pengurusan stor pj

17
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.0 PENGENALAN Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal. 1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) Merancang (b) Menyediakan bajet (c) Mengawal (d) Mengarah (e) Mengelola (f) Menyediakan jadual pertandingan (g) Membuat keputusan (h) Menilai

Upload: rahmat-dahman

Post on 03-Dec-2015

811 views

Category:

Documents


52 download

DESCRIPTION

Pengurusan Stor PJ Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Stor Pj

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah

(a) Merancang

(b) Menyediakan bajet

(c) Mengawal

(d) Mengarah

(e) Mengelola

(f) Menyediakan jadual pertandingan

(g) Membuat keputusan

(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-

(a) Persediaan profesional

(b) Sikap profesional

(c) Perkembangan profesional

Page 2: Pengurusan Stor Pj

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan

berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan

kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

Page 3: Pengurusan Stor Pj

(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi

Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara

Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

Page 4: Pengurusan Stor Pj

(vii) Keselamatan

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian

bawah rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam

menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan

kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.

Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.

Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelumdi simpan bagi mengelak reput.

Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.

Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara

pukal.

(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan

dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

Page 5: Pengurusan Stor Pj

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut

contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

STOR PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Bilik Sumber Sukan dan PJPK adalah sebuah bilik yang wajib ada di sesebuah sekolah. Bilik ini menempatkan pelbagai jenis alatan sukan yang digunakan sama ada untuk sukan sekolah mahupun untuk pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Oleh kerana dasar dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1 Sukan, banyak sekolah telah menukar corak fizikal dalaman kepada sebuah bilik yang mesra pengguna, selamat, kondusif.

Hal ini demikian sejajar dengan kandungan sukatan mata pelajaran PJPK yang merangkumi Pengurusan Alatan, Keselamatan dan Kebersihan Persekitaran, Kerjaya dalam Sukan, Kesukanan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Diri dan Keluarga, Kemahiran Sukan dan Kecergasan fizikal.

Fungsi Bilik Sumber Sukan dan PJPK

Bilik ini berfungsi bagi dua fasa yang berbeza iaitu :

• Fasa Pertama : Bulan Januari hingga Julai adalah masa kemuncak bagi aktiviti Sukan Sekolah, Merentas Desa, Karnival Sukan dan Pembelajaran dan Pengajaran PJPK.

• Fasa Kedua : Bulan Julai hingga November adalah lebih khusus untuk Pembelajaran dan Pengajaran PJPK sahaja.

Bilik ini boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan mesyuarat, perjumpaan ringkas dan proses peminjaman alatan. Pengawas Bilik Sukan akan membantu guru menyediakan alatan yang diperlukan oleh guru Rumah Sukan dan Guru PJPK atau memastikan bilik sentiasa kemas dan teratur.

Page 6: Pengurusan Stor Pj

STOR SUKAN

Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan ) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 ) iaitu semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

Tatacara Am.

• Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.

• Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya

diadakan pada hari atau masa yang berasingan

• Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan

rapi sepanjang masa.

• Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli

Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

• Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk

peralatan sukan.

• Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.

• Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.

• Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan

yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

Tatacara Murid.

Page 7: Pengurusan Stor Pj

• Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

• Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.

Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.

• Merekod semua alat sukan yang digunakan.

• Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.

• Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.

• Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.

• Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

• Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR PJ DAN SUKAN.

Tatacara Am.

• Sentiasa menjaga kebersihan stor.

• Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan

peralatan sukan.

• Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

• Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.

• Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

• Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk

alat-alat sukan.

• Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.

• Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.

• Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.

• Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

Page 8: Pengurusan Stor Pj

Tatacara Murid.

• Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

• Pastikan murid menghantar peralatan ke dalam stor sukan dengan diiringi guru PJK.

• Murid tidak dibenarkan bermain – main dengan peralatan lain apabila berada didalam stor suka ketika mengambil alatan sukan.

• Murid dilarang berlari semasa berada didalam stor sukan semasa mengambil peralatan sukan.

• Murid perlu melaporkan dengan segera kepada guru PJK sekiranya terdapat murid lain berada dalam stor sukan tanpa kebenaran guru PJK.

Tatacara Jurulatih/Guru.

• Menjaga kebersihan stor sukan.

• Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.

• Memadamkan suis apabila keluar dari stor.

• Mempunyai pelan keselamatan.

• Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.

• Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.

• Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

2.0 STOR SUKAN

Stor sukan merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak.Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut.Maka perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan keselamatan murid.

2.1 TATACARA PENGGUNAAN AM

2.1.1 Rekod Keluar Masuk

Perlu mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta mengetahui siapa yang

Page 9: Pengurusan Stor Pj

memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.

2.1.2 Peralatan Disimpan Di Tempat Khas

Alat-alat sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.

2.1.3 Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian

Peralatan berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.

2.1.4 Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan

Semua peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang tidak berkualiti.

2.1.5 Dilupuskan Mengikut Prosedur

Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini penting bagi mengelakkan kesesakan peralatan berlaku dalam stor sukan.

