penggunaan seni khat dalam tulisan jawi : satu

25
2015 PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTAN ILHAM BIN CHE DAUD @ ZAKARIA SARJANA SASTERA

Upload: danglien

Post on 21-Dec-2016

349 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

2015

PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI :

SATU TINJAUAN DI NEGERI KELANTAN

ILHAM BIN CHE DAUD @ ZAKARIA

SARJANA SASTERA

Page 2: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

2015

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi : Satu Tinjauan

Di Negeri Kelantan

oleh

Ilham Bin Che Daud @ Zakaria

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah

Sarjana Sastera

Pusat Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insaniah

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Page 3: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-

mana universiti dan institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

kertas atau akses terbuka dalam talian (teks penuh).

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia

Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh

organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama

Tarikh: Tarikh:

i

Page 4: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarga dan para sahabat

baginda, dan seluruh doa buat umat Islam agar sentiasa dalam kerahmatan Allah.

Buat pertama kalinya saya mengucapkan syukur kepada Allah di atas kurniaanNya,

diberi nikmat iman dan Islam serta kesejahteraan dalam menjalankan ibadah sebagai

hambaNya di bumi ini.

Di dalam menjalankan kajian serta penyelidikan peringkat sarjana ini,banyak

jalanan serta kemudahan yang telah dibukakan Allah terhadap saya untuk menempuhi

tempoh kajian yang sungguh mencabar. Namun segalanya diperudahkan Allah atas nawaitu

dan niat saya demi membuktikan sesuatu perkara yang wajar diketahui oleh setiap orang

dan bidang penyelidikan.

Tajuk “Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di Negeri

Kelantan” merupakan tajuk pilihan hasil dari perbincangan saya bersama penyelia utama

saya iaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa dan Profesor Dr. Ab. Aziz. Pemilihan tajuk tersebut

dilihat sangat penting berdasarkan pola masyarakat negeri Kelantan yang telah lama

menjadikan seni Khat dan Jawi sebagai tulisan utama dan rasmi dalam pelbagai urusan.

Bahkan, kajian ini juga merungkaikan pelbagai sejarah dan kepentingannya kepada

masyarakat sejak zaman-berzaman. Oleh itu, kajian ini menyeliputi hampir pelbagai aspek

samada dari segi kegunaan harian, rasmi, urusan kerajaan dan kesenian.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua musyrif

iaitu Doktor Nik Yusri Bin Musa jua Profesor Doktor Ab. Aziz di atas dorongan dan tunjuk

ajar dalam membantu saya menyiapkan kajian dan penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga

buat kedua ibubapa Tuan Haji Zakaria Bin Yacob dan Puan Hasnah Binti Mat Yajid di atas

nasihat dan sumbangan dalam pelbagai aspek sehinggalah saya berada di tahap ini.

Kepada isteri dan anak-anak yang tercinta, Siti Nur Adilah Binti Kamarudin, Ummu

Hani dan Muhammad Umayr, terima kasih kerana sanggup menahan karenah dan

membantu dalam menyiapkan tesis ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian

semua di dunia dan di akhirat.

Akhir kalam, terimalah kajian ini sebagai hadiah buat kalian demi penyambung

generasi berilmu di dunia dan di akhirat dan permata ini jualah tinggalan yang akan

membuktikan bahawasanya ilmu itu sangat berharga. Insya Allah.

Page 5: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

iii

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI GAMBARAJAH vii

SENARAI GRAF viii

ABSTRAK ix

ABSTRACT x

SENARAI TRANSLITERASI xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Dan Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.6 Nilai Yang Boleh Digunapakai 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Pengertian Tajuk 16

1.9 Kajian Literatur 17

1.10 Metodologi Kajian 21

1.11 Kesimpulan 23

BAB 2 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT SERTA

PENGARUHNYA KE ATAS PENULISAN BANGSA MELAYU

ISLAM (JAWI)

