pengkosan tempahan kerja 1

19
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 1 OBJEKTIF: PENGKOSAN TEMPAHAN KERJA Objektif Am : Memahami kaedah-kaedah pengkosan, definisi dan ciri- ciri pengkosan tempahan kerja. Objektif Khusus : Di akhir unit ini, anda akan dapat : 1. Menerangkan kaedah-kaedah pengkosan. 2. Mendefinisikan pengkosan tempahan kerja.

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

423 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 1

OBJEKTIF:

PENGKOSAN

TEMPAHAN KERJA

Objektif Am : Memahami kaedah-kaedah pengkosan, definisi dan ciri- ciri pengkosan tempahan kerja.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini, anda akan dapat :1.Menerangkan kaedah-kaedah pengkosan.2.Mendefinisikan pengkosan tempahan

kerja.3.Menghuraikan ciri-ciri pengkosan

tempahan kerja.

Page 2: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 2

9.0 Pengenalan

Bagi menentukan kos sesuatu keluaran atau perkhidmatan, akauntan kos telah mewujudkan kaedah-kaedah tertentu untuk mengumpulkan kos-kos berkenaan. Kaedah pengumpulan kos adalah dikenali sebagai kaedah pengkosan. Kaedah pengkosan adalah satu kaedah yang direkabentuk untuk mengumpulkan kos yang disesuaikan dengan cara keluaran atau perkhidmatan diberikan. Oleh yang demikian setiap firma akan mempunyai kaedah pengkosannya yang tersendiri dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Walau bagaimanapun terdapat ciri-ciri bersamaan bagi sistem pengkosan firma yang terlibat dalam bidang yang sama.

9.1 Kaedah-kaedah Pengkosan

Terdapat dua kategori umum kaedah pengkosan, iaitu :

9.1.1 Pengkosan Tempahan Khusus

Iaitu kaedah pengkosan yang digunakan bagi kerja-kerja yang mengandungi kontrak-kontrak, kerja-kerja atau kelompok-kelompok yang berasingan. Ia boleh dibahagikan lagi kepada

9.1.1.1 Pengkosan Tempahan Kerja

Iaitu kaedah pengkosan yang digunakan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut kehendak pelanggan secara khusus dan tempahan disiapkan dalam tempoh masa yang pendek.

9.1.1.2 Pengkosan Kontrak

Kaedah ini digunakan bagi mengumpul kos yang terlibat bagi kerja-kerja yang berbentuk pembinaan. Unit kos adalah besar dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Kontrak biasanya dilaksanakan jauh dari premis

INPUT

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 3: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 3

perniagaan. Contoh pembinaan bangunan atau janakuasa elektrik.

9.1.1.3 Pengkosan Berkelompok

Kaedah ini digunakan di kilang-kilang yang menghasilkan barangan yang sama, di mana setiap kelompok mengandungi sejumlah barangan yang serupa. Contoh kaedah pengkosan berkelompok digunakan dalam industri pembuatan barangan plastik, kasut, nat atau roti.

Dalam pengeluaran kasut, sejumlah kasut yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama dihasilkan dari semasa ke semasa.

9.1.2 Pengkosan Operasi Berterusan

Iaitu kaedah pengkosan yang digunakan bagi pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan adalah secara berurutan atau berulang-ulamg kali. Ia boleh dibahagikan kepada pengkosan proses dan pengkosan perkhidmatan.

9.1.2.1 Pengkosan Proses

Ia digunakan bagi sektor pengilangan yang menghasilkan keluaran dalam volum yang besar terdiri daripada barangan yang sama melalui aliran pengeluaran yang berterusan.

Ia adalah satu kaedah untuk menentukan kos produk pada setiap proses pengeluaran. Contoh industri yang menggunakan kaedah ini seperti industri membuat sabun, kertas, cat dan penapisan minyak.

9.1.2.2 Pengkosan Perkhidmatan

Kaedah pengkosan yang digunakan bagi menentukan kos penyediaan perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan terdiri daripada berbagai-bagai jenis kegiatan seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan.

Page 4: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 4

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

9.1 Senaraikan lima kaedah pengkosan.

1. _________________________________________

2. _________________________________________

3. _________________________________________

4. _________________________________________

5. _________________________________________

AKTIVITI 9A

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 5: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 5

Perhatian! Anda hanya boleh berpindah ke input

selanjutnyajika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 9A

9.1 Lima kaedah pengkosan adalah :

1. Pengkosan Tempahan Kerja.2. Pengkosan Kontrak3. Pengkosan Berkelompok.4. Pengkosan Proses.5. Pengkosan Perkhidmatan.

MAKLUMBALAS 9A

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 6: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 6

9.2 Definisi Pengkosan Tempahan Kerja

Pengkosan tempahan kerja adalah salah satu daripada pengkosan tempahan khusus. Ia digunakan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut kehendak khusus pelanggan dan setiap tempahan atau kerja disiapkan dalam tempoh masa pendek. Kos yang terlibat dapat dikenalpasti bagi setiap tempahan atau kerja.

