakan kaedah IVF ini ke atas lelaki

    yang memiliki bilangan sperma aktif melebihi 3 juta. Jika bilangan lebih

    rendah dari 3 juta, ICSI (suntikan mikro) boleh dilakukan sebagai pilihan

    yang baik.

    (iii) Wanita yang mempunyai rahim yang rosak (misalnya kerana tuberculosis

    atau TB) kerana peluang kejayaan penempelan embrio (lalu menyebabkan

    kehamilan) amat rendah.

    4.4 LANGKAH ASAS DALAM IVF

    4.4(a) PENGOVULASIAN ATAU PENGGALAK OVULASI

    (i) Semasa proses penggalak ovulasi, beberapa jenis ubat (drugs) digunakan

    bagi menggalakkan ovari menghasilkan beberapa ovum atau telur matang

    berbanding hanya satu untuk setiap bulan dalam keadaan normal. Ini

    dilakukan kerana peluang kehamilan akan meningkat jika lebih banyak

    telur tersenyawa dimasukkan ke dalam rahim dalam proses rawatan IVF.

    Antara drug/hormon yang sering digunakan adalah HMG, FSH, HCG dan

    GnRH.

    (ii) Pengimejan Ultrabunyi (Ultrasound scan) dilakukan pada hari ketiga

    untuk memastikan tidak berlaku radang atau masalah lain pada ovari.

    Sepanjang proses pengovulasian ini juga, keadaan ovari dan hormonhormon

    sentiasa dikawal bagi mengesan sebarang masalah yang timbul.

    (iii) Dengan pengawasan keadaan ovari dan kandungan hormon, masa matang

    telur-telur dapat dianggar. Ini membolehkan telur matang dikeluarkan

    pada masa yang sesuai. Masa biasa untuk mengambil telur matang adalah

    36-39 jam selepas drug atau hormon disuntik.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    10/34

    (iv) Kegagalan teknik IVF boleh berlaku jika pengovulasian tidak

    menghasilkan bilangan telur yang mencukupi. Antara sebabnya adalah

    kegagalan ovari memberi tindak balas dan keadaan ini lebih biasa berlaku

    ke atas wanita berumur.(v) Tetapi, jika pengeluaran telur yang terlalu banyak jugaboleh menjadi

    penyebab proses rawatan IVF dibatalkan. Hal ini demikian kerana risiko

    sindrom hiperstimulasi (hyperstimulation syndrome) menjadi sangat tinggi.

    4.4(b) PENGELUARAN TELUR

    (i) Pengumpulan telur dilakukan menggunakan kaedah ultrabunyi sebagai

    panduan. Proses ini merupakan satu pembedahan kecil di bawah pelalian

    (local anaesthetic). Prob ultrabunyi beserta jarum khas dimasukkan

    melalui faraj. Telur-telur matang kelihatan pada skrin sebagai bulatan

    hitam.

    (ii) Cecair folikel yang mengandungi telur matang kemudiannya disedut ke

    dalam jarum khas kemudian ke dalam tabung uji, sebiji demi sebiji.

    Teknik yang memerlukan kemahiran tinggi ini mengambil masa antara 10

    hingga 40 minit, bergantung kepada bilangan telur yang ada. Secara purata,

    sebanyak 4 hingga 16 biji telur dikumpul dari setiap pesakit.

    (iii) Cara lama untuk proses ini adalah menggunakan laparoskopi (jarum khas

    dimasukkan melalui lubang yang ditebuk pada abdomen).

    4.4(c) PROSES PERMANIAN, PERSENYAWAAN DAN PENGKULTURAN

    EMBRIO

    (i) PERMANIAN

    Cecair folikel (bersama telur) yang dikumpul segera dibawa ke

    makmal dan akan diperiksa oleh ahli embriologi untuk mengenal

    pasti telur-telur. Telur-telur akan dipindahkan ke dalam incubator

    dan sperma akan ditambah kepadanya (proses permanian).

    Permanian boleh dilakukan sebaik selepas proses pengeluaran telur

    tetapi biasanya dialakukan selepas 2 hingga 6 jam.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    11/34

    Suami biasanya akan menyediakan air mani pada hari telur

    dikeluarkan. Sperma kemudiannya diasingkan dan digunakan

    untuk mempersenyawa telur-telur. Segelintir lelaki akan

    menghadapai masalah mengeluarkan air mani pada masa yang

    diperlukan disebabkan faktor-faktor tekanan dan sebagainya.

    Antara pilihan yang ada adalah menggunakan sperma yang telah

    disejuk beku lebih awal.

    Bagi lelaki yang menghadapi masalah erectile dysfunction,, Viagra

    (sildenafil citrate) boleh digunakan. Juga untuk penegangan, alat

    gegaran (vibrator) biasa digunakan. Tetapi, kebiasaannya,kebanyakan PusatRawatan akan menggunakan kaedah Sperm

    Aspiration (menyedut sperma terus dari testis)

    (ii) PERSENYAWAAN

    Sejumlah sperma (biasanya 100 000 sperma per ml) diletakkan

    bersama setiap biji telur dalam piring berasingan. Piring tersebut

    mengandungi medium kultur khas untuk IVF. Piring diletakkan

    dalam incubator karbon dioksida dengan suhu 37 darjah Celsius

    (suhu badan). Kandungan kultur dan keadaan persekitaran direka

    untuk menyamai medium dan keadaan dalam tiub Fallopio (di

    mana persenyawaan normal berlaku dalam tubuh) bagi

    membolehkan proses persenyawaan dan perkembangan embrio

    berlaku dengan normal.

    18 jam selepas permanian, pakar embriologi akan memeriksa dan

    memilih sampel telur yang tersenyawa. Sampel yang gagal akan

    dibuang atau digunakan untuk penyelidikan Kejayaan atau

    kegagalan dalam proses persenyawaan ini masih tidak dapat

    dikawal oleh pakar. Cuma beberapa faktor dikenal pasti

    menyebabkan kadar kejayaan rendah. Antaranya adalah masalah

    makmal, masalah sperma atau masalah telur.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    12/34

    (iii) PENGKULTURAN

    Embrio yang telah disenyawakan dengan normal akan dibiar dalam

    keadaan kultur. Mereka akan terus membahagi dan kualiti akan

    dinilai selepas 24 jam. Embrio berkualiti akan membahagi dengan

    pantas dan embrio yang sihat biasanya mempunyai 2 hingga 4 sel

    sama saiz.