2.1 Pendahuluan 25

2.2 Sejarah Penulisan Arab 29

2.2.1 Permulaan Tulisan Arab 32

2.2.2 Penulisan Di Zaman Sebelum Islam Dan Selepas Islam 37

Page 6: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

iv

2.3 Perkembangan Seni Khat 41

2.4 Jenis-Jenis Khat (Aqlam al-Sittah) 45

2.4.1 Khat Kufi 45

2.4.2 Khat Nasakh 47

2.4.3 Khat Thuluth 49

2.4.4 Khat Riqa’ah 51

2.4.5 Khat Diwani 52

2.4.6 Khat Ta’liq (Farisi) 53

2.5 Pengaruh Tulisan Arab Dan Seni Khat Di Nusantara 54

2.5.1 Pengaruh Aksara Arab Terhadap Penulisan Bahasa Melayu 57

2.6 Pengaruh Seni Khat Dalam Tinggalan Manuskrip Di Nusantara 60

2.7 Pengaruh Seni Khat Dalam Urusan Kerajaan Negeri Kelantan Dahulu 63

Kala

2.8 Kesimpulan 68

BAB 3 PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM PENULISAN JAWI

DI NEGERI KELANTAN

3.1 Pendahuluan 71

3.2 Penggunaan Khat Dan Jawi Dalam Pelbagai Urusan Di Kelantan 72

3.2.1 Pembudayaan Jawi Dan Seni Khat Melalui Sistem Pendidikan 75

3.2.2 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Urusan Istana 78

3.2.3 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Dalam Tujuan Perniagaan 82

3.3 Kesalahan Yang Menjadi Kebiasaan Dalam Penggunaan Khat dan Jawi 85

3.3.1 Kesalahan Pada Papan Tanda Premis Perniagaan 86

3.4 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan 89

3.5 Penggunaan Seni Khat Dan Jawi Sebagai Perhiasan 92

3.5.1 Jenis Khat Yang Biasa Digunakan Di Kelantan 93

3.5.2 Perbezaan Aksara Jawi Moden Dan Jawi Lama 98

3.6 Khat dan Jawi Sebagai Medan Kajian Akademik Di Negeri Kelantan 101

3.7 Kesimpulan Bab 104

Page 7: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

v

BAB 4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 106

4.2 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada Nama 108

Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Kota Bharu.

4.3 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Pada 111

Pernyataan Papan Tanda Dan Iklan.

4.3.1 Domain pernyataan pada papan tanda 111

4.3.2 Domain Iklan 112

4.4 Kajian Terhadap Penggunaan Pernyataan Pada Kain Rentang 114

dan Gegantung

4.4.1 Domain Kain Rentang 114

4.4.2 Domain Pernyataan Pada Gegantung 115

4.5 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Pada Nama Bangunan 117

4.6 Kajian Terhadap Penggunaan Tulisan Khat Dan Jawi Sebagai 118

Hiasan Di Masjid Dan Surau-Surau Terpilih.

4.7 Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Mengikut 120

Pematuhan Yang Ditetapkan.

