penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

15
http://www.ridzalmersing.com 1 LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PENGLIBATAN PP DALAM KOMODITI KELAPA SAWIT DISEDIAKAN OLEH; CAWANGAN TANAMAN BAHAGIAN PENGELUARAN LADANG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KUALA LUMPUR JANUARI 2011

Upload: ridzaludin

Post on 20-Jun-2015

686 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

1

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

PENGLIBATAN PP DALAM KOMODITI KELAPA SAWIT

DISEDIAKAN OLEH;

CAWANGAN TANAMAN BAHAGIAN PENGELUARAN LADANG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

KUALA LUMPUR

JANUARI 2011

Page 2: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

2

1.0 PENGENALAN

1.1 Pembangunan projek tanaman kelapa sawit di Malaysia telah

mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak tahun 1960an

lagi. Permintaan terhadap produk berasaskan sawit sentiasa

meningkat menjadikan tanaman ini menjadi begitu penting dan

utama kepada negara yang juga merupakan salah satu penggeluar

utama minyak sawit mentah dunia.

1.2 Minyak sawit mentah merupakan minyak sayuran kedua terbesar di

dunia selepas minyak kacang soya. Manakala dari segi eksport

pula, lebih daripada separuh pasaran minyak sayuran di dunia

dikuasai oleh minyak sawit.

1.3 Pasaran minyak kelapa sawit yang baik disamping harga yang

ditawarkan agak stabil berbanding dengan tanaman komoditi lain

telah menarik minat syarikat korporat dan individu untuk menceburi

tanaman kelapa sawit sebagai aktiviti ekonomi dan pendapatan

mereka.

1.4 Sektor perladangan Kelapa Sawit di Malaysia terdiri daripada dua

sektor utama iaitu sektor estet dan sektor pekebun kecil. Bagi

sektor pekebun kecil terbahagi kepada dua komponen iaitu

pekebun kecil tersusun dan pekebun kecil bebas. Pekebun kecil

tersusun bernaung dibawah pengurusan agensi kerajaan/agensi

pusat atau negeri manakala pekebun kecil bebas pula ianya tidak

bernaung dibawah mana-mana agensi kerajaan.

1.5 Jumlah keluasan tanaman telah meningkat saban tahun kerana

potensinya yang besar dalam pertumbuhan ekonomi dan

pendapatan kepada pengusaha khususnya dan kepada Negara

Page 3: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

3

umumnya melalui pasaran domestik dan eksport produk hasilan

kelapa sawit. Jumlah keluasan pada tahun 1975 seluas 641,791

hektar telah meningkat kepada 4,691,160 hektar pada tahun

2009.

Jadual 1 : Keluasan Tanaman Kelapa Sawit Di Malaysia 1975-2009 (Hektar)

Tahun P.Malaysia Sabah Sarawak Total

1975 568,561 59,139 14,091 641,791

1980 906,590 93,967 22,749 1,023,306

1985 1,292,399 161,500 28,500 1,482,399

1990 1,698,498 276,171 54,795 2,029,464

1995 1,903,171 518,133 118,783 2,540,087

2000 2,045,500 1,000,777 330,387 3,376,664

2004 2,201,606 1,165,412 508,309 3,875,327

2005 2,298,608 1,209,368 543,398 4,051,374

2006 2,334,247 1,239,497 591,471 4,165,215

2007 2,362,057 1,278,244 664,612 4,304,913

2008 2,410,019 1,333,566 744,372 4,487,957

2009 2,489,814 1,361,598 439,748 4,691,160

Sumber : http://econ.mpob.gov.my/economy/EID_web.htm

2.0 MATLAMAT PEMBANGUNAN LADANG SAWIT

2.1 Matlamat utama pembangunan tanaman kelapa sawit ialah untuk

mewujudkan sumber pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS)

2.2 Untuk mempertingkatkan pendapatan kepada pengusaha yang

terdiri daripada Syarikat Korporat/Pertubuhan/Individu.

