penjagaan gigi & braces

16
Adakah perlu menggunakan benang flos? Adakah penting untuk menggunakan benang flos? Adakah anda rasa ia menyusahkan? Adakah anda rasa anda tidak perlu menggunakannya kerana membuang masa? Apa itu benang flos? Sekiranya anda pergi ke pasaraya-pasaraya di bahagian yang menjual barangan penjagaan gigi, anda tentu pernah ternampak benang flos ini. Ia biasanya dijual di dalam paket kecil ataupun yang melekat pada batang plastik (floss pick). Ia ada perisa mint atau tiada perisa, berbentuk benang bulat atau leper, dan juga disaluti wax atau tidak. Anda boleh memilih flos yang bersesuaian dengan keadaan gigi anda. Jika gigi anda amat rapat maka baik anda memilih benang flos leper dan mempunyai wax. Apakah kegunaan benang flos?

Upload: farahwaheeda91

Post on 28-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tips

TRANSCRIPT

Page 1: Penjagaan Gigi & Braces

Adakah perlu menggunakan benang flos?

Adakah penting untuk menggunakan benang flos? Adakah anda rasa ia

menyusahkan? Adakah anda rasa anda tidak perlu menggunakannya kerana

membuang masa?

Apa itu benang flos?

Sekiranya anda pergi ke pasaraya-pasaraya di bahagian yang menjual barangan

penjagaan gigi, anda tentu pernah ternampak benang flos ini. Ia biasanya dijual

di dalam paket kecil ataupun yang melekat pada batang plastik (floss pick). Ia

ada perisa mint atau tiada perisa, berbentuk benang bulat atau leper, dan juga

disaluti wax atau tidak. Anda boleh memilih flos yang bersesuaian dengan

keadaan gigi anda. Jika gigi anda amat rapat maka baik anda memilih benang

flos leper dan mempunyai wax.

Apakah kegunaan benang flos?

Sebenarnya benang flos ini amat penting untuk membersihkan plak yang

bersembunyi di celah-celah gigi anda. Ini dapat mengelakkan gusi anda

mendapat keradangan gusi (gingivitis) ataupun penyakit gusi yang lagi teruk

(periodontitis) yang menyebabkan penurunan gusi. Ia juga penting bagi

mengelakkan celah gigi anda menjadi berlubang (karies). Apabila anda

memberus gigi, hanya permukaan gigi sahaja yang boleh dibersihkan. Celah-

Page 2: Penjagaan Gigi & Braces

celah gigi hanya dapat dibersihkan dengan menggunakan benang flos. Kadang-

kadang ramai orang yang menggunakan pencungkil gigi untuk membersihkan

celah-celah gigi. Pencungkil gigi jika tidak digunakan dengan berhati-hati boleh

menyebabkan kerosakan pada gusi anda hingga menyebabkan gusi di celah gigi

anda menurun. Benang flos juga boleh menyebabkan kerosakan gusi jika tidak

digunakan dengan betul tetapi tidaklah seteruk pencungkil gigi kerana saiz

pencungkil gigi yang lebih besar dari benang.

Bagaimana cara untuk menggunakan benang flos?

1. Tarik keluar benang flos sepanjang 18 inci ( lebih kurang 2 hingga 3 jengkal).

2. Balutkan satu hujung ke jari tengah kanan dan hujung lagi satu ke jari tengah

kiri dan pegang lebih kurang 1 inci dengan jari telunjuk dan ibu jari

3. Masukkan benang flos di celah gigi dengan perlahan-lahan dengan gerakan

gergaji sehingga sampai di hujung gusi. Kemudian balutkan benang flos ke gigi

dengan bentuk ‘c’ dan gerakkan benang flos ke atas dan ke bawah. Pastikan

benang flos sentiasa melekat pada permukaan gigi dan bersihkan sehingga di

celah gusi.

4.Ulangi untuk semua gigi sehingga gigi belakang. Pastikan anda menggunakan

permukaan flos yang baru untuk setiap gigi.

Page 3: Penjagaan Gigi & Braces

Bagaimana menggunakan benang flos untuk mereka yang mempunyai

korona bersambung (bridge) ataupun menggunakan pendakap gigi

(braces) atau untuk mereka yang mempunyai gigi yang jarang?

Anda memerlukan benang flos yang dipanggil Super Floss

Perbezaan benang flos ini dengan benang flos biasa ialah ia mempunyai satu

bahagian yang keras sedikit untuk memudahkan anda memasukkan benang flos

di celah pendakap gigi, atau di bawah bridge. Terdapat satu lagi bahagian yang

agak tebal dan berbulu bertujuan untuk membersihkan bahagian bawah bridge

dan juga di celeh-celah gigi yang jarang. Satu lagi bahagian yang sama seperti

benang flos biasa untuk membersihkan celahan gigi lain atau celahan gigi yang

menggunakan pendakap gigi (braces). Biasanya doktor gigi akan menunjukkan

cara penggunaan yang betul kepada mereka yang mempunyai bridge atau yang

menggunakan braces.

Gusi anda akan berdarah pada mulanya kerana keadaan gusi anda yang tidak

sihat. Jangan takut tetapi teruskan menggunakan flos. Tetapi selepas seminggu

Page 4: Penjagaan Gigi & Braces

biasanya pendarahan akan berhenti kerana semua plak yang berada di celah-

celah gigi telah hilang dan gusi anda telah pulih. Sekiranya pendarahan tidak

juga hilang selepas seminggu, eloklah anda berjumpa doktor gigi kerana

mungkin cara penggunaan flos yang salah atau terdapat karang gigi yang perlu

dibersihkan dahulu.

