penggunaan tanduk dalam perubatan menurut

24
1 PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK 1 Mohd Mahyeddin Mohd Salleh*, 2 Mohammad Aizat Jamaludin, 3 Nurdeng Deuraseh, 4 Mohd Anuar Ramli dan 5 Irwan Subri 1 Calon Ph.D (Syariah dan Undang-undang Halal), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 2 Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 3 Prof Madya (PhD), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 4 Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 5 Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan tentang hukum penggunaan tanduk menurut perspektif Islam. Secara asasnya, terdapat konflik fatwa di Malaysia berhubung dengan penggunaan tersebut. Ia berkait rapat dengan isu pemotongan tanduk ketika haiwan tersebut masih hidup untuk dimanfaatkan dalam industri farmaseutikal alami. Untuk mencapai objektif tersebut, pengertian tanduk akan diperhalusi untuk melihat sama ada ia termasuk dalam anggota haiwan yang boleh tumbuh kembali dan tidak memberi kesan terhadap nyawa haiwan seperti rusa ataupun ia termasuk dalam kategori anggota yang tidak dapat tumbuh kembali selepas pemotongan seperti lembu dan kerbau. Pembahagian ini akan memberikan implikasi hukum sama ada ia harus atau haram dimanfaatkan ketika haiwan tersebut masih hidup atau mati. Pandangan ulama dan dapatan saintifik akan dibincangkan untuk mencari jawapan yang rajih. Hasil kajian mendapati terdapat dua kategori tanduk haiwan, iaitu yang dapat tumbuh kembali dan tidak tumbuh kembali. Tanduk yang dapat tumbuh kembali seperti tanduk rusa yang dipotong ketika hidup adalah harus dimanfaatkan sebagai bahan ubatan tetapi dengan syarat proses pemotongan yang dilakukan mengikut garis panduan di samping tidak menyeksa haiwan berkenaan. Manakala tanduk yang tidak dapat tumbuh kembali adalah haram dijadikan bahan ubatan tetapi boleh digunakan sebagai barangan bukan makanan. Kata kunci: Tanduk, haiwan, fatwa, halal-haram, saintifik. makanan 1.0 PENDAHULUAN Bahan kimia dari alam semula jadi telah menjadi sebahagian daripada penemuan tamadun manusia apabila nenek moyang manusia mula mengeksploitasi sebatian semula jadi untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaiki kondisi kehidupan mereka sendiri. Sebahagian besar daripada bahan kimia ini datang daripada haiwan. Malah, haiwan adalah bahan terapeutik yang telah memainkan peranan penting dalam proses pemulihan, ritual sihir, dan amalan agama penduduk dari lima benua (Costa-Neto & Marques 2000).

Upload: duongnga

Post on 08-Dec-2016

261 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

1

PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF

SYARAK

1Mohd Mahyeddin Mohd Salleh*, 2Mohammad Aizat Jamaludin, 3Nurdeng Deuraseh, 4 Mohd

Anuar Ramli dan 5Irwan Subri

1Calon Ph.D (Syariah dan Undang-undang Halal), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti

Putra Malaysia 2 Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia

3 Prof Madya (PhD), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia

4Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 5Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang hukum penggunaan tanduk menurut perspektif

Islam. Secara asasnya, terdapat konflik fatwa di Malaysia berhubung dengan penggunaan

tersebut. Ia berkait rapat dengan isu pemotongan tanduk ketika haiwan tersebut masih

hidup untuk dimanfaatkan dalam industri farmaseutikal alami. Untuk mencapai objektif

tersebut, pengertian tanduk akan diperhalusi untuk melihat sama ada ia termasuk dalam

anggota haiwan yang boleh tumbuh kembali dan tidak memberi kesan terhadap nyawa

haiwan seperti rusa ataupun ia termasuk dalam kategori anggota yang tidak dapat tumbuh

kembali selepas pemotongan seperti lembu dan kerbau. Pembahagian ini akan

memberikan implikasi hukum sama ada ia harus atau haram dimanfaatkan ketika haiwan

tersebut masih hidup atau mati. Pandangan ulama dan dapatan saintifik akan

dibincangkan untuk mencari jawapan yang rajih. Hasil kajian mendapati terdapat dua

kategori tanduk haiwan, iaitu yang dapat tumbuh kembali dan tidak tumbuh kembali.

Tanduk yang dapat tumbuh kembali seperti tanduk rusa yang dipotong ketika hidup adalah

harus dimanfaatkan sebagai bahan ubatan tetapi dengan syarat proses pemotongan yang

dilakukan mengikut garis panduan di samping tidak menyeksa haiwan berkenaan.

Manakala tanduk yang tidak dapat tumbuh kembali adalah haram dijadikan bahan ubatan

tetapi boleh digunakan sebagai barangan bukan makanan.

Kata kunci: Tanduk, haiwan, fatwa, halal-haram, saintifik. makanan

1.0 PENDAHULUAN

Bahan kimia dari alam semula jadi telah menjadi sebahagian daripada penemuan tamadun

manusia apabila nenek moyang manusia mula mengeksploitasi sebatian semula jadi untuk

meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaiki kondisi kehidupan mereka sendiri.

Sebahagian besar daripada bahan kimia ini datang daripada haiwan. Malah, haiwan adalah

bahan terapeutik yang telah memainkan peranan penting dalam proses pemulihan, ritual

sihir, dan amalan agama penduduk dari lima benua (Costa-Neto & Marques 2000).

Page 2: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

2

Perdagangan global tahunan terhadap produk perubatan berasaskan haiwan

berjumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Sebagai contoh, pengkomersilan produk

berasaskan serangga berjumlah kira-kira AS $100 juta setiap tahun (Costa-Neto & Motta,

2010). Berdasarkan laporan Marques (1997), daripada 252 bahan kimia penting telah

dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sebanyak 11% berasaskan tumbuhan dan 8.7%

daripada haiwan untuk dijadikan sumber bahan perubatan. Manakala pada tahun 2000,

World Research Institute melaporkan 150 jenis ubat-ubatan yang terdapat di Amerika

Syarikat didapati 27 daripadanya berasal daripada sumber haiwan. Malah di kebanyakan

negara Asia, haiwan telah digunakan dalam perubatan tradisional mereka (Bauer, 2009).

Penghasilan bahan perubatan berasaskan haiwan dan kesannya ke atas rawatan

penyakit pada manusia dikenali sebagai zooterapi. Dalam komuniti moden pada hari ini,

zooterapi merupakan cabang perubatan alternatif yang sangat penting jika dibandingkan

dengan terapi kesihatan lain yang diaplikasi di seluruh dunia (Alves & Rosa, 2005). Ubat-

ubatan berasaskan haiwan telah dihuraikan daripada bahagian-bahagian badan haiwan,

sama ada daripada produk metabolisme (rembesan tubuh dan kotoran), atau daripada

bahan-bahan bukan haiwan (sarang dan kepompong) (Costa-Neto & Marques 2000).

Dalam perubatan tradisional, haiwan yang digunakan sebagai sumber ubat

kebiasaannya adalah haiwan yang telah mati. Daging, tanduk, tulang, ekor, bulu, kuku,

lemak, hempedu dan cangkerang serta pelbagai bahagian lain lagi diambil untuk digunakan

sebagai bahan ubatan. Terdapat juga bahan berasaskan haiwan yang diambil daripada

haiwan yang masih hidup seperti tanduk, urin, najis, duri, madu, hempedu dan susu

(Zubaidah, Norsuhana & Fatan Hamamah, 2012).

