penghargaan

6

Click here to load reader

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 12-May-2015

8.339 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penghargaan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah

mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan

sempurna.

Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ini adalah atas

bantuan pelbagai pihak. Antara mereka termasuklah orang perseorangan. Mereka yang

dimaksudkan ialah rakan sekelas saya yang membantu dalam menyiapkan tugas ini.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

Encik Suhaimi b. Sahat, pensyarah pembimbing saya kerana banyak membimbing dalam

menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan

kerja kursus ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi beliau tetap ada masa untuk bersama saya

serta rakan-rakan dalam memberi penerangan tentang kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada

kerja kursus ini.

Page 2: Penghargaan

Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan

Tugasan Projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi, PJM 3106.

Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya

perolehi. Pengetahuan yang saya perolehi antaranya ialah dapat mengetahui

sesuatu aktiviti yang diadakan dalam latihan litar, latihan spesifik yang sesuai untuk

program latihan dan komponen-komponen otot yang terlibat dalam latihan tersebut.

Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu saya tidak mengetahui perkara ini. Selain

itu, saya juga dapat mengetahui pengiraan kadar nadi, kadar nadi selepas latihan,

intensiti latihan, jangka masa latihan dan beberapa perkara lain yang terlibat. Saya

juga memperoleh pengalaman melakukan latihan litar dan melihat sendiri perubahan

kadar nadi saya. Oleh itu, melalui kerja kursus ini, banyak perkara baru yang saya

pelajari.

Disamping itu, saya juga dapat melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya

untuk berfikir melalui pengolahan isi penting yang diperolehi. Oleh itu, selain

daripada melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk berfikir, saya juga

dapat mengenal pasti isi penting yang perlu diambil. Ianya amat berguna untuk saya

bagi meningkatkan keupayaan saya dalam pembelajaran serta memotivasikan diri

saya.

Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa

masalah antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Selain itu, masa agak suntuk

kerana saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain.

Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuan

pensyarah dan rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan silaturrahim yang dijalinkan

lebih erat.

Page 3: Penghargaan

Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingan

daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu Encik Suhaimi b. Sahat. Beliau telah

memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya rasa

amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagi

menyiapkan diri sebagai seorang guru pada masa hadapan dan menambah ilmu

pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap peka terhadap situasi amat

penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak ketinggalan.

Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran

pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada kerja kursus

ini.

Page 4: Penghargaan

Kadar Nadi

Dilayari pada 1 September, 2010 di,

file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/kada

r-nadi.html

Latihan Litar

Dilayari pada 1 September, 2010 di,

file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/Latihan

%20Litar%20%C2%AB%20Sukan%20Dan%20Rekreasi.htm

Pengiraan Kadar Nadi

Dilayari pada 5 September, 2010 di,

file:///C:/Users/faizan%20shabudin/Desktop/ANATOMY/Prosedur-Pengiraan

Kadar-Denyutan-Nadi-Dalam-Program-Senama1.htm

Kecergasan

Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://abscergas.blogspot.com/

Denyutan Jantung

Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://www.ozone.com.my/info_kesihatan-

denyutan%20jantung.htm

Page 5: Penghargaan

No. Isi Kandungan Muka Surat

1.2.3.4.5.6.7.8. 9.

10.11.12.13.14.

Soalan tugasanProfil pelajarBorang kolaborasiPenghargaanPengenalan Anatomi dan Fisiologi Latihan LitarKadar Denyutan Nadi (KDN)Kepentingan & Carta Alir Kadar Nadi rehatPengiraan Kadar Nadi Pengelolaan AktivitiBorang Skor & Graf PurataLampiran Refleksi individuRujukan

Page 6: Penghargaan