penjelasan -...

40
PENJELASAN Terhadap Isu-isu Terbaharu Berkaitan Daftar Pemilih SPR DISEMBER 2012

Upload: vuongthuan

Post on 18-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

i

PENJELASANTerhadap Isu-isu Terbaharu

Berkaitan Daftar Pemilih SPR

DISEMBER 2012

Page 2: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

ii

Page 3: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

iii

ISU 1

Terdapat kira-kira 280,000 pemilih dalam Daftar Pemilih SPR mempunyai rekod tarikh permohonan yang janggal (umur kurang dari 21 tahun semasa memohon)

ISU 2

SPR tidak memaklumkan maklumat pertukaran kawasan pendaftaran kepada pemilih semasa melaksanakan proses pembetulan lokaliti

ISU 3

Sistem pendaftaran SPR meragukan bila mana nama pemohon yang telah digugurkan kerana dibantah muncul semula dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada suku tahun berikutnya

ISU 4

Daftar Pemilih SPR meragukan bila mana terdapat pemilih yang telah mencecah usia emas baru mendaftar sebagai pemilih

ISU 5

Daftar Pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih yang ‘pelik’

ISU 6

Isu-isu berkaitan Daftar Pemilih di Selangor

KANDUNGAN

1

2

3

4

6

7

Page 4: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

iv

KANDUNGAN

ISU 7

SPR telah memindahkan nama beberapa orang pengundi ke kawasan lain tanpa kebenaran dan permohonan daripada pengundi terlibat

ISU 8

Isu “Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih”

ISU 9

Seramai 376 orang pengundi Lembah Pantai dipindahkan daripada Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Balai Polis Travers dalam Suku Tahun Ketiga Tahun 2012. Adakah ianya betul-betul berlaku atau secara on paper untuk menambah undi pos di Parlimen Lembah Pantai

ISU 10

Terdapat dalam Daftar Pemilih SPR warga asing bernama Hassannuddin bin Manna yang didaftarkan di DUN Karambunai Parlimen Sepanggar, Sabah dan Salleh bin Samsul yang didaftarkan di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang

ISU 11

Ada pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR

13

15

16

18

20

Page 5: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

v

KANDUNGAN

21

22

24

25

26

27

ISU 12

Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar pemilih SPR yang terdiri daripada mereka yang lahir di luar negara dengan menggunakan kod 71

ISU 13

Seramai 59 orang pemilih baru yang didaftarkan di Kg. Melayu Majidi, Johor Bharu pada tahun 2011 tidak mempunyai nombor rumah, nama jalan dan menggunakan Kad Pengenalan kod 71

ISU 14

SPR sengaja memperbesarkan saiz lokaliti dengan tujuan untuk mengumpulkan penyokong BN di kawasan yang didapati mengandungi ramai penyokong Pakatan Rakyat. Pemecahan lokaliti ini tidak mendapat kelulusan Parlimen

ISU 15

SPR cuba untuk menipu Daftar Pemilih

ISU 16

SPR lepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing

ISU 17

SPR dipersoal kerana akan melaksanakan proses mencalit dakwat kekal sebelum pengundi menandakan kertas undi, bukannya selepas mereka membuang undi

Page 6: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

vi

ISU 18

SPR melantik terlalu ramai petugas pada PRU Ke-13

ISU 19

SPR perlu memperjelaskan semua pindaan peraturan pilihan raya yang akan digunapakai semasa PRU Ke-13 nanti bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan parti politik dan orang ramai

ISU 20

“Siap sedia hadapi pilihan raya paling kotor”

KANDUNGAN

27

28

32

Page 7: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

1

ISU 1

Terdapat kira-kira 280,000 pemilih dalam Daftar Pemilih SPR mempunyai rekod tarikh permohonan yang janggal (umur kurang dari 21 tahun semasa memohon)

SPR menafikan dakwaan terdapat pemilih yang disahkan sebagai pemilih pada “tarikh sebelum tarikh lahir”, “tarikh lahir”, atau “tarikh pemohon masih di umur persekolahan rendah” kerana pemohon yang dikategorikan dalam kategori-kategori berkenaan masih belum mempunyai kad pengenalan pada umur-umur tersebut.

Daftar pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih sejak tahun 1958 lagi di mana mereka pada masa itu didaftarkan dengan menggunakan sistem pendaftaran yang bersifat bermusim dan dilaksanakan secara manual. Rekod-rekod pemilih ini yang kini mencecah usia lebih 50 tahun terus diwarisi oleh SPR bersama-sama rekod pemilih yang baru didaftarkan yang kebanyakannya kini dilaksanakan secara berkomputer.

SPR tidak menafikan kemungkinan disebabkan cara pendaftaran lama yang tidak begitu kemas mengundang kepada berlakunya kesilapan teknikal dalam kaedah merekod dan menyimpan maklumat tarikh permohonan pemilih. Kesilapan ini disyaki berpunca semasa pemindahan rekod dalam urusan penyediaan data kepada sistem komputer menggantikan sistem manual di mana ketika itu semua rekod pemilih telah diberikan tarikh permohonan yang seragam semata-mata untuk melengkapkan pangkalan data untuk sistem komputer baru berkenaan.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa meskipun terdapat kejanggalan tentang tarikh permohonan pemilih yang disimpan dalam pangkalan data SPR, hakikatnya semua pemilih berkenaan sebenarnya telah melalui proses semakan kelayakan sebagai pemilih. Ini termasuklah proses pameran, tuntutan dan bantahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa pada ketika itu. Semua pemilih berkenaan telah diperaku dan diwartakan sebagai pemilih berdaftar di kawasan pendaftaran masing-masing setelah tiadanya bantahan dibuat ke atas permohonan mereka.

Page 8: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

2

SPR telah dan akan terus membuat semakan serta menjalankan siasatan lanjut terhadap senarai pemilih berkenaan dan akan meletakkan rekod tarikh permohonan pemilih berdasarkan kepada tarikh Daftar Pemilih Induk yang menunjukkan rekod pemilih pertama kali wujud dan juga tarikh pewartaan daftar pemilih tersebut.

ISU 2

SPR tidak memaklumkan maklumat pertukaran kawasan pendaftaran kepada pemilih semasa melaksanakan proses pembetulan lokaliti

Bagi tujuan pemakluman berhubung tindakan pembetulan kawasan pendaftaran seseorang pemilih, SPR telah pun memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat melalui beberapa kaedah dan cara yang diputuskan SPR. Ini termasuklah melalui parti-parti politik di kawasan pendaftaran yang berkenaan, melalui Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan pendaftaran yang terlibat dan juga melalui notis pemakluman yang ditampal di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai.

Selain itu, SPR melalui Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, juga telah menghantar surat pemakluman kepada pemilih yang terlibat dengan pembetulan kawasan pendaftaran masing-masing. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman SPR, banyak daripada surat pemakluman tersebut telah dikembalikan semula kepada SPR kerana pemilih yang terlibat telah berpindah tetapi tidak mengemaskinikan alamat mereka dengan SPR.

