kajian keselamatan dan kesihatan di tapak · pdf filetentang punca-punca yang sering...

29
KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA SEKITAR KAWASAN BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: voquynh

Post on 07-Feb-2018

659 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA SEKITAR

KAWASAN BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH

FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap
Page 3: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap
Page 4: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

i

KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA SEKITAR

KAWASAN BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH

FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2012

Page 5: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………

Nama : FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM

Tarikh : 14 JANUARI 2012

Page 6: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

iii

Teristimewa buat ayah saya yang disayangi, Abd Salim Bin Fathul.

Adik beradik yang dikasihi Haslinah, Zairani, Ernie, Ikwan, Yusmizar dan Anna

Mardhia

Terima kasih atas berkat doa, sokongan serta dorongan daripada anda semua

Page 7: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas berkat usaha, akhirnya saya dapat juga

menyiapakAn laporan projek ini. Terima kasih setinggi-tinggi penghargaan buat

Penyelia saya iaitu Cik Rafeizah Binti Mohd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Berkat nasihat,

panduan, bimbingan serta tunjuk ajar daripada beliau, saya mampu menyiapkan kertas

kerja Projek Sarjana Muda saya ini dengan jayanya mengikut masa yang telah

ditetapkan.

Terima kasih juga kepada pihak majikan Harapan Konsep Sendirian Berhad,

Afie Sendirian Berhad dan Hidayah Permai Sendirian Berhad serta para pekerja atas

kerjasama yang baik serta memberi kebenaran untuk menjalankan kajian di tapak bina

projek pembinaan mereka.

Terima kasih juga buat rakan-rakan yang banyak memberi bantuan, tunjuk ajar

serta pendapat yang membina sepanjang menjalankan Projek Sarjana Muda ini bersama-

sama.

Semoga Allah memberkati anda semua. Sekian, terima kasih.

Page 8: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

v

ABSTRAK

Kepesatan industri pembinaan di negara kita telah mencapai kemuncak

kemajuannya. Walau bagaimanapun dengan kepesatan tersebut, industri pembinaan juga

telah mencatatkan rekod kemalangan di tempat kerja yang tidak memuaskan dimana ia

juga menyumbangkan kepada antara bilangan kemalangan industri yang tertinggi.

Adalah menjadi persoalan disini, kenapakah budaya kerja selamat dan sihat masih

kurang memuaskan di tapak-tapak bina Malaysia? Justeru itu kajian ini dijalankan agar

dapat mengenalpasti pengetahuan pekerja tentang punca-punca kemalangan, pematuhan

mereka terhadap peraturan, pelaksanaan amalan keselamatan mereka, serta pendapat

mereka tentang aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan mereka.

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dengan menggunakan teknik

metodologi kertas soal selidik yang diedarkan kepada para pekerja yang bekerja di tapak

bina. Item-item pada soal selidik telah disemak oleh dua orang pensyarah yang

bertauliah dalam bidang ini. Tahap kebolehpercayaanpada soal selidik ini juga telah

dijalankan dimana nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.877. Data-data

tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social

Science ataupun SPSS versi 16.0. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan secara

keseluruhan para pekerja yang bekerja di tapak-tapak bina tahu akan punca-punca

kemalangan, patuh terhadap peraturan-peraturan di tapak bina, melaksanakan amalan

keselamatan, serta bersetuju tentang aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak

majikan mereka. Konklusinya, adalah diharapkan aspek-aspek penting ini akan sentiasa

diambil berat dan dilaksanakan untuk membina ruang kerja yang sihat dan selamat di

tapak bina untuk menjamin kehidupan pada masa yang akang datang.

Page 9: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

vi

ABSTRACT

The rapid growth of our country construction industry has been reached its peak

of development. However, the rapidity of this industry as well has records of accidents

at work that is not satisfactory, where it is about contributes the high number of

industrial accidents. It shall to be questioned here, why is the safe and healthy of work

culture is still unsatisfactory in our country construction site? Therefore this study is

order to identify the knowledge of the worker about the causes of accident, their

compliance in safety and healthy regulation, the implementation of their safety practices,

as well as their opinions about the aspects of safety implemented by their employers In

this studies we are using the survey research methodology by using methodological

techniques of questionnaires that has been distributed to employees work at construction

sites. The items on the questionnaires were had been reviewed already by two of

qualified lecturers in this field. This level of reliability in this survey has been conducted

by Alpha Cronbach and the value obtained was 0877. Then, the data were analyzed

using the Statistical Software Packages for the Social Science or SPSS version 16.0.