2.3 Meningkatkan pengeluaran Minyak Sawit Mentah dan Lemak

Negara untuk pasaran domestik dan antarabangsa selain daripada

mengelakkan daripada kebergantungan sumber luar.

Page 4: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

4

3.0 PROSPEK INDUSTRI SAWIT

Harga minyak sawit yang kompetitif akan menggalakkan lagi

perkembangan dan pembangunan ladang kelapa sawit yang

menyumbang kepada pengeluaran bahan mentah bagi menampung

permintaan pasaran samada domestik dan antarabangsa.

Industri kelapa sawit akan terus berkembang dan prospek yang cerah

dalam semua rangkaian aktiviti samada peringkat hasil huluan dan hiliran.

Pelaburan/penglibatan individu, pertubuhan, syarikat dan institusi dalam

industri kelapa sawit dijangka dapat memperolehi keuntungan yang baik

berbanding dengan komoditi lain.

4.0 PENGLIBATAN PERTUBUHAN PELADANG DALAM TANAMAN

KELAPA SAWIT MASAKINI

4.1 SITUASI SEMASA

4.1.1 Sepanjang tempoh RMK 6(1981-1985), LPP telahpun

mempergiatkan program tanaman kekal khususnya tanaman

kelapa sawit menerusi pendekatan perladangan korporat

samada melalui kaedah mini estet atau estet.

4.1.2 Sehingga kini, penglibatan PP dan ahli peladang yang

dilaporkan dalam tanaman kelapa sawit tahun 2009 ialah

sebanyak 78 PP dengan keluasan 35,032 hektar. Jumlah

keluasan tersebut hanya 0.75% berbanding dengan

keluasan sawit di Malaysia yang berkeluasan 4,691,160

hektar. PP menumpukan kepada projek ladang korporat

dengan menambah bilangan projek dan keluasan samada

Page 5: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

5

melalui pemilikan tanah kurnia dan penggabungan tanah-

tanah milik ahli termasuk dikawasan tanah terbiar.

4.1.3 Pendekatan pelaksanaan projek kelapa sawit di Pertubuhan

Peladang melibatkan 3 kaedah utama iaitu:

a. Ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Peladang (Perladangan

Korporat)

PP memiliki ladang sendiri yang dibangunkan di tanah anugerah

kerajaan/tanah milik PP/tanah sewa-pajak secara perladangan

korporat. Aktiviti ladang dikendalikan sepenuhnya oleh PP bermula

daripada peringkat pemilihan tapak projek sehinggalah kepada

pemasaran BTS. Operasi ladang dilakukan oleh pekerja yang

dilantik samada secara kontrak atau borong(upah berdasarkan

kerja) atau pekerja yang dilantik PP. Hasil diatas jualan BTS adalah

milik penuh Pertubuhan Peladang.

Selain itu, terdapat juga PP yang melaksanakan projek tanaman

kelapa sawit secara korporat secara usahasama antara PP lain

atau swasta. Projek usahasama seperti ini perlu ada perjanjian

rasmi mengenai kaedah perlaksanaan dan pembahagian/agihan

ekuiti perlu dipersetujui bersama.

b. Pertubuhan Peladang sebagai Agensi Pengurusan

Dibawah kaedah ini Pertubuhan Peladang bertindak sebagai agen

pengurusan kepada ladang kelapa sawit milik individu ahli atau

secara berkelompok. Kerja-kerja pengurusan adalah merangkumi

aspek penyelenggaraan ladang dan pemasaran seperti:

i) Membaja

ii) Meracun dan mengawal perosak

iii) Menuai BTS

iv) Mencantas pelepah

Page 6: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

6

v) Pengangkutan

vi) Pemasaran BTS

Pemilik ladang perlu membayar kerja-kerja yang dilaksanakan oleh

Pertubuhan Peladang mengikut kadar yang dipersetujui bersama.

c. Skim Kredit Ladang Terselia (SKLT)

Merupakan satu skim yang khusus diwujudkan di beberapa PP

terutama di Johor untuk memberi perkhidmatan berbentuk pakej

sebagai pemudahcara kepada ahli peladang dalam urusan ladang

dan membantu meningkatkan taraf hidup dengan memberi

penumpuan terhadap kualiti dan kuantiti BTS.