Justeru bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan berhubung kawasan pendaftaran seseorang pemilih, SPR telah menggalakkan pemilih supaya membuat semakan melalui pelancaran Kempen Semakan Daftar Pemilih yang telah diadakan sepanjang bulan Jun, Ogos dan September 2012.Sepanjang kempen tersebut, SPR menyediakan kemudahan membuat semakan dengan menelefon ke Pusat Panggilan 03-8885 6565, Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my, dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Page 9: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

3

ISU 3

Sistem pendaftaran SPR meragukan bila mana nama pemohon yang telah digugurkan kerana dibantah muncul semula dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada suku tahun berikutnya

Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) pada setiap suku tahun, iaitu selama 14 hari. Dalam tempoh tersebut undang-undang memperuntukkan mana-mana pemohon yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran boleh mengemukakan tuntutan jika mendapati namanya tiada dalam senarai tersebut.

Dalam tempoh pameran itu juga, bantahan ke atas senarai yang dipamerkan boleh dibuat atas alasan tertentu dan tertakluk kepada syarat setiap pembantah hanya boleh membantah maksimum 20 orang “Orang Kena Bantah” (OKB) dan membuat bayaran fi sebanyak RM 10 bagi setiap OKB.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon yang pernah dibantah memohon semula untuk mendaftar sebagai pemilih, SPR tidak boleh menolak begitu sahaja permohonan tersebut, sebaliknya permohonan tersebut akan diproses dan akan melalui proses undang-undang yang ditetapkan.

Peruntukan undang-undang tidak menghalang OKB yang namanya telah tidak dimasukkan ke dalam daftar pemilih sebelumnya akibat keputusan bantahan di“keluar”kan untuk memohon mendaftar semula sebagai pemilih. Permohonan tersebut akan diproses berdasarkan undang-undang serta peraturan yang ada dan ia akan diperakui sekiranya ia memenuhi semua syarat kelayakan sebagai pemilih yang ditetapkan melalui pameran yang diadakan berikutnya.

Page 10: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

4

Contoh paparan di laman web SPR mengenai kedudukan permohonan yang sedang diproses dan yang telah disahkan.

ISU 4

Daftar Pemilih SPR meragukan bila mana terdapat pemilih yang telah mencecah usia emas baru mendaftar sebagai pemilih

Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih ialah apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun. Justeru itu, selagi seseorang warganegara Malaysia itu telah melepasi umur 21 tahun dan ia memenuhi semua syarat untuk didaftarkan, maka SPR tidak boleh menghalang ia untuk memohon didaftarkan sebagai pemilih biarpun ketika permohonan dibuat ia telah mencapai usia emas, misalnya berumur lebih 90 tahun.

Page 11: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

5

Begitu juga bagi maksud pembersihan daftar pemilih, SPR tidak boleh memotong sewenang-wenangnya nama-nama pemilih yang telah terlalu lanjut usia mereka, misalnya 90 tahun dan ke atas, kecuali SPR dimaklumkan dan disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara bahawa pemilih berkenaan telah hilang kelayakan seperti telah meninggal dunia atau dilucutkan taraf kewarganegaraan.

Bagi tujuan rekod, SPR ingin memaklumkan bahawa semasa Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga Tahun 2012 disiapkan, terdapat empat orang pemohon yang berumur antara 90 tahun hingga 91 tahun telah memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih buat pertama kalinya dalam hidup mereka. Ini jelas menunjukkan betapa faktor umur yang telah terlalu lanjut itu bukanlah penghalang bagi mana-mana jua pihak untuk memohon didaftarkan sebagai pemilih selagi mereka memenuhi syarat-syarat pendaftaran pemilih yang ditetapkan oleh SPR. Selain itu, SPR telah turut membuat siasatan secara rawak di lapangan terhadap pemilih yang berumur 90 tahun dan ke atas. Hasil semakan, SPR mendapati pemilih ini masih hidup dan layak untuk dikekalkan dalam daftar pemilih.

Akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2012 menyiarkan rencana seorang warga emas menyambut ulang tahunnya yang ke-100 tahun pada 12 Disember 2012.Beliau masih mampu mengayuh basikal. Semakan SPR mendapati beliau

adalah seorang pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Permatang Pauh

Page 12: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

6

ISU 5

Daftar Pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih yang ‘pelik’

Seorang aktivis, Hishamuddin Rais dalam penulisan beliau di dalam akhbar Suara Keadilan pada 16 Oktober 2012 di bawah tajuk “Ayat Songsang PRU 13”, telah menimbulkan isu kononnya terdapat nama-nama pemilih yang ‘pelik’ dalam Daftar Pemilih SPR.

Beliau telah memberi beberapa contoh nama yang dikatakan ‘pelik’ itu seperti Bukit bin Batu, Harimau bin Buaya, Kijang anak lelaki Ular, Jintan bin Bawang, Dubai bin Abu Dhabi, Sungai bin Laut dan beberapa nama lain. Malangnya, selepas semakan dibuat terhadap nama-nama yang terkandung dalam Daftar Pemilih Induk, SPR tidak menemui satu pun nama-nama yang telah beliau ketengahkan itu.

Sehubungan ini, SPR ingin menjelaskan bahawa penerimaan seseorang pemohon untuk didaftarkan sebagai pemilih bukanlah dibuat atas asas seperti nama, bangsa, agama, adat resam dan sebagainya, sebaliknya berdasarkan sepenuhnya kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, SPR berpandangan setiap rakyat Malaysia seharusnya menghormati keunikan budaya setiap kaum di negara ini, termasuklah dalam konteks pemberian nama walaupun nama-nama berkenaan dilihat sebagai ‘pelik’ oleh pihak-pihak tertentu seperti Hishamuddin Rais.

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR pada masa ini, wujud nama-nama seperti Sitti Hairan binti Jauharatil yang berdaftar di lokaliti Kg. Ladang Segaria, Kereta binti Laut (berdaftar di lokaliti Kg. Samuran), Kucing anak Tedong (berdaftar di lokaliti Lutong Sec. School), Batman bin Bakke (berdaftar di Rh Nyuak) dan Proton Saga A/L Kelambu (berdaftar di lokaliti Sg Jentong).

Nama-nama tersebut bagi sesetengah orang seperti Hishamuddin Rais mungkin dilihat sebagai ‘pelik’ tetapi ianya tidak menghalang SPR untuk menerima dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih berdaftar kerana mereka memenuhi semua syarat pendaftaran pemilih yang telah ditetapkan oleh SPR.

Page 13: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

7

ISU 6

Isu-isu berkaitan Daftar Pemilih di Selangor:

(i) Seramai 50,000 pengundi baru di Selangor diragui status kelayakan mereka

SPR telah meneliti dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud seramai 50,000 pengundi baru di Selangor yang diragui status kelayakan mereka. Sehubungan ini, SPR mengesahkan bahawa semua pemilih berkenaan adalah pemilih yang sah dan kewujudan nama mereka dalam daftar pemilih telah melalui semua proses perundangan yang telah ditetapkan seperti semakan syarat kelayakan sebagai pemilih dan semakan status warganegara dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Ia juga telah melalui proses pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan yang membolehkan tuntutan, bantahan serta rayuan dibuat sebelum mereka boleh diperakui sebagai pemilih berdaftar yang sah.