4.8 Kajian Penggunaan Tulisan Khat Dan Tulisan Jawi Di Dalam 121

Urusan Rasmi Kerajaan

4.9 Kesimpulan Bab 131

BAB 5 RINGKASAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

Ringkasan Kajian Literatur 134

Latar Belakang Kajian 136

Metodologi 139

Perbincangan 148

Cadangan Penambahbaikan Dan Keperluan Kajian Lanjutan 150

Penutup Dan Rumusan 154

Page 8: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

vi

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. MUKA SURAT

2.1 Sejarah Penulisan Khat Arab 30

2.2 Tulisan di kubur ÑAidu Bin Kahilu 31

2.3 Tulisan Heroglif bangsa Mesir Qibti 32

2.4 Penemuan tulisan berbentuk simbol tangan di Gua Magharah 34

Wadi Surah

2.5 Tulisan Naqash Nabati pada akhir kurun keenam 36

2.6 Tulisan Nabatiy yang diajar kepada penduduk Hijjaz dan 36

dinamakan Khat Hijjaziy pada 528 Masih

2.7 Surat Rasulullah SAW kepada Raja Cycrus 37

2.8 Jenis tulisan Khat Kufi Mushaf 40

2.9 Khat Kufi Murabba’ 47

2.10 Basmalah jenis Khat Nasakh 49

2.11 Basmalah gaya Khat Thuluth 50

2.12 Basmalah dengan gaya Khat RiqÑah 51

2.13 Basmalah dengan gaya Khat Diwani 52

2.14 Basmalah dengan gaya Khat Ta’liq 54

2.15 Tulisan Pallava 55

2.16 Tulisan Kawi 57

2.17 Manuskrip Syeikh Wan Ahmad Zain al-Fathoni 64

2.18 Pitis Kijang Kelantan 65

3.1 Khat RiqÑah salah satu sukatan pengajian khat di YIK 76

3.2 Tauliah Ketandaan Pingat Kehormatan dan Pingat Kesultanan Kelantan 79

3.3 Nombor pendaftaran kenderaan Sultan Muhammad ke-V 80

3.4 Kesalahan papan tanda masjid 85

3.5 Kesalahan dari segi kombinasi huruf Rumi dan Jawi 86

3.6 Tulisan Khat Thuluth berdasarkan kitab Holy Bible 87

3.7 Tiada kepatuhan kepada arahan MPKB-BRI 87

3.8 Tulisan Syeikh Wan Ahmad al-Fathani 94

3.9 Cop mohor Sultan Muhammad ke-IV 95

Page 9: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

vii

3.10 Mushaf al-Quran lama negeri Kelantan yang ditemui 1927 96

3.11 Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada Gabenor 97

Inggeris di Singapura 1908/1909 halaman 1

3.12 Tulisan Raja Long Senik Bin Long Kundur kepada Gabenor 99

Inggeris di Singapura 1908/1909 halaman 2

4.1 Contoh papan iklan kedai yang betul 111

Page 10: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

viii

NO.

4.1

SENARAI GRAF

Nama Premis

MUKA SURAT

108

4.2 Pernyataan dan Papan Tanda 112

4.3 Iklan 113

4.4 Kain Rentang 115

4.5 Gegantung 116

4.6 Nama Bangunan 118

4.7 Masjid dan Surau Terpilih 119

4.8 Pematuhan yang ditetapkan 121

Page 11: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi :

Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan

ABSTRAK

Seni khat dan tulisan Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini umumnya dan di

negeri Kelantan khasnya. Penggunaan huruf Jawi sebagai tulisan ilmiah utama di nusantara

dapat dilihat melalui kitab-kitab dan manuskrip karya ulama terdahulu. Akhbar Utusan

Melayu umpamanya pernah menjadi akhbar utama di kalangan masyarakat Melayu. Tulisan

Jawi berhadapan dengan cabaran semasa seperti proses kemodenan serta dasar pendidikan

anak bangsa yang lebih memberi tumpuan kepada huruf Rumi dan bahasa Inggeris sebagai

bahasa penulisan dan pertuturan utama. Khat atau kaligrafi arab merupakan sebahagian dari

seni penulisan huruf Jawi menghadapi situasi yang sama sebagaimana tulisan Jawi. Seni

khat juga menghadapi senario yang sama dengan tulisan induknya Jawi. Dalam kelesuan

serta ketidak perihatinan masyarakat menjaga tulisan Jawi dan seni khat, kerajaan negeri

Kelantan Darul Naim telah menggubal serta meluluskan Warta Kerajaan Negeri Kelantan,

Majlis Perbandaran Kota Bharu 1990 pada tahun 2007 sebagai asas utama menggalakan

penggunaan Khat dan Jawi sebagai kegunaan utama dalam pelbagai urusan. Menerusi

pemerhatian yang dilakukan terhadap tulisan jawi dan seni khat, terlalu banyak kesilapan-

kesilapan besar yang amat mencacatkan berlaku dalam iklan, papan tanda, banner di sekitar

bandar Kota Bharu. Dalam melaksanakan kajian ini, tiga objektif utama telah digariskan

bagi menyelaraskan dengan persoalan kajian ini iaitu mengkaji sejauh manakah

kepentingan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan negeri Kelantan sebagaimana

yang tercatat pada manuskrip kesultanan silam Kelantan serta sejarah perkembangannya,

kedua mengetahui pelaksanaan tulisan khat dan Jawi dalam urusan kerajaan Kelantan kini

dan yang ketiga mengkaji kepatuhan masyarakat awam terhadap penguatkuasaan MPKB-

BRI berkaitan papan iklan dalam tulisan khat dan Jawi. metod dokumentasi pengumpulan

data yang berkaitan dengan seni khat dan tulisan jawi, wawancara atau temu ramah tokoh

serta pemerhatian sangat sesuai dalam menyelidik serta mengkaji situasi di sekitar bandar