    Kedapatan para pesakit yang bimbang telur, sperma atau embrio

    mereka bercampur dengan milik orang lain. Risiko ini memang

    boleh berlaku, tetapi hari ini, dengan adanya makmal-makmal

    canggih dan sofistikated, ianya amat rendah.

    Selepas 48 hingga 72 jam apabila embrio biasanya terdiri daripada

    2 hingga 8 sel, embrio berkenaan sudah bersedia untuk

    dipindahkan ke dalam rahim wanita.

    4.4(d) PEMINDAHAN EMBRIO

    (i) Pemindahan embrio biasanya dilakukan sebagai kaedah mudah. Biasanya,

    tiada anaesthetic digunakan. Walau bagaimanapun, segelintir wanita

    mungkin meminta sedikit pelalian.

    (ii) Kaedah pemindahan dilakukan dalam keadaan wanita berkenaan berbaring

    di atas katil atau meja dengan kaki dilipat. Menggunakan speculum vagina,doktorakan membuka bukaan rahim. Satu atau lebih embrio dalam cecair

    kultur akan dipindahkan ke dalam caterer (tiub panjang, halus yang telah

    disteril) yang mempunyai penyedut pada satu hujung. Dengan cermat,

    doktor akan memasukkan hujung caterer berkenaan ke dalam serviks lalu

    menyalurkan cecair mengandungi embrio ke dalam rahim. Proses ini

    biasanya memakan masa 10 hingga 20 minit diikuti rehat beberapa jam

    dalam keadaan berbaring.

    (iii) Jika embrio yang dipindahkan berkualiti rendah, ia hanya akan

    merendahkan risiko kehamilan. Anak yang terhasil, jika hamil dari embrio

    berkualiti rendah berkenaan tidak menyebabkan anak dilahirkan cacat.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    13/34

    (iv) Antara konflik yang dihadapi dalam IVF adalah berapa embrio yang perlu

    dipindahkan ke dalam rahim wanita? Kebanyakan klinik kini

    mengehadkan bilangankepada tiga embrio sekali pemindahan. Malah,

    terdapat beberapa klinik yang memindahkan hanya satu embrio untuk

    setiap proses pemindahan.

    Perkara ini menjadi konflik kerana pemindahan lebih banyak akan

    meningkatkan peluang kehamilan tetapi juga meningkatkan risiko

    kehamilan berbilang (kembar).

    (v) Secara teorinya dan praktikalnya, rawatan IVF akan tamat setakat ini.

    Proses kehamilan seterusnya berlaku secara biasa jika berjaya.

    4.5 KUNCI KEJAYAAN IVF

    4.5(a) Antara kunci kejayaan IVF ini adalah:

    (i) Lebih satu telur dihasilkan

    (ii) Telur-telur yang terhasil mesti matang

    (iii) Ovulasi tidak berlaku sebelum telur-telur dapat dikumpul

    (iv) Telur berada pada kedudukan yang sesuai untuk dikumpul

    (v) Sperma perlu mempersenyawakan sekurang-kurangnya satu telur

    (vi) Telur yang tersenyawa mesti membahagi dan membesar dengan normal

    (vii) Embrio dapat menempel pada dinding rahim

    4.5(b) Secara amnya, peratus kejayaan rawatan IVF adalah lebih kurang 75%(berbezabeza

    bergantung kepada klinik atau pusat rawatan)

    4.6 MASALAH PENEMPELAN (Mengapa tidak semua embrio menghasilkan

    anak?)

    4.6(a) Antara masalah utama dalam kaedah IVF adalah embrio yang dipindahkantidak

    berjaya menempel pada dinding rahim. Meskipun embrio yang terhasil kinibolehdianggap berkualiti hasil daripada makmal moden hari ini, tetapi proses

    penempelan tetap sukar diakawal kerana ianya merupakan satu proses yang

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    14/34

    kompleks. Kita tidak dapat mengenal pasti embrio mana satu yang akan menjadi

    bayi.

    4.6(b) Secara purata, hanya 10% daripada embrio yang dipindah ke dalam rahimberjaya

    menghasilkan anak. Hal ini ada kaitan dengan teknologi kini yang tidak mampu

    memahami bagaimana proses penempelan dikawal. Kini, antara bidang kajian

    paling utama di kalangan pakar reproduksi adalah penempelan embrio. Apabila

    proses ini dapat difahami dan dapat dikawal, teknik IVF akan menjadi lebih

    berkesan.

    5. PEMBEKUAN

    5.1 PEMBEKUAN EMBRIO

    5.1(a) Teknologi ini membenarkan embrio yang terhasil dari proses IVF disimpanuntuk

    jangka masa panjang kemudian diguna semula kelak apabila diperlukan. Untuk

    tujuan ini, embrio-embrio biasanya dibekukan dalam nitrogen cecair (-196 darjah

    Celsius). Embrio beku mempunyai kualiti yang sama dengan embrio segar. Para

    doktor biasanya menasihatkan agar embrio dibekukan daripada dibuang. Hal ini

    demikian kerana proses menyimpan embrio ini lebih murah dan berkesan

    daripada memulakan proses penghasilan embrio baru.

    5.1(b) Antara tujuan menyimpan beku embrio ini adalah:

    (i) sebagai simpanan untuk kelahiran seterusnya

    (ii) untuk tujuan kajian dan penyelidikan

    (iii) tujuan pendermaan

    5.1(c) Biasanya, hanya separuh daripada embrio yang dibekukan akan tahanhingga

    bertahun-tahun. Namun begitu, embrio yang masih tahan adalah selamat dantidak

    menjadi sebab kecacatan atau apa-apa masalah kepada IVF.

    5.2 TELUR BEKU

    5.2(a) Sebenarnya kita masih belum mampu untuk membekukan telur yang belum

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    15/34

    tersenyawa. Tetapi teknik terkini dipanggil pengacaan (vetrification)

    membolehkan langkah ini ditawarkan pada masa hadapan. Keadaan ini akan

    membenarkan simpanan telur dan juga bank telur.