2.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID

2.2.1 Kebenaran Memasuki Stor Sukan

Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran dan pengembalian peralatan tersebut.

2.2.2 Laporan Kerosakan

Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti sedang dijalankan.

2.2.3 Pengembalian Peralatan Sukan

Semua peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.

Page 10: Pengurusan Stor Pj

2.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU

2.3.1 Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan

Guru harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan sukan yang digunakan.

2.3.2 Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan

Guru bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan yang baik sebelum sesuatu aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru juga akan menyimpan dan memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan seperti sedia kala serta bersih.

2.3.3 Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang Berbahaya

Guru sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku.

2.3.4 Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan

Guru harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada boleh digunakan atau dilupuskan.

2.3.5 Guru Berkelayakan

Pentadbir sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara penggunaan stor sukan.

Page 11: Pengurusan Stor Pj

LAPORAN TEMURAMAH

Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya perlu membuat satu temubual bersama dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah saya berkaitan dengan cabaran dan masalah yang dihadapi dalam Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani dan Sukan di sekolah.Kenyataan di bawah adalah antara laporan temubual yang telah dijalankan oleh saya.

Soalan.

1. Apakah yang anda faham dengan istilah stor sukan berkesan?Jawapan : Pada pendapat saya stor sukan yang berkesan ialah stor sukan yang kemas dan bersih disamping dilengkapi oleh misi,visi organisasi dan peralatan yang disusun dengan sempurna dan di labelkan. Ia dikatakan berkesan sekiranya penggunaan alatan dapat digunakan dengan baik dan sentiasa boleh digunakan murid pada bila-bila masa.

2. Kenapa sekolah menitik beratkan kekemasan bilik sukan?Jawapan: Kekemasan stor sukan amat penting kerana ia mewujudkan kan suasana kerja yang selesa. Di samping kemudahan pengeluaran dan kemasukan alatan yang lebih bersistematik.Ia juga mencerminkan sahsiah seorang guru yang menjaga bilik tersebut dan memudahkan semakan stok dilakukan.

3. Bagaimanakah anda boleh mengaitkan kekemasan stor sukan dan KSSR ?Jawapan: Kekemasan stor sukan dikaitkan dengan KSSR ialah memudahkan murid mendapat maklumat di dalam stor sukan di samping stor tersebut juga merupakan tempat murid-murid mendapat pengetahuan mengenai peralatan yang terdapat di dalamnya dengan penglabelan alatan yang baik dan tersusun memudahkan murid mendapat maklumat dan mengambil peralatan.

4. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh anda bagi memastikan stor sukan sekolah anda kemas dan teratur?Jawapan: Bagi memastikan stor sukan kemas dan teratur semua guru PJK dan permainan perlulah bertanggungjawab ke atas stor tersebut disamping mematuhi peraturan pengurusan stor yang telah ditetapkan.

5. Bagaimana bilik sukan yang teratur dan kemas boleh mempengaruhi tingkah laku murid?Jawapan: Stor yang kemas dan teratur amat mempengaruhi tangkah laku murid dari segi disiplin, sikap bertanggungjawab, menghargai dan menyayangi harta benda sekolah.

6. Sebagai seorang pegawai stor apakah tugas yang anda harus laksanakan?Jawapan:

Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

Page 12: Pengurusan Stor Pj

Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan stok/ kad petak/ lejar dengan secepat mungkin.

Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya

7. Nyatakan 3 penyalahgunaan terhadap peralatan sukan?Jawapan:

Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang dibuat dari kanvas atau kain atau material yang lembut

contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

8. Nyatakan cara-cara penyimpanan peralatan sukan yang baik, tersusun, teratur dan selamat?

Sediakan carta lokasi stok Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum Gunakan petak/rak yang mudah diubah-ubah dan tanda pengenalan Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan berat

Kesimpulan.

Stor sukan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah sekolah.Stor sukan adalah di

kategorikan sebagai salah satu daripada bilik sumber sekolah,kewujudannya boleh diumpamakan

seperti sebuah perpustakaan yang menyimpan pelbagai bahan maujud yang digunakan sebagai

bahan bantu mengajar .Tanpa stor sukan yang terurus sudah pasti peralatan sukan dan alatan

pendidikan jasmani tidak terjaga dengan sempurna.Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan

peranan, memandang berat pengurusan stor sukan dan bersama-sama merancang kearah bilik

sukan berkesan.Stor sukan yang kemas dan teratur bukan sahaja melambangkan sikap atau

sahsiah guru sukan atau guru pendidikan jasmani di sekolah tersebut bahkan melambangkan

imej sekolah .Stor sukan yang terancang dan teratur dapat menyemai amalan nilai-nilai murni

dikalangan murid khasnya tentang disiplin, kekemasan, kebersihan ,bertanggung jawab dan

mematuhi peraturan secara informal.Justeru adalah penting bagi memastikan stor sukan sentiasa

kemas, teratur dan bersih kerana mewujudkan suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan

bagi guru dan sumber ilmu bagi murid.

Page 13: Pengurusan Stor Pj