Kota Bharu. Justeru, hasil kajian ini mampu menghasilkan pengetahuan baru serta mampu

diadaptasikan bukan sahaja melalui pihak berkuasa akan tetapi penyelidik melihat Kelantan

mampu menjadi pelopor kepada pusat pengembangan khat dan Jawi di Malaysia.

ix

Page 12: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

The Usage Of Islamic Calligraphy in Jawi Writing:

An Overview In Kelantan

ABSTRACT

Calligraphy and Jawi writing has a long history in Malaysia, particularly in the state of

Kelantan. The use of Jawi as a major scientific writing in the archipelago can be seen

through the previous books and manuscripts from several authors. An example is

Utusan Melayu, which is a major newspaper among the Malay community. However,

Jawi is facing several challenges such as the process of modernity and child education

policy, which focus more on Rumi and English as the main language of writing and

speech. Similarly, Arabic calligraphic and Khat that are part of the art of writing Jawi

letters also face the same problem. Thus, due to the lack of community care and concern

for Jawi script and calligraphy, the State Government of Kelantan Darul Naim has

developed and approved the Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu Municipal

Council 1990 in 2007 as the main basis to encourage the use of Khat and Jawi.

However, the Jawi scripts and calligraphy are losing their uniqueness due to lack of

monitoring and enforcement by the authority. As a result many errors in Jawi writing

and calligraphy are found in advertisements, signboards and banners in the vicinity of

Kota Bharu. In conducting this study, there have three main objectives have been

highlighted to coordinate with research question which is reviewing the extent to which

the interests of calligraphy and Jawi in Kelantan state government affairs as recorded in

ancient manuscripts Kelantan sultanate and historical development, second know the

implementation of calligraphy and Jawi in Kelantan government affairs and a third is

currently reviewing public submissions on enforcement MPKB - BRI related to

billboard in calligraphy and Jawi. To review and document data associated with

calligraphy and Jawi, interview and observations is seen as an appropriate method in

researching and examining the situation in the town of Kota Bharu. Thus, this research

shall generate new knowledge and shall be adopted not only by the authorities but also

other interested parties. It is hoped that, this will place Kelantan as the precursor to the

development of Khat and Jawi center in Malaysia.

.

x

Page 13: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

xi

SENARAI TRANSLITERASI

1. KONSONAN

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

أ

ب

a

b

ل

ظأ

ل

د

ت

sa‟ala

badala

مس t ت

ت

tamr

ى زج th ث

ح

thawrah

مال j ج

ج

jamal

ج Í ح

د

ح

hadith

ل kh خ اد

خ

khalid

ىان d د

د

diwan

ة dh ذ

ه

ر

م

madhhab

مه r ز

ح

ز

Rahman

صم z ش

ش م

zamzam

ا S ض سب

ظ

sarab

مط Sy غ

ش

syams

sabr ص ثس Î ص

س Ì ض

ض م

damir

هس Ï ط

طا

tahir

هس Ð ظ

ظ

zuhr

عc

abd„ ع ثد

ة gh غ

غ

ghayb

fiqh ف قه F ف

ق

ك

Q

K

ض

قا

أ ض

ك

qadi

ka‟s

laban ل ث ه L ل

Page 14: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

xii

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

ماز M م

مص

mizmar

nawm ىم N ن

H ه

ظ

W

ص ل

هث

habata

wasl

Y ي

عاز

yasar

ال LÉ

شالم lÉzim

2. VOKAL

a. Vokal Pendek

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi c

ــ ـــ ـ a ف ع ل fa ala

i ــــ ــ

ــ u ـــ ـ

ة

ع

ة

ح

ت

ك

hasiba

kutiba

b. Vokal Panjang

Page 15: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

xii

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

a ا / ي

ضى

ق

ات ة،

ك

kÉtib, qada

i ي

ك س م

karÊm

Page 16: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

xiii

u ف

ح س

hurËf

c. Diftong

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

aw ق ىل qawl

ay ي

ص ف

عى i ي

ز ج

Îayf

rajci atau raj

ciyy

uww

عد caduww atau

cadu

Page 17: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seni khat yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Islamic Calligraphy

