2
PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT DALAM ILMU
MEMPERTAHANKAN DIRI
NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2012
3
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PENGURUSAN PEMELIHARAAN SENI SILAT DALAM ILMU
MEMPERTAHANKAN DIRI
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan
di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat
kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. *Sila tandakan
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
________________________ ________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
Lot 414, Kg Bukit Abal,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu
dikelaskan SULIT atau TERHAD
4
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan Pemeliharaan Seni Silat Dalam Ilmu Mempertahankan
Diri ini telah disediakan oleh Nurshahira Binti Md Sabudi dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(Dr. Anna Durin)
Tarikh:
________________________
5
PENGHARGAAN
Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat limpah dan
rahmat Nya dapat saya menyiapkan projek penyelidikan ini, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat. Dalam
menyiapkan kajian ini saya mendapat kerjasama yang tidak ternilai dari pelbagai
pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu
saya menyiapkan kajian ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada penyelia Dr. Anna Durin yang telah banyak memberi panduan, tunjuk
ajar serta bimbingan tentang penyelidikan secara ilmiah dan professional sehingga
membolehkan saya menyiapkan tesis ini dari awal hinggalah selesai dengan
sempurnanya.
Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Pertubuhan
Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan dan responden-responden yang sudi
memberikan kerjasama di dalam kajian ini. Layanan mesra dan sikap tidak lokek
berkongsi maklumat yang ditunjukkan sedikit sebanyak telah memberi keyakinan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga yang
banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Juga ucapan
penghargaan buat saudara mara yang telah banyak membantu dan sentiasa
meniupkan kata-kata semangat sepanjang pelaksanaan kajian ini. Doa kalian semua
sentiasa mengiringi kejayaanku hari ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi kata-kata semangat serta sentiasa berkongsi rasa suka dan
duka dalam menyiapkan projek penyelidikan ini.
Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tesis
6
bagi projek sarjana muda ini. Siapalah diri ini untuk terus maju dan teguh berdiri di
puncak kejayaan tanpa sokongan dan bantuan kalian semua.
Sekian, wassalam.
NURSHAHIRA BINTI MD SABUDI
7
Isi kandungan
Muka surat
TAJUK KAJIAN
PENGESAHAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii - iii
ISI KANDUNGAN iv -vi
ABSTRAK vii
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 - 4
1.2 Permasalahan kajian 4 - 5
1.3 Hipotesis 6
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Kepentingan kajian 7 - 8
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Skop kajian 9 – 10
1.8 Kekangan / halangan 11 – 12
1.9 Lokasi 12 - 13
1.10 Sistematika kajian 13 – 17
1.11 Perancangan kajian 18 – 19
1.12 Rumusan 20
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 21 – 27
2.2 Konsep kerangka kerja kajian 28 – 31
2.3 Rumusan 32
8
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33 - 34
3.2 Kaedah Keperpustakaan 35
3.3 Kaedah kualitatif 35 – 39
3.4 Kaedah kuantitatif 40 – 45
3.5 Rumusan 46
BAB 4: ANALISA DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Penganalisaan data kajian 48
4.2.1 Borang soal selidik 48
4.2.1.1 Bahagian A: Analisa latar belakang responden 48 – 53
4.2.1.2 Bahagian B: Analisa pengetahuan responden 54 – 58
4.2.1.3 Bahagian C: Minat responden 59 – 66
4.2.1.4 Bahagian D: Pandangan responden 66 – 74
4.2.1.5 Bahagian E: Pengurusan organisasi 75 – 77
4.2.2 Temubual 78
4.2.2.1 Latar belakang informan 78 – 79
4.2.2.2 Penglibatan dalam seni silat 79 - 80
4.2.2.3 Peranan Informan 80
4.2.2.4 Bantuan daripada pihak luar 81
4.2.2.5 Sokongan masyarakat 81 - 82
4.2.2.6 Perancangan memperkembangkan seni silat 82 - 83
4.2.2.7 Acara seni silat secara meluas 83
4.2.2.8 Aktiviti untuk golongan belia 84
4.2.2.9 Langkah dan strategi 84 - 85
4.2.2.10 Peranan utama tenaga pengajar 85
4.2.2.11 Promosi yang dijalankan 85 - 86
9
4.2.2.12 Penyertaan golongan belia 86 - 87
4.2.2.13 Perspepsi seni silat sekarang 87 – 88
4.4 Rumusan 89
BAB 5: PENUTUP
5.1 Pengenalan 90 - 91
5.2 Rumusan bab 91 – 96
5.3 Cadangan 96 – 98
5.4 Cadangan untuk kajian akan datang 98 – 100
5.5 Kesimpulan 100
Bibiliografi 101 – 102
Lampiran:
Borang soal selidik 103 – 108
Soalan temuramah 109 – 110
Gambar informan 111 - 113
Gambar persembahan seni silat 114 – 116
10
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat pengurusan pemeliharaan yang dijalankan oleh
organisasi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan dalam
memperkembangkan seni silat untuk tujuan ilmu mempertahankan diri
terutamanya di dalam melihat penglibatan golongan belia. Kerjasama yang
kurang daripada pihak kerajaan dan swasta dalam mempromosikan seni
warisan, mahupun penglibatan belia dan persaingan dengan bidang lain
merencatkan lagi perkembangan industri seni silat ini. Menerusi kajian ini
didapati golongan belia kurang menunjukkan minat terhadap seni silat. Oleh
itu, beberapa kaedah pemeliharaan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu
terutamanya golongan yang terlibat dengan aktiviti silat bagi memelihara seni
silat dalam ilmu mempertahankan diri dalam masyarakat Melayu.
