pengurusan kokurikulum - mrsm e-education · pdf filekokurikulum, laporan dan kehadiran...

9
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum Guru Penasihat PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 1 of 9 Pengurusan Kokurikulum Pengenalan Pengurusan Kokurikulum merupakan sebuah modul yang berfungsi untuk menguruskan semua aktiviti yang dianjurkan oleh setiap persatuan, badan beruniform, kelab sukan dan aktiviti sekolah. Subjek Kokurikulum Saya Subjek Kokurikulum Saya membolehkan pengguna melihat senarai nama subjek kokurikulum yang diuruskan. Pengguna juga dapat menetapkan jawatan bagi setiap ahli di dalam kelab. Kebenaran untuk mengeluarkan pelajar daripada kelab diatas sebab- sebab tertentu juga diberikan kepada guru penasihat subjek kokurikulum. Maklumat penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga boleh ditentukan. Terdapat beberapa elemen penting untuk Subjek Kokurikulum Saya iaitu : Senarai Subjek Kokurikulum Persediaan Jawatan Didalam Kokurikulum Pelajar Papar Maklumat Kedatangan Tahunan

Upload: dinhthu

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 1 of 9

Pengurusan Kokurikulum

Pengenalan

Pengurusan Kokurikulum merupakan sebuah modul yang berfungsi untuk menguruskan

semua aktiviti yang dianjurkan oleh setiap persatuan, badan beruniform, kelab sukan

dan aktiviti sekolah.

Subjek Kokurikulum Saya

Subjek Kokurikulum Saya membolehkan pengguna melihat senarai nama subjek

kokurikulum yang diuruskan. Pengguna juga dapat menetapkan jawatan bagi setiap ahli

di dalam kelab. Kebenaran untuk mengeluarkan pelajar daripada kelab diatas sebab-

sebab tertentu juga diberikan kepada guru penasihat subjek kokurikulum. Maklumat

penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga boleh ditentukan.

Terdapat beberapa elemen penting untuk Subjek Kokurikulum Saya iaitu :

Senarai Subjek Kokurikulum

Persediaan Jawatan Didalam Kokurikulum Pelajar

Papar Maklumat Kedatangan Tahunan

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 2 of 9

Senarai Subjek Kokurikulum

Kesemua subjek kokurikulum yang dikelolakan oleh pengguna akan disenaraikan

di Senarai Subjek Kokurikulum. Pengguna tidak boleh menambah subjek

kokurikulum. Sekiranya terdapat subjek kokurikulum yang dikelolakan tidak

disenaraikan pengguna perlulah berjumpa dengan Penyelaras Kokurikulum untuk

menambah subjek kokurikulum yang tidak disenaraikan itu.

Gambarajah 1.1

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘ My Cocurriculum Subject’ di bahagian ‘My School’

2. Senarai subjek Kokurikulum yang dikelolakan pengguna akan dipaparkan

3. Klik pada nama subjek kokurikulum. ( Sila rujuk Gambarajah 1.1 )

4. Senarai nama ahli yang berdaftar di dalam subjek kokurikulum akan di

paparkan

Persediaan Jawatan Didalam Kokurikulum Pelajar

Persediaan Jawatan didalam Kokurikulum Pelajar membolehkan pengguna

menetapkan jawatan bagi ahli yang penyertai subjek Kokurikulum tersebut.

Pengguna juga boleh mengeluarkan pelajar daripada menyertai subjek

Kokurikulum yang dikelolakan di atas sebab-sebab yang tertentu. Selain itu juga

pengguna akan memilih penglibatan dan pencapaian di dalam aktiviti

Kokurikulum oleh setaiap pelajar.

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 3 of 9

Gambarajah 1.2

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘ My Cocurriculum Subject’ di bahagian ‘My School’

2. Senarai subjek kokurikulum yang dikelolakan pengguna akan dipaparkan.

( Sila rujuk Gambarajah 1.1 )

3. Klik pada nama subjek untuk melihat senarai nama pelajar yang telah

mendaftar.

4. Persediaan jawatan didalam kokurikulum pelajar akan dipaparkan. (Sila

rujuk Gambarajah 1.2 )

5. Klik pada butang ‘Submit’ setelah menetapkan jawatan, tahap

penglibatan dan pencapaian bagi setiap ahli kelab.