atau Arabic writting, juga disebut dalam bahasa Arab sebagai خط yang bermaksud

menulis1. Manakala Calligraphy bermaksud tulisan yang cantik2.

Dari segi istilah,

seni khat dinyatakan sebagai kesenian yang dicipta bertujuan untuk mengangkat

ketamadunan bangsa Arab dan juga ketamadunan Islam, bahkan seni khat adalah

berbeza berbanding dengan seni kaligrafi yang lain.3

Disebabkan itu, seni khat dikenali sebagai salah satu ciri penulisan atau

kesenian di dalam Islam dan penulisan Jawi. Kepentingan seni tersebut sangat besar

dalam ketamadunan dunia Islam sehingga kehalusannya mencorakkan pandangan

terhadap aspek-aspek berkaitan Islam, contohnya khat dalam seni bina Islam,

penulisan Mushaf al-Quran dengan tulisan Khat Nasakh, kitab-kitab ilmiah dalam

bahasa Arab atau Jawi, dan sebagainya.

1 Mohd Khairi Bin Zainuddin, Mohd Nazri Bin Zainuddin, Mohd Fuad Bin Hj Mohd Isa, 2007, al-Miftah, Kuala Pilah : al- Azhar Media Enterprise, hlm 760.

2 , 1997, Kamus Dwi Bahasa Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 160.

hlm ز.

3 Afifi al-Bahansiy Dr, 1995, MuÑjam MuÎtolihÉt al-Khat al-´Arabiy wa al-KhattatÊn, Lubnan : Maktabah Lubnan Nasyirun,

Page 18: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

2

Manakala tulisan Jawi pula disebut sebagai tulisan Pegon atau tulisan Arab

Gundul,4

dan pengaruh bentuk serta gaya penulisan Jawi adalah kesan daripada

kemasukan Islam ke Tanah Jawa, serta membentuk penulisan asal Jawa daripada

abjad Pegon kepada abjad Arab bahkan menjadi penulisan ilmiah.5

Seni khat bukan

setakat konseptual kepada tulisan serta kesenian bangsa Arab semata-mata, bahkan

dicatatkan oleh sejarah, bahawa ia telah berkembang sehingga mempengaruhi

bangsa Parsi, bangsa Hindi, bangsa Saljuk iaitu orang Turki dan juga penduduk di

kepulauan Melayu iaitu Tanah Melayu, kerajaan Acheh, Pasai, Borneo, dan

Mindanao. Penduduk di kepulauan Melayu di kalangan orang Islam telah

menjadikan khat sebagai resam dalam penulisan Jawi, perkara ini juga berlaku

dalam kalangan penduduk di kepulauan Sulu dan Mindanao (Filiphina).6

Dalam kajian ini, penyelidik melihat dengan pengisytiharan Kota Bharu

sebagai Bandaraya Islam pada 17 November 2005 merupakan detik yang sangat

penting kepada pengiktirafan kerajaan Negeri Kelantan terhadap tulisan Jawi yang

kebiasaannya ditulis dengan seni Khat Nasakh. Pengiktirafan tersebut dilihat

apabila kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar dan bengkel berkaitan

dengan penguatkuasaan tulisan Jawi dan Khat di Bandar Kota Bharu.

4 Noriah Mohamed, 2001, Jurnal Sari 19, Bangi : ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 121.

5

Op Cit, 122.

6

Majid Khairabik, 1992, al-Lughah al-ÑArabiyyah – Jazuraha-Intisharaha-TaÚsiraha Fi al-Syarqiy wa al-Gharbiy, Dimasyq

: Dar SaÑad al-Din, ctk 1, hlm 90.

