pengkhianatan: satu renungan jumaat...

4
Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan kita pernah mengalami beberapa bentuk pengkhianatan, sama ada pelanggaran amanah, pendedahan keyakinan, pelanggaran perjanjian, atau sekadar kehilangan kesetiaan dalam menjaga satu persahabatan. Pengkhianatan sering membuat mangsa berasa marah dan keliru. Si pengkhianat juga mungkin harus berurusan dengan rasa bersalah dan malu, sehingga lazim bagi mereka memberi pelbagai alasan atau cuba membenarkan tindakan pengkhianatan mereka. Mungkin anda dapat memahami kesakitan yang Yesus alami pada malam Jumaat Agung yang pertama. Lukas memberitahu kita, “Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, salah seorang dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk mencium-Nya. Yesus berkata kepadanya, “Yudas, adakah dengan ciuman engkau mengkhianati Anak Manusia?”” (Lukas 22: 47-48) Ada dua aspek tumpuan kita semasa merenungkan makna kematian Yesus di kayu salib di Jumaat Agung ini. Aspek pertama - Yudas adalah salah seorang dua belas murid-Nya. Dia telah menghabis- kan masa 3 tahun dengan Yesus. Walaupun berjalan dekat dengan Yesus, Yudas menyerahkan Dia kepada musuh. Semua orang mengkhianati Yesus pada malam itu. Petrus yang menyangka dia begitu setia menyangkal Yesus beberapa jam kemudian. Mereka semua lari bertempiaran. Selepas 3 tahun latihan satu-sama-satu yang intensif, mereka semua mengkhianati-Nya dengan cara tersendiri. Aspek kedua - Ketuhanan Yesus sebagai Anak Manusia. Dia adalah Anak Allah yang meninggalkan syurga untuk menjadi Anak Manusia. Kita menyembah Yesus yang sahih, bukan Yesus dari imaginasi kita. Kita taat kepada Tuhan Yesus, bukan Yesus yang "mudah". Kita melayani Raja Yesus dan melakukan apa yang Dia kehendaki dan harapkan, BUKAN apa yang kita inginkan atau harapkan. Kekristianan adalah mengenai rancangan-NYA, bukan kita. Jika kita jujur dengan diri kita, kita akan dapati unsur-unsur Yudas di dalam diri kita – SEORANG KRISTIAN YANG BERPURA-PURA. Kita bergaul dengan orang Kristian. Kita pergi ke gereja. Kita tahu semua cerita. Kita fikir kita tahu apa yang berlaku. Tetapi tiba di suatu ketika apabila kita bersemuka dengan Yesus yang sebenar, kesetiaan sejati kita dicabar. Adakah kita akan benar-benar mengikuti Dia, atau kita akan mengkhianati Dia dengan tindakan kita? Ada di antara kita seperti Petrus di taman – SEORANG KRISTIAN PEMBELA. Kami bersedia mempertahankan versi iman kita kepada semua orang yang percaya secara berbeza daripada kita. Kita tahu ayat-ayatnya. Kita tahu doa-doa itu. Kita tahu sejarah. Kita tahu teologi itu. Kita tahu segala- galanya tentang agama Kristian kecuali Kristus yang memberitahu kita untuk mengikut-Nya. Apa yang berlaku kepada para rasul yang telah mengubah dunia selepas kebangkitan? Mereka berhenti menjadi orang Kristian YANG BERPURA-PURA. Mereka berhenti menjadi orang Kristian PEMBELA. Mereka menjadi KRISTIAN YANG TUNDUK! Mereka berhenti berusaha untuk menerapkan definisi pengikut Kristus versi mereka dan mereka mula menjalani kehidupan penyerahan diri yang diperkasakan oleh kepada kehendak-Nya dan rencana-Nya untuk hidup mereka. Bagaimana dengan anda? Adakah anda menjalani kehidupan BERPURA-PURA atau PEMBELA? Cabaran Jumaat Agung adalah satu cabaran untuk menjalani kehidupan YANG TUNDUK. Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Upload: others