Findings of studies have shown that overall workers working in construction sites know

that the causes of accidents, they’re are compliance with rules, practice the safety

practices, and agree on the security aspects undertaken by their employers. As the

conclusion, that is hoped that these important aspects are always taken seriously and

implemented to build the safe and healthy environment at construction sites to ensure

that life at the same time of the future.

Page 10: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI GRAF xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

Page 11: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

vii

1.5.1 Kepentingan Kepada Para Pekerja Di Tapak

Bina

8

1.5.2 Kepentingan Kepada Pihak Majikan 8

1.5.3 Kepentingan Kepada Agensi-Agensi Yang

Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Keselamatan

Dan Kesihatan Pekerjaan Di Malaysia

9

1.5.4 Kepentingan Kepada Pengkaji 9

1.6 Batasan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Keselamatan 12

1.8.2 Kesihatan 12

1.8.3 Kesihatan Pekerjaan 13

1.8.4 Keselamatan Pekerjaan 13

1.8.5 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13

1.8.6 Tapak Bina 14

1.8.7 Kemalangan 14

1.8.8 Hazard 14

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.0 Pengenalan 16

2.1 Hazard dan Kawalan Di Tapak Bina 17

2.1.1 Tempat Kerja Yang Selamat 18

2.1.2 Pengorekkan 18

2.1.3 Perancah 19

2.1.4 Tangga 20

2.1.5 Kerja Bumbung 20

2.1.6 Perobohan 21

2.1.7 Bising 22

2.2 Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) 23

Page 12: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

viii

2.2.1 Cermin Mata Perlindungan dan Goggle 24

2.2.2 Pelindung dan Topi Keledar 24

2.2.3 Pemilihan Kasut dan But Keselamatan 25

2.2.4 Pemilihan Sarung Tangan Pelindung 26

2.3 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di

Malaysia

27

2.3.1 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

1994 (Akta 514)

29

2.3.2 Tujuan Akta 514 30

2.3.3 Tanggungjawab Majikan Dan Pekerja 30

2.3.3.1 Tanggungjawab Majikan 31

2.3.3.2 Tanggungjawab Pekerja 32

2.3.4 Keperluan Lantikkan Pegawai Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan

32

2.3.4.1 Tugas Pegawai Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

33

2.3.4.2 Kuasa Pegawai Keselamatan

Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam

Siasatan

34

2.3.5 Keperluan Lantikkan Penyelia Keselamatan

Tapak Bina (Menurut Akta 139, Peraturan

BOWEC 1986)

34

2.4 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 37

2.4.1 Kepentingan Penubuhan JKK 37

2.4.1.1 Keperluan Undang-Undang 38

2.4.1.2 Mewujudkan Usahasama

Majikan-Pekerja

38

2.4.2 Penubuhan JKK 39

2.4.3 Perhubungan Tugas-Tugas Dengan Faktor Masa 40

2.4.4 Ciri-Ciri JKK Yang Cekap Dan Berkesan 42

2.4.5 Jawatankuasa Keselamatan di Tapak Bina 42

Page 13: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

ix

(Menurut Akta 139)

2.5 Penutup 43

3 METODOLOGI 44

3.0 Pengenalan 44

3.1 Rekabentuk Kajian 45

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.3 Tempat Kajian 47

3.4 Instrumen Kajian 48

3.4.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden

(Demografi)

49

3.4.2 Bahagian B – Persoalan-Persoalan Kajian 49

3.5 Kesahan Kandungan 50

3.5 Kajian Rintis 50

3.6 Analisis Data 51

3.7 Prosedur Menjalankan Kajian 52

3.8 Carta Alir Proses Menjalankan Kajian 54

3.9 Penutup 55

4 ANALISIS DATA 56

4.0 Pengenalan 56

4.1 Latar Belakang Responden 57

4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59

4.1.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Bekerja

60

4.1.4 Taburan Responden Mengikut Umur 61

4.1.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 62

4.1.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 63

4.2 Analisis Item Kajian Bahagian B 63

4.2.1 Soalan Kajian 1: Adakah pekerja mengenalpasti 64

Page 14: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

x

tentang punca-punca yang sering menyebabkan

kemalangan di tapak bina?

4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

peraturan keselamatan di tapak bina?

67

4.2.3 Soalan Kajian 3: Adakah pelaksanaan

amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan

dikalangan pekerja di tapak bina?

70

4.2.4 Soalan Kajian 4: Adakah aspek keselamatan

yang dilaksanakan oleh pihak majikan untuk

memupuk tingkah laku bekerja selamat di

tempat kerja?