Page 19: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

3

Pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam

(MPKB-BRI) merupakan badan bertanggungjawab terhadap pemantauan, serta

menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara kelestarian Jawi yang dianggap

penting sebagai ciri sebuah Bandaraya Islam. Elemen yang disentuh untuk

mempertahankan Jawi supaya tidak hilang adalah seperti tulisan, seni khat, dan

penggunaan Jawi. 7

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih satu tajuk iaitu

“Penggunaan Seni Khat Dalam Tulisan Jawi: Satu Tinjauan Di Negeri Kelantan”

yang diharapkan mampu dihuraikan secara akademik sejauh manakah seni Khat

digunakan dalam penulisan Jawi, samada di papan iklan, penulisan rasmi kepala

surat kerajaan negeri, bahan bercetak, dan pelbagai lagi.

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian ini berdasarkan penggunaan seni khat dalam penulisan

Jawi dalam kalangan masyarakat negeri Kelantan, pihak berkuasa tempatan seperti

MPKB-BRI, jabatan-jabatan kerajaan negeri dan pusat, pusat-pusat pengajian tinggi

awam dan swasta terhadap nilai estetika seni khat yang menjadi tunjang, juga

7 Johari Bin Mat Dr, 2008, Seminar Dan Bengkel Tulisan Jawi Sambutan Ulang Tahun ke-3 MPKB-BRI Sempena Tahun

Melawat Kelantan, Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan & MPKB-BRI, hlm 6.

Page 20: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

4

peneraju dalam memartabatkan penulisan Jawi dan Khat agar dipandang indah serta

mampu dilestarikan dalam kalangan masyarakat sekarang dan akan datang.

Sesungguhnya seni khat mempunyai nilai akademik yang sangat tinggi dan

merupakan tulisan yang sangat berkait rapat dengan al-Quran, Hadith, dan kitab-

kitab Jawi tradisional. Bahkan pada awal kebangkitan Islam, wahyu yang

diturunkan ditulis dengan tulisan Khat Kufi yang tidak bertanda atau bertitik.8

Selain itu, jika dilihat kepada sejarah awal kedatangan Islam di Tanah Melayu,

bukti-bukti penemuan Batu Bersurat di Terengganu, penulisan surat kepada

pembesar serta titah sultan dan pelbagai urusan rasmi kerajaan ditulis dalam Jawi

dengan menggunakan seni khat agar mudah dibaca dan difahami.9

Sehubungan

dengan itu, kajian ini juga akan menghuraikan kepentingan seni khat dalam

penulisan Jawi, sebagai cara yang terbaik untuk membuktikan bahawasanya

masyarakat negeri Kelantan telah menjadikan khat dan Jawi sebagai resam

penulisan utama masyarakat dari dahulu sehingga kini, bahkan bersesuaian dengan

gelaran ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Setelah merujuk kepada akta Undang-Undang Iklan Majlis Perbandaran

Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1990, MPKB-BRI telah meletakkan

syarat untuk mempamerkan sesuatu iklan mestilah mempunyai tulisan Jawi,

manakala akta yang sama (Pindaan) 2007 telah meletakkan syarat tulisan Jawi

8

ÑAbd. al-Fattah UbÉdah, t.t, IntisyÉr al-Khat al-ÑArabiy, Kaherah : Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah, hlm 11.

9 Mohd Bakhir Bin Hj Abdullah Dr, 2007, Jurnal Usuluddin,. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, bil 26, hlm 126.

Page 21: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

5

mestilah sama besar dengan perkataan Bahasa Kebangsaan dan diletakkan di atas

sekali.10

Walaupun syarat telah ditetapkan, penulisan Jawi di papan iklan perlulah

ditulis dengan tulisan khat dan dirujuk kepada pakar-pakar yang ada seperti

Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa

Sultan Ismail Petra (KIAS) yang telah mempunyai unit khas bahagian Khat, atau

mana-mana institusi Hal Ehwal Islam dan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang

mempunyai kuasa dalam meluluskan tulisan khat dan juga Jawi agar tidak

menyalahi dari segi kaedah dan seni tersebut.

