penggunaan peta konsep dalam p&p sejarah

27
KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN KAEDAH I-THINK PETA ALIR BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA MARSHALL ANAK JOHAN Smk Medamit Page | 1

Upload: buenaventura-casimiro-arlyana

Post on 29-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah menggunakan Peta I-Think

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN KAEDAH I-THINK PETA ALIR BAGI

MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH

TINGKATAN DUA

MARSHALL ANAK JOHAN

Smk Medamit

OKTOBER 2015

Page | 1

Page 2: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Abstrak 1

2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2

3. Fokus Kajian 3

4. Objektif Kajian 3

5. Kumpulan Sasaran 4

6. Pelaksanaan Kajian

1) Tinjauan masalah2) Analisis Tinjauan Masalah3) Tindakan yang dijalankan

4

7. Pelaksanaan Tindakan pemerhatian atau penilaian 5

8. Pelaksanaan Aktiviti 6

9. Refleksi Kajian 7

10. Keputusan Ujian Pra 8

11. Keputusan Ujian Pos 9

12. Rumusan Kajian 9-10

13. Cadangan Kajian Seterusnya 11

14. Lampiran

1) Borang Soal Selidik2) Lampiran B3) Lampiran C4) Lampiran D5) Lampiran E – Ujian Pra6) Lampiran F – Ujian Pos

12

Page | 2

Page 3: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

PENGGUNAAN KAEDAH I-THINK PETA ALIR BAGI MENINGKATKAN

PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA

oleh

Encik Marshall Anak Johan

A B S T RAK

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran berdasarkan penggunaan “Kaedah I-Think Peta Alir” dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan membantu pelajar memahami sesuatu tajuk secara terperinci. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan merancang Kaedah I-Think Peta Alir yang sesuai bagi bab dua Sejarah Tingkatan Dua dan disertakan dengan penyediaan nota ringkas mengandungi fakta-fakta Sejarah bab dua. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan ‘pengelasan konsep’ oleh guru untuk memberi gambaran menyeluruh, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat dalam Kaedah I-Think Peta Alir, pembacaan buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting. Kemahiran mencatat dan menyusun nota oleh pelajar dan latih tubi latihan objektif dan subjektif bab dua juga dijalankan. Penilaian dibuat melalui ujian diagnostik (ujian pos) yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Kaedah I-Think Peta Alir ini tidak memberikan kesan yang diharapkan bagi kumpulan pelajar Kelas 2B ini kerana tidak ada peningkatan prestasi yang diharapkan-harapkan dalam keputusan ujian pos selepas penggunaan kaedah tersebut.

Page | 3

Page 4: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam kajian ini, terdapat permasalahan yang telah dikenalpasti. Terdapat segelintir pelajar

yang tidak lulus mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am

seperti Peperiksaan Tingkatan Tiga, dan SPM. Mengikut tinjauan kami guru panitia sejarah,

jangkaan awal kami adalah kemungkinan para pelajar yang gagal ini kurang meminati mata

pelajaran sejarah. Seperti yang kita sedia maklum, pada tanggapan para pelajar sejarah

merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta,

tajuk-tajuk dan nama yang memerlukan penghafalan.

Pelajar turut menghadapi permasalahan bagi mendapatkan konsep keseluruhan

mengenai urutan peristiwa bersejarah bagi setiap bab. Para pelajar secara jelasnya tidak

dapat melihat peristiwa-peristiwa secara keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru

itu, ini sebenarnya tidak membantu pelajar dalam membentuk konsep kandungan secara

keseluruhan sesuatu bab ataupun membantu mereka untuk mengaitkan sesuatu topic

dengan topic yang lain dalam sesuatu bab.

Cara pengajaran guru yang kebanyakkannya menggunakan pendekatan sehala tidak

berjaya untuk menarik minat para pelajar dalam mendekatkan diri mereka dengan mata

pelajaran ini. Cara pengajaran guru sebegini sekaligus akan menyebabkan para pelajar

kurang meminati mata pelajaran ini. Oleh itu, Guru merasakan perlu untuk mereka cipta

suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan bagi meningkatkan minat,

pemahaman dan ingatan mereka terhadap mata pelajaran Sejarah.