Melalui skim ini, PP menyediakan pelbagai bentuk kemudahan

kepada ahli peladang untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit

dengan memberi bantuan pinjaman kewangan/kemudahan kredit,

input pertanian, peralatan/kejenteraan, khidmat teknikal dan

penyeliaan bagi memastikan hasil tanaman mencapai prestasi

yang baik selain memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang

seragam, cekap dan berkesan.

Syarat yang dikenakan kepada ahli peladang yang terlibat melalui

skim ini, mereka perlu menjual kembali hasil BTS Kepada PP

supaya pemotongan pinjaman dapat dibuat melalui hasil jualan.

5.0 PENGURUSAN PROJEK PERLADANGAN SAWIT PP

5.1 Sehingga tahun 2009 terdapat 7 PPN dan 83 PPK yang

melaksanakan projek tanaman kelapa sawit dengan keluasan

keseluruhan 35,032 hektar yang melibatkan Projek Korporat PP,

PP Sebagai Agensi Pengurusan dan Projek Berkelompok/Skim

Kredit Ladang Terselia(SKLT).

Page 7: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

7

Jadual 2 : Projek Kelapa Sawit Ladang Di Bawah Pengendalian PP

Projek PPK Negeri Bil PP

Luas (mt) Hasil (mt)

P.Pinang 2 56.90 1,100

Perak 15 4,100 75,500

Selangor 6 609 31,471

N.Sembilan 9 650 2,673

Melaka 4 67 1,106

Johor 26 8,331 459,332

Pahang 9 5,623 69,481

Terengganu 7 802 14,436

Kelantan 1 2.50 45

Sabah 3 300 4,256

NAFAS 1 14,491 289,820

JUMLAH 83 35,032.40 659,400

5.2 Penggunaan Pusat Timbang

Didapati sebahagian kecil PP menggunakan pusat timbang sendiri

didalam pengurusan lepas tuai. Ini disebabkan keluasan ladang

yang diurus berskala kecil dan PP berkenaan tidak berkemampuan

membina Pusat Timbang

Terdapat PP di Johor, Perak dan Pahang mempunyai pusat

timbang sendiri

5.3 Perlantikan Visiting Agent

PPN Perak, Pahang dan Johor dan beberapa buah PPK melantik

V.A untuk memeriksa ladang dan memberi khidmat nasihat bagi

meningkatkan kecekapan pengurusan ladang. Diantara V.A yang

dilantik ialah Sime Darby, MPOB, Zulfakir dan PPNJ (PPK di

Johor). Oleh itu masih banyak PP tidak menggunakan khidmat V.A

di dalam pengurusan ladang sawit.

Page 8: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

8

5.4 Pencapaian Pengeluaran BTS

Dalam tahun 2009, jumlah pengeluaran BTS PP adalah sebanyak

949,220 mt yang bernilai RM 427,149.000 Nilai jualan ini

merupakan amaun penting dalam urusniaga PP. Berbanding tahun

2008, jumlah pengeluaran BTS PP adalah 389,455 mt yang

dianggarkan bernilai RM 175,254,750.

Negeri Johor adalah penyumbang utama pengeluaran BTS iaitu

459,332 mt disebabkan perlaksanaan perladangan PP bersama-

sama dengan skim SKLT ahli PPK

5.5 Pencapaian OER

Terdapat sebilangan PPK mampu mencapai OER melebihi 20%

seperti PPK Temerloh, Merlimau, Rembau dan Ladang Bukit

Ganjong PPN Pahang. Terdapat juga ladang PP yang bermasalah

(aspek kesuburan tanah) mempunyai pencapaian OER kurang

daripada 15 %. Secara purata OER PP adalah pada tahap

memuaskan kerana di bawah daripada purata OER Kebangsaan

iaitu 20.12% (2008)

5.6 Pembeli BTS

Sebahagian besar PP masih bergantung kepada pembeli BTS

swasta, FELDA, RISDA dan TDM. Bagi PP di Johor PPNJ adalah

pembeli utama BTS PP dan ahli.