    6. GIFT

    6.1 SEKILAS PANDANG

    6.1(a) GIFT mewakili Gamete Intrafallopian Transfer (Pemindahan Gamet Ke Dalam

    Salur Rahim). Gamet adalah sperma lelaki atau telur perempuan. Dalam proses

    GIFT, sperma dan telur akan dicampur dan kemudian disuntik ke dalam salur

    rahim (tiub Fallopio). Selepas dipindahkan, gamet-gamet akan tersenyawa seperti

    proses normal dalam tubuh badan tanpa bantuan reproduksi. Selepas

    persenyawaan, embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti biasa dan begitu

    seterusnya kehamilan normal berlaku.

    6.2 MENGAPA GIFT?

    6.2(a) GIFT hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satusalur

    rahim normal. Antara faktor yang menyebabkan GIFT menjadi pilihan adalah:

    (i) Wanita yang menghadapi masalah kemandulan yang tidak diketahui

    puncanya.

    (ii) Wanita yang menghidap endometriosis yang tidak begitu serius.

    (iii) Kemandulan lelaki (seperti sperma tersekat)

    (iv) Kemandulan yang disebabkan masalah serviks (bukaan rahim) atau

    masalah imunisasi.

    6.2(b) Untuk lelaki yang menghadapi masalah kemandulan, GIFT hanyadicadangkan

    apabila telah pasti bahawa spermanya mampu mempersenyawakan telur

    pasangannya. Kepastian boleh diperolehi melalui IVF atau melalui kehamilan

    lepas.

    6.3 LANGKAH ASAS DALAM GIFT

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    16/34

    Langkah asas dalam GIFT adalah pengovulasian, pengeluaran telur, permaniandan

    pemindahan.

    6.3(a) Pengovulasian

    Proses penggalak ovulasi dalam GIFT adalah sama dengan proses dalam IVF

    6.3(b) Pengeluaran Telur

    Pengeluaran telur biasanya dilakukan melalui kaedah laparoskopi

    6.3(c) Permanian

    Kaedah mengeluarkan air mani dari lelaki adalah sama dengan apa yang

    dilakukan dalam IVF. Telur yang dikeluarkan tadi diperiksa di bawah mikroskopdantelur yang telah dipilih kemudian diletakkan dalam piring berasingan. Sperma

    kemudian dicampurkan ke dalam piring dan dibiar selama 10 minit.

    6.3(d) Pemindahan

    Campuran tadi kemudiannya dipindahkan ke dalam salur rahim (sebelah atau

    kedua-dua). Terdapat juga para doktor yang memindahkan telur dan sperma

    secara berasingan ke dalam salur rahim.

    Pemindahan dilakukan menggunakan caterer khas. GIFT hanya dilakukan ke atas

    wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim yang normal. Jika

    salur didapati rosak, IVF perlu dilakukan, bukannya GIFT.

    6.4 KADAR KEHAMILAN DALAM GIFT

    6.4(a) Para pakar bersetuju bahawa kini, kadar kehamilan adalah lebih kurangsama

    antara GIFT dan IVF. Beberapa tahun lalu, GIFT mempunyai kadar kejayaan

    lebih tinggi, tetapi kini, medium yang sesuai dapat disediakan oleh makmal untuk

    proses IVF menjadikan persekitaran in vitro adalah lebih kurang sama dengan

    dalam tubuh.

    6.4(b) Advantej teknik GIFT adalah:

    (i) Tiub Fallopio (salur rahim) bertindak sebagai makmal semulajadi

    (ii) Embrio akan sampai ke rahim pada waktu yang sepatutnya

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    17/34

    (iii) Prosedur ini lebih diterima oleh etika dan sesetengah agama kerana

    persenyawaan berlaku dalam tubuh berbanding in vitro

    (iv) Endometrium (dinding rahim) akan lebih bersedia menerima penempelan

    embrio.

    6.5 GIFT VAGINA (FARAJ)

    6.5(a) Antara kelemahan utama GIFT adalah ianya membabitkan pembedahan

    (laparoskopi). Tetapi, teknologi baru yang diperkenalkan tidak memerlukan

    proses pembedahan. Gamet dipindah ke dalam salur rahim melalui faraj

    menggunakan panduan ultra bunyi. Tiada pembedahan diperlukan, jadi tiada parut

    dan tiada pelalian. Tetapi kadar kehamilan adalah rendah berbanding kaedah

    laparoskopi.

    6.6 JENIS-JENIS GIFT

    6.6(a) ZIFT

    ZIFT (zygote intrafalloipian transfer) juga dipanggil PROST (pronuclear stage

    transfer). Dalam kaedah ini, telur dan sperma dibiar selama 14 jam, membolehkan

    zigot dengan dua pronukleus terbentuk. Selepas persenyawaan itu, zigot

    dipindahkan ke dalam salur rahim.6.6(b) TET

    Dalam TET (tubal embrio transfer), zigot dibiar selama 24 jam setelah

    pronukleus terbentuk. Setelah tempoh itu, embrio yang mempunyai dua sel

    terbentuk (selepas proses belahan berlaku). Embrio itu kemudiannya dipindahkan

    ke dalam salur rahim.

    7. PERBEZAAN ANTARA GIFT DAN IVF

    7.1 GIFT memerlukan sekurang-kurangnya sebelah salur rahim yang sihat dan

    normal sementara IVF adalah rawatan yang sesuai untuk wanita yang menghadapi

    kemandulan disebabkan salur rahim yang rosak, tersekat atau tanpa salur

    langsung.

    7.2 GIFT memerlukan teknik lapasorkopi sementara IVF tidak memerlukannyauntuk

    menyempurnakan rawatan.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    18/34

    7.3 Dalam GIFT, proses persenyawaan berlaku dalam badan tanpa diselia oleh

    makmal manakala dalam IVF, persenyawaan berlaku dalam piring dan boleh

    diperiksa di bawah mikroskop. Namun teknik-teknik alternatif bagi GIFT (ZIFT,

    PROST dan TET) membolehkan kedua-dua kaedah ini digabungkan.

    7.4 Kini, proses GIFT kurang diminati dan dipilih kerana prosesnya lebih rumit,serta

    memerlukan kos yang lebih berbanding rawatan IVF.

    8. RAWATAN BAYI TABUNG UJI DI MALAYSIA

    8.1 KEMUDAHAN RAWATAN REPRODUKSI DI MALAYSIA

    8.1(a) Rawatan IVF & GIFT tidak ditawarkan di hospital-hospital dan klinikkesihatan

    kerajaan. Hanya Hospital besar Kuala Lumpur yang kini sedang dalam proses

    menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Begitu juga denganhospitalhospital

    universiti kecuali Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

    8.1(b) Namun, pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUI-

    intrauterine insemination) disediakan hampir di setiap hospital besar negeri.

