pengiraan-indeks-diskriminasi-item.doc

3
aaaaIDmPengiraan Indeks Diskriminasi Item -Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar mmLangkah-langkah Pengiraan Mehrens & Lehmann (1991) a) Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi). b) Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) – Total). c) Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU –RL) dengan separuh T(L+U) seperti berikut: Indeks Diskriminasi(d) = (Ru-RL) [½ T( L+U)] d) Contoh - andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah 54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenal pasti, didapati 45 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45). Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL= 15). - Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T = 54 + 54 = 108). Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

Upload: teokimmoi

Post on 14-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengiraan-Indeks-Diskriminasi-Item.doc

aaaaIDmPengiraan Indeks Diskriminasi Item-Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar

mmLangkah-langkah Pengiraan Mehrens & Lehmann (1991)

a) Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajarberpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).

b) Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU – Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) – Total).

c) Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU –RL) dengan separuh T(L+U) seperti berikut:

Indeks Diskriminasi(d) = (Ru-RL) [½ T( L+U)]

d) Contoh- andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah 54 orang

(27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenal pasti, didapati 45 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45). Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL= 15).

- Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T = 54 + 54 = 108). Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

Indeks Diskriminasi(d)= (Ru-RL) = (45-15) = 30 =0.56 [ ½ T(L+U) ] [½ 108] 54

Dalam contoh ini, Indeks Diskriminasi boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU – RL = 54 – 0 = 54):

Indeks Diskriminasi(d)= (Ru-RL) = (54 -0) = 54 = 1.00 [ ½ T(L-U)] [ ½ x108] 54

Page 2: Pengiraan-Indeks-Diskriminasi-Item.doc

f) Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajarberpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama (R – R = 0)

Indeks Diskriminasi(d) = (Ru-RL) = (0) = 0 = 0.00 [ ½ T(L+U) [ ½ x108] 54 Akhirnya, Indeks Diskriminasi boleh bernilai -1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU – RL = 0 - 54 = -54)

Indeks Diskriminasi(d) = (Ru-RL) = (0-54) = -54 = 1.00 [ ½ T(L-U) [ ½ x108] 54

Kesimpulan Indeks Diskriminasi

i. Boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00.

ii. item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan pelajar berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul daripada pelajar berpencapaian rendah.

iii. Nilai Indeks Diskriminasi hampir kepada 1.00, bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) sebab ia dapat membezakan (discriminate) pelajar berpencapaian tinggi/pandai daripada pelajar berpencapaian rendah/lemah

iv. Soalan-soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi positifyang menghampiri 0.00, soalan-soalan ini dikatakan tidak baik untuk PRN, sebab ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah

v. Soalan-solan yang mempunyai Indeks Diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, soalan-soalan ini tidak baik untuk PRN, sebab ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.

Jadual 5.3 Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item Nilai (d) Pengkelasan Item

0.00-0.10 Tidak baik

0.11-0.20 Kurang baik

0.21-0.30 Sederhana baik

0.31-0.40 Baik

0.41-1.00 Sangat baik

Page 3: Pengiraan-Indeks-Diskriminasi-Item.doc