pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah

Upload: shera-nabila

Post on 29-Oct-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH PENDIDIKAN SENI VISUALDISEDIAKAN OLEH:ABDUL MUAZ BIN AYUBNUR ADILAH BINTI JAAFAR1PENGENALANDari sudut falsafah, subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak hanya bermatlamat untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis semata-mata.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan warganegara yang berbudaya, berimaginatif, berkreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik.

Peranan PSV amat penting untuk pembentukan individu yang seimbang dan bersepadu.2PSV merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan kaedah.

Sebelum guru memilih sesuatu kaedah, guru perlu mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu terhadap pelajar, kandungan pelajaran, objektif dan persekitarannya.

Kesemua elemen ini penting dan amat mempengaruhi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.3Perancangan dan Pengurusan untuk PengajaranMendiagnosis keperluan pelajar.Memilih kandungan dan menetapkan objektifMengenalpasti teknik pengajaran.Membuat persediaan mengajar.Meningkatkan motivasi pelajar dan melaksanakan pengajaran.Mengukur, menilai dan melaporkan tentang kemajuan pelajar4Pengurusan AktivitiGuru perlu merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai dengan jenis kecerdasan murid-murid menurut Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner.

Kecerdasan berbahasaKecerdasan kinestatikKecerdasan intrapersonalKecerdasan logikal/matematikKecerdasan ritma/muzikKecerdasan spiritualKecerdasan Tampak/ruangKecerdasan interpersonalKecerdasan Ekologi5Contohnya, kumpulan murid yang kecerdasannya didominasikan oleh kecerdasan berbahasa amat sesuai ditumpukan kepada aspek penulisan yang berkaitan dengan pemahaman dan penghargaan seni atau menulis dan membuat kritikan terhadap suatu nilai seni visual.

Selain itu, kumpulan yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi dalam logik matematik lebih sesuai dengan aktiviti yang berkaitan grafik atau tenunan.

Setiap individu yang normal seharusnya memiliki kesembilan kecerdasan yang dinyatakan tetapi mengikut aras berbeza.

6Peranan guru memahami kecerdasan pelajarnya akan membantunya dalam merancang, mengeksploitasi pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

Menerusi konsep yang terbentuk akan membantu proses untuk berkreatif.

7PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARANPENDEKATANPengajaran Pemusatan GuruPengajaran Pemusatan Murid8

Pengajaran Pemusatan Guru

Dalam pemusatan guru, strategi yang sering digunakan ialah guru memberi penerangan, demonstrasi, model, panduan, memberi latihan dan memberi maklum balas.

Peranan guru ialah sebagai ketua yang kuat dan berwibawa.

Brophy (1978) menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul.9Keberkesanan pengajaran pemusatan guru banyak bergantung atas kebolehan pelajar.

Pelajar berkebolehan rendah selalunya lebih yakin belajar dalam kumpulan besar berbanding kumpulan kecil.

Pelajar berkebolehan rendah memerlukan lebih arahan dan penerangan serta bimbingan dari guru.

Mereka memerlukan bantuan guru dalam pendekatan kumpulan besar.10Prinsip Pengajaran Pemusatan GuruUlangan harianPersembahan bahanLatihan bimbingan Memberi maklum balasLatihan bebasUlangan mingguan atau bulanan11Pengajaran Pemusatan MuridPendekatan ini memberi kebebasan pelajar belajar dan menjalankan aktiviti dengan guru sebagai pembimbing.

Pengajaran jenis ini memastikan iklim bilik darjah dibina dengan bertujuan mengembangkan kreativiti pelajar supaya mereka mempunyai lokus kawalan dalaman yang mendorong pelajar dari dalam. (motivasi instrinsik)12Pemikiran kritikal dipupuk melalui pengajaran pemusatan murid.

Murid diberi peluang mencari jawapan persoalan melalui penerokaan.

Penekanan pembelajaran pemusatan murid iaitu murid yang aktif adalah lebih baik dalam proses pembelajaran murid.

13Akan tetapi, pengajaran pemusatan murid akan menghadapi masalah disiplin pelajar jika guru kurang tegas.

Pengajaran pemusatan murid memberi cabaran kepada guru kerana lebih sukar dijalankan.

