penjamin - · pdf file5 nasihat guaman bebas 6 pengehadan tindakan terhadap penjamin 7...

20
Penjamin Penjamin Program pendidikan pengguna oleh: PINJAMAN ANDA

Upload: haanh

Post on 23-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Penjamin

Penjamin

Program pendidikan pengguna oleh:

P I N JA M A N A N DA

1 Pengenalan

2 Apakah jaminan?Siapakah yang boleh jadi

penjamin?

3 Hak-hak seorang penjamin

4 Liabiliti seorang penjamin

5 Nasihat guaman bebas

6 Pengehadan tindakan terhadappenjamin

7 Pelepasan penjaminApa yang anda kena buat dan

jangan buat

9 Apa yang patut diketahui oleh penjamin

10 Soalan yang sering ditanya

16 Glosari

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 15 Januari 2004

kan

du

ng

an

Pengenalan

Institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan untuk meningkatkan kedudukankredit bakal peminjam, dengan itu membolehkan mereka mendapat pembiayaan.

Ramai beranggapan bahawa penjamin sekadar memberi rujukan yang baik mengenaikarektor peminjam. Mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya terikat dari segi undang-undang untuk membayar balik pinjaman jika peminjam tidak bolehatau enggan membuat pembayaran balik.

Buku kecil ini memberi maklumat mengenai butir-butir dan implikasi jaminan yangdiberi oleh individu dan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang ramaimengenai jaminan. Ia memberi panduan kepada anda mengenai keperluan undang-undang, hak-hak dan liabiliti seorang penjamin dan menekankan isu-isu penting yangseseorang perlu ketahui sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin.

Penjamin terikatdari segi undang-undang

untuk membayar balikpinjaman jika peminjam

tidak membuat pembayaran

APAKAH JAMINAN?

Jaminan adalah satu kontrak sah yangmengikat anda untuk membayar hutangpeminjam jika peminjam tersebut gagalberbuat demikian. Institusi kewangan yang berkenaan boleh mendakwa anda jika peminjam tidak membayar hutangnya.

SIAPAKAH YANG BOLEH JADIPENJAMIN?

Sesiapa sahaja boleh menjadi penjaminasalkan ia dapat memenuhi keperluanundang-undang untuk menjadi seorang penjamin. Namun demikian,memandangkan seorang penjaminbertanggungjawab membayar hutangpeminjam jikalau beliau mungkir, anda patut mempertimbangkan untukmenjadi penjamin hanya kalau anda sudah benar-benar pasti bahawa andamampu menjelaskan hutang peminjam jika beliau gagal berbuat demikian.

Syarat-syarat yang ditetapkan olehundang-undang bagi seorang penjaminmerangkumi:

• Berumur 18 tahun ke atas

• Bukan seorang bankrap

• Berfikiran waras dan berkeupayaan dari segi mental untuk memahami dokumen jaminan dan tanggungjawabserta kewajipan seseorang penjamin

• Telah bersetuju secara suka rela untukmenjadi penjamin (iaitu tidak dipaksaatau menandatangani kontrak keranadipengaruhi secara tidak wajar, fraud,salah representasi atau akibat kesilapan)

Namun demikian, keputusan muktamadsama ada untuk menerima anda sebagaipenjamin adalah terpulang kepadainstitusi kewangan yang berkenaan.

2

Sebagai seorang

penjaminanda diberi

hak-haktertentu

,

HAK-HAK SEORANG PENJAMIN

Sebagai seorang penjamin, anda diberi hak-haktertentu sebelum dan selepas menandatanganikontrak jaminan. Ini termasuk:

• Hak untuk mendapat salinan surat jaminan atau kontrak jaminan dan sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan transaksi pinjaman tersebut

• Hak untuk mendapat khidmat nasihat daripadapeguam anda sebelum menandatangani kontrak jaminan. (Namun demikian, fi guaman adalah di atas tanggungan sendiri)

• Hak untuk mendapat maklumat mengenai baki tertunggak akaun peminjam dengan institusi kewangan tersebut tertakluk kepadakeizinan peminjam