6.0 STRATEGI PEMBANGUNAN LADANG KELAPA SAWIT PERTUBUHAN

PELADANG

Bagi mencapai hasrat dan sasaran pembangunan projek tanaman kelapa

sawit, beberapa tindakan yang mampu menjadi pendorong dalam

menjayakannya seperti:

Page 9: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

9

i) Menambah kawasan penanaman baru dengan membuat

penerokaan tanah secara sah dan terancang.

ii) Mendapatkan khidmat pakar (V.A) samada daripada agensi

kerajaan atau swasta untuk pembangunan projek.

iii) Membentuk pasukan pakar kelapa sawit di kalangan anggota

LPP/PP bagi memberi nasihat .

iv) Melaksanakan projek integrasi tanaman/ternakan sebagai satu

pendekatan mengoptimumkan penggunaan tanah yang boleh

menjanakan pendapatan tambahan kepada Pertubuhan

Peladang dan ahli peladang.

v) Mengoptimakan hasil pengeluaran BTS melalui pengurusan

pusat timbang.

vi) Memperkukuhkan rantaian nilai dalam aktiviti industri kelapa

sawit dimana setiap aktiviti dapat melibatkan Pertubuhan

Peladang dan ahli peladang dapat memperolehi manfaat sosial

dan ekonomi.

vii) Menggunakan bahan buangan dari tanaman sebaggai sumber

biojisim yang mampu mengurangkan kos pengeluaran.

viii) Melaksanakan program Pemasaran Bersepadu melalui program

SKLT.

7.0 PEMBENTUKAN STRUKTUR JAWATANKUASA PENGURUSAN

LADANG KELAPA SAWIT PERTUBUHAN PELADANG.

Mewujudkan struktur organisasi berpusat yang dapat merancang,

melaksana dan mengawalselia projek diperingkat PPK, LPP Negeri dan

Ibu Pejabat.

7.1 Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang Ibu Pejabat

i) Membuat lawatan pemantauan, memberi khidmat nasihat

bimbingan dan kaunseling daripada khidmat pakar luar dan

dalaman.

Page 10: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

10

ii) Mewujudkan ruang kerjasama antara agensi kerajaan atau

swasta dalam pemindahan dan aplikasi teknologi kearah

peningkatan hasil BTS dan pendapatan PP/ahli.

iii) Menyediakan tatacara pelaksanaan program meliputi latihan

pegawai pembimbing dan pelaksana atau usahawan.

iv) Menyediakan laporan dan penilaian program kepada pihak

pengurusan atasan dan Stakeholder.

v) Membentuk J/kuasa Pemandu Kelapa Sawit bagi penyelarasan

dengan agensi kerajaan serta mengeluarkan garis panduan

yang membantu pengurusan PP.

7.2 Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri

i) Melaksanakan program pengeluaran berdasarkan garis

panduan yang ditetapkan oleh LPP.

ii) Menerima, merekod dan mengawal pembangunan program

yang diterima dan mengeluarkan surat penyerahan projek

kepada PPK.

iii) Membuat perolehan program mengikut Peraturan Kewangan

LPP atau Kerajaan yang berkuatkuasa.

iv) Membuat lawatan pemantauan, memberi khidmat nasihat

bimbingan dan kaunseling daripada khidmat pakar luar atau

dalaman.

v) Menyediakan laporan penggal program berakhir April, Ogos

dan Disember yang perlu dihantar pada atau sebelum 15

haribulan bulan berikutnya ke Bahagian Pengeluaran Ladang,

Kuala Lumpur. Penghantaran laporan digalakkan

menggunakan komunikasi elektronik yang disediakan oleh ibu

pejabat.

vi) Mengadakan mesyuarat pemantauan yang melibatkan PP

pelaksana, pengusaha dan agensi-agensi berkaitan

Page 11: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

11

7.3 Peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

i) Melaksanakan projek tanaman kelapa sawit PP dan

menguruskan projek ahli sekiranya PP berlibat sebagai agensi

pengurusan/kelompok.