Di Malaysia, penggunaan tanduk rusa sebagai salah satu ramuan herba dalam

makanan kesihatan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat apabila

berlakunya percanggahan fatwa antara negeri-negeri berhubung status tanduk rusa sama

ada ia dikategorikan sebagai suci ataupun najis. Misalnya, Jabatan Mufti Kedah

menyatakan bahawa tanduk rusa yang diambil daripada rusa yang hidup atau yang mati

adalah najis kecuali jika haiwan tersebut mati dengan sebab sembelihan yang sah pada

syarak (Fatwa Management System-Institut Fatwa Sedunia, 2013).

Fatwa yang dikeluarkan di negeri Kedah ini dilihat selari dengan ketetapan yang

dibuat oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan

mesyuarat kali ke-7 pada 26 Mei 1993. Keputusan Fatwa telah memutuskan bahawa

makanan kesihatan yang dicampurkan dengan tanduk rusa yang diambil ketika masih

hidup adalah haram (www.muamalat.islam.gov.my, 1993). Namun demikian, kedua-dua

Page 3: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

3

fatwa tersebut dilihat berlawanan dengan fatwa negeri Terengganu bertarikh pada 25

Februari 2001 (tidak diwartakan), yang memutuskan bahawa tanduk rusa yang dikerat

ketika rusa masih hidup adalah suci (tidak najis), oleh itu ia harus dimanfaatkan (www.e-

fatwa.gov.my, 2001).

Dalam konteks ini, perbezaan fatwa yang ketara antara negeri-negeri sudah pasti

mencetuskan kekeliruan hukum dalam kalangan masyarakat Islam. Justeru, artikel ini akan

cuba mengkaji dan menganalisis pandangan fuqaha dan sains berhubung penggunaan

tanduk haiwan dalam produk barang gunaan dari sudut kesucian dan kehalalannya,

seterusnya memilih pandangan yang paling kuat dan boleh diaplikasikan dalam

masyarakat.

2.0 PENGERTIAN TANDUK

Dalam bahasa Inggeris, istilah tanduk adalah merujuk kepada "horns” dan “antlers"

(Merriam-Webster Dictionary and Thesaurus, n.d). Manakala dalam bahasa Arab ia

dikenali sebagai ‘al-qarn (Ibn Manzur, 1993 ; Qal’ahji & Qunaibi, 1988) Jika dilihat,

istilah yang digunakan dalam bahasa Inggeris adalah lebih khusus di mana terdapat

perbezaan maksud antara kedua-dua istilah tersebut. Manakala, istilah “tanduk” dan "al-

qarn” adalah lebih umum maksudnya, iaitu merujuk kepada semua jenis tanduk haiwan.

Istilah “antler” dan “horn” adalah merujuk kepada struktur yang agak berbeza.

Gambar rajah 1: Struktur ‘horn’ (sumber: http://futurebeef.com.au)

“Horn” dimiliki oleh semua spesies jantan dan betina haiwan bovidae (lembu,

kambing, seladang dan seumpamanya). Struktur tanduk haiwan jenis ini terdiri daripada

dua bahagian iaitu tulang asas dan sarung luaran yang menutupinya. Tulang asas tumbuh

daripada tengkorak haiwan dan memiliki saluran darah dan saraf. Sarung luaran pula

Page 4: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

4

terdiri daripada keratin iaitu salah satu bahan sama yang terdapat pada kuku, rambut dan

bulu. Selain itu, terdapat lapisan tisu nipis yang menghubungkan antara tulang dan sarung

luaran tanduk. Tisu ini berperanan mengelakkan sarung luaran tanduk daripada tertanggal

daripada haiwan. Apabila haiwan tersebut mati, maka tisunya juga akan mati (Jolee, 2013).

Sesetengah haiwan seperti badak sumbu (rhinoceros) memiliki struktur tanduk yang unik

kerana ia terdiri sepenuhnya daripada keratin (Ohio University, 2006). Sifat “horn” adalah

tidak bercabang, tetapi mereka berbeza daripada spesies ke spesies dari segi bentuk dan

saiz. “Horn” bersifat kekal, dan dalam banyak spesies, ia tidak pernah berhenti membesar

(Myers et al., 2013).

Gambarajah 2: Perkembangan antler (sumber:http://animaldiversity.ummz.umich.edu)

Gambar rajah 3: Struktur antler (sumber: http://www.wildlifeonline.me.uk)

“Antler” kebiasaannya, dimiliki oleh spesis haiwan daripada keluarga cervidae

(rusa) (Scott, 1994). Hanya spesis jantan yang memiliki tanduk dan ia akan mula tumbuh

ketika memasuki umur dua tahun. Struktur tanduk rusa terdiri daripada kulit, saraf, saluran

darah, tisu berserabut dan tulang rawan (Price & Allen, 2005). Pada awal perkembangan,

“antler” mempunyai kandungan air dan protein yang tinggi. Apabila membesar, “antler”

dilindungi dengan kulit dan rambut lembut dipanggil baldu (velvet), yang membawa

saluran darah dan saraf. Di akhir proses tumbesaran, tulang lembut di bahagian luar

digantikan oleh tulang padat, manakala di bahagian dalamnya akan dipenuhi penuh tulang

lamela yang kasar dan lembut serta ruang sumsum (Myers et al., 2013).

Page 5: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

5

Bagi sesetengah haiwan seperti rusa, tanduknya yang keras akan kekal melekat

pada tengkorak selagi tahap testosteron kekal meningkat. Tempohnya berlaku sekitar 3-9

bulan dan keadaan ini berbeza mengikut spesies dan biasanya mencerminkan tempoh

kesuburan jantan. Setelah kadar hormon testosteron menurun, tanduk keras tertanggal dan

satu set baru akan tumbuh semula sepenuhnya setiap tahun (Lincoln, 1992; Li, 2007).

Tanduk berfungsi sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan pemangsa

selain bertindak sebagai radiator haba semasa tempoh tumbesaran berlaku. Tanduk yang

menarik dan besar akan mempamerkan keupayaan melawan individu (Clutton-Brock,

1982). Selain itu, tanduk berfungsi sebagai alat mengawan bagi haiwan jantan, di mana ia

akan meningkatkan peluang dipilih sebagai pasangan kepada haiwan betina.

3.0 PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN

Tanduk sesetengah haiwan memiliki nilai ekonomi yang cukup tinggi kerana dipercayai

memiliki khasiat tertentu. Keberkesanan tanduk haiwan sebagai salah satu sumber ubat

bagi merawat penyakit telah diperakui oleh sejarah.

Sebagai contoh, tanduk badak digunakan secara tradisional sebagai hiasan dan

perubatan. Ahli farmasi abad ke-16 Li Shih Chen menyatakan bahawa penyakit utama

dirawat dengan tanduk ini termasuk gigitan ular, halusinasi, demam kepialu, sakit kepala,

karbunkel, bisul, demam, muntah, keracunan makanan, dan "rasukan syaitan". 50 jumlah

hasil kerja farmakologi Li Shih Chen mengandungi teks klasik tentang penyediaan dan

penggunaan tanduk badak, dan ramai ahli farmasi masih merujuk teks beliau sehingga hari

ini (Costa Neto, 2005).

Ahli farmasi China kini menggunakan tanduk badak terutamanya untuk

mengurangkan suhu demam. Tiga penyelidik di Universiti China di Hong Kong telah

menjalankan ujikaji dan menunjukkan bahawa tanduk badak dapat menurunkan suhu

demam kepada lebih rendah pada tikus. Kajian yang sama menunjukkan bahawa tanduk

antelop Saiga dan tanduk kerbau juga mengurangkan demam dalam haiwan, tetapi ahli-ahli

sains menyatakan bahawa kajian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan keberkesanan

tanduk yang berbeza pada manusia (Costa Neto, 2005).