Kerja pula adalah bermaksud satu unit keluaran (contoh sebuah rumah) atau mungkin unit-unit keluaran yang sama atau serupa yang terkandung dalam satu pesanan pengeluaran ( contoh buku atau baju).

INPUT

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Pengkosan tempahan khusus boleh terbahagi kepada 3 iaitu pengkosan tempahan kerja, pengkosan kontrak dan pengkosan berkelompok.

Page 7: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 7

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

9.2 Berikan definisi pengkosan tempahan kerja.

______________________________________________________________

AKTIVITI 9B

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 8: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 8

Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 9B

9.2 Definisi pengkosan tempahan kerja :

Kaedah pengkosan yang digunakan untuk menentukan kos bagi kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut kehendak khusus pelanggan. Ia mengambil masa yang pendek untuk disiapkan dan kos yang terlibat dapat dikenalpasti untuk kerja berkenaan.

MAKLUMBALAS 9B

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 9: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 9

9.3 Ciri-ciri Pengkosan Tempahan Kerja.

Setelah memahami definisi pengkosan tempahan kerja, sekarang anda akan meneliti pula ciri-ciri pengkosan tersebut.

1. Kaedah ini digunakan bagi setiap kerja yang senang dikenalpasti secara fizikal.2. Pengumpulan kos bagi kerja atau tempahan berkenaan dapat dikenalpasti.3. Spesifikasi pengeluaran yang berbeza bagi setiap kerja yang dilaksanakan.4. Setiap kerja mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya

daripada kerja yang lain.5. Satu kad kos kerja akan disediakan bagi setiap kerja atau tempahan. Ia bertujuan

mengenalpasti kos yang dilibatkan bagi sesuatu kerja.6. Setiap kad kos kerja akan diberikan nombor kerja.

INPUT

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 10: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 10

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

9.3 Terangkan secara ringkas ciri-ciri pengkosan tempahan kerja.

1. _________________________________________

2. _________________________________________

3. _________________________________________

4. _________________________________________

5. _________________________________________

6. _________________________________________

AKTIVITI 9C

PENGKOSAN TEMPAHAN KERJA

Page 11: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 11

Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 9C

9.3 Ciri-ciri pengkosan tempahan kerja secara ringkas.

1. Digunakan bagi kerja yang senang dikenalpasti secara fizikal.2. Pengumpulan kos dapat dikenalpasti.3. Spesifikasi pengeluaran yang berbeza.4. Setiap pengeluaran mempunyai cirinya yang tersendiri.5. Kad kos kerja akan disediakan untuk setiap kerja.6. Kad kos kerja akan dinomborkan.

MAKLUMBALAS 9C

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 12: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 12

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

S

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 9-1

Terangkan setiap kaedah pengkosan berikut :

i. Pengkosan Tempahan Kerja

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

ii. Pengkosan Kontrak

PENILAIAN KENDIRI

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 13: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 13

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

iii. Pengkosan Berkelompok

iv. Pengkosan Proses

v. Pengkosan Perkhidmatan

Soalan 9-2

Huraikan ciri-ciri pengkosan tempahan kerja.

Page 14: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 14

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

Adakah anda telah mencuba dahulu?jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 9-1

i. Pengkosan Tempahan Kerja

Iaitu kaedah pengkosan yang digunakan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan mengikut kehendak pelanggan secara khusus dan tempahan disiapkan dalam tempoh masa yang pendek.

ii. Pengkosan Kontrak

Kaedah ini digunakan bagi mengumpul kos yang terlibat bagi kerja-kerja yang berbentuk pembinaan. Unit kos adalah besar dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Kontrak biasanya dilaksanakan jauh dari premis perniagaan. Contoh pembinaan bangunan atau janakuasa elektrik.

iii. Pengkosan Berkelompok

MAKLUMBALAS

PENGKOSAN TEMPAHAN

KERJA

Page 15: Pengkosan Tempahan Kerja 1

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 9 / 15

Kaedah ini digunakan di kilang-kilang yang menghasilkan barangan yang sama, di mana setiap kelompok mengandungi sejumlah barangan yang serupa. Contoh kaedah pengkosan berkelompok digunakan dalam industri pembuatan barangan plastik, kasut, nat atau roti.

Dalam pengeluaran kasut, sejumlah kasut yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama dihasilkan dari semasa ke semasa.

iv. Pengkosan Proses

Ia digunakan bagi sektor pengilangan yang menghasilkan keluaran dalam volum yang besar terdiri daripada barangan yang sama melalui aliran pengeluaran yang berterusan.

Ia adalah satu kaedah untuk menentukan kos produk pada setiap proses pengeluaran. Industri yang menggunakan kaedah ini seperti industri membuat sabun, kertas, cat dan penapisan minyak.

v. Pengkosan Perkhidmatan

Kaedah pengkosan yang digunakan bagi menentukan kos penyediaan perkhidmatan yang diberikan. Perkhidmatan terdiri daripada berbagai-bagai jenis kegiatan seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan.

Jawapan 9-2

Ciri-ciri pengkosan tempahan kerja.