72

4.3 Analisis Keseluruhan 75

4.4 Penutup 76

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 77

5.0 Pengenalan 77

5.1 Perbincangan 78

5.1.1 Latar Belakang Responden 78

5.1.2 Persoalan Kajian 1: Adakah Pekerja

Mengetahui Tentang Punca-Punca Yang Sering

Menyebabkan Kemalangan Di Tapak Bina?

81

5.1.3 Persoalan Kajian 2: Adakah Pekerja Patuh

Terhadap Peraturan Keselamatan Di Tapak

Bina?

83

5.1.4 Persoalan Kajian 3: Adakah pelaksanaan

Amalan keselamatan dan kesihatan

dilaksanakan dikalangan pekerja di tapak bina?

86

5.1.5 Persoalan Kajian 4: Apakah Persepsi Pekerja

Terhadap Aspek Keselamatan Yang

Dilaksanakan Oleh Pihak Majikan Untuk

Memupuk Tingkah Laku Bekerja Selamat Di

89

Page 15: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xi

Tempat Kerja?

5.2 Rumusan 92

5.3 Cadangan 93

5.3.1 Cadangan Kajian 94

5.3.1.1 Cadangan Kajian untuk Pihak Pekerja 94

5.3.1.2 Cadangan Kajian untuk Pihak Majikan 95

5.3.1.3 Cadangan Kajian untuk Pihak JKK 96

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 96

5.4 Penutup 97

RUJUKAN 99

LAMPIRAN A 102

LAMPIRAN B 106

LAMPIRAN C 108

LAMPIRAN D 113

LAMPIRAN E 114

LAMPIRAN F 115

LAMPIRAN G 116

LAMPIRAN I 117

Page 16: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jadual Perhubungan Tugas-tugas Dengan Faktor Masa 41

3.1 Bilangan Populasi Kajian Mengikut Lokasi Kajian 46

3.2 Bilangan Sampel Kajian Mengikut Lokasi Kajian 47

3.3 Jenis Konstruk dan Bilangan Item Dalam Soal Selidik 50

3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 51

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja 60

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 61

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 62

4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 63

4.7 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan

Peratus

64

4.8 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 1 (N

= 118)

64

4.9 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 2 (N

= 118)

67

4.10 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 3 (N

= 118)

70

4.11 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 4 (N

= 118)

72

Page 17: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xiii

4.13 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan

Peratus

75

4.13 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan

Peratus

75

Page 18: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kemalangan Pekerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori

HUK (Hilang Upaya Kekal) sehingga Disember 2010

(Disiasat)

3

1.2 Kemalangan Pkerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori

HUK (Hilang Upaya Kekal) Sehingga Disember 2009

(Disiasat)

4

2.1 Hazard dan Kawalan 23

2.2 Kelengkapan Perlindungan Diri 27

2.3 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di

Malaysia

36

2.4 Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

yang diperuntukkan dalam Peraturan JKK, 1996

40

3.1 Kerangka Operasi 54

Page 19: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xv

SENARAI SINGKATAN

RMK9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SOGT - Projek Terminal Gas Luar Pesisir Sabah

Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad

PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial

JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Akta 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Akta 139 - Akta Kilang dan Jentera 1967

PPE - Kelengkapan Pakaian Pelindung

OSH-MS - Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan

Pekerjaan

CIDB - Lembaga Industri Pembinaan

NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

WHO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health

Organization)

IAPA Institute Accident Prevention Association of Canada

BOWEC 1986 Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian

Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Bangunan

(Keselamatan) 1986

LRT - Transit Rel Ringan

SHO - Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

SSS - Penyelia Keselamatan Tapak Bina

JKK - Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

Page 20: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xvi

SPSS - Statistical Packages for the Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

CREAM - Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia

Page 21: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xvi

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK HALAMAN

4.1 Tahap Purata Peratusan Setiap Persoalan Kajian 76

Page 22: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik Kajian 102

B Surat Pengesahan Item Soalan 106

C Hasil Pekali Keboleh Percayaan Alpha Gronbach

Kajian

108

D Surat Pengesahan Pelajar 113

E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 114

F Surat Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat

PERKESO

115

H Surat Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat

JKKP

116

I Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Soal

Selidik Di Tapak Bina

117

Page 23: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sektor pembinaan di negara ini, dijangka akan mengalami ledakan pembangunan

sekali lagi seperti yang berlaku pada pertengahan tahun 1990an, apabila semua projek

infrastruktur dan pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK9) telah benar-benar diselesaikan sepenuhnya. Apa yang kita ketahui

bahawa sektor pembinaan di Malaysia telah mengalami kemuncak kemajuan iaitu pada

1994 hingga 1999 lalu, yang dipacu oleh pembangunan projek-projek berkaitan

infrastruktur, pengangkutan dan pembinaan bangunan-bangunan yang diklasifikasikan

oleh banyak pihak sebagai projek-projek mega, termasuk pembangunan pusat

pentadbiran negara, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di

Sepang (Bernama, 2007).