(ii) Berlaku peningkatan secara mendadak bilangan pemilih di Selangor berbanding kedudukan daftar pemilih induk 2008

Sehingga pemerakuan DPT ST3/2012 yang diwartakan pada 27 November 2012, statistik pemilih di Selangor menunjukkan kedudukan seperti yang berikut:

Jumlah Warganegara

Berumur 21 Tahun dan Ke Atas

Sehingga 10 Oktober 2012

Jumlah Telah Mendaftar Sehingga 30 September 2012

Jumlah dan Peratus Belum

Mendaftar

2,612,173 2,020,496 591,677 (22.7%)

Page 14: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

8

Sehingga suku tahun ke-3/2012, Selangor muncul sebagai negeri yang mempunyai paling ramai warganegara berumur 21 tahun dan ke atas iaitu seramai 2,612,173 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 22.7% masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Dengan giatnya kempen pendaftaran pemilih yang dilaksanakan oleh SPR di mana sasaran kempen ditujukan terhadap kumpulan belia yang belum lagi mendaftar, SPR berpandangan jumlah pendaftaran yang tinggi di negeri Selangor adalah sesuatu yang wajar dan munasabah bilamana mereka yang sebelum ini tidak mendaftar kebanyakannya telah berjaya didaftarkan sebagai pemilih yang baru.

Selain itu, dengan kedudukannya sebagai sebuah negeri yang agak maju dari sudut pembangunan dan perindustrian, Selangor turut menjadi tumpun penghijrahan bagi mereka yang ingin mencari penghidupan baru yang lebih baik. Ini membawa kepada berlakunya perpindahan alamat pemilih yang agak ketara dari kawasan luar ke negeri Selangor.

(iii) Ramai pemilik Kad Pengenalan kod negeri Sabah mendaftar di Selangor

Peruntukan undang-undang menetapkan selagi seseorang itu mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih, tidak kira dari negeri mana beliau berasal termasuk dari Sabah dan Sarawak, mereka boleh mendaftar sebagai pemilih di mana-mana negeri yang mereka tinggal. Namun begitu, pendaftaran mereka akan dibuat berdasarkan kepada alamat pada kad pengenalan. Ia selaras dengan syarat kelayakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu perlu menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia.

Dalam memproses mana-mana permohonan pendaftaran, SPR akan menyemak status kewarganegaraan serta maklumat peribadi pemohon iaitu maklumat nama, nombor kad pengenalan 12 angka (MyKad), nombor kad pengenalan lama (jika ada), alamat dan juga tarikh lahir dengan Jabatan

Page 15: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

9

Pendaftaran Negara. Hanya pemohon yang disahkan taraf kewarganegaraan dengan maklumat yang disahkan sahaja akan dimasukkan dalam senarai pemohon untuk diproses bagi tujuan dipamerkan semasa Pameran Rang DPT.

Sehubungan ini, SPR ingin mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba membangkitkan isu ini bahawa semasa sesuatu proses pameran dibuat di mana senarai nama pemohon bagi setiap suku tahun dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih (Rang DPT), pemilih-pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan boleh membuat bantahan terhadap kemasukan mana-mana nama dalam Rang DPT itu. Oleh itu, jika ada mana-mana pihak yang mencurigai tentang sesesuatu permohonan pendaftaran pemilih, mereka sepatutnya menggunakan ruang serta peluang yang telah diperuntukkan oleh undang-undang, iaitu membuat bantahan semasa SPR mempamerkan Rang DPT selama 14 hari dan bukannya dengan menyalahkan SPR setelah DPT itu disahkan dan diwartakan.

(iv) Isu 13 orang pemilih mendaftar dan tinggal di sebuah ‘dangau’ di Lot 4830, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor

Pada 19 September 2012 SPR telah membuat siasatan di lapangan berhubung dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat 13 orang pemilih mendaftar dan tinggal di sebuah ‘dangau’ (pondok kecil) di Lot 4830, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Hasil daripada siasatan tersebut SPR telah mengumpulkan fakta-fakta seperti berikut:

• Gambar ‘dangau’ yang dikatakan didiami oleh 13 orang pemilih itu adalah sebenarnya sebuah garaj motosikal penduduk setempat yang tinggal di kawasan bercerun tinggi memandangkan garaj ini terletak di kedudukan tanah yang agak rata dan berdekatan dengan jalan raya;

Page 16: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

10

Gambar “Dangau“ dari jarak jauh (kelihatan beberapa buah topi keledar dan beberapa buah rumah di atas lereng bukit)

Gambar “Dangau“ yang dikatakan itu sebenarnya garaj motosikal

• Terdapat 7 buah keluarga yang tinggal di beberapa buah rumah yang terletak di lereng bukit;

• Terdapat sebuah kedai kopi yang beralamat Lot 4830, Kampung Sungai Pusu, Gombak dan alamat ini digunakan oleh penduduk berdekatan sebagai alamat surat-menyurat dan sebagai alamat pada kad pengenalan mereka; dan

Page 17: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

11

• Alamat tersebut sebenarnya telah digunakan oleh 18 orang pemilih sebagai alamat pendaftaran mereka.

Justeru itu, SPR berpandangan isu berkenaan tidak seharusnya diputarbelitkan sebegitu rupa dengan tujuan seolah-olah menunjukkan SPR melaksanakan sistem pendaftaran yang bercanggah dengan peraturan. Apa yang berlaku, kesemua pemilih berkenaan hanya menggunakan alamat Lot 4830, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor sebagai alamat pendaftaran dan alamat pos mereka disebabkan alamat berkenaan mudah diakses oleh pihak posman.

(v) Isu rumah di No.994 Jalan Papan Klang didiami secara beramai-ramai oleh 46 pengundi

Semakan SPR mendapati seramai 54 orang pemilih berdaftar telah menggunakan alamat tersebut sebagai alamat pendaftaran mereka, bukannya 46 orang seperti yang didakwa. Siasatan SPR mendapati rumah bernombor 994, Jalan Papan, Pandamaran, Klang adalah sebuah rumah banglo dua tingkat yang dibina semenjak tahun 1970-an lagi.

Hasil siasatan mendapati, sekitar tahun 1970-an hingga ke tahun 2006, kawasan berhampiran dengan rumah bernombor 994 adalah kawasan penempatan setinggan. Walau bagaimanapun, penempatan setinggan itu telah dirobohkan pada tahun 2006 dengan sebahagiannya dibangunkan kilang perindustrian dan sebahagian lagi masih terbiar. Hasil temu bual dengan pemilik rumah No. 994, beliau mengakui alamat rumahnya telah digunakan oleh penduduk di penempatan setinggan berkenaan sebagai alamat surat menyurat memandangkan rumah mereka tidak mempunyai nombor rumah.

