penilaian perkembangan murid.docx

29
1.0. Pengenalan7.0. LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan. Satu instrumen senarai semak lengkap juga akan dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai maklumat sepuluh item kognitif, sepuluh item kognitif dan sepuluh item psikomotor. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah. 2.0. Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti

Upload: shireen-yong-shireen

Post on 23-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penilaian perkembangan murid.docx

TRANSCRIPT

Page 1: penilaian perkembangan murid.docx

1.0.               Pengenalan7.0.       LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID

Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan

kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang

konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini

juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan

penilaian dalam penilaian berterusan.

Satu instrumen senarai semak lengkap juga akan dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan

pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai maklumat sepuluh item kognitif, sepuluh item

kognitif dan sepuluh item psikomotor.

Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah.

Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah.

    2.0.               Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan

perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari

semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu

pengajaran.  Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk

merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid

bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Page 2: penilaian perkembangan murid.docx

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang

sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang

lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-

tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran

juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini

juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti

yang disediakan.

3.0.               Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian.

Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala

penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data

yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan

kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la

hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi

murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain

membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru

mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah

utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat

dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah

Page 3: penilaian perkembangan murid.docx

utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses

yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah

merekod maklumat.

Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak

dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi

dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan

penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang

pertamanya mengenal pasti murid

yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan

instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan,

menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian

hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan.

Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak

dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu

kemahiran sahaja.

Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,

perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan.

Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian

merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan

mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk

mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.  Antara contoh-contoh rekod yang

boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

Page 4: penilaian perkembangan murid.docx

Objektif

Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian

murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen

penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.

Menurut  Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan

dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah

pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum,

menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai

kemajuan dirinya sendiri.

Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk  mengesan perkembangan seseorang murid

itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal

pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan

keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat

menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan

pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat

umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis

panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa

penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini.

Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang

lebih autentik.

Page 5: penilaian perkembangan murid.docx

Prinsip

James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan

kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah

jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian

seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan

adil.

Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip

yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat

membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri

iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses

penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran

dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan

instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini

adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah

proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat

ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji.

Page 6: penilaian perkembangan murid.docx

Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai

Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan

di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian

perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.

Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian

kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu

semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan

tidak hanya seperti sebuah lakonan. Jadi penilaian ini dilakukan secara telus.  Prinsip yang terakhir pula adalah

proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan

kesasihannya.

Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?

·         Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku

Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang

padat dan berguna. Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui

internet. Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan

daripada pelbagai Negara.

·         Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu

penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai

soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap

kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.

·         Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak

terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami

Page 7: penilaian perkembangan murid.docx

konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara

penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali.

·         Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti

tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain.

·         Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat

menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran

yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.

4.0.       Konsep penilaian berterusan.

Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep membuat

penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif

iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa

iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan

dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester. Sebaliknya

penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan

murid dari semsa ke semasa. Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada

guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian

dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.

 

5.0.               Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.

     Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara

sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan

Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.

Page 8: penilaian perkembangan murid.docx

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi

pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama

ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga

kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah

yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan

hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah

dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut

peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian

hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya

mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.

Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”.

Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah

laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-

kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai  adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti

dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian

menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan

kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku

yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang

dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Page 9: penilaian perkembangan murid.docx

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah

laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan

secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala

Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap

penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang

berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat

pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa

berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang

menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan

masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas

individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh

murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh

tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima

minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus

kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu

dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod

yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan

jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Page 10: penilaian perkembangan murid.docx

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan

terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang

keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek

perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod

Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga

membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti

peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan

kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah

memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar

dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka

dengan perubahan dan perkembangan murid

agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

6.0.               Instrumen senarai semak lengkap dari aspek item kognitif, afektif dan psikomotor.

   Penilaian domain kognitif

KOD FOKUS HASIL PEMBELAJARAN Tarikh : Tarikh : Tarikh : SUMBER/EVIDENS CATATAN

Page 11: penilaian perkembangan murid.docx

04/08/2011 11/08/2011 18/08/2011

TL SM BM TM SM BM TM SM BM LI PR HK TL LL

ST 1 ST 2.0

Kemahiran

saintifik

ST 2.1.6 memerhati dan

mengenal pasti bentuk di

persekitaran.

