penglibatan amerika syarikat dalam perang dunia ke dua

17
1.0 PENGENALAN Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan. Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia Kedua ini kebanyakan mambabitkan antara pihak Berikat ( alliance ) Negara- negara Komenwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China yang keseluruhannya dikenali sebagai Berikat ( Allies ); dengan Kuasa Paksi ( Axis Powers ), perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur. 1

Upload: kinomulok

Post on 01-Jan-2016

188 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Perang Dunia Ke Dua

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

1.0 PENGENALAN

Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding

peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman

udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah

dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland,

dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar

Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan

pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan

paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan

kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara

serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia Kedua ini

kebanyakan mambabitkan antara pihak Berikat ( alliance ) Negara-negara Komenwel

(British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China yang

keseluruhannya dikenali sebagai Berikat ( Allies ); dengan Kuasa Paksi ( Axis Powers ),

perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan

Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam

Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

1

Page 2: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

2.0 PERANG DUNIA KEDUA

2.1 Latar Belakang Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua bermula apabila sebutir bom digugurkan di Hiroshima oleh kapal

terbang B-25 Enola Gay Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945. Dua hari selepas itu, bom

kedua digugurkan sekali lagi di bandar Nagasaki Jepun.Kedua-dua bom yang digugurkan

ini telah mencatat sejarah peperangan di Jepun. Di pihak Amerika, peristiwa pengeboman

tersebut menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Sebaliknya bagi pihak Jepun

peristiwa tersebut merupakan penyeksaan bagi mereka yang terselamat

Perang Dunia Kedua merupakan suatu peristiwa penting kerana buat pertama

kalinya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama

dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara

operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.

Peperangan ini melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri,

kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama,

dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia.

Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan

yang sebegitu besar tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

.

2

Page 3: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939 , apabila tentera Jerman

menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri

China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke

Manchuria pada tahun 1931.

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 May

1945 , tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun

menyerah. Perang Dunia Kedua memakan masa hampir enam tahun dan dianggarkan

mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia kehilangan

jumlah penduduk yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir

25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

3.0 PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DALAM PERANG DUNIA

KEDUA

3.1 Hubungan Amerika-Jepun

Hubungan Jepun-Amerika mula dilihat mengalami keretakan apabila Amerika

memasukkan peruntukan kuasa mengawal imigrasi Jepun. Situasi antara kedua buah

negara mula memperlihatkan hubungan yang renggang apabila perluasan kuasa Amerika

dianjurkan oleh orang-orang seperti Brooks Adams dan Alfred Thayer Mahan. Namun,

disebabkan adanya Doktrin Monroe yang menyatakan amerika Syarikat iaitu sebagai

simbol demokrasi dan kebebasan menyebabkan Amerika terus berpegang kepada dasar

tersebut. Doktrin Monroe merupakan suatu dasar yang dibuat semasa pentadbiran

Presiden James Monroe yang merupakan satu polisi berkaitan dengan dasar luar

3

Page 4: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Amerika Syarikat. Doktrin Monroe menyatakan bahawa dasarnya adalah bertujuan untuk

menghadkan kuasa-kuasa Eropah di Bahagian Barat yang dilakukan oleh Amerika

Syarikat. Juga dianggap sebagai asas kepada polisi hubungan antarabangsa Amerika

Syarikat.1

Penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua dilihat lebih ketara

dalam hubungannya dengan negara Jepun. Sikap berbaik-baik di awal hubungan yang

akhirnya memperlihatkan pada dasar kepentingan masing-masing khususnya dalam

memperluaskan kuasa dan pengaruh, sehingga meletusnya Perang Dunia yang Kedua.

Selepas 200 tahun (1639-1854) Jepun mengamalkan dasar tutup pintu kepada kuasa luar,

akhirnya mengadakan hubungan rasmi dengan Amerika Syarikat. Sikap buka pintu Jepun

ini adalh berikutan dengan keperluan pertumbuhan ekonomi Jepun yang semakin pesat.

Walau bagaimanapun, hubungan antara kedua buah negara ini mengalami pasang

surutnya kerana keadaan dan situasi antara kedua-dua negara yang berbeza.