11
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Abd. Rahman (2009), silat merupakan ilmu peperangan yang diamalkan
oleh orang Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Ilmu ini dipelihara dan diturunkan
kepada generasi muda oleh guru-guru silat yang menurut kajian folklore dikenali sebagai
pembawa tradisi yang aktif (active carriers of tradition).
Seni Silat Melayu adalah sejenis ilmu membela diri yang diakui umum sebagai
hak asli kepunyaan Melayu. Seni silat ini bukan sahaja mengutamakan unsur persilatan
malah mementingkan unsur kesenian dan peradaban Melayu sebagai pelengkap yang
tidak dapat dipisahkan. (Tuan ismail Tuan Soh,1991).
Menurut Don F. Draeger (1972), silat bererti sama ada latihan persendirian yang
bebas dari segi gerakan jasmani atau pertarungan yang sebenar dengan musuh. Manakala
menurut Ku Ahmad bin Ku Mustaffa (1978) menerangkan silat ialah satu siri gerakan
jasmani untuk menyerang dan mengelak yang lemah lembut sifatnya. Selain gerakan ini,
seseorang itu juga melakukan penyerangan terhadap musuhnya selain mengutamakan
pembelaan dirinya.
12
Untuk menentukan kemenangan dalam sebarang persilatan, digunakan beberapa tipu
muslihat. Kerapkali tipu muslihat itu tersembunyi dalam gerakan dan kedudukan pesilat
yang ternampak seolah-olah sedang menari, lemah dan alpa. Gerakan dan kedudukan ini
begitu jelas seperti yang dihuraikan oleh Draeger.
Dalam Kamus Dewan, tipu muslihat ialah elak (atau ilat mengikut bahasa loghat di
sebelah utara Malaysia Barat). Namun menurut Dr. Teuku Iskandar, Kamus Dewan
(DBP,1984), mengatakan perkataan silat berasal daripada gabungan perkataan „si elat‟
atau „si ilat‟ (orang yang pandai tipu muslihat) seperti perkataan pendekar berasal
daripada gabungan perkataan „pandai akal‟.
Di dalam karya Tuan Ismail Tuan Soh „Seni Silat Melayu Dengan Tumpuan Kepada
Seni‟-Silat Sekebun, 1991, mentakrifkan seni adalah bukan sahaja dari sudut estetik
malah dari sudut saintifik. Dari sudut estetiknya ialah beliau menyatakan bahawa seni
silat Melayu memang bercirikan keindahan, kelemahlembutan dan kesopanan dalam
segala gerak lakunya. Dari sudut saintifik pula, seni silat Melayu tanpa menonjol telan
menyerap serta mengaplikasikan teori mengenai dinamik, momentum, velositi, graviti,
psikologi dan ekonomi. Beliau juga turut memberi pendapat bahawa, dengan
menggunakan unsur saintifiklah, orang sudah lanjut umurnya dapat mengalahkan orang
yang lebih muda; orang yang tidak bersenjata dapat mematahkan serangan musuhnya
yang bersenjata. Selanjutnya dia seorang yang dapat menewaskan musuhnya yang lebih
banyak dan ianya juga mempunyai perbezaan di antara orang yang membela dirinya
secara seni dengan orang yang membela dirinya tanpa seni.
