pelan penjanaan kecemerlangan kepimpinan badan pangawas smkps 2015

11
1.0 PENGENALAN Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin. sejajar dengan itu, SMK Padang Serai mengorak langkah mewujudkan Pelan Penjanaan Kecemerlangan Badan Pengawas SMKPS. 2.0 KONSEP PENGURUSAN BADAN PENGAWAS Pengurusan sesuatu badan dengan efektif merupakan satu langkah utama dan penting kerana ianya menjadi satu titik fokus dalam pencapaian objektif pengurusan. SMK Padang Serai dalam usaha mengtranformasikan Badan Pengawas SK Padang Serai akan bersandarkan kepada beberapa konsep pengurusan. 2.1 KAIZEN - Kaizen adalah konsep pengurusan Jepun yang membawa maksud penambahbaikan. Istilah ini dirujuk kepada suasana, kaedah, teknikal dan seumpamanya yang dalam keadaan tidak baik kepada baik dan daripada keadaan baik kepada keadaan yang lebih baik secara berterusan. Ini bermakna penambahkan adalah proses berterusan. Dalam pengurusan pengawas SMK Padang Serai, konsep ini diguna pakai dalam : a) Pelantikan pengawas b) Bidang Tugas pengawas

Upload: skautmaste

Post on 04-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pENGAWAS

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin. sejajar dengan itu, SMK Padang Serai mengorak langkah mewujudkan Pelan Penjanaan Kecemerlangan Badan Pengawas SMKPS.

2.0 KONSEP PENGURUSAN BADAN PENGAWAS

Pengurusan sesuatu badan dengan efektif merupakan satu langkah utama dan penting kerana ianya menjadi satu titik fokus dalam pencapaian objektif pengurusan. SMK Padang Serai dalam usaha mengtranformasikan Badan Pengawas SK Padang Serai akan bersandarkan kepada beberapa konsep pengurusan.

2.1KAIZEN - Kaizen adalah konsep pengurusan Jepun yang membawa maksud penambahbaikan. Istilah ini dirujuk kepada suasana, kaedah, teknikal dan seumpamanya yang dalam keadaan tidak baik kepada baik dan daripada keadaan baik kepada keadaan yang lebih baik secara berterusan. Ini bermakna penambahkan adalah proses berterusan.

Dalam pengurusan pengawas SMK Padang Serai, konsep ini diguna pakai dalam :

a) Pelantikan pengawas

b) Bidang Tugas pengawas

c) Pengurusan pengawas

d) Penilaian pengawas

2.2 ENPOWERMENT PENGURUSAN - Pengurusan pengawas SMK Padang Serai mementingkan konsep empowerment atau pengupayaan. Konsep ini diguna pakai sebagai latihan utama bagi membentuk pengawas menjadi pemimpin masa depan. Semua pengawas akan dipertanggungjawab melaksana beberapa bidang tugas yang telah ditentukan. Pengupayaan seseorang pengawas akan dinailai secara berkala.

2.3TRANFORMATIONAL LEADERSHIP - Guru-guru di SMK Padang Serai khususnya guru pembimbing badan pengawas, melatih pengawas bukan sahaja untuk menjadi pemimpin dan pengurus, malah menjadi pemimpin transformasi. Pemimpin transformasi yang cuba dibentuk di kalangan pengawas ialah pemimpin yang dinamik, mempunyai kesedaran untuk berubah, mempunyai idea baru dan mampu melaksanakan tugas secara proaktif, kreatif dan inovatif.

2.4DOING THE RIGHT THINGS AND DOING THINGS RIGHT - Dalam kerja pengurusan, pengawas-pengawas diasuh untuk melakukan kerja bukan sahaja dengan cara yang betul, tetapi juga membuat perkara atau tindakan yang betul. Doing things right memandu pengawas supaya membuat sesuatu mengikut prosedur. Manakala doing right things memandu pengawas supaya mereka lebih proaktif, melakukan perkara yang betul pada masa itu.

3.0 FOKUS PENGURUSAN BADAN PENGAWAS

Dalam melestarikan kepimpinan Badan Pengawas SMK padang Serai ini, beberapa aspek pengurusan akan dijadikan fokus bagi tahun 2015. 4 Fokus Badan Pengawas ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan dengan Pengurusan Badan Pengawas

FOKUS 1 : MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA

Inisiatif Fokus 1

Bil.

Aktiviti / Program

Objektif

1.

Latihan Persediaan / Tempoh Percubaan 2 Bulan

Mendedahkan calon kepada tugas dan tanggungjawab pengawas

2.