Semakan SPR dengan JPN pula mendapati daripada 54 pemilih yang mendaftar menggunakan alamat di No.994, seramai 11 orang masih mengekalkan alamat berkenaan dalam kad pengenalan mereka. Selebihnya seramai 43 orang telah menukar alamat pada kad pengenalan ke alamat terkini di pelbagai tempat. Walau bagaimanapun, mereka yang

Page 18: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

12

berkenaan tidak memohon kepada SPR untuk menukar alamat pusat mengundi mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan mereka. Oleh yang demikian, alamat pusat mengundi mereka kekal di No.994 dalam Daftar Pemilih SPR.

Berdasarkan rekod itu juga, SPR mendapati daripada keseluruhan 54 orang pemilih yang terlibat, seramai 38 orang adalah terdiri daripada pemilih berbangsa Melayu manakala seramai 11 orang pemilih berbangsa India serta tiga orang lagi berbangsa Cina yang menggunakan alamat tersebut semenjak ia berstatus penempatan setinggan lagi.

(vi) Isu terdapat nama pemilih yang tidak dipamerkan semasa Pameran Rang DPT bagi Kawasan Parlimen Subang

Bagi menjawab tohmahan pihak-pihak tertentu kononnya SPR tidak mempamerkan dengan lengkap senarai nama pemilih bagi kawasan Parlimen Subang, perlu ditegaskan bahawa sepanjang urusan penerimaan Borang A bagi Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 4/2011, SPR telah menerima sebanyak 2,352 permohonan pendaftaran baru dan 2,705 permohonan bertukar alamat pusat mengundi. Semasa pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) berlangsung, kesemua nama tersebut telah dipamerkan. Di samping nama-nama itu, SPR juga turut mempamerkan 1,146 nama pemilih untuk penandaan pemotongan kerana bertukar alamat keluar dari P.107 Subang.

Dari segi undang-undang yang ada, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati atau mencurigai tentang senarai nama pemilih dalam sesuatu Rang DPT itu, mereka boleh membuat bantahan semasa tempoh pameran berlangsung. Hasil semakan SPR, sepanjang tempoh pameran Rang DPT suku tahun 4/2011 berlangsung dari 8 hingga 14 Februari 2012, bagi P.107 Subang SPR hanya menerima sebanyak 90 bantahan. Bantahan tersebut dibuat ke atas pasangan tentera dengan alasan mereka tidak layak mengundi secara pos dan bukannya alasan tidak bermastautin di bahagian pilihan raya berkenaan.

Page 19: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

13

ISU 7

SPR telah memindahkan nama beberapa orang pengundi ke kawasan lain tanpa kebenaran dan permohonan daripada pengundi terlibat

Akhbar Harakah bertarikh 22-25 Oktober 2012 di bawah tajuk “laporan polis dibuat kes pindah pengundi” melaporkan satu laporan polis telah dibuat oleh anggota Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Misran Serman ke atas tiga kes pemindahan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong. Beliau mendakwa SPR telah memindahkan pemilih Zainuddin Mokhtar dari DUN Sungai Burung ke DUN Kemayan dalam Parlimen Bera, Md Yusof Iman dipindahkan dari DUN Sungai Burung ke Lancang dalam Parlimen Temerloh dan Mohd Rusli Ismail dari DUN Lancang ke DUN Sungai Burung.

Semakan SPR mendapati ketiga-tiga nama yang disebut dalam laporan Harakah itu adalah pemilih yang memohon pendaftaran dalam lokaliti di mana nama-namanya didaftarkan dalam DPI sekarang. Zainuddin Mokhtar mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1979 di lokaliti Felda Tementi dalam daerah mengundi Felda Tementi dalam DUN Kemayan. Manakala Md Yusof bin Iman mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1980 di lokaliti Kg Sg Kepong dalam DUN Lancang dan Mohd Rusli Ismail pula telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1993 di lokaliti Kompok J Tali Ayer 2 Sg Burong dalam daerah mengundi Sungai Burong Utara di DUN Sungai Burong.

Page 20: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

14

Gambar sekumpulan pemilih sedang membuat semakan sempena Bulan Semakan Daftar Pemilih

SPR telah meneliti rekod pendaftaran pemilih ketiga-tiga nama itu dari tahun mereka mula mendaftar sebagai pemilih sehinggalah kepada rekod terkini dan mendapati tidak ada sebarang perubahan kepada lokaliti pemilih-pemilih berkenaan atau bukti mereka telah dipindahkan ke tempat lain. Rekod pendaftaran pemilih mereka kekal di lokaliti yang sama. Begitu juga semakan kepada rekod daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 dan PRU Ke-12 mendapati ketiga-ketiga nama itu masih kekal sebagai pengundi dalam lokaliti yang sama.

Sehubungan dengan ini, SPR ingin meminta Misran Serman atau sesiapa sahaja yang mencurigai rekod ketiga-tiga nama pemilih ini supaya menyemak fakta yang terdapat dalam Daftar Pemilih yang digunakan semasa PRU Ke-11 dan Ke-12 yang ada dalam simpanan mereka. Jika mereka tidak memiliki rekod berkenaan, mereka boleh menghubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya untuk membuat rujukan terhadap Daftar Pemilih berkenaan.

Page 21: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

15

ISU 8

Isu “Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih”

Akhbar Harakah bertarikh 30 Julai - 2 Ogos 2012 telah menyiarkan laporan bertajuk “Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih”. Ekoran adanya laporan tersebut, SPR telah membuat satu siasatan di lapangan pada 30 Julai 2012 dengan mengunjungi rumah pengundi berkenaan berdasarkan alamat beliau dengan Jabatan Pendaftaran Negara iaitu di No. 65 Rumah Murah Seri Geriang, 35900 Hulu Bernam Selangor.

Semasa lawatan dibuat, pegawai SPR telah menemui tiga orang yang mendiami rumah di alamat yang berkenaan. Daripada temu bual dengan tiga orang penghuni rumah itu, didapati ketiga-ketiga mereka adalah adik beradik. Nama Jarmiah Binti Abu Talib merujuk kepada dua orang daripada mereka yang berkongsi nama yang sama. Dua orang yang berbeza ini sememangnya mempunyai dua tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama dan nombor kad pengenalan 12 angka berbeza.

Selain membuat siasatan di lapangan, SPR juga telah membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan dimaklumkan bahawa pemegang bagi kedua-dua nombor kad pengenalan itu adalah orang yang berbeza kerana mempunyai dua rekod cap jari yang berbeza. Oleh itu, SPR menasihatkan kepada mana-mana pihak yang meragui sesuatu perkara dalam Daftar Pemilih SPR supaya jangan membuat tuduhan dan pelbagai andaian hanya dengan bersandarkan penemuan mereka semata-mata. Mereka boleh tampil di SPR berserta dengan bukti supaya SPR dapat membuat siasatan di lapangan dan juga menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Justeru berdasarkan hasil siasatan itu, SPR mengesahkan bahawa Jarmiah binti Abu Talib yang memegang nombor kad pengenalan 490321-08-5370 dan 470321-08-5540 adalah dua individu yang berbeza.Kedua-dua mereka adalah warganegara Malaysia dan merupakan pengundi yang sah di sisi undang-undang.