13
Salah satu unsur yang terdapat dalam seni silat Melayu ialah penggunaan tenaga
ataupun kekuatan jasmani berasaskan teori ekonomi. Maksudnya segala tenaga jasmani
harus digunakan dengan cermat, cekap dan berkesan pada peringkat yang
optimum.(Quintin Chambers dan Donn F. Draeger, Javanese Silat, 1978). Ilmu persilatan
Melayu melatih seseorang berupaya membela dirinya dalam keadaan biasa tanpa
memerlukan pakaian dan kelengkapan perang secukupnya terlebih dahulu.
Selain itu, unsur seni yang terdapat dalam seni silat Melayu ialah kelengkapan
pakaian pesilat iaitu tengkolok, baju Melayu, bengkung, dan kain samping. Di sesetengah
tempat, tengkolok dikenali juga sebagai destar ataupun setangan dan kain samping
dikenali sebagai kain selendang ataupun kain sarung. (Katherin Sim, Costumer of Malay,
1963). Menurut Siti Zainon Ismail, “Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi”, 1979,
Tengkolok atau tanjak merupakan pakaian di kepala untuk laki-laki. Tengkolok diperbuat
daripada kain (sama ada daripada tenunan songket ataupun daripada tenunan biasa) dan
diikat seni di kepala dengan gubahan yang indah tanpa sebarang jahitan. Tetapi dalam
seni silat Melayu secara amalinya, gubahan tengkolok dipermudah dari segi keseniannya
untuk memenuhi beberapa fungsi. Salah satu fungsi tengkolok dalam seni silat Melayu
ialah mengikat dan memastikan rambut orang yang sedang bertarung terikat rapi. Dengan
itu, orang yang sedang bertarung tidak terganggu penglihatannya.
Tuan Ismail Tuan Soh „Seni Silat Melayu Dengan Tumpuan Kepada Seni‟- Silat
Sekebun telah menggariskan beberapa sistem latihan dan disiplin seni silat adalah
14
bertujuan untuk mendukung lima teras ilmu persilatan Melayu iaitu; seni silat Melayu
pada dasarnya berfungsi sebagai alat membela diri bukannya untuk dipertontonkan
sebagai media hiburan, seni silat Melayu bersifat lemah lembut dan keras pantas dalam
segala gerakan jasmaninya, seni silat Melayu tidaklah dapat dipisahkan daripada unsur
kesenian dan kebatinan, seni silat Melayu diajar dengan penuh keikhlasan dan kerelaan
guru dan dipelajari dengan penuh kesetiaan dan kasih sayang murid, dan seni silat
Melayu berhasrat menjadikan pesilat berkeperibadian dari segi jasmani dan rohaninya.
1.2 Permasalahan Kajian
Setiap bangsa di dunia mempunyai seni mempertahankan diri masing-masing. Seni
mempertahankan diri adalah warisan ilmu yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi daripada pelbagai ancaman musuh yang disedari atau tanpa disedari, yang boleh
berlaku sama ada di hadapan, belakang, kanan dan kiri. Dengan ilmu mempertahankan
diri, serangan musuh dapat ditangkis dan dibenteras.
Orang Melayu sebagai salah satu bangsa yang mempunyai tamadun dan seni budaya
yang dibina bersama dengan ketamadunan itu mempunyai seni mempertahankan diri
yang berbeza dengan bangsa lain. Keunikan seni mempertahankan diri orang Melayu
iaitu seni silat yang menjadi tumpuan kajian ini ialah Seni Silat Pusaka Gayung. Alam
melayu yang mewarisi pusaka ini adalah sesuatu yang berbeza dengan seni
mempertahankan diri diluar pada nusantara ini. Orang Melayu merupakan satu bangsa
yang cukup lemah lembut dalam berbicara dan melayani tetamu dan dalam menerima
sahabat baru dan lama. Orang Melayu dikatakan sebagai satu bangsa yang sentiasa
15
merendah diri tetapi bukan menyerah diri. Orang Melayu mencintai damai demi
persahabatan dan dan perpaduan. Akan tetapi, orang Melayu tidak menyerah apabila
dicaci, dimaki, dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain demi mempertahankan maruah
dan harga dirinya. Untuk mempertahankan diri, maka diwariskan seni silat dan oleh itu,
usaha menubuhkan Persatuan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan adalah
satu tindakan yang wajar untuk mempertahankan diri dari ancaman musuh.
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memapar, meneliti, mengkaji, menganalisis
pengurusan pemeliharaan Pertubuhan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung di Kelantan.
