penghargaan & pendahuluan

3
PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan Pendidikan Negara Bangsa dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Tuan Haji Arshad bin Ismail kerana tunjur ajar dan garis panduan yang diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tugasan ini tidak mungkin dapat disiapkan dengan jayanya. Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada ahli keluarga kami terutamanya kepada kedua iba bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami dan sentiasa memberi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa doa dan sokongan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami menjadi sia- sia. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah memberi bantuan dalam membantu untuk menambahbaikan lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Akhir sekali, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. i

Upload: jayne-henry

Post on 03-Jul-2015

832 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN & PENDAHULUAN

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan

Pendidikan Negara Bangsa dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Tuan Haji Arshad bin Ismail kerana

tunjur ajar dan garis panduan yang diberikan kepada kami sepanjang tempoh kami

menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tugasan ini tidak mungkin dapat

disiapkan dengan jayanya.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada ahli

keluarga kami terutamanya kepada kedua iba bapa kami yang sentiasa mendoakan

kejayaan kami dan sentiasa memberi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa doa dan

sokongan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami menjadi sia-sia.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah memberi bantuan dalam

membantu untuk menambahbaikan lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar

rakan-rakan banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu

sempurna.

Akhir sekali, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang

telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan

dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

i

Page 2: PENGHARGAAN & PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Pembentukan sebuah negara berdaulat dan merdeka memerlukan satu proses

yang berterusan dan konsisten. Malaysia yang ada hari ini merupakan sebuah negara

bangsa yang telah melalui satu proses pendidikan negara bangsa yang cukup unik dan

tersendiri. Banyak proses pembentukan dan pendidikan yang pernah dilalui oleh

masyarakat tempatan dan imigran yang akhirnya melahirkan sebuah negara yang boleh

membanggakan bagi seluruh warganegara Malaysia. Setiap warganegara Malaysia hari

ini perlu berasa bertanggungjawab untuk memastikan proses pembentukan negara

bangsa Malaysia berada pada landasan yang betul.

Setelah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, kini kita sedang bergerak

melaksanakan strategi perindustrian dan pemodenan yang pesat dalam usaha menjadi

sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.  Seiring dengan ekonomi Malaysia

untuk menjadi lebih berintegrasi dalam sistem ekonomi dunia yang global sifatnya,

masyarakat Malaysia juga tidak terkecuali mengalami perubahan pemodenan yang

pesat. Justeru, pembangunan pendidikan telah dikenalpasti sebagai wahana utama

untuk membolehkan perubahan pemodenan berlaku dengan berkesan, di samping

mencorak bersama pembinaan negara bangsa.

Sungguhpun demikian, satu ciri penting yang muncul dalam proses perubahan

ini ialah pertarungan yang tajam antara hubungan komuniti bersama budaya dan nilai

lama yang sudah mantap pada satu pihak, dengan hubungan sosial bersama budaya

dan nilai baru yang bersifat kontraktual dan ditentukan oleh kuasa pasaran yang begitu

berpengaruh di pihak lain. Pertarungan nilai ini juga tercermin dalam pelbagai bentuk

dalam semua bidang, termasuklah bidang pendidikan. Dalam hal ini, suatu wacana

yang serius tentang persoalan pertarungan nilai ini sama ada nilai universal, nasional

mahupun setempat dalam pembinaan negara bangsa, khususnya yang membabitkan

pembangunan pendidikan di Malaysia adalah sangat relevan dan perlu diberikan

perhatian mendalam.

ii