• Hak untuk meminta peminjam membuatpembayaran bagi melepaskan liabiliti anda sebagaipenjamin. Hak ini boleh digunakan pada bila-bilamasa malah sebelum institusi kewangan tersebutmengeluarkan notis tuntutan kepada peminjamuntuk menjelaskan hutangnya. Namun demikian,hak ini adalah tertakluk kepada syarat-syaratpinjaman yang mungkin berbeza daripada seorangpelanggan kepada pelanggan yang lain

3

4

• Hak untuk mendapat bayaran ganti daripadapeminjam bagi sebarang pembayaran yang telahdibuat oleh anda kepada institusi berkenaan. Ini bererti anda boleh mendakwa peminjamtersebut untuk amaun yang telah anda bayarkepada institusi kewangan tersebut.

LIABILITI SEORANG PENJAMIN

Apa yang kerap berlaku ialah penjaminsewenang-wenangnya menandatangani kontrak jaminan tanpa menyedari sepenuhnya implikasi masa hadapan. Oleh itu, amalan membaca dan memahami kontrak jaminan sebelum menandatanganinya adalah amat penting bagi seorang bakal penjamin. Berikut adalah beberapa faktor yang menjelaskan liabiliti seorang penjamin:

• Tahap liabiliti yang ditanggung oleh seorangpenjamin adalah seperti yang termaktub didalam dokumen jaminan

• Seorang penjamin akan dipertanggungjawabkanke atas liabiliti peminjam mengikut syarat-syaratyang terkandung di dalam dokumen jaminan

5

• Seorang penjamin hanya dianggapbertanggungjawab ke atas jaminan sekiranyapeminjam mungkir dalam membuat sebarangpembayaran kepada institusi kewangan dan institusi tersebut telah membuat tuntutanke atas penjamin

NASIHAT GUAMAN BEBAS

Usaha mendapatkan nasihat guaman bebassebelum menandatangani kontrak jaminanadalah dianggap penting. Ini akanmemastikan bahawa anda benar-benar faham akan sifat sebenar dokumen tersebutdan implikasi undang-undang, contohnya hak-hak dan liabiliti di bawah sesuatu kontrakjaminan, terutamanya kalau institusikewangan menukar syarat-syaratnya disepanjang tempoh pinjaman itu.

Dapatkan khidmatnasihat guamanmengenai implikasi undang-undang sebelummenandatangani jaminan

6

PENGEHADAN TINDAKAN TERHADAP PENJAMIN

• Di mana komitmen jaminan perlu ditunaikan sebaik sahaja dimintaberbuat demikian, institusi kewangantidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penjamin selagi suatutuntutan di bawah jaminan tersebutbelum dibuat terhadap penjamin

• Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamkontrak jaminan, tuntutan boleh dibuat melalui serahan tangan, pos biasa atau surat berdaftar

• Institusi kewangan mempunyai tempohselama enam tahun dari tarikh tuntutanpertama untuk mengambil tindakanundang-undang terhadap penjamin

Pastikan anda mengetahui liabilitianda jika berlaku variasi ke atas

syarat-syarat pinjaman

7

PELEPASAN PENJAMIN

• Seseorang penjamin akan terlepas daripada tanggungjawab di bawahjaminan tersebut setelah pembayarankepada institusi kewangan dibuatsepenuhnya

• Untuk memastikan sesuatu kontrak jaminan boleh dikuatkuasakan terhadappenjamin, syarat-syarat jaminan mestidipatuhi oleh institusi kewangan terlibat

APA YANG ANDA KENA BUAT DANJANGAN BUAT

• Baca dan memahami sifat jaminantersebut. Seseorang bakal penjamin dinasihatkan agar tidak menandatanganidokumen yang belum dibacanya ataumenandatangani dokumen kosong atauborang yang tidak lengkap. Seseorangyang menandatangani dokumen seperti ini sukar untuk mendapatpembelaan di sisi undang-undang jikadicabar di mahkamah

• Dapatkan khidmat nasihat profesional/guaman mengenai implikasi undang-undangsebelum menandatangani jaminan tersebut

• Semak dan pastikan bahawa jaminantersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang terdapat di Malaysia

• Berwaspada sebelum menyerahkan salinankad pengenalan atau pasport kepada orang selain daripada institusi kewanganatau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda

• JANGAN menandatangani perjanjian jaminanjika anda:

– Tidak ada kepentingan dari segi kewangan,perniagaan mahupun moral dalamtransaksi tersebut dan tidak pasti dengansifat transaksi tersebut

– Mempunyai keraguan mengenaikemampuan atau integriti peminjam

– Merasai bahawa anda telah didesak atau dalam keadaan terpaksa untukberbuat demikian

– Tidak memahami syarat-syarat jaminantersebut dan tidak mendapat bantuanpenasihat bebas yang boleh memberipenjelasan kepada anda

– Berasa yakin bahawa anda tidak mampumenjelaskan hutang peminjam jika beliaugagal membuat pembayaran

• SENTIASA pastikan bahawa:

– Amaun maksimum yang dijamin dinyatakandengan jelas dan sama ada ia merangkumifaedah terakru

– Anda mengetahui liabiliti anda jika berlakuvariasi ke atas syarat-syarat pinjaman

– Jika jaminan diberi secara bersama atau secara bersama dan berasingan,pastikan bahawa semua penjamin telahmenandatangani jaminan tersebut

– Nama peminjam jelas dinyatakan dalamdokumen jaminan

– Anda mendapatkan penerangan ataupenjelasan mengenai mana-mana syaratjaminan tersebut, jika berasa ragu-ragu.Kalau perlu, dapatkan khidmat nasihatguaman sebelum menurunkan tandatangan

8

APA YANG PATUT DIKETAHUI OLEHPENJAMIN

Sesuatu pinjaman boleh dijamin oleh seorangatau lebih daripada seorang penjamin. Namun demikian, ini tidak bermakna liabilitipenjamin dibahagikan sama rata di kalanganpenjamin-penjamin yang terlibat. Institusi-institusi kewangan mempunyai hak untukmendapatkan balik hutangnya sama adakeseluruhan atau sebahagian hutang tersebutdaripada mana-mana penjamin yang terlibat.

• Jaminan Bersama

Di bawah kontrak jaminan yang melibatkanlebih daripada seorang penjamin, jika salahseorang daripada penjamin meninggal dunia,tanggungjawab jaminan akan terusditanggung oleh penjamin-penjamin yangmasih hidup.

• Jaminan Bersama dan Berasingan

Di bawah kontrak jaminan yang dibuat secarabersama dan berasingan, apabila seorangdaripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus bertanggungjawab ke atas jaminan tersebut bersama-sama denganpenjamin-penjamin yang lain.

9

Di bawah kontrak jaminanyang dibuat secara bersama dan berasingan,apabila seorang daripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus bertanggungjawab

S&JSaya telah memberi jaminan untuk pinjaman tertentu yangmana pinjaman pokoknya sudah berkurangan akibatpembayaran balik yang tetap.Peminjam tersebut telah memohonkepada institusi kewangan untukmenambah jumlah pinjamannyadan ianya masih dalam lingkunganjumlah jaminan yang telahditandatangani oleh saya. Adakahsaya bertanggungjawab ke atasamaun tambahan tersebut?

Tidak. Jika anda memberi jaminan untuk pinjaman tertentu, tahap liabiliti akanberkurangan mengikut pembayaran balik yang dibuat. Jika pemberi pinjaman inginmemberi pinjaman tambahan bersandarkan jaminan anda, institusi kewangan tersebut perlu mendapatkan jaminan yang baru daripada anda atau mendapatkankebenaran bertulis daripada anda untuk memberi jaminan bersambung yang meliputi jumlah pinjaman tambahan.

Bagi kemudahan overdraf pula, umumnya penjamin akan terus bertanggungjawabsetakat amaun yang telah dijamin dan sebarang kenaikan daripada had ini memerlukanpersetujuan penjamin terlibat.

Mengapakah institusi-institusikewangan memerlukan jaminan?

Institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan untuk meningkatkan kedudukankredit bakal peminjam dan, dengan ini, membolehkan mereka mendapat pembiayaan.

Jaminan lazimnya diberi untukmanfaat institusi kewangan dania biasanya merupakan dokumenstandard yang menggunakanistilah undang-undang. Saya tidakmemahaminya. Apakah yangboleh saya buat?