ii) Mendaftar ahli peladang (pekebun Kecil) yang terdapat

dikawasan pengedalian PP bagi mewujudkan pengkalan data

projek kelapa sawit.

iii) Menyediakan belanjawan ladang projek PP/ahli.

iv) Melaksanakan Program Pemasaran Bersepadu melalui

Program SKLT.

v) Menubuhkan jawatankuasa kemajuan dan pengurusan projek.

vi) Membuat penyeliaan bagi kerja-kerja ladang oleh kontraktor

ladang

vii) Memantau perjalanan projek melalui lawatan sekurang-

kurangnya sekali sebulan.

viii) Menyediakan laporan penggal berakhir bulan April, Ogos dan

Disember untuk dihantar ke LPP Ibu Pejabat.

7.4 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan ladang di peringkat PP

Adalah perlu sebagai satu mekanisma penting untuk

membincangkan semua aspek yang melibatkan ladang kelapa

sawit.

7.5 Jawatankuasa Pengurusan Ladang di Pertubuhan Peladang terdiri

daripada:

i) Pengerusi - Seorang AJP Pertubuhan Peladang

ii) Setiausaha - Pengurus Besar Pertubuhan Peladang

iii) Pengurus Ladang - Kakitangan LPP/Kakitangan PP

iv) Pekerja Ladang - Tetap

- Kontrak

- Sementara

- Borong(kadar upah berdasarkan kerja)

Page 12: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

12

8.0 ISU DAN MASALAH UTAMA DALAM INDUSTRI KELAPA SAWIT PP

8.1 Berdasarkan kepada tinjauan dan kajian am yang dilakukan,

terdapat masalah-masalah yang perlu diselesaikan seera mengenai

potensi hasil BTS antaranya:

i) Kurang tenaga pekerja ladang

ii) Kawasan berpaya, tanah marginal dan ditenggelami air

masin

iii) Serangan gajah

iv) Masalah modal untuk tanaman semula

v) Tidak melantik ‘Visitor Agent’

vi) Jalan ladang tidak memuaskan (contoh, Sabah)

vii) Bencana alam seperti banjir

viii) Bahan tanaman kurang bermutu

ix) Jadual pembajaan yang tidak betul

x) Penuaian BTS yang tidak efisien

xi) Kos pengeluaran terlalu tinggi berbanding dengan kos

standard

xii) Pengurusan projek kurang cekap dan kurang komitmen

xiii) Kurang pemantauan dan penyeliaan

xiv) Sistem rekod ladang tidak diurus dengan baik

xv) Pekerja ladang/kontraktor ladang kurang mahir/pengalaman

xvi) Melaksanakan kerja tidak mengikut spesifikasi yang

dittetapkan.

8.2 Untuk menjamin pelaksanaan projek berjalan dengan baik, perkara

seperti yang dinyatakan perlu di atasi segera supaya kesan

daripada tindakan yang diambil bagi memberbaiki kelemahan /

kekurangan yang ada dapat memaksimumkan hasil BTS dan

secara langsung dapat meningkatkan pendapatan pengusaha

projek iaitu Pertubuhan Peladang / ahli peladang.

Page 13: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

13

8.3 Pembangunan Ladang kelapa sawit. (projek baru)

Pertubuhan Peladang perlu membentuk struktur jawatankuasa

pengurusan ladang kelapa sawit yang diusahakan supaya

tanggungjawab dan penurunan kuasa jelas dan difahami kepada

semua pekerja.

i) Dapatkan perkhidmatan teknikal untuk membuat kajian

kesesuaian tanah daripada agensi teknikal kerajaan/swasta

sebagai jururunding pembangunan Ladang Kelapa Sawit.