X X X X

2 ST 2.1.7 memerhati objek-

objek di persekitaran dan

mengenal saiz (besar,

kecil,panjang,

pendek,tinggi,rendah,tebal

,

nipis.

X X X X

3 ST 3.0

menyiasat

alam

hidupan

ST 3.1.2 mengenalpasti

bahagian tubuh badan

X X X

4 ST 3.1.3 mengenal pasti

organ deria (mata, hidung,

telinga, lidah, kulit)

danmenyatakanfungsi

setiap organ deria ini.

X X X

5 ST 3.4.6 mengumpulkan

haiwan mengikut habitat.

X X X

6 ST 7.0 ST 7.1.7 membilang X X X

Page 12: penilaian perkembangan murid.docx

konsep

nombor

secara menaik 1-10 dan

menurun 10-17 ST 7.1.8 menulis nombor

1- 10 mengikut cara yang betul

X X X

8 ST 7.2.1 menulis angka

sifar

X X X

9 ST 8.0

operasi

nombor

ST 8.1.1 menyatakan hasil

tambah dua himpunan

objek

X X X

10 ST 8.1.4 menulis ayat

matematik dengan

menggunakan operasi

tambah(+) dan sama

dengan(=).

X X X

                                                                                                                                                                                                                                                        Penilaian domain psikomotor

KOD FOKUS HASIL

PEMBELAJARAN

Tarikh :

04/08/2001

Tarikh :

11/08/2001

Tarikh :

18/08/2001

SUMBER/EVIDENS CATATAN

TL SM BM TM SM BM TM SM BM LI PR HK TL LL

PFK

1

PFK 2.0

Perkembanga

n motor kasar

PFK 2.1.9 berjalan

mengundur dengan

lurus

X X X

PFK

2

PFK 2.1.11 berjalan

dengan pundi

X X X

Page 13: penilaian perkembangan murid.docx

kacang di atas

kepala

PFK3 PFK 2.1.13 berlari

ke arah yang

ditentukan.

X X X

PFK4 PFK 2.2.6 berbaring

sambil mengangkat

kaki

X X X

PFK5 PFK 2.2.10

mendongak dan

menunduk kepala

secara perlahan.

X X X

6 PFK 3.0

Kesihatan

Fizikal

PFK 3.1.5

Menggosok gigi

dengan cara yang

betul.

X X X

7 PFK 3.2.3 mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

X X X

8 Seni Visual

(KTI 1.0)

KTI 1.1.5

mewarnakan

gambar dalam ruang

tertentu.

X X X

9 KTI 1.2.11 mereka X X X

Page 14: penilaian perkembangan murid.docx

corak bebas dengan

menggabungjalinkan

pelbagai teknik

dalam membuat

corak dan rekaan.

10 KTI 1.2.9

Mengahsilkan

bentuk binaan

mengikut kreativiti

sendiri melalui

pelbagai teknik

dengan bimbingan.

X X X

Penilaian domain afektif

KOD FOKUS HASIL PEMBELAJARAN Tarikh :

04/08/2001

Tarikh :

11/08/2001

Tarikh :

18/08/2001

SUMBER/EVIDENS CATATA

N

T

L

S

M

B

M

T

M

S

M

B

M

T

M

S

M

B

M

L

I

P

R

H

K

T

L

L

L

PM 1 PM 1.0.

Kepecayaa

n kepada

Tuhan

PM 1.1.2 Membezakan

ciptaan Tuhan

X X X X

PM2 PM 2.0 Baik

hati

PM 2.1 Memberi bantuan

kepada ahli keluarga,

warga sekolah dan orang

lain.

X X X X

Page 15: penilaian perkembangan murid.docx

PM3 PM 4.0

Berterima

kasih

PM 4.1.2 Mengucapkan

terima kasih secara lisan

atau bukan lisan di atas

bantuan, penghargaan dan

sumbangan terima yang

diterima.

X X X X

PM4 PM 5.0

Hemah

tinggi

PM 5.1.5 Menyatakan

cara-cara bertingkah laku

sopan.

X X X X

PM5 PM 11.0

Kerajinan

PM 11.1.2 Mengamalkan

sifat rajin dalam

pengurusan diri dan

menjalankan tugas.

X X X X

PSE

1

PSE 1.0

mengenali

dan

mengurus

emosi

sendiri

PSE 1.1.6 menyatakan

emosi mengikut situasi.