Pada masa Jepun menjalinkan hubungan dengan Amerika, Jepun meneruskan

usaha memajukan negara dan memperluaskan kuasa dengan mencontohi barat. Dalam

usaha Jepun ini, satu krisis telah berlaku di antara Jepun dengan amerika akibat daripada

permasalahan yang ditimbulkan oleh Hawaii pada tahun 1897. Krisis tersebut berlaku

apabila kerajaan Hawai ingin menghadkan pengaruh Jepun dengan cara menghantar

rakyat Jepun balik. Sebagai balasannya, Jepun telah menghantar kapal perang dan nota

bantahan. Usaha ini juga adalah merupakan percubaan Jepun memperluaskan

pengaruhnya di Pasifik. Bagaimanapun, rancangan ini terjejas apabila Amerika menang

dalam peperangan antara Sepanyol dan membawa kepada penjajahan filipina.

1 Azhar Hj. Mad Aros, 2004, Sejarah Amerika Syarikat, Universiti sains Malaysia, hlm. 165

4

Page 5: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Ketegangan bertambah apabila berlakunya mogok jalan keretapi pada Mei 1907

yang mana telah menjejaskan sejumlah rakyat Jepun yang berada di Amerika. Hubungan

Amerika-Jepun sekali lagi mengalami ketegangan apabila wujudnya ketidakpuasan

penduduk California terhadap rakyat Jepun yang semakin ramai di California. Penduduk

Jepun dikatakan seramai 15 000 orang telah memasuki Amerika pada tahun 1904.2

Ditambah lagi dengan kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun yang

membangkitkan semula “....fears of a yellow peril” yang menjadi isu politik penting di

California.3 Peristiwa ini telah menyebabkan undang-undang tanah asing bagi menyekat

pihak Jepun daripada memiliki tanah atau menyewa tanah selama lebih dari tiga tahun

dirangka.

Hubungan Amerika Jepun semakin rumit apabila sekali lagi masalah imigran

Jepun menjadi isu besar di Amerika. Layanan terhadap imigran Jepun terus menjadi isu

utama antara Tokyo dan Washington. Usaha penyelesaian terbantut akibat kejatuhan

kerajaan Manchu dan penubuhan Republik China pada tahun 1911 di China. Keadaaan

ini seterusnya telah mengubah pandangan Amerika kepada pro-China dan anti-Jepun.

Hubungan sebegini antara kedua buah negara terus berlanjutan bilamana Jepun

melancarkan dasar perluasan kuasa Jepun seperti yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat

dalam slogan ‘Manifest Destiny’ dan Jepun melaungkan slogan ‘Lingkungan

Kemakmuran Bersama Asia Timur’. Melalui dasar ini, Jepun memperoleh bekalan

mentah bagi perindustrian berat dan jentera ketenteraannya. Jepun mula merasakan

kepentingan menjalankan perluasan dan mempertahankan kedudukannya di Manchuria,

Korea dan China.

2 Ibid.,hlm. 2463 Ibid., hlm. 247

5

Page 6: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Tentera Jepun turut menyerang tanah jajahan milik British di Malaya dan Borneo,

dan Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan

untuk menguasai telaga minyak Dutch East Indies. Pulau kota Singapura kepunyaan

British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang

paling memalukan sepanjang zaman. Pada tahun 1930-an Jepun telah bersekutu dengan

Jerman dan Itali sehingga mewujudkan satu kombinasi yang kuat dan membimbangkan

negara-negara Eropah. Dikatakan hanya Amerika sahaja yang ingin mencabar Jepun.

Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun,

Jepun membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941

serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah

teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika

mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika

serangan ia berada di laut. Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby ,

New Guinea. Sekiranya serangan itu berjaya, ia akan meletakkan mereka dalam jarak

untuk menyerang Australia. Bagaimanapun serangan itu digagalkan oleh pasukan tentera

laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi

menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama

antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera laut AS sekali lagi berjaya

menghalang pencerobohan kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini

memusnahkan empat kapal induk Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri

Jepun, sekali gus meletakkan pihak Jepun dalam keadaan bertahan.

6

Page 7: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Bagaimanapun, pada Julai Tentera Jepun melakukan serangan darat pada Port

Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai

yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga

mereka digantikan oleh tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di

Timur Tengah.

. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Marin Amerika Syarikat.

Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal,

pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun

di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat

Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943.

Pemimpin pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam

peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman.

Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas

MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal

melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pasukan

Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali kawasan

yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau

Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada

tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.

Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan

Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan

bom api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945

7

Page 8: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Kesatuan Soviet mengistiharkan perang ke atas Jepun, menyerang jajahannya di

Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah

kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah diri pada 2

September 1945. Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan

perdagangan Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan

mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya.

Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang

berhampiran tanah besar Jepun.

Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah

Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao

Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu

menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan Nationalist

berterusan walaupun perang sudah tamat.

Pengeboman ini dilakukan semata-mata bagi menakut-nakutkan Russia serta bagi

mengelakkan konsesi pasca-perang. Pada masa yang sama, Amerika ingin mempamerkan

pada Russia kekuatannya dalam konflik yang bakal berlaku di antara Soviet dengan

Amerika. Dengan menggugurkan bom pada 6 Ogos, Amerika dapat menentukan Jepun

menyerah kalah kepadanya dan bukannya kepada Russia. Pada masa yang sama Amerika

berpeluang menjelalah Jepun.

Pada dasarnya, selepas Amerika Syarikat mengetahui kejayaan percubaan ujian

atom di Alamorgodo pada 16 Julai 1945, timbul niat Amerika untuk mencubanya di

Jepun kerana sedar mereka mempunyai satu senjata yang amat dashyat dan bukan sahaja

8

Page 9: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

untuk mengalahkan Jepun malah bagi memaksa Russia bekerjasama dan tunduk pada

Amerika.

Peringkat awal Perang Dunia Kedua, Jepun sememangnya mencapai kejayaan

dalam misi ketenteraannya. Namun, pada penghujung 1944, Jepun mulai lemah yang

akhirnya mengakibatkan beberapa tanah jajahan dirampas oleh Bersekutu seperti Manila,

Kepulauan Marina termasuk Saipan. Amerika Syarikat mula melancarkan siri-siri

peperangan ke atas Jepun mulai November 1944 daripada laut, udara maupun darat.

Dalam masa sepuluh hari sahaja pengeboman Amerika telah memusnahkan 32 batu

persegi daripada bandaraya Jepun.4

3.2 Persidangan Postdam

Pada hakikatnya, deklarasi Postdam ini bertujuan memaksa Jepun menyerahkan diri

tanpa syarat. Walau bagaimanapun Jepun enggan berbuat demikian kerana melibatkan

kedudukan Maharaja. Orang Jepun mempercayai bahawa Maharaja itu adalah Tuhan,

nadi masyarakat dan budayan Jepun. Sedangkan deklarasi tersebut pada dasarnya

mengancam kedudukan maharaja. Justeru, satu Persidangan telah di adakan pada 17

hingga 26 Julai 1945 oleh pihak Bersekutu yang dinamakan persidangan Postdam yang

bertujuan mencari penyelesaian damai.

4 Gordon Daniels, Before Hiroshima : The Bombing of Japan 1944 – 5 History today, Vol.32, 1982

9

Page 10: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Susulan daripada itu pada 18 Jun 1945, satu mesyuarat telah diadakan di antara

Truman dan penasihat-penasihat tenteranya. Dalam mesyuarat ini, Pembantu Setiausaha

Perang John Mc Cloy menghujahkan bahawa Jepun harus dibenarkan untuk mengekalkan

Maharajanya dan harus diberi amaran mengenai bom atom supaya dapat membawa

kepada penyerahan yang lebih awal dan tidak membahayakan.5

Pada 28 Jun 1945 satu nota daripada Setiausaha angkatan Laut Ralph baard telah

diberikan kepada sSetiausaha Perang Stimson. Dalam nota tersebut, Bard menyatakan

fakta-fakta yang dihujahkan oleh Mc Cloy dan mencadangkan agar Jepun diberitahu

bahawa Russia akan menyertai peperangan menentang mereka. Dalam pada itu juga,

Stimson turut menghantar nota kepada Presiden Truman mengenai perkara berkenaan.

Dalam nota tersebut, beliau turut mencadang sekiranya jaminan diberi mengenai

kedudukan Maharaja, sudah pasti Jepun akan menyerah kalah lebih awal dan

pemusnahan dapat dielakkan. Tegasnya lagi, keengganan Amerika memasukkan jaminan

kedudukan Maharaja sebagai satu kesalahan taktik diplomasi yang amat besar. Stimson

enggan membiarkan dendam peperangan mempengaruhi pemikirannya dan tidak mahu

menanggung beban moral akibat kemusnahan yang dibawa oleh pengguguran bom atom.