Ramai orang masih mendambakan tanduk badak sebagai simbol status, ubat kuat,

dan afrodisia. Kaum Zulu di Afrika Selatan masih menggunakan tanduk untuk pelbagai

tujuan contohnya seorang lelaki akan membawa sekeping tanduk badak dalam poket

Page 6: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

6

sebagai daya tarikan. Di Yaman, bangsawan kaya menjadikan hulu tanduk badak sebagai

pisau istiadat, yang dikenali sebagai jambias sejak sekian lama (Costa Neto, 2005).

Selain itu, tanduk haiwan antelope iaitu yang bertanduk menarik dan panjang

seperti rusa, kijang, kambing gurun dan impala merupakan salah satu komponen penting

dalam perubatan herba tradisional (Yan, 2013). Ia dikatakan berkesan untuk merawat

penyakit paru-paru, menyejukkan badan, menyingkirkan toksin dalam badan,

menyeimbangkan sistem endokrin dan rawatan mati pucuk kaum lelaki. Oleh itu, ia kerap

digunakan sebagai ubat demam panas, masalah penglihatan dan sakit kepala. Bagi

mendapatkan kesan yang lebih baik, biasanya ia akan dicampurkan dengan ramuan herba-

herba lain (Jia, 1997).

Para pakar perubatan China Tradisional sering kali menggunakan tanduk rusa untuk

meningkatkan jumlah darah, khususnya dalam menangani masalah anemia. Ini kerana

tanduk rusa memiliki kandungan Monoacetyldiglycerides iaitu komponen penting yang

diyakini mampu merangsang pertumbuhan sumsum tulang dan sel darah merah (Yang et

al., 2004). Menurut penyelidikan perubatan alternatif yang diketuai Pengerusi Persatuan

Akupuntur Amerika dan Perubatan Biotenaga, Prof. Dr. Alex Duarte, di New Zealand,

tanduk baldu digunakan sejak berabad lalu untuk mengawal tekanan darah, meningkatkan

tahap hemoglobin serta menambah kecekapan fungsi paru-paru (Duarte, 2012).

Di Rusia, pakar-pakar kesihatan dan kecergasan negara itu mendedahkan bahawa

atlet mereka mengalami peningkatan prestasi yang besar selepas mengambil bahan bukan

toksik yang dihasilkan daripada tanduk muda rusa yang lebih dikenali sebagai tanduk

baldu atau velvet antler (www.kosmoonline.my, 2013).

Ilmu perubatan Melayu tradisional turut memperakui khasiat tanduk sebagai

penawar penyakit. Misalnya dalam kitab “Mujarabat Melayu”, turut disebut tentang tanduk

rusa dan tanduk kambing yang dikatakan berkhasiat untuk mengubati demam dan sakit

kepala. Hal tersebut dinyatakan seperti berikut:

“(Dan demikian lagi) faedah tanduk rusa kan ubat demam jua dan sakit kepala

maka ditunun tanduk itu maka ambil abunya dicampur dalam sayur ada

campur dengan air maka diminumlah oleh orang yang sakit dan yang sakit

kepala serap dalam hidungan, khasiat tanduk rusa maka ditunun kedua-duanya

maka ambil abunya maka dicampur dengan cuka maka dibubuh akan orang

yang sakit sopak atau susut atau kedi tetapi syaratnya berduduklah dalam hari

Insya Allah Taala mujarab” (hal. 61).

Page 7: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

7

Dalam konteks Malaysia, kapsul tanduk rusa adalah salah satu produk ubatan

herba dan mula mendapat tempat di pasaran kerana diyakini mampu merawat penyakit

seksual kaum lelaki. Antara khasiat kapsul tanduk rusa ialah mengatasi masalah lemah

syahwat lelaki, menaikkan nafsu seksual lelaki, mengatasi pancutan pra matang,

merawat mati pucuk dan menambah bilangan sperma (www.imanherbs.com, 2011).

Cara pemprosesan kapsul tanduk rusa adalah, tanduk rusa akan dipotong semasa

berusia empat puluh hari. Tanduk akan dibekukan sebelum dihantar ke sebuah syarikat

bio teknologi yang terletak di Taman Perindustrian Malaysia (TPM) di Raub, Pahang.

Kilang berkenaan yang beroperasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) akan membuat kapsul dengan mengeringkan, memotong dan menghancurkan

tanduk tersebut untuk dijadikan kapsul (www. utusan.com.my, 2011).

Di negara Eropah, produk tanduk rusa baldu diusahakan secara komersial oleh

syarikat Nutronics Labs. Produk yang dikenali sebagai IGF-1 Plus dihasilkan dalam

bentuk semburan berasaskan liposom (liposome-based spray) setelah melalui penyelidikan

dan ujian klinikal selama 20 tahun. Ia dikatakan mempunyai potensi yang lebih besar

untuk meresap ke dalam semua tisu, sekalipun terdapat halangan aliran darah di otak, serta

menjadi faktor dalam gerakan anti-penuaan. Selain itu, produk ini turut digunakan oleh

para atlet untuk meningkatkan prestasi dan stamina mereka. Sistem liposom tersebut

menyampaikan IGF-1 Plus ™ secara langsung ke dalam aliran darah dengan kadar

penyerapan 98% (www.nutronicslabs.com, 2013).

4.0 HUKUM PENGGUNAAN TANDUK MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

Umumnya, tanduk haiwan dapat diperolehi melalui dua keadaan iaitu sama ada ketika

haiwan itu masih hidup atau telah mati. Dalam hal ini, para ulama bersepakat bahawa jika

haiwan tersebut halal dan disembelih secara Syarak, maka hukumnya adalah suci dan halal

(Ibn Qudamah, 1968). Namun, jika ia dipotong daripada haiwan tersebut; daripada haiwan

halal dan tidak halal, ketika masih hidup atau telah menjadi bangkai, maka persoalan yang

timbul ialah statusnya sama ada dikira suci atau najis? Para ulama berbeza pendapat dalam

menentukan hukum anggota yang terputus daripada haiwan seperti tulang, tanduk, kuku,

gigi dan gading haiwan, kepada dua pendapat iaitu:

Page 8: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

8

Pendapat pertama:

Pendapat pertama didokong oleh para ulama Hanafiyyah, salah satu pendapat Malikiyyah

(dengan syarat disembelih), salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, pendapat al-Thauri,

Daud bin ‘Ali al-Zahiri dan Ibn Taimiyyah. Menurut pendapat pertama, hukumnya adalah

suci melainkan bersumberkan daripada khinzir (Ibn Qudamah, 1994. Al-Nawawi, t.t.).

Hujah Pendapat Pertama:

Hujah dan dalil bagi pendapat pertama adalah seperti berikut (Al-Tawijri, 2003):

1. Hadis diriwayatkan daripada Thauban:

أن النيب صلى هللا عليه وسلم اشرتى لفاطمة سوارين من عاج

“Sesungguhnya Nabi SAW telah membeli untuk Fatimah sepasang subang

daripada gading gajah (‘aj)”

(Abu Daud, t.th. Al-Tabrani, t.th. Al-Baihaqi, 2003). Menurut al-Albani (2002) sanad

hadis ini adalah lemah (daif) dan munkar.

2. Hadis diriwayatkan daripada Anas bin Malik:

أنه صلى هللا عليه وسلم كان يتمشط مبشط من عاج

“Sesungguhnya Nabi SAW menyikat rambut dengan sikat daripada gading

gajah”. (Abu Daud, t.th)

Huraian hadis: Pada hadis pertama dan kedua, dinyatakan bahawa Rasulullah

SAW telah menghadiahkan kepada Fatimah RA sepasang subang daripada ‘aj (gading

gajah) dan menyikat rambut Baginda menggunakan sikat dari ‘aj. Kedua-dua hadis ini

menunjukkan bahawa hukum gading gajah adalah suci untuk digunakan serta tiada

halangan dalam menggunakan bekas atau peralatan yang diperbuat daripada anggota

haiwan seperti tulang atau gading. Selain itu, Ibn Abd al-Barr (1387H) menafsirkan

‘bangkai’ bagi pendapat ini adalah merujuk kepada setiap bahagian yang mengalir

darahnya padanya. Tulang atau gading tidak mempunyai darah yang mengalir dalamnya,

maka ia terkeluar daripada kategori bangkai.

3. Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. Beliau berkata: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda ketika membacakan ayat al-Quran:

Page 9: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

9

)

1

من امليتة حالل إال ما أكل كل شيء الأ : ) )ألنه ال يذكى ،والعظم، فكله حالل ،والسن ،والصوف ،والشعر ،والقرن ،، فأما اجللدمنها

“Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan

kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,

kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging

babi. Sesungguhnya setiap daripada bangkai itu adalah halal melainkan apa

yang dimakan darinya. Adapun kulit, tanduk, bulu dan tulang maka

semuanya halal kerana ia tidak disembelih”.

(al-Daruqutni, 2004. Ibn al-Jauzi, 1994). Menurut al-Daruqutni hadis ini matruk kerana

dalam sanad hadis ini terdapat Abu Bakar al-Hazili (al-Zailai’e, 1997).

Huraian hadis: pada hadis di atas, Nabi SAW menyatakan bahawa yang

diharamkan daripada bangkai ialah memakan sahaja, manakala memanfaatkannya untuk

kegunaan luaran adalah diharuskan.

4. Gading gajah telah digunakan secara meluas oleh masyarakat tanpa sebarang

bantahan daripada Nabi SAW, maka ini menunjukkan bahawa ia adalah suci. Dalam

hal ini Imam al-Zuhri berkata:

أدركت ناسا من سلف العلماء يتمشطون هبا ويدهنون فيها ال يرون بأسا

“Aku mendapati bahawa segolongan ulamak salaf menyikat rambut

dengannya, dan meminyakkan rambut dari bekasnya dan mereka

berpandangan tiada halangan padanya (harus digunakan)” (al-Bukhari,

1422H).

Kenyataan al-Zuhri kemudiannya disokong oleh al-Qastalani iaitu katanya:

“Sekiranya mereka (para ulama salaf) menganggapnya najis, maka sudah

tentu mereka tidak menggunakannya sebagai sikat dan bekas minyak

rambut” (al-Tawijri, 2003).

Huraian dalil: Didapati bahawa telah menjadi kebiasaan bagi sebahagian ulama

salaf menyikat rambut mereka menggunakan sikat yang diperbuat daripada gading

atau tulang, serta meletakkan minyak rambut dalam bekas daripada bahan yang sama.

1 Surah al-An’am: 145.

Page 10: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

10

Amalan ini menguatkan lagi hujah bahawa anggota-anggota haiwan seperti yang

dinyatakan di atas adalah suci dan bersih. Tanduk merupakan salah satu anggota

haiwan seperti tulang dan gading, oleh itu hukumnya adalah suci.

5. Kerana ia adalah anggota haiwan yang bermanfaat dan tidak terdedah kepada

kerosakan, seperti mana kulit haiwan. Selain itu, sesuatu bangkai itu najis bukan

disebabkan zatnya adalah najis, tetapi kerana terdapat darah mengalir dan lendiran

kotor padanya. Tanduk dan tulang adalah bebas daripada unsur-unsur ini, maka

hukumnya adalah suci (Al-Qaradawi, 2009).

Pendapat kedua:

Pendapat kedua menghukumkannya sebagai najis. Ini merupakan salah satu pendapat

Malikiyyah (kecuali gading gajah), pendapat Syafi‘iyyah, Hanabilah, ‘Ata’, ‘Umar bin

‘Abd al-‘Aziz, al-Hasan al-Basri dan Ishak bin Rahawaih. Walau bagaimanapun, hukum

gading gajah adalah makruh pada pandangan Tawus dan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz (Al-

Qaradawi, 2009; al-Jassas, 1984; al-Nawawi, t.th).

Hujah Pendapat Kedua:

Hujah kepada pendapat ini kedua adalah seperti berikut (Al-Nawawi, t.th. Ibn Qudamah,

1994):

1. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah (5): 3:

حر مت عليكم الميتة

“Diharamkan ke atas kamu bangkai”

Huraian dalil: Dalam ayat di atas, Allah SWT telah mengharamkan bangkai. Dari

sudut bahasa, perkataan “al-maytah” disebut dengan alif lam ma’rifah yang bermaksud

umum kepada seluruh bangkai (Ibn ‘Asyur, t.th). Oleh itu, segala anggota bangkai adalah

dikategorikan sebagai haram. Badr al-Din al-Aini (2000) telah menaqalkan pendapat Imam

al-Syafie ketika menghuraikan maksud bangkai dalam ayat di atas iaitu katanya:

“Sesungguhnya bangkai ialah nama bagi setiap bahagian yang terpisah daripada rohnya”.

Berhubung hal ini, Ibn Qudamah (1968) berkata: “Tulang adalah sebahagian daripada

bangkai, maka hukumnya adalah haram. Dan tanduk serta kuku binatang adalah seperti

Page 11: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

11

tulang. Sekiranya diambil daripada haiwan yang disembelih maka ia suci, dan jika diambil

daripada yang hidup maka ia najis” (1: 53).

2. Firman Allah SWT dalam surah Yasin (36): 78-79:

ي رميم قال قل يييها الذي أنشأها أول مرة وهو بكل خلق عليم (78) من ييي العظام وه(79)

“Ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang

telah hancur luluh? Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang

menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang

segala makhluk”

Huraian dalil: Dalam ayat di atas dinyatakan bahawa Allah SWT akan

menghidupkan semula tulang yang telang hancur luluh setelah kematian kali pertama. Ini

menunjukkan bahawa tulang adalah termasuk dalam kategori benda hidup, iaitu ia akan

hidup dengan hidupnya haiwan dan mati dengan matinya haiwan tersebut.

Ketika mengulas ayat tersebut, Ibn Qudamah (1968) berkata:

“Ini kerana bukti kepada sesuatu itu hidup ialah dapat merasai kesakitan.

Dalam hal ini, tulang lebih dapat merasai rasa sakit berbanding daging dan

kulit. Tulang akan sakit dengan sebab disebabkan makan sesuatu yang

masam (al-dirs). Tulang juga dapat merasai kesejukan dan kepanasan air.

Oleh itu, setiap benda hidup yang terdedah kepada kematian maka hukumnya

menjadi najis seperti dagingnya”.

Anggota lain seperti tanduk, kuku, gigi adalah tertakluk kepada hukum tulang,

iaitu dikira sebagai benda yang hidup.

3. Hadis diriwayatkan ‘Abd Allah bin ‘Ukaim, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW

pernah mengutuskan surat ke penduduk Juhainah yang berbunyi:

ن الميتة بشيء ال ت نتفعوا م

“Janganlah kamu memanfaatkan daripada bangkai dengan sesuatu apa pun”

(al-Tahawi, 1994. al-Syaukani, 1993). Hadis marfu’. Imam Ahmad pada asalnya

berpegang dengan hadis ini, namun kemudiannya meninggalkannya kerana sanad hadis ini

muttarib (Ibn ‘Abd al-Hadi, 2007).

Page 12: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

12

Huraian hadis: Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang

penduduk Juhainah daripada memanfaatkan bangkai untuk sebarang jenis tujuan. Tanduk,

tulang, kuku dan gigi adalah merupakan sebahagian daripada anggota haiwan. Oleh itu, itu

ia termasuk dalam larangan ini.

4. Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amru bin Dinar, daripada Ibnu Umar iaitu:

ع آخر " أنه كان يكره عظام الفيل أنه كره أن يدهن ف عظم فيل. وف موض

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak menyukai agar meletakkan minyak

dalam bekas tulang gajah”. Dalam lafaz yang lain: “Sesungguhnya Baginda

SAW tidak menyukai tulang gajah” (al-Baihaqi, 2003 v.1 ms.41).