X X X X

PSE2

PSE 1.1.4 menceritakann pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti marah,gembira,takut,marah.

X X X X

PSE

3

PSE 1.1.5 Mengenal pasti

dan bercerita tentang jenis-

X X X X

Page 16: penilaian perkembangan murid.docx

jenis emosi gembira,

sedih,takut dan marah.

PSE

4

PSE 1.3.4 Menerangkan

perbezaan emosi antara

individu.

X X X Bercerita

tentang

emosi

rakan

baik.

PSE

5

PSE 3.0

membina

kemahiran

sosial.

PSE 3.2.6 menghormati

hak orang lain seperti:

Meminta izin menggunakan

barang orang lain.

X X X X X

Page 17: penilaian perkembangan murid.docx

7.0.       LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID

NAMA MURID                    :MUHAMAD HARIS DANIAL BIN ZULHISHAMNO.SURAT BERANAK      : 050415-03-0937

NAMA BAPA                                   :ZULHISHAM BIN OSMAN

PEKERJAAN BAPA           : TUKANG KAYU

NAMA GURU                      : PUAN HASINAH BTE CHE AMAT

ALAMAT RUMAH               :KG.PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN

TEMPAT PENILAIAN         :SK PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN.

Pengenalan pemerhatian

Penilaian telah dilakukan ke atas Mohd Haris Danial berumur 6 tahun. Dia adalah

anak tunggal dan hidup bertiga bersama ibu dan bapa. Tidak hairanlah jika dia

mendapat kasih sayang yang cukup dan agak manja.

Saya memilih Haris Danial kerana dia adalah antara 3 murid yang sudah pandai

membaca dan boleh memberikan komitmen kepada saya. Ini juga bertujuan untuk

menyenangkan kerja-kerja saya. Saya juga terdorong untuk memilihnya sebagai

bahan penilaian kerana dia rajin ke sekolah dan mempunyai ketekunan yang

tinggi dalam membuat tugasan. Contoh aktiviti yang selalu mendapat

perhatiannya adalah subjek kreativiti. Dia banyak menghasilkan banyak hasil

kerja yang baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Namun ini tidak

bermakna ianya sempurna. Dia mempunyai masalah tingkah laku yang

bermasalah. Dia seorang yang aktif dan suka mengusik rakan-rakannya.

Keputusan penilaian dicatatkan dalam jadual di bawah:

TAJUK: JADUAL  PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF.

DOMAIN 04/08/2011(%) 11/08/2011(%) 18/08/2011(%)TM SM BM TM SM BM TM SM BM

KOGNITIF 3 6 1 9 1 0 10 0 0PSIKOMOTOR 3 7 0 9 1 0 10 0 0

AFEKTIF 2 6 2 7 3 1 10 0 0

Jadual di atas menujukkan hasil dapatan pengumpulan data senarai semak mengikut tarikh dan domain yang dipaparkan.

Page 18: penilaian perkembangan murid.docx

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN TARIKH 4 OGOS PADA TAHUN 2011

AnalisisGraf di atas menunjukkan analisis peratusan tahap kemahiran mengikut domain pada tarikh 04 Ogos 2011. Graf di atas menunjukkan Daniel telah dapat menguasai kemahiran kognitif dan psikomotor sebanyak 90%. Berbanding hanya 70% pada perkembangan afektif. Danial belum menguasai kemahiran afektif sebanyak 20%.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS PADA TAHUN 2011

Analisis:

Graf di atas menunjukkan peratusan tahap kemahiran mengikut domain

berdasarkan tarikh 11 Ogos 2011. Daniel sedang menguasai 70% daripada

perkembangan psikomotor. Tetapi mengalami kelemahan yang nyata jika dilihat

pada perkembangan kognitif sebanyak 10%.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS PADA TAHUN 2011

Analisis:

Graf di atas menunjukkan peratusan tahap kemahiran pada tahap 100% bagi

ketiga-tiga perkembangan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Murid sudah

berjaya menguasai SP yang tertentu dalam ketiga-tiga domain. Mungkin ini

adalah hasil daripada aktiviti pemulihan yang dilakukan secara langsung atau

tidak langsung.

TAJUK: GRAF DI BAWAH MENUJUKKAN PERATUS MURID DALAM TAHAP

TELAH MENGUASAI PADA KETIGA-TIGA FASA.