Kem Kepimpinan Pengawas - KUAWAS

Pembinaan Kekuatan Mental dan Fizikal

3.

Bengkel Kepimpinan Transformasi

Pembinaan Kemahiran Kerja dan Personaliti melalui CLP Continous Leadership Programme

4.

Kursus Pengucapan Awam

Mendedahkan para pelajar kepada teknik pengucapan awam yang betul memberi keyakinan kepada mereka ketika mengendalikan perhimpunan pagi

FOKUS 2 : MENJANA BADAN PENGAWAS YANG BERKESAN

Inisiatif Fokus 2

Bil.

Aktiviti / Program

Objektif

1.

Jawatankuasa Badan Pengawas

Pembinaan kerangka struktur kerja pengawas melibatkan lebih ramai guru AJK di dalam badan pengawas dengan tugas masing-masing

2.

SOP Badan Pengawas

Carta aliran penyelesaian kes disiplin menyediakan satu SOP kepada Badan Pengawas supaya semua pengawas lebih peka dan faham akan tugas dan tanggungjawab.

3.

Doing Things Right and Doing Right Things

Mengetahui undang-undang dan peraturan sekolah sepertimana yang diwartakan di dalam SPI dan Pekeling Jabatan

FOKUS 3 : MENJANA EMPOWERMENT ATAU PENGUPAYAAN

Inisiatif Fokus 3

Bil.

Aktiviti / Program

Objektif

1.

Duty of Care

Mendedahkan kepada pengawas tugas dan tanggunjawab yang harus dipikul melalui pengagihan tugas dan kuasa

2.

Penilaian Badan Pengawas

Menyediakan satu instrument penilaian prestasi pengawas di samping menilai kemenjadian pengawas di dalam akademik

3.

Weekly Briefing

Taklimat mingguan yang dikendalaikan oleh SU Badan Pengawas akan tugasan dan isu-isu semasa bagi minggu berkenaan

FOKUS 4 : MEMBENTUK SISTEM PENILAIAN DAN HUBUNGAN LUAR

Inisiatif Fokus 4

Bil.

Aktiviti / Program

Objektif

1.

Mesyuarat Bulanan

Mendedahkan kepada pengawas tugas dan tanggunjawab yang harus dipikul melalui pengagihan tugas dan kuasa

2.

Laporan Kerja Mingguan

Menyediakan satu instrument penilaian prestasi pengawas di samping menilai kemenjadian pengawas di dalam akademik

3.

Lawatan Benchmarking

Taklimat mingguan yang dikendalaikan oleh SU Badan Pengawas akan tugasan dan isu-isu semasa bagi minggu berkenaan

4.

BLOG Badan Pengawas

Memberi maklumat mengenai aktiviti Badan Pengawas dan juga satu wadah hebahan kepada ahli-ahli Badan Penagwas SMK Padang Serai

4.0 KAWALAN KEMENJADIAN PENGAWAS SEKOLAH

Beberapa langkah kawalan perlu dilaksanakan kepada semua pengawas sekolah bagi mencapai objektif di bawah :

a) Mengelakkan mereka ketinggalan atau mengabaikan pelajaran

b) Mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa

c) Mengelakkan mereka daripada bertindak di luar batasan

d) Mengelakkan mereka daripada diancam dalam apa cara oleh pelajar lain atau wakil mereka.

Semua pengawas sekolah akan dikawal dan dibantu dengan kaedah-kaedah di bawah :

a) Mengingatkan dan membantu mereka dalam aspek pembelajaran

b) Mengingatkan, memberi nasihat, amaran dan memberi surat tunjuk sebab jika mereka terlibat dalam kes-kes disiplin,mengabaikan tugas, menunjukkan sikap yang tidak wajar sebagai pengawas atau lain-lain yang difikirkan perlu sebagai langkah kawalan.

c) Mengambil tindakan disiplin jika disabitkan kesalahan.

d) Melatih mereka bagaimana tindakan yang perlu dibuat jika diancam oleh pelajar atau wakil mereka.

5.0 PENILAIAN DAN PENSIJILAN

Penilaian dibuat berdasarkan:

a) Borang Laporan Nilaian Prestasi Pengawas

b) Rekod Disiplin Pelajar

c) Pemerhatian Guru

5.1 Laporan Nilai Prestasi Pengawas

i. Exco Tertinggi akan dinilai oleh guru

ii. Ketua Kumpulan dan Exco akan dinilai oleh Exco Tertinggi

iii. Pengawas akan dinilai oleh Ketua Kumpulan / Exco

5.2 Pensijilan

i. Sijil ini akan diberikan kepada pengawas yang akan meninggalkan sekolah

ii. Sijil ini dikelaskan kepada tiga inaitu Cemerlang, Baik dan Memuaskan mengikut prestasi pengawas terlibat.