Post on 01-Sep-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agungwawasanpenabur.org/bm/wp-content/uploads/2014/05/Berita... · 2020. 4. 13. · Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan

Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan kita pernah mengalami beberapa bentuk pengkhianatan, sama ada pelanggaran amanah, pendedahan keyakinan, pelanggaran perjanjian, atau sekadar kehilangan kesetiaan dalam menjaga satu persahabatan. Pengkhianatan sering membuat mangsa berasa marah dan keliru. Si pengkhianat juga mungkin harus berurusan dengan rasa bersalah dan malu, sehingga lazim bagi mereka memberi pelbagai alasan atau cuba membenarkan tindakan pengkhianatan mereka. Mungkin anda dapat memahami kesakitan yang Yesus alami pada malam Jumaat Agung yang pertama. Lukas memberitahu kita, “Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, salah seorang dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk mencium-Nya. Yesus berkata kepadanya, “Yudas, adakah dengan ciuman engkau mengkhianati Anak Manusia?”” (Lukas 22: 47-48) Ada dua aspek tumpuan kita semasa merenungkan makna kematian Yesus di kayu salib di Jumaat Agung ini. Aspek pertama - Yudas adalah salah seorang dua belas murid-Nya. Dia telah menghabis-kan masa 3 tahun dengan Yesus. Walaupun berjalan dekat dengan Yesus, Yudas menyerahkan Dia kepada musuh. Semua orang mengkhianati Yesus pada malam itu. Petrus yang menyangka dia begitu setia menyangkal Yesus beberapa jam kemudian. Mereka semua lari bertempiaran. Selepas 3 tahun latihan satu-sama-satu yang intensif, mereka semua mengkhianati-Nya dengan cara tersendiri. Aspek kedua - Ketuhanan Yesus sebagai Anak Manusia. Dia adalah Anak Allah yang meninggalkan syurga untuk menjadi Anak Manusia. Kita menyembah Yesus yang sahih, bukan Yesus dari imaginasi kita. Kita taat kepada Tuhan Yesus, bukan Yesus yang "mudah". Kita melayani Raja Yesus dan melakukan apa yang Dia kehendaki dan harapkan, BUKAN apa yang kita inginkan atau harapkan. Kekristianan adalah mengenai rancangan-NYA, bukan kita. Jika kita jujur dengan diri kita, kita akan dapati unsur-unsur Yudas di dalam diri kita – SEORANG KRISTIAN YANG BERPURA-PURA. Kita bergaul dengan orang Kristian. Kita pergi ke gereja. Kita tahu semua cerita. Kita fikir kita tahu apa yang berlaku. Tetapi tiba di suatu ketika apabila kita bersemuka dengan Yesus yang sebenar, kesetiaan sejati kita dicabar. Adakah kita akan benar-benar mengikuti Dia, atau kita akan mengkhianati Dia dengan tindakan kita? Ada di antara kita seperti Petrus di taman – SEORANG KRISTIAN PEMBELA. Kami bersedia mempertahankan versi iman kita kepada semua orang yang percaya secara berbeza daripada kita. Kita tahu ayat-ayatnya. Kita tahu doa-doa itu. Kita tahu sejarah. Kita tahu teologi itu. Kita tahu segala-galanya tentang agama Kristian kecuali Kristus yang memberitahu kita untuk mengikut-Nya. Apa yang berlaku kepada para rasul yang telah mengubah dunia selepas kebangkitan? Mereka berhenti menjadi orang Kristian YANG BERPURA-PURA. Mereka berhenti menjadi orang Kristian PEMBELA. Mereka menjadi KRISTIAN YANG TUNDUK! Mereka berhenti berusaha untuk menerapkan definisi pengikut Kristus versi mereka dan mereka mula menjalani kehidupan penyerahan diri yang diperkasakan oleh kepada kehendak-Nya dan rencana-Nya untuk hidup mereka. Bagaimana dengan anda? Adakah anda menjalani kehidupan BERPURA-PURA atau PEMBELA? Cabaran Jumaat Agung adalah satu cabaran untuk menjalani kehidupan YANG TUNDUK.

Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agungwawasanpenabur.org/bm/wp-content/uploads/2014/05/Berita... · 2020. 4. 13. · Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan

Menjambatani Komuniti Kristian

Biarlah Cahaya-Mu Bersinar!

Kadang kala orang luar tidak dapat membayangkan betapa luasnya Sarawak. Perjalanan boleh mengambil masa sehingga berjam-jam atau bahkan berhari-hari, melalui sungai dan lebih sering dengan berjalan kaki. Saya Esly Ulley, seorang pastor penginjil yang melayani di Kampung Rantau Limau, sebuah kampung Iban yang terpencil di Ulu Sungai Kanowit. Ini adalah tahun kedua saya melayani di kawasan itu setelah tamat pengajian dari Sekolah Alkitab Buduk Aru pada tahun 2018.

Kami berkesempatan melayani kanak-kanak SK Nanga Jambu di Ulu Sungai Kanowit, sekolah paling terpencil di Julau. Ia adalah kira-kira 30 minit perjalanan melalui jalan tanah dari Rantau Limau. Sebelum ini Nanga Jambu hanya boleh diakses oleh sungai, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini sudah ada jalan balak yang menghubungkannya dengan kampung-kampung lain. Jika anda datang dari Sarikei, ia mengambil masa kira-kira sejam di jalan berturap ke Pakan, dan 2 jam lagi ke Nanga Jambu melalui Nanga Entaih.

Terpencil namun tidak dilupakan. Sekolah ini hanya mempunyai 52 pelajar dan 12 guru. Majoriti berasal dari latar belakang pagan, berumur antara 5-12 tahun. Pada tahun ini, hanya seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Saya mula menjangkau ke sekolah ini tahun lepas, mengadakan persekutuan bulanan, biasanya pada malam Isnin. Pada masa ini kami mempunyai 35-40 pelajar yang menghadiri persekutuan itu. Hanya 8 murid dari gereja SIB setempat, selebihnya adalah Katolik dan pagan. Tetapi mereka semua menikmati persekutuan itu. Kami bernyanyi, belajar Firman Tuhan dan berdoa untuk satu sama lain.

Saya menghubungi Wawasan Penabur untuk Alkitab Kanak-Kanak tahun lepas dan mengambil 3 kotak (60 buku) di Sibu pada awal tahun ini. Alkitab Kanak-Kanak telah menjadi rahmat kepada kanak-kanak kerana mereka kini mempunyai Alkitab sendiri. Puji Tuhan kerana orang tua mengizinkan anak-anak mereka mengikuti persekutuan ini. Sesetengah ibu bapa, walaupun buta huruf, juga suka “membaca” Alkitab itu.

Malaysia penuh api kemuliaan-Nya Malaysia penuh kasih dan kuasa-Nya Malaysia pelita dan garam dunia Malaysia bermazmur bagi-Nya

Berdoalah agar cahaya Tuhan akan terus bersinar bahkan di perkampungan Iban yang terpencil itu.

Page 3: Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agungwawasanpenabur.org/bm/wp-content/uploads/2014/05/Berita... · 2020. 4. 13. · Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Buku & Video Baru PKP tidak menghalang pelayanan kami untuk terus menghasilkan lebih banyak bahan Kristian. Layari situs web Sabda Harian kami. Kami mempunyai satu siri doktrin asas Kristian (Siri Asas Kepercayaan Kristian) yang boleh didapati dalam bentuk siri pengajaran video dan eBook yang boleh dimuat turun.

Ada enam buku baru (dalam Siri Menjelajah Alkitab kami) yang sekarang dalam fasa terjemahan dan pengeditan. Nantikan juga buku baru kami, Pengenalan Kepada Kristologi, karya Mark Jones, yang boleh didapati selepas tempoh PKP tamat.