    8.1(c) Rawatan IVF dan GIFT hanya ditawarkan di beberapa klinik dan pusatperubatan

    swasta. Antara pusat terkemuka adalah Pusat Fertiliti Damansara.

    8.1(d) Hospital kerajaan tidak menawarkan rawatan reproduksi seperti IVF danGIFT

    dengan alasan bahawa penyakit ketidak suburan masih tidak dianggap gejala

    penyakit yang perlu diberi keutamaan berbanding penyakit lain yang lebih

    berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan lain-lain.8.2 PAKAR DAN KEJAYAAN

    8.2(a) Terdapat ramai pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) di Malaysia, tetapi

    bilangan mereka yang mempunyai sub-kepakaran dalam bidang reproduksi masih

    kurang.

    8.2(b) Sudah ada beberapa kes kejayaan IVF yang dilaporkan di HUKM dan dipusatpusat

    perubatan swasta. Tetapi, secara keseluruhan, kadar kejayaan di Malaysia

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    19/34

    masih tidak terlalu tinggi.

    8.3 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PENERIMAAN MASYARAKAT

    8.3(a) Undang-undang Malaysia membenarkan rawatan reproduksi tetapi mestikepada

    pasangan suami-isteri dan mereka disahkan menghidap masalah ketidak suburan

    (mandul).

    8.3(b) Kaedah rawatan reproduksi ini masih belum meluas di Malaysia jikaberbanding

    dengan negara-negara maju. Tetapi, rawatan-rawatan ini semakin diketahui dan

    diterima. Kebanyakan golongan masyarakat kini akan berusaha sedaya-upaya

    untuk mendapatkan anak dengan apa jua pilihan yang ada.

    8.4 KOS RAWATAN

    8.4(a) Di HUKM, kos untuk sekali rawatan adalah lebih kurang RM 7000 hingga RM

    8000. Kos adalah lebih tinggi di klinik-klinik dan pusat perubatan swasta.

    9. PENDERMA SPERMA, TELUR DAN EMBRIO

    9.1 MENGGUNAKAN SPERMA DERMA

    9.1(a) Sperma derma digunakan jika pasangan lelaki menghadapi masalah ketidak

    suburan iaitu tidak mampu menghasilkan sperma yang mencukupi dan normal.

    Sperma boleh didapati melalui kaedah segar (terus diambil dari penderma) atau

    diambil dari simpanan yang telah dibekukan atau melalui bank sperma. Campuran

    sperma lelaki dan sperma penderma juga boleh digunakan.

    9.2 TELUR DERMA

    9.2(a) Telur derma boleh digunakan dalam keadaan:

    (i) wanita yang tidak menghasilkan telur (kegagalan kilang ovari) tetapi

    mempunyai rahim yang sihat. Untuk proses GIFT, wanita itu perlu

    mempunyai sekurang-kurangnya sebelah salur rahim yang sihat.

    (ii) wanita yang menghidap penyakit genetik yang boleh dipindah kepada

    anak.

    (iii) wanita yang sebelum ini menghadapi beberapa kegagalan dalam rawatan

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    20/34

    IVF.

    (iv) Wanita yang telah berumur (kerana telur mereka kurang berkualiti).

    9.2(b) Tidak terdapat istilah bank telur pada masa kini (mungkin sedikit masa lagi)

    kerana masih mustahil untuk menyimpan telur dalam keadaan beku. Jadi,

    penderma hendaklah menjalani proses pengovulasian pada masa rawatan hendak

    dilaksanakan. Tetapi, pendermaan telur mendatangkan lebih masalah dan kesan

    negatif ke atas penderma daripada penderma sperma.

    9.3 EMBRIO DERMA

    9.3(a) Pasangan yang menghadapi masalah ketidak suburan kedua-dua belahpihak,

    boleh menggunakan embrio derma untuk melahirkan anak. Embrio biasanya

    didapati daripada pasangan lain yang telah berjaya dan telah membekukanembrio

    mereka. Wanita yang tidak mahu mengambil telur derma juga biasanya akan

    memilih embrio derma kerana lebih mudah didapati.

    9.3(b) Perumpamaan yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam kes embrio derma

    adalah

    seperti mengambil anak angkat tetapi kita sendiri yang mengandung dan

    melahirkannya.

    9.4 BAHAYA ATAU TIDAK?

    9.4(a) Ramai yang beranggapan jika menggunakan telur atau embrio derma,tubuh akan

    menolak telur atau embrio itu kerana merupakan benda asing. Tetapi perlu diingat

    bahawa semua embrio adalah asing dari segi genetik kerana separuh

    kandungannya adalah dari genetik lelaki. Dinding rahim mempunyai sifat

    imunisasi khas yang membolehkan embrio menempel padanya dengan normal.

    10. RISIKO DAN KOMPLIKASI IVF & GIFT

    10.1 RISIKO PADA DIRI PESAKIT

    10.1(a) Perkara utama yang perlu difahami adalah IVF dan GIFT hanyalah teknik

    bagi

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    21/34

    membantu memulakan kejadian semulajadi dalam perkembangan bayi. IVF dan

    GIFT tidak menghasilkan anak yang lemah atau abnormal. Lebih 100 000 bayi

    telah lahir melalui teknik-teknik ini dan risiko kelahiran cacat tidak meningkat

    selepas rawatan IVF atau GIFT.10.1(b) Antara komplikasi yang mungkin dihadapidalam rawatan IVF adalah:

    (i) OHSS (ovarian hyperstimulation syndrome) iaitu sindrom terlebih hormon

    dalam penghasilan telur. Antara kesannya adalah pembesaran ovari,

    bengkak pada abdomen, tekanan darah rendah dan pening-pening kerana

    kekurangan kandungan darah. Kesan utama adalah disebabkan kandungan

    estrogen tinggi ini adalah pembentukan thrombus (ketulan darah beku)

    yang boleh menyebabkan strok dan kematian.

    Tetapi biasanya keadaan ini tidak berbahaya dan hanya memerlukan rehat

    sementara waktu. Dalam keadaan yang serius, rawatan IVF atau GIFT

    mungkin dihentikan.