5.3 Cara Pemberian Sijil

i. Sijil ini akan diberikan kepada pengawas yang menduduki SPM dan STPM

STANDARD OF PROCEDURE (SOP)

PELAKSANAAN AKTIVITI BADAN PENGAWAS

JAWATAN

PROSES KERJA

Pengetua

1.Menerima arahan melaksanakan pengurusan kepimpinan

Pengawas berdasarkan pekeliling sedia ada.

2.Menubuhkan Jawatankuasa Kepimpinan Pengawas

3.Menyediakan keperluan pengurusan kepimpinan pengawas

Pengetua / Penolong Kanan HEM

4.Mengadakan latihan kepada ahli jawatankuasa kepimpinan pengawas

Penyelaras / Guru

5.Merancang aktiviti kepimpinan pengawas

a. Perkhemahan

b.Kursus / Seminar / Bengkel / Penanda arasan

c.Mentor - mentee

Pengetua / Penolong Kanan HEM/Guru

6.Melaksanakan aktiviti kepimpinan pengawas

7.Memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kepimpinan pengawas

Guru

8.Menyediakan laporan / dokumentasi aktiviti kepimpinan pengawas

9.Menghantar laporan kepada GPK HEM

GPK HEM

10. Menyemak dan memanjangkan kepada Pengetua untuk pengesahan seterusnya menghantar kepada PPD dan JPN

STANDARD OF PROCEDURE (SOP)

PELAKSANAAN PEMILIHAN PENGAWAS BAHARU

JAWATAN

PROSES KERJA

SU Badan Pengawas

1.Menerima arahan daripada Pengetua atau PK HEM

2. Badan Disiplin dan Pengawas akan membuat hebahan

Guru Tingkatan, Kaunselor dan guru

3.Borang-borang permohonan diedarkan melalui guru-guru tingkatan, kaunselor, mentor dan guru-guru yang mempunyai cadangan ke atas palajar-pelajar tertentu.

SU Badan Pengawas dan AJK

4.Borang dipungut dan diproses oleh Jawatankuasa pemilihan yang dilantik oleh pentadbir. Pada peringkat ini tapisan pertama dibuat.

Penolong Kanan HEM / SU Badan Pengawas dan AJK

5.Senarai pemohon yang berjaya dalam tapisan pertama dikeluarkan dan proses temuduga dijalankan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh pentadbir. Temuduga ini adalah peringkat tapisan kedua.

SU / AJK Badan Pengawas

6.Mesyuarat Jawatankuasa pemilihan juga akan memilih pemimpin pelapis yang terdiri daripada pemohon yang berjaya dalam tapisan kedua. Pemimpin pelapis ini terdiri daripada :

a) Ketua Murid Lelaki (sementara)

b) Ketua Murid Perempuan (sementara)

7. Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberi surat perlantikan, name tag dan tali leher dalam tempoh percubaan dan agihkan tugas. Peringkat ini adalah tapisan ketiga.

GPK HEM

8. Pengawas percubaan yang berjaya akan dilantik ke jawatan tetap.

9. Pengawas diberi Watikah Pelantikan Pengawas

STANDARD OF PROCEDURE (SOP)

PENGURUSAN RAMPASAN BARANG LARANGAN : TELEFON BIMBIT

JAWATAN

PROSES KERJA

Pengawas

1. Merampas telefon bimbit

2. Merekod maklumat salahlaku di dalam buku laporan salahlaku Badan pengawas

3. Menyerahkannya kepada S/U Badan Pengawas (Guru)

S/Badan Pengawas / AJK

4. Melabel dan merekod di dalam Buku Serahan Barang Rampasan

5. Menyerahkannya kepada S/U Disiplin

PK HEM

6. Menghubungi ibu bapa pelajar untuk mengambil telefon bimbit yang dirampas

STANDARD OF PROCEDURE (SOP)

PENGURUSAN RAMPASAN BARANG LARANGAN : TELEFON BIMBIT

JAWATAN

PROSES KERJA

Pengawas

1. Merampas telefon bimbit

2. Merekod maklumat salahlaku di dalam buku laporan salahlaku Badan pengawas

3. Menyerahkannya kepada S/U Badan Pengawas (Guru)

S/Badan Pengawas / AJK

4. Melabel dan merekod di dalam Buku Serahan Barang Rampasan

5. Menyerahkannya kepada S/U Disiplin

PK HEM

6. Menghubungi ibu bapa pelajar untuk mengambil telefon bimbit yang dirampas