Anda boleh meminta pegawai institusi kewangan tersebut untuk menjelaskan implikasi undang-undang kepada anda atau, anda boleh memilih untuk mendapatkanpeguam peribadi bagi menjelaskan jaminan tersebut kepada anda. Janganmenandatangani jaminan tersebut jika anda berasa kurang selesa dengan mana-manafasal di dalamnya.

SOALAN YANG SERING DITANYA

10

Bagaimanakah saya bolehmenarik diri daripada menjadipenjamin?

Seseorang penjamin boleh memohon untuk menarik diri sebagai penjamin. Namun demikian, keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan ituadalah tertakluk kepada budi bicara institusi kewangan. Institusi kewanganberkenaan boleh:

• Bersetuju tanpa syarat

• Bersetuju jika ada penjamin gantian. Namun demikian, syaratnya ialah penjamin baru hendaklah bersetuju untuk menanggung semua liabiliti yang kini, lampau dan akan datang daripada penjamin sebelumnya

• Bersetuju tertakluk kepada pembayaran sebahagian daripada hutang

• Tidak bersetuju selagi hutang pokok tidak dibayar sepenuhnya

• Menuntut bayaran hutang sepenuhnya

Adakah tandatangan saya perlu disaksikan?

Ya. Jaminan lazimnya ditandatangani di hadapan pihak ketiga, walaupun pegawai institusi kewangan terlibat yang berkenaan biasanya menjadi saksi. Walau bagaimanapun, institusi kewangan biasanya tidak membenarkan seorang isteri/suami untuk menjadi saksi kepada suaminya/isterinya tanpa khidmat nasihat bebas.

11

Bolehkah saya dibankrapkan jikapeminjam tidak membayar balik pinjamannya kepada institusikewangan?

Boleh. Jika hutang tersebut adalah bersamaan dengan ataupun melebihi RM30,000, seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kebankrapan 1967, institusi kewangan bolehmengambil tindakan kebankrapan ke atas anda untuk mendapatkan balik hutangnya.

Bagaimanakah kalau saya tidakbersetuju atau ingin menukarsyarat-syarat tertentu di dalamkontrak jaminan?

Semua institusi-institusi kewangan mempunyai dokumen standard masing-masing bagikontrak jaminan untuk melindungi kepentingan institusi kewangan terlibat. Akhirnya,keputusan terletak di tangan anda, setelah mendapat khidmat nasihat undang-undang,jika perlu, sama ada untuk menandatangani kontrak jaminan mengikut syarat-syaratyang ditetapkan oleh institusi kewangan atau tidak.

12

Boleh. Namun demikian, ini bergantung kepada pengaturan yang dibuat oleh peminjam dengan institusi kewangan tersebut.

Bolehkah saya menjadipenjamin untuk jangka masayang tertentu sahaja?

Saya tidak tahu membaca atau menulis dalam BahasaInggeris. Bolehkah sayamemasuki kontrak jaminandalam Bahasa Inggeris?

Penjamin dinasihatkan agar meminta dokumen tersebut diterjemahkan untuknyadan ianya mesti khusus dinyatakan bahawa kandungan di dalam dokumen tersebuttelah dijelaskan dan telah difahami sepenuhnya oleh penjamin.

Kalau terdapat lebih daripadaseorang penjamin dan setiapseorang mengunjungi institusikewangan pada masa yangberlainan untuk menandatanganijaminan tersebut, bagaimanakahtandatangan boleh diturunkan?

Semua penjamin adalah dinasihatkan agar menandatangani dokumen tersebut padamasa yang sama. Namun demikian, dalam keadaan ini, penjamin-penjamin masing-masing boleh menandatangani sesuatu dokumen jaminan pada masa yang berlainan(dalam tempoh yang berpatutan dan tidak dilengah-lengahkan tanpa sebab).

13

Adakah saya akan dilepaskandaripada jaminan tersebut jikapeminjam meninggal dunia?

Tidak. Institusi kewangan akan membekukan akaun peminjam untuk menentukanjumlah hutang peminjam tersebut dan sekiranya tidak ada sumber alternatif,institusi kewangan terlibat akan menuntut bayaran daripada penjamin.

