penjanaan ilmu
TRANSCRIPT
Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek
organisasi pendidikan di semua perigkat persekolahan.Ini termasuklah membaiki aspek kualiti
pengajaran guru dan pensyarah , kualiti perkhidmatan , kurikulum, penilaian dan persijilan,
perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan dan
pentadbiran universiti dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga pengajar.
Perubahan Sistematik
Menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai
dengan tuntutan semasa.Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan
dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020.Hal ini kerana, wawasan
2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kauntitif
dan kualitif.Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa
sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentrasformasikan Malaysia menjadi
negara maju tidak mungkin dapat dicapai.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebgai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Pembaharuan
yang dilakukan mestilah bersifat sitematik, iaitu tidak boleh terdiri dari satu komponen
pendidikan iaitu educational content, educational tool dan infrastuktur pendidikan mestilah
diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta
komprehensif.Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara
menyeluruh dan alam konteks yang lebih luas.
Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang undang-undang Pendidikan
1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.Rang undang-undang tersebut
mnggariskan bberapa aspek iaitu pendidika dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.Selain itu, dalam rang undang-undang ini
juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan.Sementara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun dan
pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem kebangsaan.Dalam dasar tersebut
juga terkandung bahawa pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan serta peruntukan
diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.
Bermula dengan akta ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi andungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastuktur.Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum
seolah, faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian
profesionalisme dan lain-lain hendaklah diambilkira.Begiu juga peningkatan taraf institusi
pendidikan tinggi contohnya Institusi Penguruan Sultan Idris yang telah dinaikkan taraf sebagai
Universiti Perguruan Sultan Idris.Sejjar dengan peningkatan taraf ini,adalah diharapkan
kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang
serta dapat melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Sehubungan dengan matlamat pndidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perlu dikaji
semula.Profesion penguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal
dan drastik bagi mengatsi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-
agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.Imej dan status perguruan yang semakin
tidak bermaya perlu dipulihkan segera.Penawaran kursus-kursusu perguruan lepasan diploma
dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan
kualiti dan status profesion perguruan