Page 19: penilaian perkembangan murid.docx

Analisis dan tindakan susulan

Graf di atas telah menunjukkan peningkatan peratusan tahap telah menguasai

dalam ketiga-tiga domain. Murid telah berjaya 100% perkembangan tiga domain

ini pada fasa 3.

Pada fasa pertama, Jika hendak dilihat pada awal penilaian, murid hanya

boleh menguasai 30% pada perkembangan kognitif dan psikomotor. Dan

sebanyak 20% pada perkembangan afektif. Ini mungkin disebabkan murid kurang

pendedahan ilmu yang sepatutnya diajar kepadanya. Guru prasekolah yang

mengajar tidak mengikuti KSPK sepenuhnya. Akibatnya hasil pembelajaran tidak

tercapai. Bukti yang saya perolehi adalah hasil pemerhatian saya terhadap gaya

pengajaran guru yang kurang menepati SP KSPK. Hasil soal jawab bersama

Danial juga adalah satu cara yang telus saya fikir kerana kanak-kanak tidak

pandai menipu.

Tindakan yang saya lakukan adalah memberikan lagi banyak aktiviti

bimbingan pada tahap ini. Setiap kali pelajaran atau rutin, saya akan menerapkan

nilai murni dan soalan yang meransang fikirannya. Untuk tunjang kognitif, ST

2.1.6 memerhati dan mengenal pasti bentuk di persekitaran, Danial mengalami

masalah menguasainya. Jadi, saya telah mengajarnya secara peribadi dan

bertanya semula kepadanya apakah objek yang menyerupai bentuk yang

ditunjukkan oleh guru. Sebagai contoh:

“Danial,cuba lihat bola itu berbentuk apa? Lihat juga pada glob itu. Apakah

bentuk yang kamu lihat?”

Pada fasa ke-2, Kenaikan sebanyak 60%  pada domain kognitif dan

psikomotor adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini boleh dilihat pada fasa 1 Danial

hanya boleh menguasai 30% sahaja berbanding pada fasa 2 sebanyak 90% pada

kedua-dua domain. Ini adalah satu peringkat yang menyakinkan dan baik. Ini

mungkin disebabkan oleh penerapan yang saya lakukan dalam pengajaran dan

pembelajaran agar semua murid termasuk Danial dapat mengembangkan diri

mereka pada tahap yang sepatutnya.

            Ini kerana saya telah melakukan aktviti bimbingan pada fasa 1. Namun

Danial hanya menguasai 70% perkembangan afektif pada fasa 2. Dia memerlukan

aktiviti peneguhan sehinggalah dapat meguasai sepenuhynya.

Page 20: penilaian perkembangan murid.docx

            Antara aktiviti peneguhan yang telah dijalankan adalah aktiviti simulasi

dan lakonan. Dia akan disoal dan dikehendaki membuat lakonan. Contohnya,

apakah yang perlu dilakukan jika seseorang memberi pertolongan atau barang

kepada kita? Denial juga masih ada sedikit kekeliruan dengan ciptaan Tuhan dan

manusia. Saya telah memberikan ciri-ciri bahan buatan Tuhan yang tidak

termampu dicipta oleh manusia. Dan nampaknya dia faham dengan baik perkara

yang saya sampaikan. Pada pendapat saya dia perlu diberi peluang melihat

keindahan ciptaan dan kekuasaan Tuhan seperti pokok-pokok,binatang dan

pantai supaya dia boleh menghayati pemahaman yang ada. Saya juga perlu

mengajar Daniel menggosok  gigi dengan cara yang betul. Dia boleh menggosok

gigi dengan betul namun perlu diperbaiki. Jika sebelum ini, dia menggsosok gigi

dengan turutan yang kurang tepat, namun setelah saya membimbingnya secara

dua kali, dia berjaya melakukannya dengan sendiri tanpa bimbingan. Sebagai

langkah berterusan, saya meminta dia melakukan perkara yang sama di rumah.

Saya juga menitikberatkan pemakanan yang sihat agar dapat menjaga gigi kekal

sihat kepada murid.

Saya sempat mengambil gambar, bukti hasil pemerhatian yang saya lakukan. Ini

adalah antara gambar yang sempat ditangkap.

Daniel budak yang rajin. Dia dapat menyiapkan tugas dengan baik. Apabila saya

memberikan lembaran kerja, dia dapat melakukannya dengan siap dan kemas.

Kemahiran koordinasdi mata dan tangan berkembang dengan baik. Dia dapat

menghasilkan origami epal lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang

sebaya dengannya.