Kalau saya jadi seorang penjamin,adakah saya mempunyai hak untuk diberitahu mengenaikedudukan akaun peminjam?

Anda berhak diberitahu mengenai kedudukan akaun bagi jaminan yang diberi,tertakluk kepada keizinan peminjam. Penjamin-penjamin biasanya akan menerimasalinan surat peringatan yang dihantar kepada peminjam. Namun demikian, institusikewangan tidak wajib mendedahkan maklumat mengenai akaun-akaun lainpeminjam tersebut yang tidak berkaitan dengan jaminan anda.

Apakah umur maksimum untukditerima sebagai penjamin?

Institusi kewangan berhak menggunakan budi bicaranya untuk menerima sesiapa sahajasebagai penjamin asalkan keperluan undang-undang bagi seorang penjamin dipatuhi.

14

Bagaimanakah kalau saya tidakbersetuju dengan perubahan yang dibuat kepada syarat-syaratpinjaman yang diberi kepadapeminjam setelah kontrak jaminanditandatangani?

Kebanyakan institusi kewangan akan memasukkan hak untuk membuat perubahan kepada syarat-syarat pinjaman. Oleh itu, adalah penting agar bakalpenjamin membaca dan memahami implikasi jaminan dan mendapat khidmatnasihat guaman, di mana perlu.

Ya. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menerima anda sebagai penjaminatau tidak adalah tertakluk kepada budi bicara institusi kewangan terlibat.

Bolehkah saya menjadi penjaminuntuk pinjaman yang diambiloleh suami/isteri atau anak saya?

Bolehkah institusi kewanganmengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam danpenjamin pada masa yang samatanpa bersungguh-sungguhmendapatkan pembayaran balikdaripada peminjam terlebihdahulu?

Institusi kewangan berhak menggunakan budi bicaranya untuk memulakantindakan undang-undang terhadap peminjam dan penjamin sama ada secaraserentak atau selepas kehabisan ikhtiar dari segi undang-undang terhadappeminjam. Namun demikian, mulai 1 Oktober 2003, Akta Kebankrapan 1967memperuntukkan bahawa bagi penjamin sosial, iaitu, seorang yang memberijaminan untuk tujuan seperti berikut:

• Pinjaman, biasiswa atau bantuan untuk tujuan pendidikan atau penyelidikan

• Transaksi sewa beli untuk kenderaan persendirian atau bukan untuk perniagaan

• Perumahan untuk kediaman sendiri

pemiutang tidak berhak untuk memulakan tindakan kebankrapan melainkan iadapat membuktikan bahawa ia telah kehabisan ikhtiar untuk mendapatkan baliksemua bayaran yang terhutang oleh peminjam.

Tambahan pula, untuk pinjaman peribadi yang berjumlah sehingga RM250,000yang diambil selepas 26 Mei 2001, institusi kewangan adalah dikehendaki untukmenggunakan usaha terbaiknya untuk mengutip semula hutang daripadapeminjam dan hanya boleh memulakan tindakan undang-undang terhadappenjamin selepas satu tahun dari tarikh tindakan undang-undang dimulakanterhadap peminjam.

15

16

GLOSARI

Penjamin

Seseorang yang dengan rasminya membuat perjanjian

untuk bertanggungjawab ke atas hutang orang lain.

Liabiliti

Tanggungjawab untuk membayar kerana keperluan undang-undang.

Kontrak Jaminan

Satu perjanjian di mana penjamin memberi jaminan akan menyelesaikan hutang

belum jelas peminjam jika peminjam tersebut gagal membayar balik pinjaman.

Jaminan Bersama

Di bawah kontrak jaminan yang melibatkan lebih daripada seorang penjamin,

jika salah seorang daripada penjamin meninggal dunia, tanggungjawab jaminan

akan terus ditanggung oleh penjamin-penjamin yang masih hidup.

Kontrak Bersama dan Berasingan

Di bawah kontrak jaminan yang dibuat secara bersama dan berasingan,

apabila seorang daripada penjamin meninggal dunia, estet si mati akan terus

bertanggungjawab ke atas jaminan tersebut bersama-sama dengan penjamin-

penjamin yang lain.

Design Copyright © 2004 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK-BANK TERTENTU

Edisi Pertama