Huraian hadis: Hadis di atas menunjukkan bahawa haram menggunakan bekas

daripada bekas tulang gajah. Ini kerana menurut al-Nawawi (t.th), para ulamak salaf

apabila menyebut perkataan “kariha”, mereka bermaksudkan dengan haram. Oleh itu,

maksud yang ingin dinyatakan oleh Ibnu ‘Umar ialah ia haram digunakan kerana ia adalah

bangkai.

5. Hadis diriwayatkan daripada Abi Waqid al-Laithi:

“Rasulullah datang ke Madinah dan di situ terdapat sekumpulan manusia

yang memotong lemak daripada ekor kambing (alyat al-ghanam) dan

bonggol unta (asnimat al-ibil). Lalu baginda bersabda:

يمة وهي حية ف هو ميتة ما قطع من البه

“Apa yang dipotong daripada binatang yang masih hidup adalah bangkai”

(al-Tirmizi, 1975. Ahmad, 2001. Abu Daud, t.th). Menurut al-Tirmizi: Hadis ini bertaraf

hasan dan diamalkan oleh semua ahli ilmu.

Huraian hadis: Hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa setiap bahagian yang

dipotong daripada haiwan ketika ia masih hidup hukumnya adalah hukum bangkai. Hadis

ini merujuk kepada perbuatan masyarakat Arab Jahiliah yang memotong kulit bonggol

unta dan mengambil lemak yang terdapat padanya. Mereka juga memotong lemak yang

terdapat pada ekor kambing biri-biri. Lemak yang diambil akan kembali ada apabila

bahagian yang dipotong tersebut telah sembuh. Apabila perbuatan ini dilihat oleh

Rasulullah SAW, Baginda melarangnya kerana ia menyeksa haiwan tersebut. Oleh itu,

Page 13: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

13

hukum lemak tersebut adalah najis kerana ia termasuk dalam kategori bangkai (‘Atiyyah,

2010; al-Syaukani, 1993).

6. Berdasarkan kaedah qiyas yang berlaku dalam dua bentuk. Pertama, tanduk merupakan

salah satu anggota yang bersambung dengan haiwan pada awal kejadiannya. Maka

hukumnya adalah sama dengan anggota yang lain (al-Nawawi, t.th). Jika haiwan tersebut

tidak disembelih, maka ia termasuk dalam kategori bangkai. Kedua, qiyas kepada daging

haiwan di mana anggota seperti tanduk, tulang dan kuku juga mempunyai deria rasa seperti

merasai cuaca sejuk, panas dan rasa sakit. Dengan deria tersebut, ia menandakan bahawa

anggota tersebut dikategorikan sebagai hidup. Setiap benda yang hidup akan mati dan

hukumnya adalah sama seperti daging dari sudut kenajisan (Ibn Qudamah, 1994). Keadaan

ini adalah berbeza dengan bulu haiwan di mana hukumnya adalah suci kerana ia tidak

bernyawa dan haiwan tidak merasa sakit jika bulu dicabut atau dipotong.

Perbincangan Hujah dan Pendapat Ulama

Hasil penelitian terhadap hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh para ulama dalam

mengatakan bahawa anggota haiwan yang diambil ketika ia masih hidup, hukumnya suci

ataupun tidak, didapati bahawa titik perbezaan pendapat mereka adalah ketika

mentafsirkan definisi bangkai. Pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Waqid al-Laithi,

beliau telah menyatakan Nabi SAW bersabda:

يمة وهي حية فه ميتة ي ما قطع من البه

“Apa-apa yang dipotong daripada binatang yang masih hidup adalah bangkai”.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie berpendapat bahawa istilah bangkai adalah merujuk

kepada setiap bahagian yang terpisah daripada rohnya (al-‘Aini, 2000). Manakala Ibn

Qudamah pula, bukti bahawa sesuatu anggota itu hidup adalah dapat merasai rasa sakit,

sejuk atau panas. Tulang dan tanduk memiliki deria rasa ini dan oleh itu ia menandakan

bahawa ia hidup dan tertakluk kepada hukum bangkai apabila dipotong daripada bahagian

asalnya sewaktu masih hidup. Begitu juga, jika haiwan tersebut mati tanpa disembelih,

maka ia dikira sebagai bangkai dan najis (Ibn Qudamah, 1963). Hukum anggota bangkai

binatang adalah najis dan haram dimanfaatkan, kecuali kulit, berdasarkan firman Allah

SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 3: “Diharamkan ke atas kamu bangkai”. Lafaz umum

Page 14: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

14

dalam ayat ini merangkumi semua anggota haiwan seperti tulang, tanduk, kuku, gigi dan

selainnya.

Hujah yang dikemukakan oleh pendapat pertama bagaimanapun dijawab oleh Ibn

Taimiyyah (2005) yang menyatakan bahawa hukum asal bagi anggota seperti tulang,

tanduk dan kuku adalah bersih dan tidak najis kerana ia termasuk dalam kategori tumbuhan

dan bukannya haiwan. Dalam hal ini, Ibnu Taimiyyah membahagikan benda hidup kepada

dua jenis iaitu haiwan dan tumbuhan. Ciri-ciri yang menunjukkan hidupnya haiwan ialah

apabila ia dapat merasai dan mempunyai pergerakan sendiri. Manakala ciri-ciri kehidupan

tumbuhan pula ialah membesar dan mendapatkan makanan (al-numuww wa al-ightiza’).

Tumbuh-tumbuhan apabila kering tidak menjadi najis secara ittifaq ulamak. Maka

hal ini adalah sama seperti bulu dan tanduk haiwan di mana ia akan membesar dan

memanjang tetapi tidak mempunyai deria rasa dan tidak bergerak dengan sendiri. Oleh itu,

ia tidak tertakluk kepada kategori kehidupan haiwan dan tidak menjadi bangkai, bahkan

adalah suci. Selain itu, sebab (illah) kepada kenajisan bangkai ialah terkumpulnya darah

dalam tubuh haiwan. Menurut pendapat jumhur ulama, setiap haiwan yang tidak memiliki

darah yang mengalir (seperti lalat, nyamuk, kumbang) apabila mati tidak menjadi najis

kerana tiada darah yang terkumpul padanya. Tulang dan tanduk tidak mempunyai darah

mengalir serta tidak bergerak sendiri, melainkan mengikut gerakan haiwan. Oleh itu,

hukumnya adalah suci seperti bangkai lalat, nyamuk dan kumbang yang disepakati oleh

fuqaha akan kesuciannya (Ibn Taimiyyah, 2005).

Dalil lain yang menguatkan hujah Ibn Taimiyyah ialah firman Allah SWT dalam

surah al-An’am ayat 145 yang maksudnya:

(Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan

kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,

kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir)”.

Dalam ayat ini, salah satu perkara yang diharamkan makan ialah darah yang

mengalir. Walau bagaimanapun, organ haiwan seperti hati dan limpa dihalalkan oleh

Syarak walaupun ia merupakan organ daripada jenis darah. Ini menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan hukum antara darah yang mengalir dan darah yang tidak mengalir.

Selain itu, Allah SWT juga mengharamkan haiwan yang mati dengan sendiri atau tanpa

disembelih, seperti diharamkan haiwan yang mati tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang

ditanduk.

Page 15: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

15

Rasulullah SAW turut mengharamkan memakan haiwan yang dibunuh dengan

lembing (al-mi’rad) jika terkena pemegangnya kerana ia termasuk dalam kategori waqiz

iaitu mati kerana dipukul (al-Suyuthi, 1986)2. Kesimpulan daripada dalil-dalil yang (وقيذ)

dikemukakan ini, menunjukkan bahawa sebab kenajisan ialah terkumpulnya darah dalam

badan haiwan tersebut, maka ia haram. Dalam konteks ini, tulang, tanduk, kuku dan gigi

tiada darah yang mengalir dalamnya, maka ia tidak termasuk dalam kategori najis, bahkan

hukumnya ialah suci dan ini adalah merupakan pendapat jumhur ulama salaf (Ibnu

Taimiyyah, 2005).

