penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

5

Click here to load reader

Upload: smk-pengkalan-aur

Post on 08-Jul-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 2( INDIVIDU)

Penjelasan Mengenai Laman Blog

http://surayakamaruddin.wordpress.com/

NAMA : Suraya bt Kamaruddin (M20121000495)

SEMESTER : 3 SESI 2013/2014

PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF HJ GHAPOR

Page 2: Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

PENGENALAN

Usia bukan alasan untuk menghalang seseorang daripada berusaha meningkatkan kemahiran

dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Langkah memilih Kertas KPT 6044

iaitu Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web merupakan satu titik permulaan

baagi penulis mempelajari sesuatu yang baru dan menarik. Tajuk tugasan mencipta laman

blog/web pembelajaran yang berinformasi telah mendorong penulis untuk berusaha

mendapatkan cara bagaimana hendak memulakan tugasan mencipta blog dari sumber

percuma iaitu Wordpress.com .Setelah hampir dua hari membuat persediaan mengenali

wordpress melalui pembacaan di internet dan tunjuk ajar dari teman sekuliah, akhirnya

terbina lah satu laman blog http://surayakamaruddin.wordpress.com/ hasil usaha buah tangan

penulis sendiri.

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online

diary (Doctorow et al., 2002) Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi

atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post

yang terbaru dan begitulah seterusnya. “Blogs are powerful communication tools. Blogging

as in reading and thinking and reflecting and then writing is connecting and

learning”.(Richardson, 2006).

Menurut Richardson (2006) dalam Rafidah (2010) kepentingan web blog kepada

pelajar ialah pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru

secara terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk

menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan

atau subjek yang dibincangkan. 1

Page 3: Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga bertujuan untuk memberikan

peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik yang diajar di dalam kelas, memberi

komen kepada setiap maklumat terbaru, mengadakan aktiviti perbincangan tentang

pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus.

HALAMAN UTAMA

Penulis memilih Bahan Pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah menengah kerana

ianya bersangkutan dengan profesion penulis sebagai guru muzik di SMK Pengkalaan Aur,

Taiping. Bermula tahun 2014 , pihak pentadbir meminta semua guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT lebih-lebih lagi sekolah telah menerima 80

buah chrome book untuk digunakan oleh pelajar dalam PdP.

Penulis membahagikan pendidikan muzik kepada tiga tingkatan iaitu Tingkatan 1, 2

dan 3 . Selain nota mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran

pendidikan muzik menengah rendah, blog ini juga menyediakan soalan latihan teori muzik

secara interaktif dengan adanya link dengan laman web yang ada . Pelajar juga boleh melihat

cara bagaimana bermain gitar, gamelan, kompang, rekoder dan alat-alat muzik moden dan

tradisional yang lain.

Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi

dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara untuk

memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penggunaan

blog dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan disokong lagi

2

Page 4: Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

dengan kaedah simulasi iaitu video interaktif amat sesuai ini kerana memberi galakan

dan kepercayaan kepada pelajar dan guru bahawa web blog memberi banyak manfaat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran contohnya pelajar boleh berkongsi sebarang maklumat,

bertukar-tukar pendapat, memberikan komen, boleh mendapatkan info terkini dengan cepat

dan sebagainya.

ASPEK LAIN DI DALAM BLOG

Selain pembelajaran berkaitan Pendidikan Muzik, blog ini juga mempamerkan rakaman

peristiwa semasa melalui Galeri yang melibatkan persembahan muzik contohnya

persembahan di Hari Anugerah PERMATA, Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang dan

kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar Muzik sama ada dalam bidang akademik

dan ko kurikulum.

Selain boleh memuat naik nota, blog ini memudahkan pelajar untuk membuat ulangkaji

pelajaran. Interaksi antara guru dan pelajar meningkat walaupun pembelajaran luar kelas.

Setiap kes atau situasi yang ditunjukkan akan memberi impak lagi mendalam tentang

keberkesanan web blog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala video pula

merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan

sesuatu maklumat dan ia sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan

yang berkesan.

3

Page 5: Penjelasan blog surayakamaruddin.wordpress

Amatlah diharapkan agar semua guru memanfaatkan kemajuan teknologi yang

semakin mendapat tempat di hati pelajar khasnya remaja dalam memajukan diri mereka

bukan sahaja dalam bidang akademik malahan kegiatan ko kurikulum dan sahsiah diri yang

terpuji.

4