1.3 Hipotesis
Seni Silat Pusaka Gayung adalah ilmu mempertahankan diri warisan melayu yang
melambangkan jati diri orang melayu. Sekiranya seni silat ini tidak dipelihara maka
salah satu jati diri melayu akan terhakis.
1.4 Objektif Kajian
(1) Mengenalpasti konsep seni silat Gayung.
(2) Mengkaji usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung dalam
memelihara seni silat.
16
(3) Menganalisis tentang data-data yang diusahakan oleh Pertubuhan Seni Silat
Pusaka Gayung dalam memelihara seni silat.
1.5 Kepentingan kajian
Kepentingan utama kajian ini ialah kerana sebelum ini kajian tentang topik
penyelidikan ini masih belum dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Pengkaji
terdahulu hanya menyentuh dari segi konsep, teknik, pantang larang, pakaian yang
berkaitan dengan seni silat. Dari segi pemeliharaan, pengkaji terdahulu belum
menyentuh lagi dan ini merupakan kepentingan kepada kajian untuk mengisi ruang-
ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Selain itu juga
kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji akan datang dalam
penyelidikan mereka. Seni silat juga merupakan warisan Melayu yang tinggi nilainya
dan perlu dipertahankan oleh masyarakat pada hari ini terutamanya golongan muda atau
belia. Dengan ini pengkajian yang dilakukan adalah ingin memastikan golongan muda
berminat serta dapat memberi kesedaran betapa pentingnya warisan agar terpelihara.
Masyarakat dan golongan muda perlu sedar bidang seni silat dapat menjadikan warisan
ini terus kekal sehingga ke genarasi akan datang dan juga dapat menurunkan warisan ini
kepada anak cucu yang akan datang agar mereka mengetahui asal usul warisan dalam
masyarakat Melayu. Kajian ini juga dapat melihat strategi yang dijalankan bagi menarik
17
lebih ramai golongan muda khususnya bagi mengikuti program yang dilakukan di
Kampung Bukit Abal. Kepentingan utama didalam kajian ini ialah bagi mengisi
kekosongan yang ditinggalkan oleh pengkaji terdahulu.
Kajian ini dapat melihat pendedahan pelatih melalui program, pengalaman,
pendedahan dan tunjuk ajar daripada tenaga pakar. Selain daripada itu dapat melihat
teknik-teknik yang dilakukan dalam pembelajaran seni silat ini dalam ilmu
mempertahankan diri.
1.6 Persoalan kajian
Persoalan kajian ini telah menimbulkan beberapa soalan yang sangat penting
untuk menjawab beberapa perkara misalnya untuk menyelesaikan permasalahan
kajian dan untuk mencapai objektif-objektif kajian. Persoalan kajian yang ada adalah
seperti yang dibawah;
(1) Adakah usaha-usaha seperti promosi seni silat oleh persatuan-persatuan seni silat
dapat membantu memelihara seni silat di dalam masyarakat?
(2) Kenapakah golongan muda pada hari ini kurang meminati seni mempertahankan
diri?
18
(3) Bagaimanakah cara atau langkah bagi menjadikan seni silat ini mendapat perhatian
terutamanya kepada golongan muda dalam masyarakat Melayu?
1.7 Skop kajian
Menurut Zainal Abidin (1995), mengatakan bahawa skop adalah merujuk kepada
had ataupun batasan-batasan yang mungkin berlaku semasa menjalankan kajian serta
gangguan yang akan memberikan kesan kepada maklumat dan data yang telah
dikumpulkan. Masalah yang biasa dihadapi dalam menjalankan kajian adalah
melibatkan kewangan. Kewangan penting dalam sesuatu kajian iaitu sebagai duit
minyak, fotostat, makan dan wang simpanan untuk saat-saat kecemasan yang
mungkin berlaku semasa menjalankan kajian.
Skop kajian juga merupakan batas-batas atau fokus kajian yang berdasarkan
kepada tajuk kajian yang dijalankan. Dalam satu-satu kajian yang akan dijalankan,
skop kajian amat penting agar kajian yang dijalankan tidak terpesong dan mencapai
matlamat yang disasarkan. Dengan adanya skop kajian yang merupakan garis
panduan supaya kajian yang dijalankan tidak begitu luas dan menyebabkan kesukaran
untuk mendapatkan maklumat.
Seni Silat Melayu adalah sejenis ilmu membela diri yang diakui umum
sebagai hak asli kepunyaan Melayu. Seni silat ini bukan sahaja mengutamakan
19
unsur persilatan malah mementingkan unsur kesenian dan peradaban Melayu sebagai
pelengkap yang tidak dapat dipisahkan.