Namun, Amerika masih mempertahankan serangan bom atom tersebut.Dengan

kata lain, keengganan Amerika mengiktiraf kepentingan institusi Maharaja Jepun

hanyalah satu taktik peperangan semata. Maka tidak hairanlah pihak Jepun juga enggan

menyerah kalah tanpa syarat dan seterusnya peristiwa pengeboman. Bagaimanapun,

selepas pengeboman, Amerika telah berubah pendirian berkenaan isu Maharaja.6

5 Len Giovannitti and Fred Freed, The Decision to Drop The Bomb, hlm. 134 - 1366 Azhar Hj. Mad Aros, 2004, Sejarah Amerika Syarikat, Universiti sains Malaysia, hlm. 255 - 256

10

Page 11: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

3.3 Medan Afrika dan Timur Tengah African and Middle Eastern Theater

Dalam masa yang sama, berlakunya Kempen Afrika Utara yang bermula pada tahun

1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali

daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di

bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera

Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada

17 Jun. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti,

tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera

ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein .

Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942 .

Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan

Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan

British dan Komenwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua

berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery

menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ).

Pasukan Komonwel Commonwealth forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika

Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai

ke Tunisia.

Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British

mendarat di Morocco dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan

tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat.

Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan

11

Page 12: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat

mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 May 1943, baki pasukan

Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di

Stalingrad . Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan

Itali pada tahun 1943.

Berbeza dengan Perang Dunia I, dalam Perang Dunia II di mana kemenangan

kepada pihak Barat, bayaran gantirugi tidak dikenakan kepada pihak yang kalah.

Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George

Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal

dengan nama Marshall Plan, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk

memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah. Oleh kerana League of

Nations jelas gagal menghalang peperangan, maka satu badan dunia baru telah dibentuk.

Akhirnya pada tahun 1945 tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak memperoleh

apa-apa keuntungan daripada Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris

Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland

and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap

satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki

membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet

Union.

Dalam kawasan diduduki oleh Soviet Union pada penghujung perang, regim

boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang

12

Page 13: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan

Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Russia sebagai negara satelite

Russia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman

dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Russia akhirnya disatukan

menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah

Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu

melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang DIngin.

Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta ( Yalta Conference ), lebih

dua juta tahanan askar Russia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British,

mengakibatkan kematian sebahagian besar daripada mereka. Penyelidikan dan

pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar dapat mereka

bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada

masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika

Syarikat.

Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia II menandakan kedatangan kuasa udara,

kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam

persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang

tindakan ketenteraan. Perang Dunia II juga merupakan kemuncak kepada jumlah tentera

yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika

13

Page 14: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

Perperangan Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan

ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata

lengkap.

Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana

jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai ( Holocaust ) dilaksanakan

kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam

perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan

Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland,

pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam

"perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana

jenayah perang.

Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ),

mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin

berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan,

disebabkan kekalahannya di tangan USA, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat.

Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keanjaiban ekonomi dan kebangkitan

Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

4.0 PENUTUP

Perang Dunia II lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan

lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara

besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan

14

Page 15: Penglibatan Amerika Syarikat Dalam Perang Dunia Ke Dua

sebelumnya dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan

pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia II mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus

penduduk dunia).

Secara keseluruhannya, jelas bahawa kuasa dan pengaruh serta kerakusan

perluasan kuasa merupakan antara faktor utama wujudnya Perang Dunia Kedua.

Kepentingan di pihak Jepun ke atas hubungannya dengan Amerika Syarikat dan begitu

juga dengan Amerika yang juga sama-sama mempunyai kepentingannya dengan negara

Jepun menyebabkan wujudnya hubungan persahabatan antara kedua buah negara pada

awalnya. Bagaimanapun, faktor kuasa dan konflik dalaman serta luaran akhirnya

membawa kepada peperangan ke atas dua-dua negara tersebut. Amerika Syarikat bukan

sahaja memainkan peranannya dalam melibatkan diri dalam peperangan di Jepun dalam

Perang Dunia Kedua malahan di negara Eropah lain juga. Bagaimanapun, tidak dinafikan

peranan yang lebih besar lebih ketara dilihat dengan negara Jepun yang akhirnya dilihat

sebagai satu penyelesaian yang amat merugikan antara negara-negara yang terbabit dalam

pperang tersebut, bilamana mengakibatkan terkorbannya jumlah penduduk yang ramai.

15