ii) Kerja-kerja Kajian yang dilakukan oleh Jururunding

bertauliah sebagai syarat utama untuk pembangunan ladang

kelapa sawit adalah seperti berikut ;

a) Ukuran keluasan

b) Kesesuaian pembangunan Infrastruktur

c) Jenis dan kesesuaian tanah untuk Pertanian

d) Iklim kawasan persekitaran

e) Topografi

f) Kaedah Pembangunan dan Pengurusan Ladang

g) Dayamaju projek

h) Analisis Kewangan Ladang Kelapa sawit

1. Kos pembangunan ladang

2. Kos operasi ladang

3. Anggaran hasil ladang

4. Perbelanjaan am

iii) Pelaksanaan pembangunan ladang kelapa sawit bergantung

kepada hasil / keputusan kajian daripada agensi teknikal

dengan memberi cadangan dan syor mengenai dayamaju

projek kepada Pertubuhan Peladang.

iv) Tender / sebut harga akan disediakan oleh Pihak

Pertubuhan Peladang untuk mendapatkan perkhidmatan

Page 14: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

14

kontraktor yang dapat memenuhi spesifikasi yang dinyatakan

dalam dokumen tender / sebutharga.

v) Pertubuhan Peladang perlu melantik kontraktor yang

berkelayakan untuk membuat kerja-kerja pembangunan

ladang kelapa sawit berdasarkan kepada pengalaman dan

kapasiti sumber (tenaga/peralatan) yang ada pada kontraktor

yang dilantik.

vi) Kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor perlu dipantau

oleh Pertubuhan Peladang dari masa ke semasa untuk

memastikan pelaksanaan yang dirancang mengikut jadual

dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan.

8.4 Ladang kelapa sawit sedia ada. (pokok matang)

i) Pertubuhan Peladang perlu membentuk struktur

jawatankuasa pengurusan ladang kelapa sawit yang

diusahakan supaya tanggungjawab dan penurunan kuasa

jelas dan difahami kepada semua pekerja supaya tindakan

dapat dimabil dengan sewajarnya.

ii) Pertubuhan Peladang akan melantik Pengurus Projek

samada kakitangan LPP atau mewujudkan jawatan

Pengurus Ladang kakitangan Pertubuhan Peladang untuk

kerja-kerja urustadbir ladang kelapa sawit.

iii) Semua kerja-kerja ladang dilakukan secara kontrak atau

menggunakan pekerja sementara secara kontrak(pekerja

tempatan/asing). Keutamaan diberikan kepada ahli peladang

dan penduduk setempat untuk melaksanakan kerja-kerja

rutin ladang kelapa sawit.

iv) Pihak pengurusan Ladang Perlu menyediakan program

kerja, belanjawan ladang, jadual pelaksanaan aktiviti dan

sasaran pengeluaran hasil BTS supaya sistem pemantauan

dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.

Page 15: Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)

http://www.ridzalmersing.com

15

v) Pekerja ladang dibawah penyeliaan Pengurus Ladang perlu

melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ladang seperti ;

a) Pembajaan tanaman

b) Pemuliharaan tanah

c) Meracun

d) Merumpai

e) Mengawal perosak dan penyakit tanaman

f) Penuaian

g) Pemangkasan pelepah

h) Mengumpul/mengangkut BTS

vi) Hasil BTS yang dituai perlu dibawa ke kilang pemprosesan

dalam tempoh 24 jam bagi mengelakkan kualiti BTS

merosot.

9.0 KESIMPULAN

Pertubuhan Peladang perlu membuat penilaian keatas kemajuan kuantiti

dan kualiti ladang sawit PP dan ahli supaya mencapai ke tahap Standard

Industri Sawit. Diantara parameter utama dalam KPI pengurusan ladang

sawit ialah sasaran pengeluaran BTS 30 mt/hektar dan kadar perahan

minyak (OER) melebihi 20%.

Untuk mencapai matlamat ini PP perlu melaksanakan pendekatan

pembangunan ladang sawit PP dan ahli secara bersepadu dan

menggunakan khidmat pakar (VA) bagi memaksimakan hasil dan

pendapatan ladang sawit.

DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN PENGELUARAN LADANG LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KUALA LUMPUR. JANUARI 2010