6. Untuk mengeluarkan pelajar yang telah mendaftar ke dalam kelab

pengguna perlu klik pada ‘check box’ nama pelajar berkenaan dan

kemudian klik pada butang ‘Remove Student’

Papar Maklumat Kedatangan Tahunan

Paparan maklumat kedatangan tahunan dapat menunjukkan kepada pengguna

markah kedatangan bagi setiap aktiviti yang dihadiri oleh ahli kelab. Pengguna

juga dapat mengetahui keputusan bagi subjek Kokurikulum untuk setiap ahli

sama ada gagal atau lulus. Selain itu juga sekiranya pelajar berpindah ke subjek

kokurikulum yang lain, markah kehadiran bagi subjek Kokurikulum sebelumnya

boleh ditambah ke dalam subjek yang baru secara manual. Berikut adalah cara

pengiraan markah kehadiran bagi setiap aktiviti yang dihadiri oleh ahli kelab :

Aktiviti < 1 Jam : 0 Markah

Aktiviti = > 1 Jam & < 2 Jam : 1 Markah

Aktiviti = > 2 Jam & < 3 Jam : 2 Markah

Aktiviti = > 3 Jam & < 4 Jam : 3 Markah

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 4 of 9

Jumlah Markah < Kedatangan Minimum Bagi Setahun : F ‘Fail’

Jumlah Markah = > Kedatangan Minimum Bagi Setahun : P ‘Pass’

Gambarajah 1.3

Gambarajah 1.4

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘ My Cocurriculum Subject’ di bahagian ‘My School’

2. Senarai subjek kokurikulum yang dikelolakan oleh pengguna akan

dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 1.1 )

3. Klik pada nama subjek untuk memaparkan persediaan jawatan didalam

kokurikulum pelajar.

4. Persediaan jawatan didalam kokurikulum pelajar akan dipaparkan. ( Sila

rujuk Gambarajah 1.2 )

5. Klik pada butang ‘View Yearly Attendance. ( Sila rujuk Gambarajah 1.2 )

6. Maklumat kedatangan tahunan bagi semua ahli kelab akan dipaparkan. .

( Sila rujuk Gambarajah 1.3 )

7. Klik pada ‘Show Activity Legend’ untuk melihat petunjuk bagi nama

aktiviti yang telah di tambah oleh pengguna.

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 5 of 9

8. Untuk memasukkan markah kehadiran pelajar secara manual, klik pada

jumlah markah pelajar.

9. Sila masukkan jumlah markah bagi kehadiran pelajar dan klik butang

‘Submit’.( Sila rujuk Gambarajah 1.4 )

Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti Kokurikulum membolehkan pengguna merekodkan aktiviti Kokurikulum yang

dijalankan di dalam subjek kokurikulum. Pengguna juga boleh menanda kehadiran bagi

pelajar yang menghadiri aktiviti tersebut. Laporan bagi setiap aktiviti yang telah

dijalankan boleh dibuat oleh pengguna kemudian pengguna boleh terus menghantar

laporan tersebut kepada Guru Penyelaras Kokurikulum dan Pentadbir Sistem. Aktiviti

yang telah ditambah tidak boleh dipadamkan. Berikut adalah penjelasan bagi status

aktiviti kokurikulum yang telah ditambah :

Status ‘Open’ : Pengguna boleh mengemaskini maklumat aktiviti kokurikulum,

laporan dan kehadiran pelajar sekiranya kehadiran pelajar belum ditanda lagi.

Jika kehadiran pelajar telah ditanda pengguna tidak boleh lagi mengemaskini

maklumat aktiviti Kokurikulum tetapi masih boleh mengemaskini kehadiran

pelajar.

Status ‘Closed’ : Pengguna tidak boleh lagi mengemaski maklumat aktiviti

kokurikulum, laporan dan kehadiran pelajar kerana laporan aktiviti tersebut telah

dihantar kepada Guru Penyelaras Kokurikulum dan Pentadbir Sistem.

Terdapat beberapa elemen penting untuk merekodkan aktiviti Kokurikulum iaitu :

Senarai Aktiviti Kokurikulum

Tambah Aktiviti Kokurikulum

Tanda Kehadiran Kokurikulum Pelajar

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 6 of 9

Senarai Aktiviti Kokurikulum

Senarai Aktiviti Kokurikulum akan memaparkan kesemua aktiviti Kokurikulum

yang diadakan oleh subjek Kokurikulum yang dikelolakan oleh pengguna.

Pengguna boleh menyenaraikan aktiviti mengikut sesuatu tempoh masa atau

mengikut subjek Kokurikulum.

GGambarajah 2.1

Gambarajah 2.2

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘Cocurriculum Activity’ dibahagian ‘My School’

2. Senarai aktiviti kokurikulum akan dipaparkan ( Sila rujuk Gambarajah 2.1 )

3. Pilih tarikh mula dah tarikh akhir untuk menyenaraikan aktiviti yang telah

diadakan dalam tempoh tertentu.