Page 22: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

16

Berasaskan maklumat ini, adalah jelas bahawa dakwaan Wan Mohamad Ghazali Mahmood, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor bahawa Jarmiah binti Abu Talib merupakan seorang individu yang mempunyai dua MyKad dengan dua nombor kad pengenalan lama adalah tidak benar dan berunsur fitnah semata-mata. Begitu juga dakwaan beliau mengatakan Jarmiah boleh mengundi dua kali kerana mempunyai dua MyKad yang sah, juga adalah merupakan suatu fitnah dan dibuat tanpa bukti dan berdasarkan andaian semata-mata.

ISU 9

Seramai 376 orang pengundi Lembah Pantai dipindahkan daripada Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Balai Polis Travers dalam Suku Tahun Ketiga Tahun 2012. Adakah ianya betul-betul berlaku atau secara on paper untuk menambah undi pos di Parlimen Lembah Pantai

Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menyatakan mana-mana pemilih yang berhasrat untuk memindahkan pendaftarannya ke suatu tempat lain yang dia layak boleh mengemukakan permohonannya kepada Pendaftar dengan mengisi Borang A.

Dalam tempoh suku tahun ketiga 2012 SPR telah menerima borang permohonan tukar alamat pusat mengundi daripada 399 anggota polis yang mendaftar di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil untuk berpindah ke kawasan pendaftaran yang lain. Ini termasuklah sebanyak 384 anggota polis yang berpindah ke Balai Polis Travers.

Perincian mengenai kedudukan 399 anggota polis yang telah memohon berpindah tempat bertugas tersebut adalah seperti berikut:

Page 23: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

17

Secara keseluruhannya, SPR telah menerima borang permohonan tukar alamat pusat mengundi daripada 581 orang polis yang telah berpindah tempat bertugas ke Balai Polis Travers. Semua permohonan ini telah di proses dan dipamerkan pada pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga yang telah diadakan pada 24 Oktober 2012 hingga 6 November 2012.

Semasa pameran Rang DPT ST3/2012 jumlah yang dipamerkan adalah seperti yang berikut:

BIL LOKALITI POLISJUMLAH POLIS

YANG BERPINDAHMASUK

1. Balai Polis Travers 3842. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 23. Balai Polis Sungai Besi 64. IPK Kuala Lumpur 35. Balai Polis Cheras 16. PULAPOL 17. IPD Brickfileds 18. PGA Pengkalan Hulu Grik 1

JUMLAH 399

Aktiviti

P.121 : Lembah PantaiDaerah Mengundi :Kampung BoholLokaliti:Polis (Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil

P.121 : Lembah PantaiDaerah Mengundi :Bukit TraversLokaliti:Balai Polis Travers

Pendaftaran Baru 0 2

Pendaftaran TukarAlamat (Masuk) 0

581(384 orang polis daripada Pusat Tahanan Bukit Jalil)

Pemotongan-Pemilih Bertukar Alamat (Keluar)

399(384 berpindah masuk ke

Balai Polis Travers)6

Page 24: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

18

Sehingga tempoh pameran Rang DPT ST3/2012 berakhir pada 6 November 2012, SPR tidak menerima sebarang bantahan terhadap kelayakan pemohon untuk didaftarkan di alamat yang dipohon iaitu di Balai Polis Travers.

Oleh yang demikian, semua pemohon layak untuk diperaku sebagai pemilih dalam kawasan pendaftaran yang berkenaan berdasarkan alamat yang dipohon iaitu termasuklah polis yang berpindah tempat bertugas di Balai Polis Travers.

ISU 10

Terdapat dalam Daftar Pemilih SPR warga asing bernama Hassannuddin bin Manna yang didaftarkan di DUN Karambunai Parlimen Sepanggar, Sabah dan Salleh bin Samsul yang didaftarkan di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang

SPR telah menyiasat dakwaan yang telah dibuat berkaitan kedua-dua pemilih berkenaan dan mendapati kes sebenar mereka adalah seperti berikut;

(i) Hassanudddin bin Manna

Semakan SPR dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Malaysia, memiliki kad pengenalan yang sah dan bukannya kad pengenalan palsu seperti yang didakwa. Semakan tersebut juga mengesahkan bahawa beliau adalah pemilih yang sah dan telah mendaftar sebagai pemilih pada 13 April 2001 dalam Parlimen Sepanggar, Sabah.

Sementara itu, pengesahan daripada pihak Penjara Pusat di Kota Kinabalu pula mendapati bahawa individu yang dipenjarakan bukannya Hassannuddin bin Manna, sebaliknya seorang warganegara Filipina bernama Montasir Juwak Hasan yang menetap di Kampung Kalansanan Inanam, Sabah. Dia dikatakan telah membeli kad pengenalan tersebut melalui seseorang kira-kira setahun yang lalu dengan harga RM1,000.

Page 25: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

19

(ii) Salleh bin Samsul

Semakan SPR dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan bahawa Salleh bin Samsul adalah seorang warganegara Malaysia dan beliau memiliki kad pengenalan yang sah, bukannya kad pengenalan palsu seperti yang didakwa. Beliau juga adalah pemilih yang sah dan telah mendaftar sebagai pemilih pada 9 April 1993 dalam Parlimen Pasir Gudang, Johor.

Di samping membuat semakan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara, SPR telah turut menjalankan siasatan di lapangan dan telah menemui keluarga Salleh bin Samsul. Berdasarkan siasatan itu, pegawai SPR dimaklumkan di antara bulan Jun 2010 hingga April 2011 beliau bekerja sebagai juru kimpal dengan Syarikat Kencana Petroleum di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi kedua-dua kes ini, jelas menunjukkan dakwaan bahawa kedua-dua penama cuba mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan palsu adalah merupakan satu dakwaan yang tidak benar sama sekali. Ini kerana setiap kelulusan terhadap permohonan pendaftaran pemilih hanya akan diberikan kepada mereka yang mengemukakan dokumen kad pengenalan yang sah sahaja, yang akan disemak dengan teliti dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara bagi maksud pengesahan status warganegara dan butiran peribadi pemohon.

Walau bagaimanapun, SPR tidak menolak kemungkinan ada pihak yang telah menyalahgunakan kad pengenalan warganegara Malaysia yang dimiliki secara tidak sah bagi maksud untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini tetapi mungkin bukan maksud untuk mengundi dalam pilihan raya.