Oleh sebab itu, kajian yang dijalankan ini adalah lebih menjurus kepada penggunaan

Kaedah I-Think Peta Alir untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kekal

menarik minat para pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas dan yang lebih penting ialah

para pelajar dapat menguasai konsep keseluruhan bab dalam contoh Kaedah I-Think Peta

Alir. Kaedah I-Think Peta Alir juga dapat membantu para pelajar bagi mendapat

gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan urutan peristiwa dalam satu continuum. Ini

seterusnya akan meningkatkan ingatan p a r a pelajar terhadap pengajaran yang diajar

oleh guru. Selain itu, penggunaan Kaedah I-Think Peta Alir boleh mempelbagaikan

kaedah pengajaran guru dan menjadikan guru lebih efisien dalam menyampaikan

Page | 4

Page 5: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

pengajaran Sejarah dengan lebih efektif.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian tindakan ini ialah penggunaan Kaedah I-Think Peta Alir dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada bab dua

Sejarah Tingkatan Dua (2B). Penggunaan Kaedah I-Think Peta Alir adalah

pendekatan yang difikirkan sesuai oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang

meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta

dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari.

Permasalahan ini berlaku adalah kerana sukar bagi para pelajar untuk mendapat

gambaran yang lebih jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan. Para pelajar

lebih kea rah untuk hanya membuat ulang kaji pada saat-saat akhir sebelum kemuncak waktu

peperiksaan bermula. Sekiranya permasalahan ini tidak diatasi dengan baik, pelajar akan

mempunyai masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah di dalam sesuatu bab

dan ini semestinya akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan daya ingatan pelajar

menggunakan Kaedah I-Think Peta Alir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1: Pelajar dapat melengkapkan maklumat dan fakta Sejarah dalam Kaedah I-Think

Peta Alir.

3.2.2 : Pelajar dapat mengenal pasti dan mengaitkan urutan peristiwa Sejarah

dengan lebih terperinci.

3.2.3 : Pelajar dapat menjawab soalan objektif dan subjektif bab dua dengan tepat.

3.2.4 : 50 peratus pelajar Kelas 2B mendapat markah 15 ke atas dalam ujian pos.

Page | 5

Page 6: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 29 pelajar Kelas 2B. Mengikut

keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu tahun 2014, peratus kelulusan bagi mata

pelajaran Sejarah ialah 85%. Tiada pelajar yang mendapat keputusan A dan B yang

markahnya di antara 65 hingga 100. Sebanyak 33% pelajar mendapat gred C (markah antara

50 hingga 64) dan 52% pelajar-pelajar mendapat gred D (markah di antara 40 hingga 49).

Ringkasnya, kumpulan sasaran Kelas 2B ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sederhana

dalam pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sejarah.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Berdasarkan pemerhatian guru, guru mendapati pelajar kurang berminat terhadap

mata pelajaran Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

5.1.2 Bagi mengetahui dengan lebih tepat pandangan dan masalah pelajar

terhadap mata pelajaran Sejarah, satu borang soal selidik telah diberi kepada pelajar

Kelas 2B.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati kebanyakan pelajar kurang

berminat dengan mata pelajaran Sejarah, pengajaran Sejarah secara penerangan dan susah

mengingati fakta-fakta dan peristiwa dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan

soal selidik, didapati 28 daripada 30 pelajar 2B menjawab “tidak” empat soalan daripada

tujuh soalan soal selidik. ( Sila rujuk lampiran A).

5.3 Tindakan yang Dijalankan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah:

Page | 6

Page 7: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

1. Mendengar penerangan guru daripada kertas putih yang mengandungi nota

berdasarkan Kaedah I-Think Peta Alir.

2. Melengkapkan fakta atau maklumat dalam Kaedah I-Think Peta Alir sebagai

sebahagian daripada latihan meningkatkan kemahiran menyusun nota secara

sistematik dan berkesan.