Skop utama adalah tertumpu kepada pengurusan organisasi Persatuan
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung untuk memelihara seni silat Melayu dalam
ilmu mempertahankan diri di Kampung Bukit Abal. Lokasi kajian yang akan
dijalankan di Kampung Bukit Abal, iaitu di daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Menggunakan borang soal selidik yang ditumpukan kepada golongan yang terlibat
dalam seni silat, pelatih, penduduk setempat dan juga penduduk di daerah yang
berhampiran.
Skop kajian juga merangkumi golongan sasaran yang menjadi sebagai
pemberi maklumat atau data supaya kajian dijalankan berjaya. Skop utama tertumpu
kepada pengurusan bagi memelihara seni silat Melayu dalam ilmu mempertahankan
diri di Kampung Bukit Abal. Lokasi kajian yang akan dijalankan di Kampung Bukit
Abal, iaitu di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Bagi kajian kualitatif iaitu melalui
temubual akan dijalankan di Kampung Bukit Abal yang tertumpu kepada tenaga
pengajar dan pelatih. Manakala bagi kajian berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan
borang soal selidik yang ditumpukan kepada golongan yang terlibat dalam seni silat,
pelatih, penduduk setempat dan juga penduduk di daerah yang berhampiran. Tujuan
kajian dijalankan terhadap golongan tersebut adalah untuk memudahkan
mendapatkan maklumat tepat dan mengetahui pengetahuan mereka tentang seni silat
20
yang terdapat di kawasan kajian. Kajian juga ingin melihat peranan yang dimainkan
oleh tenaga pengajar dalam memelihara dan mengembangkan seni silat itu sendiri
serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan akan dijalankan seterusnya mendapatkan
pendapat orang ramai terutamanya golongan tua dan remaja tentang kaedah
pemeliharaan seni silat.
1.8 Kekangan/halangan
Kekangan atau halangan adalah merupakan cabaran dan rintangan yang terpaksa
dihadapi sepanjang menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa kekangan yang
dihadapi semasa menjalankan kajian ini. Antaranyan ialah;
Kekurangan data atau maklumat juga merupakan kekangan dalam menjalankan
penyelidikan kajian ini. Walaubagaimanapun, ia masih lagi mempunyai alternatif
dalam mencari data atau maklumat iaitu dengan meminjam buku-buku di
perpustakaan sebagai bahan rujukan.
Masalah untuk mendapatkan buku rujukan juga adalah satu limitasi kajian yang
dihadapi dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini perlu mengambil masa yang lama
untuk mendapatkan buku dan perlu mencari banyak tempat bagi mendapatkan buku
rujukan. Masalah cuaca juga boleh mendatangkan masalah dalam kajian ini iaitu
21
kerja-kerja penyelidikan berjalan dengan lancar iaitu dengan menjalankan kajian
berbentuk kualitatif dan kuantitatif pada musim tengkujuh atau musim hujan di pantai
timur. Oleh yang demikian, kajian ini perlu mengambil masa yang lama dan perlu
berhati-hati semasa menjalankan penyelidikan. Risiko banjir juga besar dan
menyebabkan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan akan terbantut. Namun, masih
ada lagi jalan alternatif bagi menyelesaikan kekangan ini iaitu dengan mengadakan
sesi temubual dalam di atas talian seperti bersembang di laman sesawang iaitu di
“facebook”, “skype”, dan melalui kaedah kuantitatif pula, kajian menyelesaikan
kekangan dengan mengedarkan borang soal selidk tersebut di laman sesawang dan
mewar-warkan kepada pengguna laman sesawang untuk menjawab soalan-soalan
kajian.
Walaubagaimanapun, kekangan-kekangan telah menjadikan kajian ini kekurangan
sesuatu terutamanya ialah sumber data atau maklumat tetapi ia juga sudah
mencukupi. Kerjasama yang diberikan oleh responden adalah kurang, namun masih
ada lagi golongan-golongan masyarakat setempat dalam memberikan informasi dan
kerjasama kepada dalam mendapatkan maklumat kajian. Namun masalah kekangan-
kekangan kajian ini dapat diatasi sebaik yang mungkin dalam menghadapi kekangan
tersebut demi menyiapkan kajian yang dijalankan dengan sempurna.