Page 26: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

20

ISU 11

Ada pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR

Akhbar Harakah keluaran 15 - 18 Oktober 2012 telah menyiarkan kenyataan Naib Presiden Keadilan, Fuziah Salleh bahawa terdapat pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR. Sehubungan ini, ingin ditegaskan bahawa berdasarkan semakan yang dilakukan oleh SPR dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara berkaitan nombor kad pengenalan Hasmidah binti Surahbil, adalah disahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Malaysia dan dengan itu layak untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Pendaftaran beliau sebagai seorang pemilih telah dibuat oleh SPR berdasarkan kepada kad pengenalan beliau yang sah dan selepas melalui proses semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Hasil semakan itu juga mendapati bahawa Hasmidah binti Surahbil telah memohon mendapatkan status warganegara pada tahun 2002. Permohonannya telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau sejak itu telah diberikan MyKad yang sah.

Berdasarkan semakan SPR terhadap borang pendaftaran pemilih Hasmidah binti Surahbil pula, SPR mendapati pendaftaran beliau telah dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada kategori Wakil Parti Politik, iaitu daripada Pakatan Rakyat. Dalam konteks ini, adakah pihak-pihak tertentu bersedia untuk mendakwa bahawa SPR bersekongkol dengan PPP daripada Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan bukan warganegara sebagai pemilih?

Page 27: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

21

ISU 12

Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar pemilih SPR yang terdiri daripada mereka yang lahir di luar negara dengan menggunakan kod 71

Berdasarkan maklumat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara ‘kod negeri 71’ diberikan kepada individu yang lahir di luar negara sama ada ia terdiri daripada seorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang memegang kad pengenalan Pemastautin Tetap atau Pemastautin Sementara yang kemudiannya diberikan taraf warganegara Malaysia. Bagaimanapun, mulai awal tahun 2000, Jabatan Pendaftaran Negara telah menetapkan kod-kod negara luar secara berasingan dan tidak lagi menggunakan ‘kod negeri 71’ bagi individu yang lahir di luar negara.

Contoh “Kod Bagi Negara Kelahiran” ialah seperti yang berikut:

Secara keseluruhannya, sehingga ST2/2012 jumlah pemilih yang mempunyai kad pengenalan dengan ‘kod negeri 71’ ialah seramai 172,157 orang di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan bilangan paling ramai jumlahnya iaitu 33,132 orang, diikuti Johor iaitu 28,105 orang dan Kuala Lumpur, seramai 17,616 orang.

Perincian jumlah pemilih yang mana kad pengenalan mereka mencatatkan ‘kod negeri 71’ mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual berikut.

NEGARA KOD NEGARA KODBangladesh 79 Pakistan 76Singapura 66 Thailand 87Indonesia 61 Korea Selatan 89

Page 28: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

22

ISU 13

Seramai 59 orang pemilih baru yang didaftarkan di Kg. Melayu Majidi, Johor Bharu pada tahun 2011 tidak mempunyai nombor rumah, nama jalan dan menggunakan Kad Pengenalan kod 71

Sehingga Suku Tahun Kedua 2012, terdapat seramai 56 orang pemilih dengan kad pengenalan ‘kod negeri 71’ mendaftar menggunakan alamat Kg. Melayu Majidi, 81100 Johor Bahru, Johor.

NEGERI JUMLAH

Perlis 925

Kedah 5,624

Kelantan 15,869

Terengganu 3,377

Pulau Pinang 12,312

Perak 15,577

Pahang 6,303

Selangor 33,132

W.P. Kuala Lumpur 17,616

W.P. Putrajaya 175

Negeri Sembilan 7,335

Melaka 7,984

Johor 28,105

W.P. Labuan 357

Sabah 8,426

Sarawak 9,040

Jumlah 172,157

Page 29: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

23

Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan alamat bagi 56 orang pemilih tersebut ialah Kg. Melayu Majidi, 81100 Johor Bahru, Johor. Berdasarkan alamat tersebut, kesemua mereka diletakkan dalam lokaliti Kg. Melayu Majidi iaitu dalam Daerah Mengundi Stulang Baru.

Walaupun alamat tersebut disifatkan sebagai terlalu umum tanpa nombor rumah dan nama jalan yang dapat memberikan gambaran yang lebih tepat kedudukannya secara fizikal di lapangan, SPR menerima dan menggunakannya sebagai alamat pendaftaran pemilih bagi pemilih yang terlibat kerana alamat tersebut digunakan dalam Kad Pengenalan mereka.

Hasil siasatan SPR mendapati seramai 5 orang pemilih masih tinggal dalam kampung berkenaan, 39 orang pemilih telah berpindah dan menetap di luar kampung tersebut, sementara 12 orang pemilih lain tidak dapat dikesan.

Siasatan tersebut juga mendapati alamat yang dicatatkan pada kad pengenalan pemilih yang berkenaan adalah merupakan alamat lama yang telah digunakan sejak tahun 1960’an lagi. Pemilih terlibat juga didapati tidak pernah mengemaskinikan alamat mereka dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara walaupun rumah yang didiami mereka sekarang telah dilengkapi dengan nombor rumah dan nama jalan yang sempurna.

Dalam pada itu, terdapat juga pemilih yang telah pun mengemaskinikan alamat mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi tidak pula mengemaskinikan alamat mereka dengan SPR. Ini menyebabkan alamat lama semasa mereka memohon mendaftar sebagai pemilih dahulu terus kekal dalam Daftar Pemilih SPR.

Berhubung isu Kad Pengenalan mereka yang memakai ‘kod negeri 71’, SPR berpandangan isu berkenaan tidak sewajarnya ditimbulkan kerana mereka telah pun disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai warganegara Malaysia. Demikian juga halnya dengan isu penempatan mereka di alamat yang tidak lengkap tersebut, ianya bukanlah merupakan sesuatu yang dirancang sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Ia sebaliknya berpunca daripada sikap dan tiadanya kesedaran di kalangan pemilih terlibat untuk tampil menukarkan alamat mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya mengemaskinikannya dengan pihak SPR.

Page 30: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

24

ISU 14

SPR sengaja memperbesarkan saiz lokaliti dengan tujuan untuk mengumpulkan penyokong BN di kawasan yang didapati mengandungi ramai penyokong Pakatan Rakyat. Pemecahan lokaliti ini tidak mendapat kelulusan Parlimen

Lokaliti adalah merupakan unit terkecil dalam suatu daerah mengundi di dalam sesuatu bahagian pilihan raya Negeri dan Parlimen. Ia merujuk kepada suatu kawasan penempatan yang mempunyai sekurangnya-kurangnya satu rumah atau beberapa rumah dan alamat seperti taman perumahan, kampung, rumah panjang dan sebagainya.

Berdasarkan rekod SPR, pada tahun 2007 jumlah lokaliti yang diwujudkan oleh SPR adalah sebanyak 94,801 buah. Walau bagaimanapun, jumlah lokaliti ini telah dikurangkan pada tahun 2012 kepada 79,044 buah.Dengan ini bermakna jumlah lokaliti telah berkurangan sebanyak 15,757 buah.

Pengurangan dalam jumlah lokaliti tersebut adalah disebabkan oleh percantuman beberapa lokaliti kecil untuk membentuk satu lokaliti yang lebih besar. Ia dilaksanakan oleh SPR bagi memudahkan urusan pemetaan secara elektronik menggunakan aplikasi Electoral Geographical Information System (EGIS), bukannya atas sebab-sebab lain seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Sebarang percantuman yang melibatkan lebih dari satu lokaliti dalam suatu daerah mengundi tidak akan memindahkan mana-mana pemilih kerana lokaliti yang dicantumkan berada dalam daerah mengundi yang sama.

