pengurusan dan organisasi tapak bina

Upload: faiz-jafar

Post on 03-Apr-2018

454 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    1/6

    PERANCANGAN PENJADUALAN PENGAWALAN

    PENGURUSAN PROJEK DAN CARTA ORGANISASI

    1. PENGURUSAN PROJEK

    1.1 PENGENALAN

    - Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan

    pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumI

    aktiviti seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung

    kepada kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam

    tempoh masa yang ditetapkan.

    1.2 ELEMEN PENGURUSAN `

    - Sesuatu projek biasanya memerlukan alat-alat dan kemahiran di luar system

    pengeluaran. Organisasi projek akan dibentuk untuk memudahkan proses

    perjalanan projek menjadi lebih lancar dan sempurna.

    -Terdapat TIGA peringkat pengurusan projek yang digunakan dalam teknik CPM

    yang utama iaitu :-

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    2/6

    2. PENGURUSAN ORGANISASI DI TAPAK

    Pengurusan organisasi ini diasaskan untuk memperlihatkan hiraki, agihan kuasa dan

    tanggungjawab dalam organisasi. Merupakan pusat pengendalian, penyelarasan,

    penyeliaan dan pengawalan segala aktiviti di tapak binaan. Pengurusan organisasi

    yang efektif amat berkait rapat dengan hasil akhir pembinaan. Keberkesanan organisasi

    membolehkan tapak bina diuruskan dengan sempurna di mana perjalanan pentadbiran

    licin, kurang perselisihan dan kos pentadbiran yang optimum serta tiada masalah yang

    kritikal di sepanjang masa pembinaan. Begitu juga dengan menggunakan sumber

    binaan dan logi pada tahap optimum. Hubungan antara ahli organisasi yang lebih

    berkesan dapat meningkatkan semangat untuk bekerja dengan tekun dan bersungguh-

    sungguh.

    2.1 FAKTOR-FAKTOR KEBERKESANAN

    Faktor-faktor keberkesanan ini adalah penting untuk mengukur sejauh mana ahli-ahli

    organisasi melaksanakan objektif dan tugas yang diamanahkan.

    Antara factor-faktor tersebut ialah ( Ng Kooi Leong (1998) dan Selva (1997)).

    a) Objektif dan darjah pemahaman

    b) Struktur organisasi

    c) Agihan tugas kuasa dan tanggungjawab

    d) Komunikasi dan perhubungan

    e) Penyelarasan

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    3/6

    2.1.1 Objktif Dan Darjah Pemahaman

    Setiap organisasi tapk binaan perlu mempunyai objektif-objektif yang jelas. Objektif

    yang jelas ini amat berguna untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan dan

    menyelesaikan masalah. Antara kepentingan memahami objektif ialah :

    i. Tahu apa yang diharapkan oleh organisasi terhadap mereka.

    ii. Faham akan kedudukan organisasi dan apa yang boleh merekan harapkan

    daripada mereka.

    iii. Boleh menilai tujuan penubuhan organisasi dengan tujuan peribadi mereka.

    2.1.2 Struktur Organisasi

    Struktur organisasi adalah berbeza antara satu tapak binaan dengan tapak binaan

    yang lain. Kebiasaannya ia bergantung kepada saiz pembinaan, jenis kerja yang

    hendak dijalankan, tempoh pembinaan, jarak tapak binaan dengan ibu pejabat dan

    polisi syarikat. Struktur organisasi penting di tapak binaan untuk :

    i. Memperlihatkan rantaian arahan daripada jawatan yang tertinggi sehingga ke

    peringkat yang terendah.

    ii. Memperjelaskan bahagian-bahagian dalam organisasi seperti pentadbiran,

    kewanagn dan teknikal.

    iii. Memberikan gambaran kesar tentang perhubungan dan tahap komunikasi antara

    ahli-ahli organisasi.

    iv. Memperjelaskan tugas dan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi.

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    4/6

    Apa yang jelas di sini, organisasi perlu disusun sederhana mungkin sesuai dengan

    projek dan ahli-ahli organisasi harus tahu dan faham akan tugas, tanggungjawab serta

    bindang kuasa masing-masing.

    2.1.4 Komunikasi Dan Perhubungan

    Komunikasi yang berkesan berupaya menyalurkan pendapat, maklumat dan arahan

    dengan pantas dalam pelbagai peringkat kemahiran. Untuk mencapai tahap tersebut,

    organisasi yang sesuai perlu diwujudkan dan dilaksanankan. Secara dasarnya

    pemilihan komunikasi ini terbahagi kepada lima iaitu:

    i. Komunikasi bertulis

    Komunikasi bertulis adalah seperti perlaksanaan aturan projek, memohon

    data, membuat perakuan dan bayaran serta membuat laporan bulanan dan

    sebagainya.

    Kaedah bertulis ini perlu untuk :

    a. Menyatakan mesej dalam perkataan yang jelas dan tepat.

    b. Mampu menghasilkan kata-kata yang menarik untuk dibaca.

    c. Mampu menyatakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan jelas.

    d. Pemilihan waktu yang sesuai iaitu penyusuanan pentadbiran yang baik

    untuk penyebaran.

    e. Menyedarkan tentang batas kemampuan dan pembarisan hanya dalam

    situasi-situasi yang sesuai.

    ii. Komunikasi Lisan Secara Langsung

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    5/6

    Komunikasi lisan secara langsung berguna apabila ia melibatkan hal peribadi,

    menyelesaikan masalah dengan pantas dan berkesan serta membuat keputusan.

    Komunikasi ini sesuai dipraktikkan dalam organisasi yang kecil kerana jumlah anggota

    yang sedikit.

    Komunikasi jenis ini perlu untuk:

    a. Persediaan yang teliti.

    b. Kemahiran penyampaian dan komunikasi individu yang baik.

    c. Pengetahuan yang luas.

    d. Mampu mengawal dan menjawab soalan.

    e. Kebolehpercayaan kumpulan.

    f. Galakan penyertaan dan penglibatan.

    iii. Komunikasi Lisan Tidak Langsung

    Komunikasi ini terbatas keberkesanannya. Sukar untuk memeriksa individu

    yang mendengar mesej dan untuk menyemak pemahaman adalah tidak praktikal. Tidak

    fleksibel dan tidak dapat disesuaikan dengan mudah menurut keperluan individu.

    iv. Komunikasi Visual.

    Kaedah melalui penglihatan adalah lebih berjaya berbanding secara

    pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa.

  • 7/28/2019 Pengurusan Dan Organisasi tapak bina

    6/6

    v. Komunikasi Melalui Contoh

    Komunikasi yang dimaksudkan ialah berdsarkan contoh peribadi iaitu

    perantaraaan yang berkuasa membuat seseorang memahami mesej, komunikasi

    melalui contoh boleh dilakukan dengan:

    a. Cara individu berkelakuan di tempat kerja.

    b. Standard penjagaan dan kebersihan dalam syarikat.

    c. Cara bagaimana seseorang cenderung membantu orang lain memahami

    dan mengelak masalah daripada timbul.

    d. Belajar bagaimana memehami, berkomunikasi dan mempengaruhi orang

    lain.

    e. Patuh pada peraturan, tatacara, sisitem, pengendalian piawai dan amalan,

    f. Sikap umum yang positif dan berwaspada terhadap kualiti.

    g. Bagaimana mencetus keghairahan, kebanggaan dan keyakinan dalam diri

    dan organisasi.