Kalangan ulama kontemporari yang mentarjihkan pendapat kedua ialah seperti al-

Qaradawi (2006, 2011), ‘Atiyyah Saqar (t.t) dan Sayyid Sabiq (2009). Ahmad al-Haji al-

Kurdi (2006), Ahli Jawatankuasa fatwa Kuwait turut bersependapat dalam isu ini apabila

mengatakan tanduk dan tulang haiwan adalah suci sama ada daripada haiwan yang halal

atau haram dimakan, bangkai atau disembelih, melainkan tulang khinzir kerana ia najis

‘aini.

Bagaimanapun keharusan berubat menggunakannya adalah dengan syarat tiada

kemudaratan padanya. Dalam isu pemindahan organ haiwan seperti tulang, gigi dan

sebagainya ke atas manusia, Sheikh ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir berpandangan hukumnya

harus dengan syarat haiwan itu bersih dan tidak najis. Penggunaan organ haiwan haram

atau najis adalah harus pada ketika darurat sahaja (www.dar-alifta.org, 2013).

Analisis Hukum

Asas penetapan hukum tanduk sama ada najis atau tidak adalah disebabkan perselisihan

fuqaha dalam menentukan sama ada tanduk adalah sebahagian daripada anggota atau

bukan anggota haiwan. Hal ini adalah berpunca daripada perbezaan pandangan mereka

sama ada ketiadaan tanduk mengancam nyawa atau tidak bagi haiwan. Selain itu, sama ada

tanduk yang dipotong menyebabkan kesakitan terhadap haiwan atau tidak. Para fuqaha

terdahulu juga menyebut hukum tanduk secara umum iaitu merangkumi kesemua jenis

tanduk haiwan.

2 Hadis berkaitan perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Adi bin Hatim di mana beliau bertanya

Rasulullah SAW tentang al-mi’rad (lembing), lalu baginda menjawab: ( إذا أصاب حبده فكل وإذا أصاب بعرضهفال تأكل فقتل فإنه وقيذ ) Maksudnya: “Apabila terkena matanya yang tajam, maka makanlah oleh kamu, dan

jika terkena pemegangnya, maka haiwan itu mati, maka sesungguhnya ia adalah waqiz (mati dipukul),

maka janganlah kamu makan”.

Page 16: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

16

Pada pendapat pengkaji, hukum ini perlu dinilai semula memandangkan terdapat

dua kategori tanduk iaitu tanduk yang akan tumbuh semula sepenuhnya setelah tertanggal,

dan tanduk yang tidak tumbuh semula setelah dipotong. Kedua-dua kategori tanduk ini

mempunyai implikasi hukum yang berbeza.

i. Tanduk yang tumbuh semula

Menurut kajian, hanya tanduk haiwan daripada keluarga cervidae (rusa) dan

antilocapridae (seperti kambing gurun dan impala) yang akan tertanggal dan tumbuh

semula setiap tahun. Para fuqaha Hanafiyyah dan Hanabilah mengatakan tanduk dari

kategori ini adalah suci kerana keadaannya adalah seperti bulu haiwan, di mana para ulama

telah ijmak akan kesuciaan bulu haiwan. Ketika mengulas hukum tanduk haiwan dari jenis

ini, Ibn Qudamah (1968, 1: 54) menyatakan:

ن ه ط اهر متص ا، ويتم ل أن ه ذا ط اهر ت أل ل ، م ع وك ذل م ا ي تس اقط م ن ق رون الوع ول ف حياي وان كالش عر، وا ب وا ا ، وال مب ي وان بفص له م ن ا ي ه، ف ل م ي ن

ي اة ف ر أري د ب ه م ا ع دم اي اة، الف ه ذا، فإ ن ه بفص له ر وا، وت فارق ه ا ا في ه حي اة ت أل يم ة ن ه ال ر وا ي قط ع م ن البه

بفصله، ف هو أشبه بالشعر

“Dan demikian juga apa yang gugur daripada tanduk kambing gurun (al-wu‘ul)

semasa hidupnya. Dan kemungkinan hukumnya adalah suci kerana ia adalah

anggota suci yang bersambung serta tidak hidup. Maka ia tidak menjadi najis

disebabkan ia tercerai daripada haiwan atau disebabkan oleh kematian haiwan;

sepertimana bulu. Dan maksud yang dikehendaki daripada hadis apa yang

dipotong daripada haiwan ialah anggota yang hidup, iaitu anggota yang apabila

dipotong akan menyebabkan kematian. Ini berlainan dengan tanduk kambing

gurun kerana kambing itu tidak mati dengan tertanggal daripadanya. Maka ia

seumpama bulu”

Dari sudut maslahah ekonomi, para penternak akan mampu menjana keuntungan

yang berterusan jika tanduk rusa diambil dengan cara dipotong. Ini kerana, kerja-kerja

pemotongan yang dilakukan dengan teliti akan membolehkan haiwan tersebut kekal hidup

hingga 15 tahun (Mohd. Fairuz Yusof, 2011). Berbeza keadaannya jika tanduk diambil

dengan cara rusa tersebut disembelih, maka keuntungan yang diperoleh hanya untuk sekali

sahaja.

Page 17: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

17

ii. Tanduk yang tidak tumbuh semula

Haiwan dari kategori bovidae, seperti lembu, kerbau, kambing biri-biri, kambing dan

antelopes memiliki tanduk sebenar (true horn) yang bersambung dengan tengkorak (skull)

serta terdiri daripada teras bertulang bersarung dalam keratin. Keadaannya adalah berlainan

dengan tanduk haiwan cavidae dan antilocapridae, di mana tanduk bovidae adalah bersifat

tetap, tidak tertanggal, dan tidak akan tumbuh semula setelah dipotong (Schindler, 2013).

Haiwan seperti badak sumbu (rhino) dan zirafah juga memiliki sifat tanduk yang

sama dengan kategori bovidae. Namun, perbezaannya adalah dari sudut bahan yang

membentuknya di mana tanduk badak sumbu terdiri sepenuhnya daripada keratin serta

mengandungi kalsium dan melanin. Zirafah pula adalah satu-satunya haiwan yang

memiliki tanduk sejak kelahirannya dan dilindungi oleh lapisan kulit dan bulunya

(Schindler, 2013).

Pengkaji berpendapat, tanduk dari kategori haiwan di atas memiliki sifat yang sama

dengan anggota haiwan yang lain seperti ekor, telinga dan tangan kerana keadaannya

adalah tetap dan tidak tertanggal bahkan tanduk akan terus membesar selagimana haiwan

tersebut hidup. Oleh itu, jika ia dipotong sewaktu haiwan masih hidup maka hukumnya

adalah dikira bangkai, di mana haram dijadikan sebagai sumber makanan dan minuman,

tetapi harus digunakan bagi produk non-consumables jika dibersihkan. Bagi tanduk

zirafah, ia boleh dikategorikan sebagai anggota asal haiwan atau aslu al-khilqah seperti

mana dinyatakan oleh al-Nawawi (t.th) kerana sifatnya yang sedia ada semenjak kelahiran.

Hubungkait antara Tanduk dan Psikologi Haiwan

Menerusi kajian, didapati bahawa nyawa haiwan tidak terancam jika tanduknya dipotong.

Dalam industri ternakan haiwan bertanduk seperti lembu, terdapat satu amalan yang

dipanggil dehorning iaitu proses memotong tanduk. Ia bertujuan mengurangkan risiko

haiwan menanduk manusia atau haiwan lain (Fidan dan Pamuk, 2010).