Selamat mencuba

Page 5: Penjagaan Gigi & Braces

Istilah Pergigian

Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi

pada setiap hari

Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak

dibersihkan setiap hari

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan

satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari

rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam

dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang

terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda

yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Page 6: Penjagaan Gigi & Braces

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di

simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang

digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi

untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk

menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak

untuk menggantikan gigi yang hilang.

Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan

dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami

kekurangan air liur

Page 7: Penjagaan Gigi & Braces

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Q: Saya memberus gigi setiap hari tetapi kenapa gigi masih rosak?

Kemungkinan besar cara anda memberus gigi tidak betul dan ini menyebabkan

plak tidak dibersihkan dengan sempurna dan ini menyebabkan kuman

merembeskan asid yang membuat gigi anda berlubang

Q: Kenapa gigi saya sensitif apabila saya minum air sejuk atau apabila

terkena angin?

Terdapat beberapa sebab gigi anda boleh menjadi sensitif

1. Terdapat hakisan pada gigi anda akibat dari pemberusan gigi yang kuat

dengan menggunakan berus gigi yang berusnya keras

2. Akar gigi anda terdedah akibat dari gusi anda telah menurun

3. Tampalan pada gigi anda bocor

4. Gigi yang mempunyai karies (berlubang)

Q: Adakah gigi saya menjadi nipis jika saya membuat pencucian gigi yang

kerap di klinik gigi?

Tidak. Pencucian gigi oleh doktor gigi hanya membuang plak dan karang gigi

yang melekat di permukaan gigi anda dengan cara getaran. Gigi anda tidak

boleh terhakis dengan cara ini.

Page 8: Penjagaan Gigi & Braces

Q: Kalau gigi tidak sakit mengapa perlu berjumpa doktor gigi?

Berjumpa dengan doktor gigi bukan hanya apabila mempunyai masalah gigi

tetapi juga untuk mengelakkan dari mempunyai masalah gigi. Dengan berjumpa

doktor gigi,anda boleh pastikan yang gigi anda sihat dan bebas dari masalah.

Gigi anda akan dapat bertahan lama sampai anda tua.

Q: Berapa kerap saya perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Masa yang disarankan ialah setiap 6 bulan tetapi semuanya bergantung kepada

keadaan gigi anda. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah gigi yang teruk,

maka 6 bulan adalah memadai. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah gigi,

anda hendaklah mengikut saranan doktor gigi anda.

Q: Bolehkah gigi yang bergoyang kuat semula?

Tidak boleh. Gigi yang bergoyang adalah disebabkan oleh tulang yang

memegang gigi telah diserap dah hilang sedikit demi sedikit. Tulang gigi tidak

boleh tumbuh semula apabila telah diserap sama seperti gusi.

Q: Adakah gigi yang sakit perlu dicabut?

Tidak semestinya. Ada perbagai pilihan lain untuk rawatan gigi yang sakit

seperti tampalan sementara, tampalan kekal, rawatan saraf separa , rawatan

saraf penuh atau pencucian gigi .Ini bergantung kepada keadaan gigi anda.

Jangan lupa bertanya keada doktor gigi anda tentang pilihan rawatan.

Q: Adakah saya tidak boleh berjumpa doktor gigi semasa mengandung?

Page 9: Penjagaan Gigi & Braces

Amat penting bagi ib-ibu mengandung untuk berjumpa doktor gigi semasa

mengandung. Disebabkan perubahan hormon, gusi ibu-ibu mengandung amat

cenderung untuk mendapat keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi

senang berdarah dan bengkak. Masalah ini dapat diatasi sekiranya penjagaan

gigi yang betul diamalkan dah juga pembersihan mulut oleh doktor gigi

dilakukan.

Q: Bolehkah saya mencabut gigi semasa mengandung?

Boleh hanya pada usia kandungan 4-6 bulan sahaja. Pada awal dan akhir

kandungan, pencabutan gigi tidak digalakkan kerana risiko yang tinggi kepada

kandungan.

Q: Kenapa mulut/nafas saya berbau?

Sebab utama mulut seseorang berbau adalah kerana terdapat banyak karang gigi

dan plak pada permukaan gigi . Ia juga boleh terhasil apabila seseorang itu tidak

membersihkan lidah mereka. Antara sebab lain ialah seseorang yang

mempunyai air liur yang kurang akibat dari penyakit atau pemakanan ubat. Bau

mulut boleh diatasi dengan memastikan gigi dan lidah diberus dengan betul dan

penggunaan ubat kumur . Bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan

air liur, mengunyah gula getah atau menggunakan air liur gantian boleh

menyelesaikan masalah ini.

Q: Kenapa gigi saya tidak putih?

Page 10: Penjagaan Gigi & Braces

Kebanyakkan warna gigi yang asli ialah putih kekuningan. Biasanya gigi akan

berwarna sedikit kekuningan di bahagian leher gigi yang berdekatan dengan

gusi. Ini adalah kerana lapisan luar sedikit nipis berbanding bahagian lain dan

menyebabkan lapisan dalam yang kekuningan terserlah. Ada beberapa sebab

mengapa sesetengah orang mempunyai gigi yang sangat kuning/coklat.

1. Kesan sampingan ubat antibiotik tetracycline yang diambil oleh ibu mereka

semasa mengandung

2. Kesan dari flurosis (terlebih florida)

3. Kesan dari menghisap rokok yang kerap

4. Kesan dari meminum minuman seperti milo, teh, kopi yang kerap

Q: Selamatkah saya menggunakan pemutih gigi?

Sebaiknya pergilah mendapat nasihat dari doktor gigi sebelum menggunakan

ubat pemutih gigi. Terdapat perlbagai jenis pemutih gigi yang terdapat di

pasaran. Salah satu kesan sampingan bahan pemutih gigi ialah gigi yang

menjadi sensitif jadi gunakannya dengan berhati-hati.