Page 21: penilaian perkembangan murid.docx

Daniel dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tolak. 

Rajah 3 Daniel sedang menulis dan menyelesaikan operasi matematik.

                                      Rajah 4 menimbang pundi kacang atas kepala

       Rajah 5 Membezakan bentuk

Rajah 6 Ketika melakukan aktiviti non lokomotor

Rajah 7 Daniel sudah dapat mengira menggunakan jari

                                       Rajah 8 Menunjukkan cara berjalan di hadapan orang tua

Selepas pemerhatian dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan bahawa terbukti penilaian secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanak-kanak prassekolah. Ini kerana tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat berkesan dalam langkah memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih mengingati sesuatu kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui bimbingan guru. Guru juga harus memberikan sokongan dan penilaian yang telus agar potensi murid dapat dikembangkan secara maksimum.                Guru prasekolah juga harus peka dengan semua perkara yang dilakukan oleh murid tanpa mengira dan memilih murid. Pembelajaran yang sama rata membolehkan murid mendapat hak mereka dalam kehidupan sebagai kanak-kanak.                Saya juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang pandai membaca atau kelihatan bijak tidak semestinya pandai melakukan semua perkara. Guru seharusnya tidak mengamalkan sikap sambil lewa dengan perkembangan kerohanian dan emosinya semata-mata membolehkan murid pandai membaca. Semua aspek perlu diambil kira untuk membentuk murid yang seimbang. Rekod yang dicatat dalam instrument adalah satu bahan bukti penilaian dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu bapa juga harus didedahkan dengan laporan penilaian supaya dapat terlibat sama dalam pembentukan perkembangan anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa mengetahui aktiviti dan hasil kerja anak mereka sepanjang pembelajaran di prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu murid,guru dan ibu bapa.

Page 22: penilaian perkembangan murid.docx

8.0.               Refleksi kendiri.

Saya telah menerima tugasan ini pada tarikh yang awal. Hati mula terasa beban

memandangkan saya perlukan komitmen sepenuhnya terhadap kerja. Fikiran

saya hanya tertumpu dengan tugasan projek, praktikum, mengajar, membuat

Rancangan Pengajaran Harian dan persiapan MQA menyemak fail. Boleh

dikatakan semua perkara ini membuatkan saya tertekan. Tambahan pula saya

melaksanakan satu kertas projek yang bertajuk “Klinik Membaca Anakku” yang

menuntut pelbagai usaha keras untuk menjayakannya. Kekangan masa yang

memaksa saya melakukan kerja secara pantas sememangnya memerlukan

pengorbanan yang besar. Saya terpaksa melupakan soal rehat dan memanjakan

diri seperti selalu untuk menyiapkan kerja ini. Dan saya pasti sikap suka

bertangguh akan memakan diri saya sendiri.

Sebelum melaksanakan pemerhatian, saya telah mencari bahan-bahan

berkaitan. Ini penting dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan

dalam membuat penilaian ke atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan

sedikit analisa mengenai jenis senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga

ada membuat sedikit perubahan dalam rekod senarai semak supaya ianya lebih

jelas dan mudah difahami. Agak banyak juga bahan yang saya perolehi mengenai

tajuk penilaian. Kebetulan saya ada beberapa koleksi buku rujukan prasekolah

yang telah dikumpul sejak beberapa tahun dulu. Saya juga mencari bahan

rujukan di perpustakaan untuk menambahkan pengetahuan dan kesasihan ilmu.

Saya telah membuat pembacaan daripada banyak bahan, dan baharulah saya

mencari bahan-bahan penting untuk diolah isinya. Saya berusaha untuk

menyiapkan kerja ini dengan sehabis baik.

Selain itu saya ada masalah memahami antara penilaian dan pentaksiran.

Kedua-dua istilah ini seperti sama tetapi tidak serupa. Setelah membaca banyak

bahan daripada buku dan internet dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya

telah sebulat suara mengatakan ianya adalah sama. Di sinilah saya dapat

bekerjasama dengan rakan-rakan. Saya dapat membina keyakinan saya dalam

memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat

rakan-rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung.

Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya

telah mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi

Page 23: penilaian perkembangan murid.docx

dengan guru. Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui

kehidupan Daniel dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah.