Berdasarkan kepada undang-undang berkenaan, tulisan Jawi tersebut perlu

ditulis dengan seni Khat Nasakh. Masalah yang ketara adalah tulisan Jawi tidak

mengikut kaedah ditulis dalam pelbagai versi dan gaya tanpa merujuk kepada

kaedah dan gaya khat yang sebenarnya seperti di dalam Mushaf al-Quran atau

tulisan Khat Arab. Situasi ini bukan sahaja akan mematikan tujuan utama Jawi yang

sepatutnya ditulis dengan seni khat, bahkan mematikan identiti Jawi serta bentuk

hurufnya adalah tulisan dan aksara Arab.

Selain itu, wujud juga tulisan yang ditulis dengan khat tetapi terdapat

kesalahan ejaan dan amat mengelirukan. Tahap kesedaran di kalangan masyarakat

di Kota Bharu amat sederhana, begitu jua keadaan di kalangan masyarakat negeri

10

Warta Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, 1990, Undang-Undang Kecil Iklan MPKB-BRI (Pindaan

2007), Kota Bharu : Kerajaan Negeri Kelantan, hlm 2.

Page 22: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

6

Kelantan. Ini disebabkan isu pemantauan yang tidak menyeluruh dari pihak

berkuasa, penerapan seni khat melalui seminar, atau forum tidak dilaksanakan

secara berkala ataupun berperingkat, sehingga terdapat dalam kalangan masyarakat

memandang Khat Nasakh sebagai tulisan Jawi, sedangkan seni khat sangat luas dan

ada pelbagai gaya serta kaedah yang memudahkan orang awam untuk membacanya.

Justeru, penyelidik merasakan satu kajian perlu dilakukan untuk mencari

garis panduan serta penyeragaman seni khat supaya tidak tertumpu kepada Khat

Nasakh semata-mata, untuk memastikan keindahan seni Islam tersebut terus

dilestarikan dan diperluaskan adalah perlu dilakukan.

1.3 Penyataan Masalah

Fenomena penulisan dengan menggunakan komputer telah menjadi

kebiasaan disebabkan ingin melakukan sesuatu dengan pantas serta mudah. Asas

pemikiran tersebut boleh mematikan seni khat dalam kalangan masyarakat Melayu,

sedangkan seni khat merupakan imej masyarakat Islam Nusantara diiringi dengan

tulisan Jawi yang menggunakan huruf Arab iaitu huruf berteraskan wahyu11

.

Penyelidik telah memerhatikan sejauh manakah masyarakat di Kota Bharu

memahami peraturan yang telah digariskan oleh MPKB BRI. Dengan mengambil

pendekatan menguatkuasakan undang-undang pengiklanan, iaitu penggunaan

11

Syahidatul Akma Dunya, 2012, Jawi Khat Lambang Identiti Melayu, Selangor : Rencana Akhbar Sinar Harian.

Page 23: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

7

kaedah seni khat yang sebenar. Permasalahan ini dilihat lebih ketara apabila

wujudnya software tersendiri dalam penghasilan khat.

Dalam kaedah penulisan khat terbahagi kepada beberapa jenis tulisan iaitu

Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat RiqÑah, Khat Diwani, Khat Farisi, dan Khat

Kufi12

. Jenis-jenis khat yang disebutkan oleh penyelidik merupakan tulisan yang

biasa dilihat oleh penyelidik di dalam kawasan Kota Bharu. Jika pihak MPKB-BRI

meletakkan garis panduan berdasarkan jenis-jenis tulisan dan memperluaskan lagi

jenis khat sebagaimana yang dinyatakan, nescaya perkara tersebut sangat bertepatan

dengan tema Kota Bharu Bandaraya Islam.

Penulisan seni khat yang ditulis secara tradisi bagaikan hidup dan seolah-

olah mempamerkan kelembutan huruf al-Quran, sebagaimana kata-kata pujangga

khat Arab dalam syairnya iaitu “Sesungguhnya khat itu seni yang hidup, bila masuk

sahaja dalam komputer terkeluarlah dalamnya roh”.13

Kebanyakan tulisan samada

di iklan-iklan, atau signboard kedai, nama-nama jalan yang ditulis Jawi, boleh

dikatakan banyak menggunakan tulisan komputer. Justeru, bukan sahaja telah

mencacatkan kesenian Islam, bahkan tidak menggambarkan ciri keIslaman pada

bandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam dan juga negeri Kelantan sebagai

Serambi Mekah yang terkenal sebagai pusat pengembangan ilmu.