Walau bagaimanapun, proses ini merupakan satu prosedur yang menyakitkan

haiwan (Heinrich dan Duffield, 2009), di mana didapati bahawa ketika prosedur ini

dilakukan ia memberi kesan ke atas fisiologi dan tingkah laku haiwan, seperti

meningkatkan kadar degupan jantung dan kepekatan plasma kortisol serta menambah

frekuensi getaran dan gosokan kepala (Doherty dan Kattesh, 2007). Kajian yang dilakukan

oleh Wilson dan Stafford (2002) menunjukkan haiwan seperti rusa tidak akan merasa sakit

jika tanduknya dipotong dengan menggunakan bius pada kadar dos yang tinggi.

Page 18: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

18

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang dikemukakan di atas, dapatlah disimpulkan

bahawa tanduk bukanlah termasuk dalam kategori anggota haiwan yang boleh mengancam

nyawanya jika dipotong ketika masih hidup. Tanduk tidak mengandungi darah yang

mengalir di dalamnya, sebaliknya ia terbentuk daripada keratin iaitu komponen yang turut

terdapat pada kuku dan rambut. Haiwan akan merasa sakit jika tanduknya dipotong,

apabila potongan tersebut terkena lapisan pedikal yang mengandungi saraf dan salur darah.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan analisis ke atas hujah yang telah dikemukakan berkaitan dengan tanduk,

pengkaji membuat kesimpulan dengan seperti berikut:

i. Tanduk yang diambil daripada haiwan halal dan disembelih secara Syarak,

hukumnya adalah suci dan halal untuk dijadikan ramuan untuk menghasilkan

makanan atau minuman kesihatan.

ii. Berdasarkan pendapat golongan yang mentarjihkan bahawa tanduk daripada haiwan

halal yang dikerat ketika masih hidup adalah suci, maka hukum ubat kesihatan

daripada tanduk rusa adalah suci dan halal. Namun, hukum harus adalah terhad

kepada kategori tanduk haiwan yang akan tanggal dan tumbuh semula secara

semula jadi seperti rusa dan kambing gurun. Unsur-unsur yang boleh menzalimi

haiwan perlulah dielakkan. Sebaiknya perlulah menggunakan alat pemotong yang

tajam ketika melakukan proses pemotongan tanduk.

iii. Tanduk rusa yang tertanggal dengan sendirinya secara semula jadi adalah sama

hukumnya dengan tanduk yang dikerat ketika masih hidup, iaitu dikira suci.

iv. Tanduk dari kategori haiwan bovidae (lembu, kerbau, kambing) dan zirafah iaitu

yang tidak akan tumbuh semula setelah dipotong adalah sama hukumnya seperti

anggota haiwan yang lain seperti telinga dan ekor. Oleh itu hukumnya adalah

hukum bangkai iaitu haram untuk dijadikan sebagai sumber makanan tetapi harus

dimanfaatkan untuk tujuan luaran (bukan makanan) lain setelah dibersihkan.

v. Keharusan berubat menggunakan tanduk adalah dengan syarat tiada sebarang

kemudaratan padanya dan mestilah diambil dari haiwan halal sahaja..

Page 19: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

19

RUJUKAN

Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq (t.th).Sunan Abu Daud. Beirut: al-Maktabah

al-‘Asriyyah.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (2001). Musnad Ahmad. Tahqiq Shuaib al-Arna’ut.

Muassasah al-Risalah

Al-‘Aini, Badr al-Din Mahmud bin Ahmad (2000), al-Binayah Syarh al-Hidayah. Beirut:

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (2002). Da’if Abi Daud. Kuwait: Mu’assasah Gharas

li Nasyar wa al-Tauzi’.

Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husain (2003). Sunan al-Baihaqi al-Kubra. Lubnan: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (1422H). Sahih al-Bukhari. Dar Tauq al-Najah.

Al-Daruqutni, ‘Ali bin ‘Umar (2004). Sunan al-Daruqutni. Tahqiq Shu’aib al-Arna’ut.

Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Al-Gharnati, Muhammad bin Yusuf (1994). Al-Taj wa al-Iklil li Mukhtasar Khalil. Beirut:

Dar al-Kutubh al-‘Ilmiyyah.

Al-Jassas, Ahmad bin ‘Ali (1984/1405H). Ahkam al-Qur’an. Tahqiq Muhammad Sadiq al-

Qamhawi. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy.

Al-Marghinani, ‘Ali bin Abi Bakar (t.t). al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi. Tahqiq:

Talal Yusuf. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.

Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf (t.t). Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Matba’ah al-

Muniriyyah.

Al-Qaradawi, Yusuf (2006). Fiqh al-Taharah. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Qaradawi, Yusuf (2011). Zira’at al-A’da’ fi Daw’ al-Syariah al-Islamiyyah. Kaherah:

Dar al-Syuruq.

Al-Suyuti, Jalaluddin Abd al-Rahman bin Abi Bakr (1986). Syarh al-Suyuthi li Sunan al-

Nasa’i. Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

Al-Syaukani, Muhammad bin ‘Ali (1993). Nail al-Awtar. Mesir: Dar al-Hadis.

Al-Tabrani, Sulaiman bin Ahmad (t.th). al-Mu’jam al-Kabir. Kaherah: Maktabah Ibn

Taimiyyah.

Al-Tahawi, Ahmad bin Muhammad (1994), Syarah Ma’ani al-Athar. ‘Alam al-Kutub.

Al-Tawijri, Salih bin Hamud bin ‘Abdallah (2003). Ahkam al-Haiwan Ghair al-Ma’kul fi

al-Ibadat. Tesis Ph.D. Arab Saudi: Jami’ah Umm al-Qura.

Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. Sunan al-Tirmizi. Mesir: Maktabah Mustafa al-Halabi.

Page 20: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

20

Alves RRN, Rosa IL (2005) Why Study The Use Of Animal Products In Traditional

Medicines? Journal of Ethnobiology and Ethnomedicine 1, 5.

Al-Zailai’i, Muhammad bin Yusuf (1997). Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah. Jeddah:

Dar al-Qiblah li al-Thaqafah al-Islamiyyah.

Bauer AM (2009) Geckos In Traditional Medicine: Forensic Implications. Applied

Herpetology 6.

Chunyi Li, Colin G. Mackintosh, Shirley K. Martin, Dawn E. Clark (2007). Identification

Of Key Tissue Type For Antler Regeneration Through Pedicle Periosteum Deletion.

Cell Tissue Res. 328: 65-75.

Clutton-Brock, T. H. (1982). The Functions Of Antlers. Behaviour.

Costa-Neto Em. 1999a. Healing With Animals In Feira De Santana City, Bahia, Brazil. J

Ethnopharm 65: 225-230.

Costa-Neto, E. M. (2005). Animal-Based Medicines: Biological Prospection And The

Sustainable Use Of Zootherapeutic Resources. Anais da Academia Brasileira de

Ciências, 77(1).

Costa-Neto, E. M., & Motta, P. C. (2010). Animal Species Traded As Ethnomedicinal

Resources In The Federal District, Central West Region Of Brazil.

Doherty T.J., Kattesh H.G., Adcock R.J., Welborn M.G., Saxton A.M., Morrow J.L., Da

Iley J.W. (2007). Effects Of A Concentrated Lidocaine Solution On The Acute

Phase Stress Response To Dehorning In Dairy Calves. J. Dairy Sci., (90).

Heinrich A., Duffield T.F., Lissemore K.D., Squires E. J., Millman S.T. (2009). The

Impact Of Meloxicam On Postsurgical Stress Associated With Cautery Dehorning.

J. Dairy Sci., (92).

Ibn ‘Asyur, Muhammad Tahir (t.th). Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Dar al-Sahnun.