Saya juga dapat mengenali murid dengan lebih dekat melalui pelbagai

aktiviti dan perbualan dengannya. Daniel adalah seorang murid yang normal dan

cergas. Tahap kognitif,psikomotor dan afektif yang seimbang membuatkan saya

mudah untuk menilainya. Perjalanan saya membuat penilaian berlangsung

dengan lancar dan sempurna. Tetapi saya berasa risau dengan kerja-kerja

penilaian yang akan dilakukan apabila saya menjadi guru prasekolah yang

sebenar. Saya membayangkan betapa banyaknya penilaian yang harus dilakukan

ke atas 25 orang murid. Jadi,saya rasa tugasan ini adalah satu persediaan dan

panduan untuk membuat penilaian pada masa akan datang. Jadi saya rasa

tugasan ini sangat membantu.

Di sini juga saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh

murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan yang dia ada dan cara

untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan oleh

orang dewasa dalam perkembangan maksimum kanak-kanak. Jadi saya perlu

membimbing mereka ke arah tahap yang sepatutnya agar tidak membebankan

diri mereka dan orang lain pada masa akan datang. Kesan daripada tidak

membimbing kanak-kanak pada tahap sepatutnya akan menyebabkan mereka

akan merasa rendah diri dengan rakan sebaya yang lain. Selain itu mereka tidak

yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh itu penilaian berterusan

sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih

secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak

terkumpul.

Saya juga berpendapat bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh

diambil mudah oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan

murid akan bertambah dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan

tindakan susulan. Inilah yang berlaku kepada murid-murid sekolah Pulau Gajah

tempat saya melaksanakan praktikum. Murid yang tercicir semakin ramai

manakala yang sudah pandai membaca hanya beberapa orang sahaja. Rekod

yang seharusnya telah dicatat sempurna tidak kelihatan. Rekod yang hanya diisi

sekadar “cukup syarat” jelas kelihatan apabila saya mendapati banyak ruang

kosong yang belum diisi. Kebetulan pula, fail milik Daniel bertukar maklumat

Page 24: penilaian perkembangan murid.docx

dengan Hafiz. Pada mulanya saya berasa pelik. Rupa-rupanya ada pelawat yang

salah meletakkan isi maklumat itu. Setelah menyedari kesilapan itu, saya

menyemak dan membertulkan semula maklumat tersebut.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya beberapa kali datang ke maktab.

Setelah penat balik dari sekolah (praktikum), usaha saya datang ke maktab untuk

menemui pensyarah berkenaan menemui jalan buntu apabila gagal menemuinya.

Namun saya berjaya menyiapkan tugasan hasil daripada perbincangan dengan

rakan-rakan.

Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini dirasakan sangat

singkat. Dalam mengejar persiapan praktikum juga, saya juga memberikan

komitmen dengan persiapan kelas di bulan puasa. Walaupun penat, saya tetap

melakukan segala tugas seorang pelajar dan guru prasekolah. Saya bertungkus-

lumus menyiapkan kerja ini sebelum raya. Setelah sepakat dengan rakan-rakan

lain, saya sepakat untuk mengkhantarnya selepas raya. Meskipun saya sudah

siap, saya mengambil keputusan untuk mencetaknya selepas raya. Saya juga

tiada masa untuk menghantar tugasan  sebelum raya kerana terpaksa berkemas-

kemas untuk balik ke kampung.

Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu

prasekolah ini. Sememangnya saya seorang pelatih yang kurang berminat

dengan opsyen prasekolah, namun saya berusaha untuk menuntut sebanyak-

banyak ilmu tentang prasekolah. Ini semua untuk kanak-kanak yang berjiwa

bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti

kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak

prasekolah ini.

Saya kira, saya sudah buat yang terbaik untuk tugasan ini. Saya sudah

berazam untuk melakukan yang terbaik untuk menebus kembali “pointer” yang

lepas. Saya mahu mendapatkan pointer yang tinggi pada sem ini. Pada saya

kepuasan melaksanakan tugas itu penting dan saya telah melakukan yang

terbaik. Penilaian hasil kerja kursus ini terletak pada tangan pensyarah. Dan itu

bukanlah hak saya menentukan gred kerja saya. Saya hanya mengharapkan saya

mendapatkan yang terbaik daripada hasil kerja saya. Itu sahaja,sekian. Terima

kasih.

Page 25: penilaian perkembangan murid.docx

http://majorpra.blogspot.com/2011/09/tugasan-assigment-pra-3111-penilaian.html