    (ii) Seperti dalam semua teknik penggalak hamil lain, risiko mendapat anak

    kembar meningkat. Mungkin keadaan ini satu perkara yang

    menggembirakan. Tetapi kehamilan kembar terutamanya tiga atau lebih

    mendatangkan beberapa risiko. Antaranya kemungkinan kelahiran tidak

    cukup bulan dan keguguran.

    Teknologi kini telah mampu mengurangkan kehamilan kembar dengan

    cara membunuh beberapa embrio melalui racun dan sebagainya. Tetapi

    di kebanyakan Negara, pembunuhan fetus ini dilarang dan perkara ini

    masih hangat dibincangkan dalam etika perubatan. Oleh sebab itu,

    kebanyakan klinik kini mengehadkan cuma tiga embrio setiap kali

    pemindahan.

    (iii) Risiko kelahiran ektopik. Risiko kelahiran luar rahim (ektopik) dalam

    rawatan IVF atau GIFT adalah lebih kurang 5%. Tetapi keadaan ini

    bukanlah disebabkan prosedur rawatan, tetapi kerana wanita yang

    menjalani rawatan IVF selalunya telah menghadapi masalah salur rahim

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    22/34

    yang rosak, jadi mendedahkan mereka mengalami kehamilan ektopik.

    (iv) Keperluan fizikal yang membebankan dan kadangkala memberi tekanan

    yang tinggi. Ini adalah kerana rawatan ini memerlukan banyak ujian darah,

    pelalian dan pembedahan. Penggunaan hormon dalam penggalak ovulasi

    juga menyebabkan kelesuan dan kekejangan.

    (v) Ketegangan psikologi. Rawatan ini memerlukan komitmen emosi yang

    tinggi kerana ianya merupakan rawatan yang tidak semestinya berjaya.

    Harapan yang diberikan pesakit adalah tinggi tetapi hasilnya lebih kerap

    menemui kegagalan daripada kejayaan dalam setiap pusingan rawatan.

    Tambahan pula, rawatan membabitkan kos yang tinggi dan masa yang

    agak lama.

    11. PGD

    11.1 SEKILAS PANDANG

    11.1(a) PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau pemeriksaan genetiksebelum

    implantasi adalah merupakan teknologi terbaru dalam teknologi pembiakan.

    11.1(b) Teknik ini membolehkan pakar perubatan mengesan penyakit-penyakitgenetik

    dalam embrio sebelum kehamilan berlaku lagi!!!

    11.1(c) Pada awal kurun ke-20, dunia telah mula merawat kanak-kanak denganlahirnya

    bidang pediatrik. Kini, kita boleh merawat janin dalam kandungan; Dan sejak

    awal kurun ke-21 ini, kita sedang menuju ke arah melahirkan pesakit baru untuk

    dirawat; iaitu EMBRIO!

    11.2 KENAPA PGD?

    11.2(a) PGD digunakan kini untuk:

    (i) Mengesan penyakit genetik yang akan dihidapi oleh anak yang bakal

    dilahirkan.

    (ii) Membolehkan ibu bapa memilih jenis anak yang dikehendaki serta

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    23/34

    jantina anak yang bakal dihamilkan.

    (iii) Mengelak ibubapa menggugurkan anak selepas kehamilan setelah

    diketahui penyakit yang dihidapi oleh anak.

    (iv) Mengatur program proses percantuman gamet supaya mencegah penyakit

    yang disebabkan kromosom X.

    (v) Digunakan bagi meningkatkan peluang kehamilan khususnya bgi wanita

    berumur. Ini kerana sebab utama kurangnya peluang kehamilan pada

    wanita tua adalah masalah kromosom hasil daripada telur mereka yang tua.

    Jadi, doktor boleh memilih embrio yang mempunyai kromosom yang

    sempurna untuk dipindah ke dalam rahim.

    11.3 LANGKAH-LANGKAH ASAS PGD

    11.3(a) Secara ringkas, PGD dilaksanakan dengan cara:

    (i) Selepas IVF, pada hari ketiga, biopsy dilakukan ke atas embrio yang

    mempunyai 8 sel.

    (ii) Blastomere (sel tunggal) dikeluarkan untuk pemeriksaan (diagnosis)

    molekul.

    (iii) Biopsi dilakukan dengan menebuk selaput sel lalu satu sel disebut untuk

    tujuan diagnosis.(iv) Embrio dikekalkan dan dibiarkan terus membahagi danmembesar (tiada

    masalah mengeluarkan satu sel daripada embrio berkenaan).

    (v) Selepas dipastikan embrio yang diperiksa bebas penyakit genetik, embrio

    berkenaan itu akan bersedia dipindahkan ke dalam rahim.

    12. PILIH JANTINA

    12.1 LATAR BELAKANG

    12.1(a) Pemilihan jantina anak yang bakal dilahirkan telah direkodkan dalamsejarah

    sejak berkurun lalu. Kajian menunjukkan pemilihan jantina menjadi kegemaran

    bangsa Asia (Cina purba), Mesir dan Greek.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    24/34

    12.1(b) Seterusnya, usaha saintifik moden bermula pada sekitar 1600 bagimemilih

    jantina menggunakan pelbagai cara. Akhirnya, kajian-kajian sekitar 1980-an dan

    90-an membolehkan jantina janin yang bakal dihamilkan dipilih dengan tepat.

    12.1(c) Di Malaysia, antara rekod yang pernah dicatatkan, Pusat FertilitiDamansara telah

    berjaya mengendalikan 600 kes IVF dengan prapemilihan jantina. 83% mendapat

    anak lelaki manakala selebihnya anak perempuan.

    12.2 PENENTUAN JANTINA DARI SUDUT SAINTIFIK

    12.2(a) Telah menjadi fakta diketahui umum bahawa jantina seseorang individu

    ditentukan oleh sepasang kromosom seks yang terkandung dalam setiap selbadan.

    Lelaki mempunyai kromosom seks XY manakala wanita mempunyai kromosom

    seks XX.

    12.2(b) Gamet-gamet (sperma dan telur) mempunyai hanya separuh bilangankromosom

    lengkap. Jadi, keduanya mempunyai hanya satu kromosom seks, samada X atau Y.

    Telur wanita pastu mempunyai kromosom seks X. Sperma lelaki pula membawa

    samada kromosom X atau Y.