Ibn ‘Abd al-Hadi, Muhammad bin Ahmad (2007). Tanqih al-Tahqiq fi Ahadith al-Ta’liq.

Riyad: Adwa’ al-Salaf.

Ibn al-Athir, Al-Mubarak bin Muhammad (1979). al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-

Athar. Beirut: al-Maktabah al-Ilmiyyah.

Ibn al-Jauzi, Jamaluddin Abu al-Farj Abd al-Rahman bin ‘Ali (1415). Al-Tahqiq fi Ahadith

al-Khilaf. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn Manzur, Muhammad bin Mukrim bin ‘Ali (1993). Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadir.

Ibn ‘Abd al-Barr (1387H). Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid.

Maghribi: Wizarat Umum al-Awqaf wa Syu’un al-Islamiyyah.

Ibn Qudamah (1994), al-Kafi fi Fiqh Ibn Hanbal. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Page 21: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

21

Ibn Qudamah, ‘Abdullah bin Ahmad (1968). Al-Mughni. Maktabah al-Qaherah.

Ibn Taimiyyah (2005). Majmu’ al-Fatawa. Al-Mansurah: Dar al-Wafa’ li al-Tiba’ah wa al-

Nasyar.

J. S. Price, S. Allen, C. Faucheux, T. Althnaian and J. G. Mount (2007). Deer Antlers: A

Zoological Curiosity Or The Key To Understanding Organ Regeneration In

Mammals?. J. Anat. 207.

Jia YY, et al. (1997). Comparative Analysis On Hydracid And Trace Elements In Shui Niu

Jian And Ling Yang Jiao. Journal of Shizhen Medicinal Material Research. 8(3).

Lincoln, G. A. (1992). Biology Of Antlers. Journal of Zoology, 226(3).

Marques JGW (1997) Fauna Medicinal: Recurso Do Ambiente Ou Ameaça À

Biodiversidade? Mutum 1(1), 4.

Mujarabat Melayu. 1882. Terj. Pulau Pinang: Maktab wa Matba’ah Darul Muarif.

Qal‘ahji, Muhammad Rawwas dan Qunaibi, Hamid Sadiq (1988). Mu’jam Lughat al-

Fuqaha’. Amman: Dar al-Nafaes.

Sayyid Sabiq (2009). Fiqh al-Sunnah. Beirut: Muassasah al-Risalah. 1/19.

World Resource Institute (2000) World Resources Report 2000-2001. People And

Ecosystems: The Fraying Web Of Life. World Resource Institute, Washington D.C.

Yan, D., Luo J.Y., Han, Y.M., Peng, C., Dong, X.P., Chen, S.L., Sun, L.G. dan Xiao, X.H.

(2013). Forensic DNA Barcoding And Bio-Response Studies Of Animal Horn

Products Used In Traditional Medicine. PLoS One. 8(2).

Yang, H. O., Kim, S. H., Cho, S. H., Kim, M. G., Seo, J. Y., Park, J. S., & Han, S. Y.

(2004). Purification And Structural Determination Of Hematopoietic Stem Cell-

Stimulating Monoacetyldiglycerides From Cervus Nippon (Deer Antler). Chemical

And Pharmaceutical Bulletin, 52(7).

Zubaidah, S., Norsuhana, A. H., & Fatan Hamamah, Y. (2012). Penggunaan Haiwan Bagi

Perubatan Tradisional Dalam Kalangan Masyarakat Pribumi Di Asia: Satu Ulasan

(Animals-Based Traditional Medicine Amongst Indigenous People In Asia: A

Review). Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 8 (3).

Internet

"Antler”, “Horn”. Merriam-Webster.com. Merriam-Webster, n.d. Web. 3 Sept. 2013.

<http://www.merriam-webster.com/dictionary/antler>.

‘Atiyyah Saqar (t.th). Fatawa Darul al-Ifta’ al-Misriyyah. Sikat Gading Gajah.

http://www.dar-alifta.org. Diakses pada 19 Julai 2013.

Page 22: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

22

‘Atiyyah, Muhammad Salim (2010). Kitab al-Taharah. www.islamweb.

net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=134119#134119. Diakses pada 29

Ogos 2013.

‘Ali Jum‘ah (t.th). Fatawa Darul al-Ifta’ al-Misriyyah. Hukum Penggunaan Organ Haiwan.

http://www.dar-alifta.org. Diakses pada 19 Julai 2013.

Al-Kurdi, al-Haji Ahmad (2006). Hukum Tanduk Bersamaan Hukum Tulang.

http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=5829. Diakses

pada 20 Julai 2013.

Anon. (2013). Sources of Horn. http://www.abbeyhorn.co.uk. Diakses pada 20 Ogos 2013.

Craven, Scott R. and Hygnstrom, Scott E. (1994). "DEER". The Handbook: Prevention

and Control of Wildlife Damage. Paper 47. http://digitalcommons.unl.edu/icwdm

handbook/47.

Horn (Anatomy). New World Encyclopedia (online). http://www.newworld encyclopedia.

org. Diakses pada 11 Julai 2013.

Hukum Makanan Kesihatan Dari Tanduk Rusa. Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM

pada13 Sep, 1995. http://muamalat.islam.gov.my/keputusan-pks/hukum-makanan-

kesihatan-dari-tanduk-rusa. Diakses pada 2 Julai 2013.

Hukum Makanan Kesihatan Dari Tanduk Rusa. Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM

(1993). http://muamalat.islam.gov.my

Iman Herbs (2011). Pil Tanduk Rusa. http://www.imanherbs.com/. Diakses pada 17

September 2013.

JAKIM (1993). Hukum Makanan Kesihatan Daripada Tanduk Rusa. http://www.e-

fatwa.gov.my/keputusan-pks/hukum-makanan-kesihatan-daripada-tanduk-rusa.

Diakses pada 27 Jun 2013.

Jolee, L. (2013). Anatomy of Cow Horns. http://www.ehow.com/about_6541684_anatomy-

cow-horns. html. Diakses pada 20 Ogos 2013.

Mohd. Fairuz Yusof (2011). Tanduk Rusa Ubati Penyakit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0117&pub=Utusan_Malay

sia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm. Diakses pada 29 September 2013.

Myers, P., R. Espinosa, C. S. Parr, T. Jones, G. S. Hammond, and T. A. Dewey. 2013. The

Animal Diversity Web (online). http://animaldiversity.org. Diakses pada 8 Julai

2013.

Page 23: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

23

Nutronics Labs (2013). Benefits of Nutronics Labs Deer Antler Velvet IGF-1 Plus™.

http://www.nutronicslabs.com/health-products/deer-antler-velvet-igf1-plus.htm.

Diakses pada 17 September 2013.

Ohio University (2006, November 11). Scientists Crack Rhino Horn Riddle. ScienceDaily.

http://www.sciencedaily.com /releases/2006/11/061106144951.htm. Diakses pada 3

September 2013.

Schindler M. (2013). Types of Animal Horns. http://animals.pawnation.com/types-animal-

horns-6568.html. Diakses pada 29 September 2013. Tanduk Rusa Yang Dikerat Ketika Masih Hidup. Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu

(2001). http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri. Diakses pada 2 Julai 2013.

Tuai Tanduk Rusa (27 Jun 2013). Harian Kosmo. http://www.kosmo.com.

my/kosmo/content.asp. Diakses pada 27 Jun 2013.

Ubat Dari Tanduk Rusa. Fatwa Management System-Institut Fatwa Sedunia.

infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name. Diakses pada 2 Julai 2013.

Ubat Dari Tanduk Rusa. Fatwa Management System-Institut Fatwa Sedunia.

infad.usim.edu.my.

Page 24: PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT

24

LAMPIRAN: PROSES MENUAI TANDUK RUSA