Terhadap dakwaan bahawa tindakan SPR dalam membetulkan lokaliti ini tidak mendapat kelulusan Parlimen, SPR ingin menegaskan bahawa tiada mana-mana peruntukan undang-undang yang menghendaki percantuman lokaliti perlu dibawa kepada Parlimen untuk kelulusan sebelum SPR boleh melaksanakannya.

Page 31: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

25

ISU 15

SPR cuba untuk menipu Daftar Pemilih

Akhbar Sinar Harian keluaran 5 November 2012 di bawah tajuk “Cubaan Tipu Daftar Pemilih” telah menyiarkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR cuba menipu Daftar Pemilih ekoran meningkatnya jumlah pemilih yang besar dalam Daftar Pemilih Induk SPR iaitu kira-kira 1 juta orang dalam tahun 2011.

Bagi SPR, kenyataan tersebut adalah merupakan fitnah semata-mata dan dipercayai dibuat bertujuan untuk mempertikaikan imej dan kredibiliti SPR. Apa yang sebenarnya berlaku ialah sepanjang tahun 2011, SPR telah menerima permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat yang paling tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, jumlah keseluruhan pendaftaran yang telah disahkan ialah sebanyak 1,319,077 orang, terdiri daripada 1,047,218 orang yang mendaftar sebagai pengundi baru dan seramai 271,859 orang lagi yang mendaftar bagi menukar alamat pusat mengundi.

Kesemua nama pemilih yang didaftarkan itu telah melalui proses pendaftaran yang ditetapkan oleh undang-undang termasuk dipamerkan untuk semakan oleh pemohon dan pemilih berdaftar mengikut kawasan pendaftaran masing-masing. Dalam tempoh pameran itu juga, mereka boleh membuat bantahan sekiranya mendapati unsur-unsur yang bercanggah dengan peraturan pendaftaran pemilih.

Justeru itu, SPR menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan mana-mana jua pihak yang cuba mengaitkan pertambahan besar dalam jumlah pemilih pada tahun 2011 sebagai percubaan SPR untuk menipu Daftar Pemilih. Apa yang jelas ialah bahawa peningkatan pengundi yang besar dalam tahun 2011 adalah disebabkan adanya kempen pendaftaran pemilih yang dilaksanakan secara agresif dan berterusan oleh SPR, di samping adanya kesungguhan di kalangan orang ramai untuk mendaftar ekoran adanya spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin akan diadakan dalam tahun 2011 atau pada awal tahun 2012.

Page 32: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

26

ISU 16

SPR lepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing

Akhbar Harakah keluaran 15 – 18 Oktober 2012 telah memetik kenyataan Setiausaha Kerja PAS Gombak, Rashid Abdullah yang mendakwa SPR cuba lepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing yang kemudiannya didakwa cuba didaftarkan sebagai pemilih.

Sehubungan dengan ini, suka SPR tegaskan bahawa fungsi SPR adalah jelas sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi mengendalikan hal-hal yang bersangkutan dengan urusan pilihan raya sahaja.

Hal-hal berhubung urusan kewarganegaraan atau Kad Pengenalan adalah dikendalikan oleh agensi lain iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, bukannya SPR. Justeru itu, tidak timbul sebenarnya isu kononnya SPR berlepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing kerana hal tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa SPR.

Di pihak SPR, berdasarkan kepada undang-undang yang diperuntukkan kepadanya, SPR akan mendaftarkan sesiapa sahaja sebagai pemilih sekiranya ia memenuhi syarat kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih. Ini termasuklah syarat seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.

Setiap permohonan bagi pendaftaran akan diproses berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan kepada SPR. Proses tersebut antara lain termasuklah penyemakan identiti seseorang pemohon berdasarkan kepada nombor Kad Pengenalan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara, mempamerkan nama-nama pemilih untuk tujuan tuntutan dan bantahan, melaksanakan siasatan dan pendengaran awam bagi kes-kes yang melibatkan bantahan dan tuntutan serta mewartakan nama-nama pemilih yang memenuhi kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Page 33: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

27

ISU 17

SPR dipersoal kerana akan melaksanakan proses mencalit dakwat kekal sebelum pengundi menandakan kertas undi, bukannya selepas mereka membuang undi

Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan 2012) memberi kuasa kepada SPR untuk menandakan jari pengundi dengan dakwat kekal sebelum dikeluarkan kertas undi kepada pengundi itu.

Bagi maksud menandakan jari pengundi dengan dakwat kekal, SPR memutuskan kaedah mencalit sebagai kaedah yang akan digunakan secara seragam di setiap tempat mengundi bagi maksud pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

SPR tidak bersedia untuk mengambil risiko dalam keadaan di mana sekiranya pengundi enggan jari mereka dicalit selepas mereka membuang undi, SPR tidak mempunyai kuasa atau peruntukan undang-undang tertentu untuk menahan atau mendakwa mereka. Keadaan seperti ini, jika berlaku, mungkin boleh mencetus kekecohan di tempat mengundi apabila ianya dipertikaikan oleh ejen-ejen tempat mengundi di Pusat-pusat Mengundi yang terbabit.

ISU 18

SPR melantik terlalu ramai petugas pada PRU Ke-13

Bagi melaksanakan penjalanan PRU Ke-13 kali ini, SPR akan melantik seramai 240,000 petugas yang akan terlibat di seluruh negara dalam pelbagai kategori dan tugasan seperti berikut;

• Pertambahan kategori petugas iaitu Penyelia Pusat Mengundi (PPM) di setiap pusat mengundi yang mempunyai lebih dari satu tempat mengundi (saluran);

Page 34: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

28

• Jumlah tempat mengundi akan bertambah kepada 26,017 saluran, selaras dengan jumlah pemilih yang kini meningkat kepada 13.1 juta orang; dan

• Pelaksanaan pengundian awal yang pertama kali diadakan di premis-premis polis atau tentera yang melibatkan kumpulan- kumpulan petugas berasingan dengan petugas yang bertugas pada hari pengundian biasa.

Pertambahan Petugas SPR tersebut adalah bagi menampung keperluan yang dijangka berlaku bagi memastikan penjalanan PRU Ke-13 lancar dan teratur, bukannya atas sebab-sebab lain seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Selain itu, harus disedari bahawa bukan kesemua 240,000 petugas SPR ini akan mengundi secara pos. Malah, SPR menggalakkan supaya bagi mana-mana petugas yang bertugas di kawasan berdekatan dengan Pusat Mengundi di mana mereka ditugaskan, mereka hendaklah mengundi secara biasa. Sehubungan ini juga, SPR akan berusaha untuk melantik petugas-petugas dari kalangan pemilih tempatan supaya pada Hari Pengundian nanti mereka akan dapat melaksanakan pengundian sebagai pengundi biasa.