    12.2(c) Semasa persenyawaan, jika sperma berkromosom X mempersenyawakantelur,

    maka anak perempuan terhasil (kromosom seks XX). Sebaliknya jika sperma

    mempunyai kromosom Y mempersenyawakan telur, anak lelaki terhasil (XY).

    12.3 TEKNOLOGI MEMILIH JANTINA

    12.3(a) Cara pertama untuk memilih jantina anak yang bakal dihamilkan adalahmelalui

    kaedah PGD dalam rawatan IVF. Hanya embrio yang mempunyai jantina yang

    dikehendaki sahaja dipindahkan ke dalam rahim.12.3(b) Cara kedua adalahdengan mengasingkan sperma itu sendiri dengan kaedahkaedah

    tertentu. Prinsip yang digunakan adalah prinsip cas kerana kromosom X

    dan Y menyebabkan perbezaan cas yang dibawa oleh sperma tersebut. Kemudian,

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    25/34

    sperma-sperma yang telah dipilih disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah

    permanian beradas (artificial insemination atau IUI-intrauterine insemination).

    12.4 PERATUS KEJAYAAN

    12.4(a) Peratus kejayaan untuk teknik pilih jantina dengan cara pengasingansperma

    adalah 70%-90%.

    12.4(b) Dengan menggunakan teknik PGD, tahap kejayaan mencecah 100% diseluruh

    dunia.

    12.4(c) Setakat ini, terdapat beribu-ribu anak telah dilahirkan melalui kaedah

    pemilihan

    jantina.

    12.5 RISIKO DAN KOMPLIKASI

    12.5(a) Pemilihan jantina menggunakan kaedah pengasingan sperma melibatkanproses

    permanian beradas. Teknik ini dilakukan dengan teliti seperti air mani dipastikan

    bebas virus dan sebagainya. Menurut kajian, risiko kecacatan bayi tidak

    meningkat jika menggunakan kaedah ini.

    12.5(b) Begitu juga dengan PGD, seperti diterangkan dalam bahagian IVF, risiko

    kelahiran cacat tidak meningkat. Komplikasi adalah sama dengan komplikasi

    yang dihadapi melalui proses IVF.

    13. IBU TUMPANG

    13.1 SEKILAS PANDANG

    13.1(a) Frasa ibu tumpang bermaksud seseorang yang meminjamkan rahimnyakepada

    pasangan lain supaya mereka boleh memperolehi anak. Walaupun berhadapan

    dengan tentangan etika perubatan dan agama, teknik menjadi semakin popular,

    terutamanya di Barat berikutan semakin kurangnya peluang mendapatkan anak

    angkat.

    13.2 MENGAPA IBU TUMPANG?

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    26/34

    13.2(a) Pasangan yang memilih untuk melaksanakan teknik ini biasanyamenghadapi

    masalah pada pihak wanita. Antaranya:i) wanita yang tidak mempunyai rahim(samada selepas lahir atau selepas

    pembedahan)

    (ii) wanita yang telah mengalami beberapa keguguran sebelum ini

    (iii) wanita yang gagal dalam rawatan IVF (tanpa diketahui sebab-sebabnya)

    13.2(b) Sebaliknya, wanita yang sedia menawarkan rahimnya untuk dipinjamkan

    biasanya:

    (i) Hubungan dengan pesakit (madu, hubungan keluarga atau kawan rapat)

    (ii) Ganjaran kewangan

    13.3 JENIS-JENIS TUMPANGAN

    13.3(a) Terdapat dua jenis utama dalam kaedah ibu tumpang:

    (i) Ibu yang meminjamkan rahimnya akan menyediakan telur. Dalam

    keadaan ini, sperma lelaki (suami) akan dipindahkan ke dalam rahim

    penderma rahim memlalui kaedah permanian beradas. Dalam kes sebegini,

    pasangan wanita (isteri) tidak mempunyai hubungan genetik langsung

    dengan anak yang dilahirkan.

    (ii) Keadaan yang sering dilakukan adalah kedua-dua pasangan

    menyumbangkan gamet (telur dan sperma). Dalam kes ini, kaedah IVF

    atau GIFT digunakan kemudian gamet atau embrio dipindahkan ke ibu

    tumpang.

    13.4 MASALAH TEKNIK IBU TUMPANG

    13.4(a) Sebelum melaksanakan proses ini, ibu tumpang dan pasangan perlu

    menandatangani kontrak tentang banyak perkara. Tetapi, belum adaundangundang

    yang jelas yang boleh memberi keputusan dalam kes ibu tumpang.

    13.4(b) Antara masalah dan persoalan yang boleh timbul adalah:

    (i) Jika ibu tumpang ingin menjaga anak yang dilahirkan dan tidak mahu

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    27/34

    menyerahkan kepada pasangan

    (ii) Berapakah bayaran yang perlu dibayar kepada ibu tumpang?

    (iii) Jika ibu tumpang mendapat kecederaan atau penyakit semasa dan selepas

    kehamilan, siapa yang bertanggungjawab ke atas kos perubatan dan

    penjagaan?

    (iv) Siapakah yang akan menjadi ibu yang sah (dalam surat beranak)?(v) Perlukahmemberitahu si anak tentang sejarahnya?

    (vi) Apa yang akan berlaku jika si anak cacat dan kedua-dua ibu tidak ingin

    menjaganya?

    (vii) Bagaimana jika ibu tumpang mati ketika melahirkan anak?

    13.4(c) Sudah pasti, dalam Islam, kita mempunyai pelbagai lagi persoalan danmasalah

    yang boleh ditimbulkan berkaitan ibu tumpang ini.

    14. PERMANIAN BERADAS

    14.1 SEKILAS PANDANG

    14.1(a) Permanian beradas (artificial insemination) adalah kaedah yang

    menyalurkan air

    mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan biasa (persetubuhan).

    14.1(b) Kaedah ini telah menjadi suatu teknik biasa dalam bidang penternakan.Untuk

    haiwan khususnya, proses ini dijalankan bagi mempercepat proses pembiakan dan

    juga untuk memilih baka yang baik dari seekor jantan yang dipilih. Teknologi kini

    membolehkan air mani dari seekor jantan (lembu misalnya) digunakan untuk

    mempersenyawakan lebih dari 10 000 ekor betina.