3. Memberi gambaran menyeluruh melalui Kaedah I-Think Peta Alir dan memberi

dorongan kepada pelajar untuk menggunakan Kaedah I-Think Peta Alir bagi

membantu ingatan bersama bahan pelajaran lain seperti nota yang diberikan oleh

guru berdasarkan buku teks.

4. Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar mengenai Bab 2 dengan

memberi soalan objektif dan subjektif.

(ii) Bahan-bahan yang digunakan:

a) Aktiviti 1 : Kertas Putih.

b) Aktiviti 2 : Lembaran kerja Kaedah I-Think Peta Alir (lampiran B dan C ).

c) Aktiviti 3 : Kertas putih , lembaran nota Kaedah I-Think Peta Alir (lampiran

D) dan buku teks.

d) Aktiviti 4 : Lembaran kerja latihan objektif dan subjektif, carta

latihan objektif dan subjektif daripada buku teks dan buku rujukan yang sesuai.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian atau Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

Guru menggunakan kertas putih dengan memaparkan di papan putih yang

mengandungi Kaedah I-Think Peta Alir bab dua. Pelajar mendengar penerangan guru

bardasarkan kertas putih. Dalam aktiviti ini, guru memerhatikan bahawa pelajar-pelajar

tertarik melihat Kaedah I-Think Peta Alir yang terpapar dalam kertas putih. Guru

merasakan Aktiviti 1 ini berkesan kerana soalan yang diajukan kepada para pelajar

berkaitan dengan Kaedah I-Think Peta Alir yang dipaparkan dapat dijawab dengan betul

oleh para pelajar.

Page | 7

Page 8: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

Guru memberi lembaran kerja Kaedah I-Think Peta Alir untuk dilengkapkan oleh pelajar

bagi topik-topik tertentu bab dua. Pelajar membaca dengan kuat Kaedah I-Think Peta Alir

yang telah lengkap dengan jawapan yang betul bersama dengan bahan pembacaan

daripada buku teks. Pelajar-pelajar didedahkan dengan ulang kaji serta membuat catatan

sendiri pada Kaedah I-Think Peta Alir tersebut.

Contohnya, pelajar-pelajar akan mengesan perkara-perkara seperti tarikh, nama

tokoh dan isu terperinci daripada buku teks untuk dicatatkan pada Kaedah I-Think Peta

Alir bagi membantu diri mereka mempunyai nota lengkap bab dua. Selain itu, guru juga

menyediakan nota ringkas bagi topik-topik tertentu bab dua dari semasa ke semasa. Guru

memerhatikan bahawa pelajar-pelajar dapat melengkapkan Kaedah I-Think Peta Alir

untuk dimasukkan dalam buku latihan masing-masing. Aktiviti 2 ini berkesan kerana

pelajar-pelajar berjaya melengkapkan Kaedah I-Think Peta Alir dengan betul dalam buku

latihan masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat 15% pelajar Kelas 2B yang

mendapatkan bantuan guru bagi mendapatkan penyelesaian bagi jawapan yang perlu

dilengkapkan dalam Kaedah I-Think Peta Alir. (Lihat lampiran B, C dan D).

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

Guru memberi Kaedah I-Think Peta Alir yang mengandungi topik-topik secara menyeluruh

dalam bab dua kepada pelajar-pelajar (Lampiran E). Pelajar-pelajar membaca secara

senyap dan memahami Kaedah I-Think Peta Alir yang diberikan. Sebelum proses

pengajaran-pembelajaran berakhir guru mengadakan kuiz sejarah selama 10 minit

untuk menanya soalan tentang isi-isi penting dan yang berkaitan antara satu topik dengan

topik yang lain dalam Kaedah I-Think Peta Alir tersebut.

Pelajar-pelajar juga diminta untuk membina peta minda dan carta aliran peristiwa

bagi topik tertentu bab dua tersebut. Mengikut pemerhatian, 90% pelajar dapat

menjawab soalan kuiz sejarah dengan betul. Kuiz sejarah ini dilihat berkesan bagi

Page | 8

Page 9: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

membantu memperkasakan daya ingatan pelajar- pelajar terhadap gambaran keseluruhan

bab dua.