ISU 19

SPR perlu memperjelaskan semua pindaan peraturan pilihan raya yang akan digunapakai semasa PRU Ke-13 nanti bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan parti politik dan orang ramai

Baru-baru ini SPR telah melakukan beberapa pindaan terhadap peraturan pilihan raya ekoran adanya beberapa pembaharuan yang akan dilaksanakan atas cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Peraturan-peraturan yang telah diluluskan dan diwartakan untuk digunapakai semasa PRU Ke-13 adalah seperti yang berikut:

Page 35: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

29

Subperaturan 19(14) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) 2012 memberi kuasa kepada SPR untuk menandakan jari pengundi dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi itu.

BIL. PEMBAHARUAN NAMA PERATURAN PERATURAN YANG DIPINDA/BARU

TARIKH PEWARTAAN

1.Penggunaan dakwat kekal

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012

Peraturan 19Peraturan 19A

13 Februari 2012

2.

Orang Kelainan Upaya (OKU) dibenarkan membawa orang yang dipercayai untuk membantu dalam proses pengundian

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012

Subperaturan 19(10)Subperaturan 19(11)

13 Februari 2012

3. Pengundian awal

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) (No.2) 2012

Peraturan 27A, 27B dan 27C

27 April 2012

4.

Pengundian pos bagi orang yang tidak dapat mengundi awal

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 (Pindaan) 2012

Perenggan 3(1)(b)Subperaturan 3(2)

27 April 2012

5.

Pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan) (No.2) 2012

Peraturan 7Peraturan 9

27 April 2012

Page 36: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

30

Bagi maksud menandakan jari pengundi dengan dakwat kekal, SPR memutuskan kaedah mencalit sebagai kaedah yang akan digunakan secara seragam di setiap tempat mengundi bagi maksud pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Bagi maksud pengundian awal, dakwat kekal yang akan digunakan boleh kekal lebih daripada tiga hari. Sehubungan ini, SPR menolak dakwaan beberapa pihak bahawa anggota tentera serta pasangan dan anggota polis serta pasangan Polis PGA yang mengundi pada hari mengundi awal boleh hadir mengundi pada hari mengundi biasa jika kesan calitan dakwat kekal telah hilang. Ini kerana nama pengundi hanya akan disenaraikan sekali sahaja dalam daftar pemilih sama ada dalam daftar pemilih pengundi biasa atau daftar pemilih pengundi awal.

Mengenai dakwaan beberapa pihak kononya Kerajaan Barisan Nasional telah meminda Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya pada April 2012, sayugia SPR ingin tegaskan bahawa undang-undang sedia ada masih berkuatkuasa kerana tiada sebarang pindaan dibuat terhadap perkara-perkara yang pernah dicadang untuk dipinda itu.

Bagi melaksanakan cadangan ke arah meningkatkan ketelusan di tempat mengundi, SPR telah mengubah suai susun atur dalam tempat mengundi di mana kedudukan Ejen Tempat Mengundi (ETM) diletakkan di kedudukan yang membolehkan mereka melihat perkara-perkara berikut:

o Pengundi masuk dan seterusnya pergi kepada Kerani Pengundian (KP)1, KP2 dan KP3;

o Pengundi berdiri di hadapan KP2 untuk dicalit jarinya dengan dakwat kekal;

o Pergerakan pengundi pergi ke petak undi; dan

o Pengundi memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.

Page 37: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

31

Rajah Susun Atur dalam Tempat Mengundi/Saluran(2 Pintu)

Rajah Susun Atur dalam Tempat Mengundi/Saluran(1 Pintu)

Page 38: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

32

ISU 20

“Siap sedia hadapi pilihan raya paling kotor”

Demikian dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Othman dalam satu kenyataan beliau kepada Akhbar Harakah keluaran 15-18 Oktober 2012.

SPR melihat kenyataan ini sebagai bertujuan untuk mempertikaikan imej serta kredibiliti SPR, tanpa sama sekali mengambil kira fakta sebenar berhubung fungsi dan amalan SPR dalam melaksanakan urusan pilihan raya di negara ini.

Semenjak merdeka 55 tahun yang lalu, kewibawaan SPR terserlah melalui kejayaannya dalam mengendalikan 12 Pilihan Raya Umum (PRU). Ini termasuklah PRU Ke-12 pada 8 Mac 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di samping menguasai pemerintahan di tiga buah negeri yang baru selain mengekalkan kemenangan di Kelantan. Sementara itu, daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU Ke-12 pula, lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang.

Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa peranan SPR sebagai badan pengendali pilihan raya yang bebas, adil dan telus sentiasa terpelihara dengan keputusan pilihan raya sentiasa memihak kepada kehendak majoriti pengundi di sesuatu kawasan, baik di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.

Ketelusan SPR dalam menjalankan urusan pilihan raya boleh dilihat baik di mana jua peringkat atau proses pilihan raya yang terlibat seperti semasa proses penamaan calon, semasa tempoh berkempen, semasa proses pengundian, semasa proses pengiraan kertas undi dijalankan sehinggalah membawa kepada proses pengisytiharan sesuatu keputusan pilihan raya.

Dalam hal berkaitan Daftar Pemilih yang cuba diperkatakan oleh beberapa pihak sejak akhir-akhir ini, adalah menjadi hasrat dan harapan di pihak SPR untuk memastikan Daftar Pemilih yang ada benar-benar lengkap dan kemaskini. Maka atas kesedaran itulah SPR mengambil

Page 39: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

33

pelbagai inisiatif dalam usaha untuk membersih dan mengemaskinikan maklumat pemilih yang terdapat dalam Daftar Pemilih Induk SPR. Usaha ini bagaimanapun memerlukan kerjasama serta sokongan yang menyeluruh daripada semua pihak yang berkaitan dengannya, termasuklah parti-parti politik dan pemilih yang terlibat.

Mereka boleh tampil ke SPR dengan mengemukakan sebarang penemuan atau maklumat tertentu yang dijumpai seperti melalui kajian dan penyelidikan mereka terhadap Daftar Pemilih SPR. Di pihak pemilih pula, mereka disyorkan untuk sentiasa mengemaskinikan maklumat masing-masing dalam Daftar Pemilih SPR sekiranya mereka mendapati terdapat pindaan yang berlaku ke atas maklumat diri mereka sebagai seorang pemilih. Ini termasuklah perubahan-perubahan seperti pertukaran alamat, pembetulan ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina dan juga agama. SPR percaya dengan adanya kerjasama serta sokongan seperti ini, ianya akan dapat membantu SPR dalam menyediakan sebuah Daftar Pemilih yang mantap serta dapat diterima oleh semua pihak untuk seterusnya digunapakai pada PRU Ke-13 nanti.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIADISEMBER 2012

Page 40: PENJELASAN - shamsubahrinismail.comshamsubahrinismail.com/wp-content/uploads/2013/04/penjelasan... · v KANDUNGAN 21 22 24 25 26 27 ISU 12 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar

34