    14.2 PERMANIAN BERADAS DALAM PEMBIAKAN MANUSIA

    14.2(a) Kaedah yang lebih kurang sama digunakan ke atas manusia sebagaiproses

    penggalak hamil. Air mani lelaki dikumpulkan (mungkin beberapa kali pancutan

    diperlukan) dan disimpan dengan cermat (rujuk perkara 5). Kemudian proses

    pemindahan ke dalam rahim dilakukan menggunakan alat khas yang dimasukkan

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    28/34

    melalui faraj wanita lalu air mani disalurkan ke dalam rahim.

    14.2(b) Proses kehamilan seterusnya berlaku seperti biasa (sperma akan bergerakmenuju

    ke arah telur di salur rahim). Perbezaan kaedah ini dengan proses persetubuhan

    adalah air mani tidak disalurkan terus dari zakar melalui faraj, tetapi

    menggunakan alat (radas) sebagai penyalur.

    14.3 KENAPA PERMANIAN BERADAS?

    14.3(a) Permanian beradas dilaksanakan ke atas manusia kebiasaannyadisebabkan

    beberapa faktor:

    (i) Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki. Dalam hal ini, air

    mani dari beberapa kali pancutan dikumpul dan kandungan sperma

    dipekatkan lalu dipindahkan ke dalam rahim wanita.(ii) Ketidak normalan padacairan serviks atau faraj yang membunuh

    kebanyakan sperma (hadirnya bahan lysozyme yang boleh membunuh

    sperma).

    (iii) Pancutan terlalu cepat semasa persetubuhan atau mati pucuk.

    (iv) Apabila terdapat kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan

    perempuan (persenyawaan antara pasangan tidak mungkin berlaku).

    (v) Apabila pasangan lelaki dikesan mengalami penyakit seperti barah yang

    akan membawa kepada ketidak suburan di kemudian hari. Air mani lelaki

    akan dikumpul sebelum penyakit menjadi lebih kronik dan disimpan untuk

    digunakan kemudian hari.Kajian dalam bidang teknologi reproduksi manusia inimerupakan antara kajian

    yang paling giat dijalankan serta semakin berkembang dari hari ke hari.

    15.2 Kertas kerja ini hanya merupakan panduan tentang teknologi yang ada dipasaran

    dunia sekitar awal 2005. Memandangkan kepantasan teknologi ini berkembang,

    adalah tidak mustahil sama sekali pelbagai teknik dan kaedah rawatan baru akan

    dan barangkali telah muncul.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    29/34

    15.3 Diharapkan para pembaca sekalian dapat mengambil manfaat daripadakertas

    kerja ini dan semoga usaha kita sama-sama diredhai Allah.

    DNA

    Penyalinan DNA

    Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom danmerupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekulwarisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa).Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada

    zuriat.

    Dalam bakteria, organisma sel prokaryotik, dan organisma rendah yang lain, DNAtersebar di dalam keseluruhan sel. Dalam sel rumit atau sel eukaryotik yangmembentuk tumbuhan, haiwan dan organisma pelbagai-sel yang lain, kebanyakanDNA terdapat di dalam nukleus sel. Organel penjana tenaga seperti kloroplas danmitokondria dan kebanyakan virus juga mengandungi DNA.Isi kandungan [sorok]

    1 Model DNA

    2 Ciri-ciri utama model Watson dan Crick ialah

    3 Pandangan keseluruhan tentang struktur molekul

    4 Peranan turutan

    5 Penyalinan DNA

    6 Ciri-ciri mekanikal berkaitan dengan biologi

    6.1 Bibliografi

    7 Pautan luar

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    30/34

    Model DNA

    Gambaran bentuk helix DNA.

    Model Struktur DNA yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick(1953) adalah seperti berikut.

    Asid nukliek terdiri daripada subunit-subunit kecil nukleotida iaitu :-

    kumpulan fosfat

    nukleotida tanpa kumpulan fosfat dikenali sebagai nukleotida

    kumpulan gula pentosa, gula ribosa dan deoksiribosa

    bes nitrogen purin dan pirimidina

    4 komponen bes nitrogen pada DNA iaitu :-

    Adenina (A)

    Timina (T)

    Sitosina (C)

    Guanina (G)

    Pada RNA timina diganti dengan Urasil (U).

    Purin (ada 2 cincin) terdiri daripada adenina dan guanina.

    Pirimidina (1 cincin) terdiri daripada sitosina, timina dan urasil.

    Ciri-ciri utama model Watson dan Crick ialah

    DNA terdiri daripada 2 bebenang polinukleotida yang bergelung untukmenghasilkan bentuk dwi-heliks.

    Dua bebenang polinukleotida tersusun dalam arah yang bertentangan (5-3dengan 3-5).

    DNA mempunyai tulang belakang gula-fosfat ikatan fosfodiester dan padabahagian tengahnya terdapat pasangan-pasangan bes A-T dan G-C. Pasangan ini

    diikat oleh ikatan hidrogen.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    31/34

    Dupleks DNA mempunyai diameter 20 . Pasangan bes pada DNA disusun dalamjarak 3.4 antara satu sama lain. Satu pusingan penuh heliks berjarak 34 danmengandungi 10 bes.

    Segmen molekul DNA mempunyai alur major yang berselang dengan alur minor.

    Pandangan keseluruhan tentang struktur molekul

    Walaupun kadang kala dikenali sebagai "molekul warisan", perca DNAsebagaimana dikenali oleh orang ramai bukannya satu molekul.Sebaliknya DNAadalah sepasang molekul yang berpaut seperti sulur paut untuk membentuk heliksberkembar.

    Setiap molekul merupakan seurat DNA: rantaian nukleotida yang bersambungsecara kimia, setiap satunya mengandungi gula, fosfat dan satu dari empat jenisaromatik berasaskan Nitrogen (Nitrogenous base). Oleh kerana utasan DNA terdiridaripada sub-unit nukleotida, DNA adalah polimer.

    Kepelbagaian asas beerti terdapat empat jenis nuleeotida, yang biasanya dikenalidengan asas mereka.Ini adalah adenina (A), timina (T), sitosina (C), and guanina(G).

    Dalam helix DNA berkembar, dua utas polynucleotide bergabung melaluipasangan asas "base pair / pasangan secucuk asas, yang terdiri daripada ikatanhidrogen.Setiap asas cenderung untuk membentuk ikatan hidrogen hanya denganpasangannya. -- A kepada T dan C kepada G -- jadi pengenalpastian pada asassatu untaian menentukan asas pada untaian pasangan. Oleh itu keseluruhanurutan utama nucleotide bagi setiap utaian menurut kepada yang lain, danapabiladipisahkan, setiap satu mampu bertindak sebagai acuan kepada manasalinan kepada yang asal yang lengkap dapat dislin dengan sempurna.