4. Pilih subjek kokurikulum untuk menyenaraikan aktiviti bagi subjek

kokurikulum tersebut sahaja.

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 7 of 9

5. Butang ‘Print Report’ digunakan untuk mencetak laporan bagi aktiviti

yang telah dipilih.

6. Butang ‘Submit Report’ pula digunakan untuk menghantar laporan bagi

aktiviti yang telah dipilih kepada Guru Penyelaras Kokurikulum dan

Pentadbir sistem.

7. Klik pada nama aktiviti kokurikulum untuk mengemaskini maklumat dan

laporan aktiviti kokurikulum. ( Sila rujuk Gambarajah 2.1 )

10. Setelah mengemaskini maklumat dan laporan aktiviti kokurikulum klik

butang ‘Submit’.( Sila rujuk Gambarajah 2.2)

Tambah Aktiviti Kokurikulum

Pengguna boleh menambah aktiviti Kokurikulum yang akan dijalankan oleh

subjek Kokurikulum untuk direkodkan ke dalam sistem pengurusan Kokurikulum.

Harus diingat bahawa pengguna tidak boleh memadam aktiviti Kokurikulum yang

telah ditambah tetapi pengguna boleh mengemaskini maklumat aktiviti

Kokurikulum dan kehadiran pelajar sekiranya pengguna masih belum

menghantar laporan bagi aktiviti tersebut.

Gambarajah 2.3

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘Cocurriculum Activity’ dibahagian ‘My School’

2. Senarai aktiviti kokurikulum akan dipaparkan ( Sila rujuk Gambarajah 2.1 )

3. Klik pada butang ‘Add Cocurriculum Activity’

4. Senarai subjek kokurikulum yang dikelolakan pengguna akan dipaparkan.

( Sila rujuk Gambarajah 2.3)

5. Pilih subjek kokurikulum bagi aktiviti yang hendak ditambah.

6. Klik butang ‘Submit’ untuk memaparkan ‘add cocurriculum activity’. ( Sila

rujuk Gambarajah 2.4 )

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 8 of 9

Gambarajah 2.4

7. Sila isikan maklumat aktiviti kokurikulum di ruangan yang telah

disediakan. Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.

8. Ruangan ‘Problem Faced’ dan ‘Suggestion’ adalah ruangan yang

digunakan untuk membuat laporan aktiviti oleh pengguna.

9. Klik pada butang ‘Submit’ setelah memasukkan semua maklumat

berkenaan aktiviti kokurikulum.

Tanda Kehadiran Kokurikulum Pelajar

Kehadiran aktiviti kokurikulum oleh pelajar boleh direkodkan di dalam sistem

pengurusan kokurikulum. Kehadiran pelajar perlu direkodkan kerana sistem akan

mengira secara automatik markah kehadiran bagi setiap aktiviti yang diadakan.

Kehadiran pelajar boleh dikemaskini sekiranya pengguna masih belum

menghantar laporan aktiviti kokurikulum kepada guru penyelaras kokurikulum

dan pentadbir sistem. Terdapat 3 jenis status bagi kehadiran pelajar iaitu :

Hadir : Memperolehi markah kehadiran.

Tidak Hadir : Tidak memperolehi markah kehadiran.

Lewat : Memperolehi markah kehadiran.

MRSM E-Education System - Panduan Pengguna

TMS MRSM e-Education User Manual_Pengurusan ko-kurrikulum – Guru Penasihat

PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 9 of 9

Gambarajah 2.5

Langkah-langkah:

1. Klik pada menu ‘Cocurriculum Activity’ di bahagian ‘My School’.

2. Senarai aktiviti kokurikulum akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 2.1)

3. Untuk menanda kehadiran klik pada ‘Unmarked’ di ruangan Kehadiran

untuk aktiviti tersebut. ( Sila rujuk Gambarajah 2.1)

4. Untuk mengemaskini kehadiran pula klik ‘Marked’ pada ruangan

kehadiran untuk aktiviti tersebut. ( Sila rujuk Gambarajah 2.1)

5. Pilih status kehadiran bagi setiap pelajar. ( Sila rujuk Gambarajah 2.5 )

6. Sekiranya status pelajar adalah ‘Absent’ atau ‘Late’ pengguna wajib

menyatakan sebab mengapa lewat atau tidak menghadiri aktiviti tersebut

di ruangan ‘reason’.

7. Klik pada butang ‘Submit’ setelah menanda kehadiran bagi aktiviti

Kokurikulum tersebut.