pengurusan perubatan modul/submodul/fungsi · pdf filemodul/submodul/fungsi : pengurusan...

3
MODUL/SUBMODUL/FUNGSI : Pengurusan Perubatan (RBR-MED) PENGENALAN Submodul Pengurusan Perubatan menyediakan kemudahan kepada pemilik kompetensi untuk menguruskan permohonan dan pembayaran balik caj perubatan. Di samping itu, submodul ini turut memberi kemudahan kepada pemilik kompetensi melalui penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL) di mana pemilik kompetensi dan tanggungan mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital dan klinik keraaan tanpa perlu mengemukakan Surat Pengesahan Diri (GL) secara manual dari Jabatan masing-masing Walau bagaimanapun, buat masa ini submodul ini hanya menyediakan kemudahan penyedian Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL) sahaja. 1.0 SEJARAH eGL mula dilaksanakan dengan pengeluaran Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 4 Tahun 2007 – Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melalui Aplikasi HRMIS. Pada peringkat permulaan, penggunaan eGL dilaksanakan di hospital-hospital terpilih di sekitar Lembah Klang mulai 1 Ogos 2007. Kini kemudahan eGL telah boleh dilaksanakan di semua 136 hospital kerajaan, Institut Jantung Negara (IJN) serta 85 klinik Kesihatan dan 11 klinik pergigian yang terpilih. Buat masa ini, terdapat 5 kategori yang memperolehi kemudahan eGL HRMIS, iaitu: a) Penjawat Awam; b) Pesara; c) Anggota Pentadbiran/ Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri; d) PDRM / Awam PDRM;dan e) Pegawai UIAM. 2.0 FUNGSI-FUNGSI /PERANAN / 2.1 Fungsi Petugas Kaunter 2.2 Peranan Counter Staff 3.0 FAQ – punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes 3.1 Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

Upload: lyminh

Post on 06-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Perubatan MODUL/SUBMODUL/FUNGSI · PDF fileMODUL/SUBMODUL/FUNGSI : Pengurusan Perubatan (RBR-MED) PENGENALAN Submodul Pengurusan Perubatan menyediakan kemudahan kepada pemilik

MODUL/SUBMODUL/FUNGSI :

Pengurusan Perubatan (RBR-MED)

PENGENALAN

Submodul Pengurusan Perubatan menyediakan kemudahan kepada pemilik kompetensi untuk menguruskan permohonan dan pembayaran balik caj perubatan. Di samping itu, submodul ini turut memberi kemudahan kepada pemilik kompetensi melalui penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL) di mana pemilik kompetensi dan tanggungan mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital dan klinik keraaan tanpa perlu mengemukakan Surat Pengesahan Diri (GL) secara manual dari Jabatan masing-masing Walau bagaimanapun, buat masa ini submodul ini hanya menyediakan kemudahan penyedian Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL) sahaja.

1.0 SEJARAH

eGL mula dilaksanakan dengan pengeluaran Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 4 Tahun 2007 – Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melalui Aplikasi HRMIS. Pada peringkat permulaan, penggunaan eGL dilaksanakan di hospital-hospital terpilih di sekitar Lembah Klang mulai 1 Ogos 2007. Kini kemudahan eGL telah boleh dilaksanakan di semua 136 hospital kerajaan, Institut Jantung Negara (IJN) serta 85 klinik Kesihatan dan 11 klinik pergigian yang terpilih. Buat masa ini, terdapat 5 kategori yang memperolehi kemudahan eGL HRMIS, iaitu:

a) Penjawat Awam; b) Pesara; c) Anggota Pentadbiran/ Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri; d) PDRM / Awam PDRM;dan e) Pegawai UIAM.

2.0 FUNGSI-FUNGSI /PERANAN /

2.1 Fungsi

Petugas Kaunter

2.2 Peranan

Counter Staff

3.0 FAQ – punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

3.1 Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

Page 2: Pengurusan Perubatan MODUL/SUBMODUL/FUNGSI · PDF fileMODUL/SUBMODUL/FUNGSI : Pengurusan Perubatan (RBR-MED) PENGENALAN Submodul Pengurusan Perubatan menyediakan kemudahan kepada pemilik

Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut: a) Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi b) Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih c) Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini

3.2 Saya seorang warganegara tetapi isteri/anak/ibu/bapa bukan warganegara. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

Semasa mengemaskini maklumat Kad Pengenalan (KP), kategori bagi Jenis KP yang diisytiharkan di dalam modul Pengurusan Rekod Peribadi perlu memilih kepada Lain-lain dan Kategori KP adalah Semasa.

3.3 Saya mempunyai anak angkat/anak tiri/ibu tiri/ayah tiri. Bolehkah beliau mendapat kemudahan eGL? . Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada JPN dan mengemaskini maklumat mereka di Pengurusan Rekod Peribadi.

3.4 Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan eGL. Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan eGL hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja.

3.5 Anak saya berumur 27 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Beliau tergolong dalam golongan istimewa (OKU). Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan sedangkan golongan ini layak untuk mendapatkan kemudahan eGL?

Mengikut Perintah Am Bab F, anak yang tergolong dalam golongan istimewa (OKU) layak mendapatkan kemudahan eGL seumur hidup dengan syarat Status Kecacatan di Pengurusan Rekod Peribadi dikemaskini.

3.6 Saya ke hospital kerajaan tetapi Petugas Kaunter masih memerlukan GL yang dicetak. Mengapa ini masih berlaku?

eGL boleh diguna pakai di semua hospital kerajaan. Sekiranya Petugas Kaunter enggan menggunakan eGL dan masih memerlukan GL yang dicetak, mohon membuat aduan kepada Bahagian Kewangan KKM dengan menyatakan nama petugas kaunter, tempat,

Page 3: Pengurusan Perubatan MODUL/SUBMODUL/FUNGSI · PDF fileMODUL/SUBMODUL/FUNGSI : Pengurusan Perubatan (RBR-MED) PENGENALAN Submodul Pengurusan Perubatan menyediakan kemudahan kepada pemilik

tarikh dan masa (dsb) untuk siasatan pihak KKM.

4.0 TIPS PENGGUNAAN

4.1 a) Melengkapkan maklumat asas Struktur Unit Organisasi (Business Unit) serta sandangan; b) Melengkapkan maklumat Profil Perkhidmatan (gaji); c) Melengkapkan maklumat keluarga di modul Pengurusan Rekod Peribadi

5.0 PERKAITAN SUBMODUL/FUNGSI

5.1 Data-data asas:

Data Perjawatan Pengurusan Rekod Peribadi Profil Perkhidmatan

6.0 PEKELILING BERKAITAN

6.1 Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2007 Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri Dan Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melalui Aplikasi HRMIS

6.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2010 Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai dan Pesara Perkhidmata Awam

6.3 Surat Edaran Bil. 11 Tahun 2011 Pindaan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.

7.0 LINK BERKAITAN

8.0 RUJUKAN

9.0 IMEJ/GAMBARAJAH/CARTA ALIR YANG BERKAITAN

Tarikh last update : 1 Nov 2011