12 http://ar.wikipedia.org/wiki/طخط_ستة (dilawati 25 Mac 2013)

13

MusÑad Khudir al-Bur SaÑid, 1998, al-Thuluth Jaliy, Kaherah : Dar al-Fadhilah, hlm 135.

Page 24: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

8

Selain itu, wujud ketidakseragaman jenis-jenis tulisan khat pada papan iklan

dan papan tanda jalan. Perkara ini akan mengelirukan orang ramai untuk membaca

tulisan tersebut. Bahkan perlu diteliti dan diperhalusi agar khat yang ditulis

menepati kaedah, senang dibaca dan menjadi penanda atau logo pada sesebuah

kedai. Walaupun di dalam akta pindaan tahun 2007 telah dinyatakan jenis tulisan

Khat Nasakh, masih wujud pemilik kedai yang tidak mematuhi arahan pihak

berkuasa tempatan. Bahkan jenis khat seperti Thuluth, RiqÑah dan lain-lain terus

menjadi tulisan yang digunapakai dalam pengiklanan tulisan Jawi di papan iklan.

Seharusnya perkara ini dilihat dengan serius agar masyarakat tidak berani

melanggar sesuatu akta yang digubal dan dalam masa yang sama didedahkan

dengan tulisan Jawi dan seni khat yang betul.

Masalah juga timbul apabila sesebuah papan iklan kedai, atau banner iklan

berlainan dari bahasa kebangsaan, seperti bahasa Cina, akan mewujudkan kesukaran

dari segi penulisan Jawi. Contohnya nama kedai Lee Leong Hwa, sudah pasti

pemiliknya tidak pandai dalam seni khat maka mereka sewenang-wenangnya

menggunakan kreativiti sendiri, meniru tulisan Jawi atau khat sehingga tidak dapat

dibaca.

Selain itu, timbul juga masalah tenaga pakar atau penggiat seni khat dan

Jawi untuk mendepani masalah ini. Masalah yang timbul seperti kekurangan mereka

yang arif serta berkemahiran dalam bidang khat dan Jawi, walaupun ada penggiat

serta tokoh seni khat yang aktif, namun permasalahan yang timbul tidak memadai

Page 25: PENGGUNAAN SENI KHAT DALAM TULISAN JAWI : SATU

dengan beberapa orang sahaja yang boleh dirujuk. Hal ini mungkin disebabkan

pihak-pihak bertanggungjawab terlepas pandang atau perkara ini dipandang remeh

sahaja.

Selain daripada pameran imej di dalam pengiklanan, timbul juga soal

penggunaan tulisan seni khat dalam bidang pendidikan dan penggunaan seni khat

dalam urusan rasmi. Contohnya dalam penulisan bertauliah ataupun

penganugerahan pingat serta darjah kebesaran oleh Sultan Muhammad ke-V. dan

pelbagai lagi kepentingan seni khat bagi negeri Kelantan umumnya dan bagi bandar

Kota Bharu khususnya sebagai pusat perkembangan ilmu untuk negeri Kelantan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesenian khat di Kelantan khususnya

Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam dari aspek penghayatannya dalam

mengaplikasikan penulisan Jawi. Kajian ini bertujuan membudayakan kesenian

Khat sebagai instrumen terpenting dalam ciri-ciri Kota Bharu sebagai sebuah

Bandaraya Islam dan Kelantan bumi Serambi Mekah.

Bagi mencapai tujuan kajian ini, maka tiga objektif utama telah dikenalpasti:

a) Mengkaji kepentingan tulisan khat serta Jawi dalam urusan kerajaan Kelantan

dan sebagaimana yang tercatat di dalam manuskrip kesultanan silam Kelantan

serta sejarah perkembangannya.