Beberapa penterjemah kami yang juga adalah doktor junior juga berkhidmat tanpa mengenal lelah di hospital-hospital selama tempoh yang mencabar sekarang. Ingatlah semua pahlawan tanpa tanda jasa ini dalam doa-doa kita – para petugas kesihatan, polis dan angkatan bersenjata

Hanya Satu Wabak! Oleh Mike Bamiloye

Hanya satu Wabak, dan Dunia berhenti. Hanya Satu Wabak, dan Kerajaan Dunia ditundukkan. Hanya Satu Wabak, dan Kuasa Dunia kebingungan. Hanya Satu Wabak, dan Semua Orang terkejar-kejar

mencari Keselamatan. Hanya Satu Wabak, dan semua Ekonomi ditutup. Sekolah ditutup. Pejabat ditutup. Jalan-jalan ditinggalkan.

Hanya Satu Wabak, dan Mekah menghantar kembali semua peziarahnya. Yerusalem memulangkan semua Pelancong mereka. Dan Vatican City ditutup.

Hanya Satu Wabak. Gereja ditutup. Masjid ditutup. Acara Sukan ditangguhkan. Kelab-kelab ditutup. Hanya satu Wabak dan Industri Hiburan meratap sedih.

Hanya Satu Wabak. “Jangan lagi berjabat tangan!” “Jangan lagi memeluk satu sama lain!” “Jarakkan satu meter”. Hanya Satu Wabak!

Sebelum Wabak, Ada negara yang mengancam perang kepada negara lain. Ada negara-negara yang membuli negara-negara lain. Ada perang di Syria. Ada pemberontakan di Iran. Ada krisis di Turki. Ada protes dan Kerusuhan Politik.

Tetapi Wabak itu timbul dan menenangkan Semuanya. Perang berhenti kerana Wabak Kerusuhan berhenti kerana Wabak. Sukan Olimpik ditunda kerana Wabak. Semua orang berlari ke rumah mereka. Semua orang bersembunyi hanya kerana Satu Wabak!

TETAPI APA YANG ANDA AKAN LAKUKAN TENTANG

WABAK, WABAK DAN LEBIH BANYAK WABAK, Apabila Sangkakala berbunyi dan Yesus datang dan pergi dengan Orang Suci yang telah Dibasuh oleh Darah-Nya sendiri? SELAMAT DATANG KE RAPTAI PENUH! Semoga kita tidak terlepas dari pengangkatan dalam

nama Yesus itu!

Alamat Surat-Menyurat:

P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46787 Petaling Jaya, SELANGOR

Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: wawasanpenabur.org

sabdaharian.com

Page 4: Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agungwawasanpenabur.org/bm/wp-content/uploads/2014/05/Berita... · 2020. 4. 13. · Pengkhianatan: Satu Renungan Jumaat Agung Pengkhianatan! Kebanyakan

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Sponsor dan dukung “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” Wawasan Penabur

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Badan Pengurus (Penabur): • Chow Chee Yan (Petaling Jaya Evangelical Free Church)

• Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

• Randy Singkee (Sungai Way-Subang Methodist Church)

• Rev Danil Raut (BEM Sarawak, Legacy Builder Ministry)

Badan Penasihat: • Rev Wong Fong Yang (Senior Pastor, City Discipleship

Presbyterian Church) • Rev Datuk Jerry Dusing (President, SIB Sabah)

• Lim Heng Seng (Peguam, SIB KL)

• Rev Jasme Dairis (Presiden, SIB Semenanjung)

http://sabdaharian.com/

Menyumbang pada “Projek Digital Sabda Harian”

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Emmaus Initiative 2019

Kami memuji Tuhan untuk 185 set pek Emmaus Initiative telah diedarkan kepada semua pelajar penamat dari 9 Sekolah Alkitab di Sabah dan Sarawak tahun lepas.

Satu Anak Kristian Satu Alkitab

Kami mengucapkan syukur kepada Tuhan untuk para penderma (individu dan gereja) yang telah membuat 10,000 Kanak-Kanak Alkitab dan 10,000 Singa Yehuda (bernilai RM 130,000) tersediakan untuk diedarkan ke semua sekolah rendah di Sarawak melalui Scripture Union Sarawak pada tahun ini.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon: _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)