Page 24: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

2

Pada kali ini kerajaan dan sektor swasta telah bertekad untuk melaksanakan

kerja-kerja pembinaan infrastruktur selanjutnya dengan melibatkan pembangunan

landasan keretapi, pembekalan air bersih, usaha pembangunan wilayah serta ekonomi

sektor minyak dan gas. Contohnya adalah pembinaan Projek Terminal Gas Luar Pesisir

Sabah (SOGT) yang terletak di Kimanis dan dilaksanakan oleh Petronas Carigali Sdn

Bhd. Kepesatan pembangunan dalam sektor pembinaan termasuklah projek ini telah

menjadikan industri pembinaan sebagai salah satu sektor utama yang menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Disamping itu pencapaiannya dalam

membangunkan negara industri ini juga memberikan kuasa, perkhidmatan, dan

komunikasi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dengan harapan diberi

manfaat oleh setiap lapisan masyarakat.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam mengejar kepesatan pembangunan negara, industri pembinaan

mencatatkan rekod yang tidak memuaskan dimana ia juga menyumbangkan kepada

bilangan kemalangan industri yang tinggi. Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial atau

PERKESO (2009), industri pembinaan mencatatkan bilangan kes kemalangan

dilaporkan adalah sebanyak 3643 kes. Dari kejadian dan perangkaan ini jelas tahap

keselamatan dan kesihatan di tapak-tapak bina masih belum berada pada tahap yang

memuaskan. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak yang terlibat

bagi memastikan kemalangan yang berlaku dapat dikurangkan atau di hapuskan sama

sekali.

Pada tahun 2010, industri pembinaan ini juga telah mencatatkan jumlah kes yang

paling tinggi dalam statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor dimana ianya

mencatatkan sebanyak 66 kematian (JKKP, 2010). Seterusnya menurut laporan JKKP

Page 25: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

3

(2010) juga, terdapat 13 kes kemalangan yang melibatkan kematian di industri

pembinaan dicatatkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi

kawasan sekitar Kota Kinabalu. Berbanding pada tahun 2009 kes ini mencatatkan hanya

mencatatkan 8 kematian. Jika dilihat ianya mungkin hanyalah jumlah peningkatan

kematian yang amat sedikit namun begitu kesan kemalangan ini terhadap mana-mana

pihak yang terlibat amatlah mendalam. Sebagai contoh keluarga si mangsa akan

kehilangan orang yang disayangi dan sumber pendapatan mereka. Bagi pihak kontraktor

pula, mereka akan kehilangan pekerja yang terlatih dan terpaksa menanggung kos yang

tinggi akibat aktiviti projek tergendala, merosotnya moral pekerja, dan peningkatan kos

perubatan dan premium insuran. Carta bar berikut adalah berdasarkan Laporan Tahunan

JKKP (2010 dan 2009);

Rajah 1.1: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori HUK

(Hilang Upaya Kekal) sehingga Disember 2010 (Disiasat)

Page 26: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

4

Rajah 1.2: Kemalangan Pkerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori HUK (Hilang

Upaya Kekal) Sehingga Disember 2009 (Disiasat)

Adalah menjadi persoalan di sini bahawa, kenapa budaya kerja selamat dan sihat

masih kurang memuaskan di tapak bina di Malaysia? Kenapa kemalangan di tapak bina

yang menyebabkan kehilangan nyawa masih tinggi? Terdapat banyak peraturan patut

dipatuhi oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam industri pembinaan ini seperti yang

termaktub didalam akta-akta seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139). Pengubalan undang-undang

ini penting kerana ketidakpatuhan peraturan akan menyebabkan berlaku kemalangan di

tapak bina. Contohnya menurut laporan JKKP (2010) pada Mac 2010, seramai 6 orang

pekerja asing maut akibat lemas terhidu gas beracun (karbon monoksida) di dalam

tangki air (ruang terkurung) di Sabah. Jelas disini menunjukkan bahawa peraturan

pemakaian Kelengkapan Pakaian Pelindung (PPE) tidak laksanakan mahupun

dipraktikkan disini. Sedangkan pemakaian PPE ini ada termaktub di dalam akta-akta

tersebut.

