penjaga gol

11
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Permainan futsal memerlukan kepantasan, kecekapan, kebijaksanaan merancang strategi yang pantas, ketepatan serta kekuatan sepakan seperti yang terdapat dalam video ini Untuk bermain futsal, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pemain

Upload: aq-syafiq

Post on 12-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

presentation tugas pnjaga gol

TRANSCRIPT

Page 1: Penjaga Gol

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERAPermainan futsal memerlukan kepantasan,

kecekapan, kebijaksanaan merancang strategi yang pantas, ketepatan serta kekuatan sepakan seperti yang terdapat dalam video ini

Untuk bermain futsal, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pemain

Page 2: Penjaga Gol

DISEDIAKAN OLEH:MUHD HAZIQ FIKRI BIN JAMALMUHD SYAFIQ BIN MANSOR

PENJAGA GOL

Page 3: Penjaga Gol

PENJAGA GOLTidak dinafikan bahawa penjaga gol merupakan

pemain terpenting dalam sesuatu pasukan futsalMerupakan barisan pertahanan terakhir untuk

pasukan dan seharusnya mampu menguasai set kemahiran yang berbeza berbanding pemain lain

Satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk menerima dan mengawal bola dengan menggunakan tangan di dalam kotak penaltinya sendiri

Berupaya menangkap atau menampan segala jenis tendangan terus ke arah pintu gol

Page 4: Penjaga Gol

Juga bertanggungjawab untuk menggerakkan serangan pasukan dengan menghantar bola tepat ke arah rakan

Merupakan posisi yang paling mencabar baik dari segi fizikal mahupun mental

Memahiri kemahiran kompleks seperti dirian asas, teknik menerima bola leret, bola rendah, sederhana tinggi, paras dada dan bola tinggi, teknik menerkam, dan teknik menghantar bola leret, lontaran, tendangan melantun dan tendangan bola jatuh ke bawah

Page 5: Penjaga Gol

BENARKAH PENJAGA GOL PENTING?Benarkah penjaga gol merupakan

penggerak kepada barisan serangan?Benarkah penjaga suatu tugas yang

mencabar?

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN VIDEO INI…

Page 6: Penjaga Gol

Bola Leret Tepat Ke Arah Penjaga GolGunakan teknik menyelamat sambil berdiriDari kedudukan bersedia, pantas bergerak ke sisi

satu kedudukan antara bola dan pintu golLuruskan dan buka sedikit kaki dan bongkok ke

hadapan pada paras pinggang ketika menerima bola

Luruskan tangan ke bawah dengan tapak tangan ke depan

Lengan harus hampir dengan selari antara satu sama lain dan jari harus hampir menyentuh bumi

Biarkan bola bergolek ke atas pergelangan tangan dan lengan anda dan kemudian kembali ke kedudukan tegak dengan bola dipeluk rapat di dada

Page 7: Penjaga Gol

Tendangan Rendah Tepat kepada Penjaga Gol

Menggunakan teknik lompatan ke depanDari kedudukan sedia, bongkok ke depan dari

pinggang, bengkokkan lutut dan lompat ke depan ke arah bola

Tangan diluruskan dan tangan di bawah bola manakala tapak tangan menghadap ke atas

Bola seharusnya mencecah pergelangan tangan dan lengan

Ketika bola rebah ke depan di atas lengan anda dan perangkap bola di antara dada dan tangan

Kaki harus diluruskan di belakan dan di kembangkan sedikit bagi mengimbangi badan

Page 8: Penjaga Gol

Bola Bergolek ke sisi Penjaga GolMenggunakan tangkapan secara menerkamBergerak ke sisi pintu gol bagi memintas bolaLuruskan kaki depan ke arah pergerakan anda dan

bengkokkan lututMelutut di kaki belakang dan selari dengan garisan

golBenarkan ruang yang kecil antara tumit kaki depan

dan lutut kaki belakang untuk mengelakkan bola terlepas melalui kaki

Bongkok bahagian atas badan ke depan dengan bahu menghadap bola

Biarkan bola bergolek ke arah lengan dan tangan sebelum memeluknya ke dada

Page 9: Penjaga Gol

Bola Paras Dada dan KepalaBahu menghadap ke arah bola datangTangan berada lebih kurang paras dada dengan

tapak tangan menghadap ke depan dan jari-jari di buka dan diluruskan ke arah bola

Semasa bola datang, tangan berada dalam kedudukan W dengan jari-jari dibuka dan ibu jari hampir tersentuh

Luruskan lengan ke arah bola dengan dibengkokkan sedikit di siku

Tarik lengan ke belakang dan serap bola ke dada

Page 10: Penjaga Gol

Melaksanakan kemahiran-kemahiran menjaga gol adalah seperti yang terdapat dalam video ini.

Page 11: Penjaga Gol

SEKIAN, TERIMA KASIH