22
1.9 Lokasi
Kg Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan
Lokasi ini dipilih kerana di kampung ini mempunyai ahli pakar dalam ilmu
persilatan mempertahankan diri. Dengan adanya pakar dalam ilmu silat ini, maka ia
dapat membuat kajian dengan lancar dan sempurna dalam menyiapkan kajian ini.
Lokasi kajian ini juga dapat membantu kajian dalam menyelesaikan permasalahan
kajian dan melalui responden dan informan yang belajar di lokasi ini bagi
mendapatkan pendapat daripada mereka tentang isu-isu pemeliharaan seni silat dan
seterusnya dapat mencapai objektif yang kedua iaitu mengkaji usaha yang dilakukan
oleh Persatuan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung dalam memelihara seni silat.
23
1.10 Sistematika kajian
Sistematika kajian adalah kaedah atau perancangan bagaimana kajian ini ditulis dan
disusun mengikut bab-bab iaitu dari bab satu sehingga bab lima dan juga ia menunjukkan
salah satu bahagian yang menunjukkan komited seseorang dalam menguruskan sesuatu
kajian dengan betul. Bahagian ini dilakukan adalah bertujuan untuk membantu dalam
menguruskan masa dan jadual dengan betul. Ia juga dapat menjadikan kajian ini tidak
ketinggalan dalam melakukan setiap langkah-langkah yang harus dilakukan.
Di dalam bahagian bab satu, kajian ini harus diteliti setiap apa yang perlu dilakukan
supaya kaedah penyelidikan dapat dibuat dengan sempurna. Melalui bab satu ini
mengandungi beberapa bahagian iaitu seperti pengenalan, permasalahan kajian, objektif
kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian, kekangan atau halangan kajian,
lokasi kajian, sistematika kajian dan akhir sekali ialah perancangan kajian. Dalam
bahagian pengenalan, kajian ini akan menceritakan atau menghuraikan maksud-maksud
seni silat itu sendiri. Selain itu juga, di dalam pengenalan ini juga, ianya juga akan
menjelaskan fungsi, teknik, alatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu silat ini.
Manakala, dalam permasalahan kajian pula, akan turut menjelaskan masalah-masalah
yang perlu diselesaikan melalui kajian ini. Permasalahan kajian ini juga merupakan satu
masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan kajian dan maka dengan itulah kajan ini
dilakukan. Objektif kajian pula, ianya akan menerangkan tujuan utama penyelidikan ini
dilakukan. Disini, akan memberi tujuan yang paling utama dalam kajian agar ia dapat
dilihat sebagai keutamaan dalam menjalankan penyelidikan tersebut. Di samping itu, di
24
dalam bahagian kepentingan kajian, akan menerangkan kenapa kajian yang dilakukan ini
adalah penting untuk dibuat penyelidikan. Kepentingan ini dapat menghuraikan betapa
pentingnya kajian ini dan ia harus dilakukan untuk menjadikannya sebagai jawapan
dalam menyelesaikan kajian. Manakala bahagian soalan kajian pula ialah, beberapa
bentuk soalan telah dikemukakan dalam menjawab pertanyaan kajian. Bentuk-bentuk
soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi di
dalam kajian. Soalan-soalan kajian ini amat penting dalam penyelidikan ini kerana ia
dapat membantu dalam menjawab persoalan atau menyelesaikan permasalahan kajian
yang dihadapi dalam kajian ini. Seterusnya adalah skop kajian. Skop kajian ini juga boleh
dikelaskan sebagai limitasi kajian. Ia dilakukan dalam penyelidikan ini adalah bertujuan
untuk melimitasikan atau menghadkan kajian agar tidak terpesong jauh dari tajuk kajian
yang dilakukan. Ianya juga amat berguna dalam kajian ini kerana ia dapat menghadkan
kajian yang dilakukan agar kajian yang dilakukan tidak menjadi luas dan besar. Bahagian
kekangan atau halangan di dalam penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menceritakan
beberapa masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan penyelidikan. Kekangan ini dapat
menjelaskan keadaan sebenar sewaktu menjalankan kajian dan tindakan yang diambil
dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Lokasi kajian pula ialah tempat
utama penyelidikan ini dibuat. Lokasi kajian ini adalah merupakan tempat dimana
penyelidikan ini menjalankan kajian dan mencari maklumat atau mengumpul data dalam
memasukkan ke dalam kajian penyelidikan.
Di dalam bab dua pula ialah sorotan kesusasteraan. Di dalam bab ini kajian perlu
memfokuskan penulisan-penulisan terdahulu dan menghubungkaitkan dengan kajian agar