Majikan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Berdasarkan pada

laporan NSTP (2010), menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Malaysia, Datuk Dr Johari Basri sikap sambil lewa majikan dan pekerja

Page 27: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

5

mengenai aspek keselamatan menjadi punca utama kemalangan maut di tempat kerja

apabila prosedur keselamatan serta kesihatan tidak dipatuhi. Tambahnya lagi, kerajaan

menggalakkan majikan dan kontraktor melaksanakan sistem pengurusan keselamatan

dan kesihatan pekerjaan (OSH-MS) bagi mencegah bencana ditempat kerja bermula dari

peringkat mereka bentuk bangunan lagi. Kecuaian dan pandangan remeh pihak majikan

dalam soal keselamatan dan kesihatan di tapak bina boleh menyebabkan kemalangan

berlaku sekaligus boleh merugikan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan yang

sewajarnya dalam usaha untuk mengurangkan serta mengelakkan lagi kemalangan

disamping mengenal pasti akan faktor-faktor yang mendorong ke arah masalah ini.

1.2 Pernyataan Masalah

Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk bekerja dalam keadaan yang sihat

dan selamat. Justeru itu, pihak yang terlibat hendaklah menunjukkan inisiatif masing-

masing dalam menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing di tapak bina dengan

mengetahui serta mengambil berat akan risiko dan punca-punca kemalangan. Namun

begitu, adakah mereka benar-benar mengetahui akan punca-punca kemalangan tersebut?

Jika benar mereka mengetahui akan punca-punca tersebut mengapa nilai kemalangan

yang dilaporkan oleh agensi-agensi keselamatan masih berada di tahap yang kurang

memuaskan? Begitu juga pada pematuhan peraturan-peraturan yang dikenakan di tapak

bina. Pematuhan akta seperti Akta 514 atau Akta 139 antara akan menjadi tunjang

kepada pemastian suasana kerja yang sihat dan selamat serta berkualiti produktivitinya.

Namun begitu, adakah mereka yang terlibat benar-benar mengetahui dan mematuhi akan

peraturan ini? Masalah ini menjadi perdebatan kerana jumlah kemalangan di tapak bina

yang masih tinggi, ketara serta seringkali dilaporkan. Jika kita lihat, amalan keselamatan

Page 28: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

6

menjadi tunjang utama bagi pihak pekerja serta majikan dalam memastikan suasana

tempat kerja yang selamat. Amalan keselamatan ini saling berkaitan dengan peraturan.

Dimana ianya hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi setiap masa dalam menjamin amalan

keselamatan pekerjaan yang terjamin di tapak bina. Pihak majikan bertanggungjawab

memberikan maklumat, arahan, latihan serta penyeliaan yang diperlukan bagi menjamin

keselamatan persekitaran kerja serta pekerjanya. Namun begitu adakah amalan

keselamatan serta tanggungjawab majikan ini benar-benar dilaksanakan dengan

baiknya? Justeru itu, terdapat beberapa aspek yang menjadi persoalan disini dan patut

dikaji berikutan dengan masalah kemalangan di tapak bina ini yang membimbangkan

ini. Oleh satu kajian berkaitan telah dijalankan bagi mengetahui apakah aspek-aspek

yang berkaitan dengan persoalan-persoalan yang telah dibincangkan tadi.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji isu keselamatan di dalam industri

pembinaan. Untuk mencapai tujuan ini beberapa objektif telah dikenalpasti termasuk;

i. Mengenalpasti pengetahuan pekerja tentang punc-punca yang sering

menyebabkan kemalangan di tapak bina.

ii. Mengenalpasti pematuhan pekerja terhadap peraturan keselamatan di tapak

bina.

iii. Mengenalpasti pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di kalangan

pekerja di tempat kerja.

iv. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan

untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tempat kerja.

Page 29: KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK  · PDF filetentang punca-punca yang sering menyebabkan kemalangan di tapak bina? 4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap

7

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penulis mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai, di antaranya ialah;

i. Adakah pekerja mengenalpasti tentang punca-punca yang sering

menyebabkan kemalangan di tapak bina?

ii. Adakah pekerja patuh terhadap peraturan keselamatan di tapak bina?

iii. Adakah pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan

dikalangan pekerja di tapak bina?

iv. Adakah aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan dalam

memupuk tingkah laku bekerja selamat di tempat kerja?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai pelbagai kepentingan berdasarkan aspek-

aspek persoalan yang dibincangkan. Adalah menjadi harapan tinggi sekiranya hasil

kajian yang diperolehi nanti memberikan faedah yang besar kepada pihak-pihak yang

berkenaan.