penghargaan

Upload: noor-amiza

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penghargaan

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Daun selasih si bunga kasturi,Tumbuh menjulur di dalam taman,Terima kasih si daun keladi,Puji dan syukur kepada Tuhan,

Pertama sekali, kami ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekalian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah baginda. Alhamdulillah, Kerja Kursus PIM3107 iaitu Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami, Ustaz Azharuddin bin Zani yang telah mengajar kami kursus tersebut dan telah banyak memberikan sokongan, galakan serta perangsang yang sepenuhnya kepada kami untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami secara langsung atau tidak langsung dalam mencari bahan-bahan penting seperti buku rujukan, laman sesawang yang berkaitan, sumbangan idea dan lain-lain bagi digunakan bagi menyempurnakan kajian kursus ini.Akhir kata kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan semasa kami menjalankan tugasan ini kerana sesungguhnya sebagai makhluk Allah SWT tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Sekian terima kasih.