penilaian murid dalam pbs sejarah

3
Ahli kumpulan : Muhammad Faez Bin Jawawi Muhammad Nizar Syazwan Bin Mohd Noor Pentaksiran Sekolah dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrument .Bincangkan bagaimana penilaian terhadap murid dilakukan dalam PBS sekolah rendah. Penilaian terhadap murid dalam PBS sekolah rendah dibuat berdasarkan beberapa perkara seperti tahap penguasaan, cara pentaksiran dan format pelaporan. Melalui tahap penguasaan, guru menilai tahap penguasaan murid setelah standard kandungan dan standard pembelajaran diajar sepenuhnya. Tahap penguasaan murid tidak dinilai mengikut standard pembelajaran tetapi dinilai mengikut keupayaan murid. Contohnya, guru boleh menilai murid berdasarkan kecerdasan pelbagai. Oleh itu, murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Hal ini demikian kerana Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard. Guru juga tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran

Upload: kamal-leo

Post on 20-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

Ahli kumpulan :Muhammad Faez Bin JawawiMuhammad Nizar Syazwan Bin Mohd Noor

Pentaksiran Sekolah dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrument .Bincangkan bagaimana penilaian terhadap murid dilakukan dalam PBS sekolah rendah.Penilaian terhadap murid dalam PBS sekolah rendah dibuat berdasarkan beberapa perkara seperti tahap penguasaan, cara pentaksiran dan format pelaporan. Melalui tahap penguasaan, guru menilai tahap penguasaan murid setelah standard kandungan dan standard pembelajaran diajar sepenuhnya. Tahap penguasaan murid tidak dinilai mengikut standard pembelajaran tetapi dinilai mengikut keupayaan murid. Contohnya, guru boleh menilai murid berdasarkan kecerdasan pelbagai. Oleh itu, murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.Hal ini demikian kerana Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard. Guru juga tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.Seterusnya, penilaian terhadap murid dalam PBS sekolah rendah dibuat berdasarkan cara pentaksiran. Terdapat dua cara pentaksiran yang dibuat iaitu pentaksiran secara formatif dan pepentaksiran secara sumatif. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara sumatif pula dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Keputusan penilaian dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di sekolah.Selain itu, penilaian terhadap murid dalam PBS sekolah rendah juga dibuat berdasarkan format pelaporan. Maksud pelaporan di sini ialah guru perlu membuat pentaksiran sehingga lengkap satu kelompok standard kandungan dan pembelajaran. Catatan tentang tahap penguasaan boleh direkodkan dalam buku rekod atau mengikut kesesuaian. Kebiasaannya, setiap sekolah akan menyediakan satu templet ms excel kepada guru bagi mengisi maklumat tentang pencapaian murid. Rekod ini akan disimpan di sekolah bagi tujuan pelaporan kepada ibu bapa.