Ketidakmampuan menjalankan kaedah pengajaran jenis ini membuatkan guru lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran pemusatan guru kerana memudahkan guru mengawal kelas.14

INDIVIDUKUMPULANKELASJenis Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 15INDIVIDUKonsep segala aktiviti dan pemberian bahan kepada murid mengikut tahap dan kebolehan mereka.

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.

Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran

Murid berusaha sendiri untuk meningkatkan keupayaan.16Setiap murid diberi pengawasan

Perbezaan dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, melukis, menggunakan bahan dan menyelesaikan masalah.

Aktiviti P&P mengikut kepantasan, kemampuan dan kebolehan masing-masing.17Objektif Pengurusan Aktiviti IndividuMenguasaikemahiran 3Mmengikut kebolehan masing2Dipandu oleh guru dan rakan sebayaMemperkembangkankemahiranberfikirdan bertindak sendiriKeyakinan diridanpercaya kepadakebolehan sendiriBerdaya usaha untuk belajar sendiri

18Aktiviti KumpulanPendekatan kumpulan bererti pelajar bekerja dalam kumpulan.

Tanggungjawab setiap pelajar dalam kumpulan itu untuk berkongsi idea dan memberi sumbangan yang unik dan bukan untuk akur sahaja.

Pendekatan ini berjaya jika guru mempunyai kemahiran untuk membentuk iklim agar pelajar memahami tujuan pembelajaran, dan penilaian berterusan.19Pendekatan berkumpulan berupaya untuk mempertingkatkan pembelajaran melalui perasaan tanggungjawab dan kerjasama bersama.

Pengiktirafan rakan sebaya lebih bermakna dan kuat sebagai motivasi.

Pendekatan ini membantu pelajar menjadi bebas dan yakin dan juga dapat belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama lain.

Guru pula harus lebih selamat dalam kedudukannya, yakin dengan pengetahuannya, dan mahir dalam psikologi perhubungan manusia sebelum menggunakan kaedah kumpulan.20Aktiviti KelasDalam pengajaran kelas, guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar.

Pelajar kelas mungkin memberi perhatian, mendengar dan menyalin nota.

Jikalau ada tugasan, pelajar akan menulisnya dan ada seorang dua pelajar yang mengajukan soalan.

Dalam beberapa ketika, kelas berakhir.

Selepas itu, guru akan bertanyakan tugasan lepas dan terus menerus dengan pembelajaran baru.21Walaupun kaedah ini membuat pelajar menjadi pasif dan potensi kreativiti tidak digilap sepenuhnya, pendekatan ini logik dan teratur serta sistematik.

Guru berasa yakin bahawa dia telah menyampaikan maklumat dengan berkesan.22Contoh Pengurusan Aktiviti Dalam Bilik DarjahContoh aktiviti : mewarna, melukis, membuat catan, kraftangan dan sebagainya.

Guru menyediakan rancangan pengajaran.

Memulakan dengan set induksi.

Memberi penerangan ringkas mengenai apa yang akan dilakukan.

Memastikan semua murid mempunyai peralatan yang cukup bagi menjalankan aktiviti.23Menitikberatkan nilai-nilai murni dalam menjalankan aktiviti seperti tidak membazir dan tolong menolong.

Memastikan murid menggunakan peralatan dengan betul. Memberi penerangan mengenai penggunaan peralatan-peralatan semasa aktiviti.

Memastikan murid tidak bergurau senda semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting dan pisau.

Guru perlu membimbing murid agar menjalankan aktiviti dengan jayanya dan tidak ada murid yang tercicir.

24Menyampaikan kepada murid mengenai faedah atau dapatan daripada aktiviti yang dijalankan.

Membuat penilaian dan memberi ganjaran kepada murid.

Aspek keselamatan dititikberatkan.

25Contoh Pengurusan Aktiviti Luar Bilik DarjahContoh aktiviti : Lawatan, melukis mural dinding sekolah dan sebarang aktiviti luar bilik darjah.

Langkah awal ialah memastikan semua murid sihat dan mampu untuk menjalankan aktiviti luar.

Memastikan pelajar memakai pakaian yang sesuai.

26Memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal semasa di luar bilik darjah.

Membawa guru lain bagi membantu mengiringi atau memantau murid jika bilangan murid ramai.

Jika aktiviti yang dijalankan adalah lawatan, guru perlu memastikan semua murid mendapat keizinan dari ibu bapa murid.

Aspek keselamatan dititikberatkan.

27SEKIAN, TERIMA KASIH28