penggunaan terapi seni

3
Penggunaan Terapi Seni ( lukisan) Terhadap Kemahiran Komunikasi Sosial Untuk Kanak-kanak Autistik. PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pendidikan khas adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid bekeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid- murid khas. Ini termasuklah menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid bekeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003) Pendidikan khas didefinasikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid bekeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan murid. Ia memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Murid bermasalah pembelajaran adalah murid yang mempunyai masalah kognitif ( kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar ( educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran dibawah tanggungjawab KementerianPendidikan Malaysia ialah: 1. Sindrom Down 2. Austisme ringan 3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ ADHD) 4. Terencat akal minima 5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability) 6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (contoh : Disleksia) Garciulo (2003) pula menyatakan “Individuals who differ from social or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristic. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs”. McDowell dan Keenam (2001) mengklasifikasikan murid-murid berkeperluan khas kepada kerencatan akal, masalah tingkah laku, autisme, masalah pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan

Upload: ericpoon8888

Post on 24-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

terapi

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Terapi Seni

Penggunaan Terapi Seni ( lukisan) Terhadap Kemahiran Komunikasi Sosial Untuk Kanak-kanak Autistik.

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan khas adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid bekeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuklah menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid bekeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003) Pendidikan khas didefinasikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid bekeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan murid. Ia memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Murid bermasalah pembelajaran adalah murid yang mempunyai masalah kognitif ( kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar ( educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran dibawah tanggungjawab KementerianPendidikan Malaysia ialah:

1. Sindrom Down2. Austisme ringan3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ ADHD)4. Terencat akal minima5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (contoh : Disleksia)

Garciulo (2003) pula menyatakan “Individuals who differ from social or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristic. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs”. McDowell dan Keenam (2001) mengklasifikasikan murid-murid berkeperluan khas kepada kerencatan akal, masalah tingkah laku, autisme, masalah pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Gargiulo (2003) pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada Sembilan kategori iaitu:

1. Terencat akal (Mental Retardation)2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku (Emotional or behavioural disorders)4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)5. Masalah bahasa dan pertuturan (Speech and language disorders)6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorders)9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan (Physical or health disability)

Page 2: Penggunaan Terapi Seni

Mendidik murid-murid dengan autime adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativit. Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan murid-murid dengan autisme di sekolah. Ini kerana, kanak-kanak dengan autisme ini sukar dikenal pasti secara fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenalpasti riak muka, bahasa tubuh tau perlambangan dan nada suara yang berbeza bagi menafsir perasaan. Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk “ Autistic Children Can Be Taught To Read” menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak dengan autisme sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka.

Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti iaitu bahan maujud berbanding bahan yang berbentuk fantasi. Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca kepada murid-murid dengan autisme sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan. Berdasarkan jurnal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak dengan autisme memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambarajah. Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan dalam kajian bahawa untuk memulakan pengajaran kepada murid dengan autisme, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Keprihatinan guru dalam mengenalpasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkahlaku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri sendiri atau orang lain.