    Disebabkan berpasangan menyebabkan asas nukleotida untuk menghadap terasheliks, kumpulan nukleotida gula dan fosfat selari di luar, dan dua rantaian yangdibentuk kadang kala dipanggil tulang belakang heliks.Malah, ikatan kimia antarafosfat dan gula yang mengikat setiap nukleotida kepada untaian DNA seterusnya.

    satu nukleotida terdiri dari gula,basa dan fosfat.ikatan antara citosin dan guaninberupa 2 rantai hidrogen, sedangkan untuk adenin dan timin hanya berupa satu

    ikatan rantai hiodrogen. rantai DNA yang satu merupakan komplemen bagi rantaiyang lainnya dengan arah 5'-3' dan 3'-5'.DNA dapat bereplikasi, ada 3 model

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    32/34

    replikasi DNA yaitu konservativ,semi konservativ,dan dispersiv, tetapi yang seringdipakai adalah yang model semi konservativ. Struktur DNA pada eukariotberbentuk linier sedangkan pada prokariot berbentuk sirkuler.karena rantai DNAsangat panjang maka nanti akan mengalami pengepakan dengan bantuan proteinhiston.sebenarnya letak DNA diantara kromosom adalah sebagai berikut :

    kromosom menipis menjadi benang kromatin yang terdiri dari rangkaiannukleosom.satu nukleosom terdiri dari 8 protein histon

    Peranan turutan

    Di dalam gen, urutan nukleotida sepanjang untaian DNA menentukan protein,yang akan dihasilkan oleh organism atau "gambaran gen (gene expression) padasatu atau beberapa titik pada hayatnya menggunakan maklumat urutan ini. Kaitanantara urutan nukleotida dan urutan asid amino protein ditentukan oleh hukum

    selular (cellular) mudah terjemahan, dikenali keseluruhannya sebagai kodgenetik.Membaca sepanjang urutan "pengkod protein", setiap urutan tiganukleotida berikutnya (dikenali sebagai kodon) menentukan atau "mengkodkan"satu asid amino.

    Dalam kebanyakan spesies organisma, hanya sebahagian kecil dari seluruh urutangenom kelihatan mengandungi kod protein.Fungsi yang selebihnya menjadispekulasi.Ia diketahui bahawa urutan nukleotida tertentu mempunyaikecenderungan untuk protein pengikat DNA, yang memainkan pelbagai perananluas, khususnya melalui penyalinan terkawal dan transkripsi. Urutan ini selalunyadipanggil urutan pengawal(regulatory sequence), dan penyelidik menjangkakanbahawa setakat ini mereka hanya mengenal pasti hanya sebahagian kecildaripada sepenuhnya. "Sampah DNA" mewakili urutan yang masih belumkelihatan mengandungi gen atau mempunyai fungsi.

    Urutan juga menentukan bahagian DNA yang cenderung kepada belahan olehenzim pendam, peralatan utama (quintessential tools) bagi kejuruteraan genetik.

    Kedudukan tapak belahan (cleavage sites) sepanjang genom seseorangmenentukan cap jari DNA seseorang.

    Penyalinan DNA

    Untuk rencana lanjutan, lihat Penyalinan DNA

    Ciri-ciri mekanikal berkaitan dengan biologi

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    33/34

    Ikatan hidrogen antara untaian heliks berkembar cukup lemah sehinggakan iadapat diuraikan dengan mudan oleh enzim. Enzim dikenali sebagai helicasemengurai untaian-untaian DNA untuk memudahkan kemajuan enzim pembacaurutan seperti Polimerasa DNA. Uraian ikatan memerlukan helicases membelahsecara kimia tulang belakang fosfat salah satu untaian agar ia dapat berpusing

    mengelilingi yang lain. Untaian juga dapat diuraikan dengan pemanasan perlahan,seperti digunakan dalam PCR, bergantung ia mempunyai kurang daripada 10,000pasangan asas ((10 pasangan kilobase (kilobase pairs), atau 10 kbp). Pembelitanuntaian DNA menyebabkan bahagian panjang sukar dipisahkan.

    Apabila hujung untaian DNA heliks berkembar bersambung membentuk bulatan,seperti dalam DNA plasmid, untaian adalah kusut topologi. Ini bererti ia tidakdapat dipisahkan melalui pemanasan perlahan sahaja atau sebarang proses yangtidak membabitkan memutuskan untaian. Tugas menguraikan untaian DNAbersambung secara topologi dilakukan oleh enzim yang dikenali sebagaitopoisomerase. Sesetengah enzim menguraikan bulatan DNA dengan membelahdua untaian agar segmen untaian berkembar yang lain dapat lalu. Penguraiandiperlukan untuk penyalinan bulatan DNA dan juga untuk pelbagai jenis gabungandalam DNA lurus.

    Model pengisi ruang seksion molekul DNA

    Heliks DNA boleh membentuk satu dari tiga jenis geometri yang berlainan sedikit,yang mana bentuk "B" digambarkan oleh James D. Watson dan Francis Crickdipercayai didapati secara meluas di dalam sel. Ia adalah selebar 2 nanometer danmengunjur 3.4 nanometer setiap 10 bp urutan. Ini juga merupakan anggaranpanjang urutan dalam mana helix mebuat satu pusingan di sekeliling teras(axis).Kekerapan pusingan ini (dikenali sebagai nada helix (helical pitch))bergantung kepada tenaga tindih (stacking forces) yang setiap asas kenakan pada

    jirannya dalam rantaian DNA.

    Kesempitan heliks berkembar menjadikannya mustahil untuk dikesan melaluimikroskop elektron biasa, kecuali melalui pewarna pekat. Pada masa yang sama,DNA di kebanyakan sel boleh jadi sepanjang makroskopik (macroscopic) --anggaran 5 centimeter panjang untuk untaian dalam kromosom manusia. Olehitu,sel mestilah memampatkan atau membungkus DNA untuk dibawa bersama.Iniadalah salah satu fungsi kromosom, yang mengandungi protein berbentuk gelungyang dikenali sebagai histone, yang mana DNA bergelung disekelilingnya.

  • 8/2/2019 Pensenyawaan in Vitro

    34/34