5.4.4 Pelaksanaan Aktiviti 4

Setiap pelajar diberikan latihan soalan objektif dan subjektif berdasarkan buku teks dan

buku rujukan yang berkaitan. Sebagai pengukuhan kepada pemahaman para pelajar, latihan

bagi mengisi jawapan yang sesuai dengan Kaedah I-Think Peta Alir dan latihan membuat

peta minda dan carta aliran peristiwa juga diberikan dari masa ke semasa. Secara jelas,

didapati semua latihan yang diberikan oleh guru boleh dijawab dengan betul oleh para

pelajar. Pemerhatian menunjukkan 30% pelajar menggunakan Kaedah I-Think Peta Alir

semasa proses pembelajaran dan ulang kaji pelajaran mereka.

Namun yang demikian, terdapat beberapa masalah bagi para pelajar yang tidak

menunjukkan kesungguhan dalam membuat latihan terutamanya latihan subjektif. Mereka

kebanyakkannya mengambil jalan pintas dengan meniru kebanyakkan jawapan dari rakan-

rakan lain tanpa banyak berfikir. Ini secara tidak langsung mengagalkan usaha murni kami

bagi mempertingkatkan kemahiran pembelajaran yang diharapkan.

5.5 Refleksi Kajian

(i) Penilaian Pencapaian Murid

Sebelum kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar 2B dengan menggunakan

Kaedah I-Think Peta Alir bab 2, satu ujian ringkas pra telah dijalankan ke atas mereka

(Lampiran F). Ujian Pra ini terdiri daripada 30 soalan objektif berkenaan bab satu.

Kumpulan sasaran ini t e l ah diberikan masa setengah jam untuk menjawabnya.

Page | 9

Page 10: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Keputusan Ujian Pra dapat dirumuskan dalam Jadual 1 berikut :

Bilangan soalan yang betul Bilangan pelajar

25 – 30 1

20 - 24 2

15 – 19 12

510 – 14 12

5 – 9 2

0 - 4 0

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa peratus kelulusan ujian pra ini

ialah 51.7% atau 15 orang daripada pelajar 2B mendapat markah 15-30. Justeru,

41.4% atau 12 daripada pelajar Kelas 2B telah lulus secara sederhana dalam Ujian

pra ini. Manakala, 6.9% atau sebanyak 2 orang pelajar pula masih berada dalam zon

lemah.

Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar bab dua dengan

menggunakan Kaedah I-Think Peta Alir. Pengajaran dan pembelajaran bab dua ini telah

menggunakan Kaedah I-Think Peta Alir bersama dengan lembaran kerja Kaedah I-

Think Peta Alir dan buku teks. Selepas pengajaran bab dua ini, satu ujian pos telah

diadakan untuk mengesan keberkesanan Kaedah I-Think Peta Alir dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar Kelas 2B ini. Pelajar diberi masa

seminggu sebagai tempoh persediaan ujian pos ini. Keputusan ujian pos telah

dirumuskan dalam Jadual 2 di bawah :

Page | 10

Page 11: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Bilangan soalan yang betul Bilangan pelajar

25 – 30 2

20 – 24 2

15 – 19 8

10 – 14 17

5 – 9 0

0 – 4 0

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos

Dalam ujian pos ini, peratus kelulusan adalah sebanyak 41.4% atau sebanyak 12

orang pelajar kelas 2B telah lulus ujian pos ini. Jika dbandingkan dengan keputusan

ujian pra, peratus kelulusan ujian pos adalah lebih rendah iaitu perbezaan sebanyak

10.3% atau 3 orang pelajar jatuh keg red sederhana. Walau bagaimanapun, sebanyak

58.6% atau 17 orang pelajar daripada kumpulan sasaran ini mendapat markah antara 10-

14. Jadi 58.6% ini adalah pelajar- pelajar yang berada dalam kelompok “gagal dengan

baik”. Jika dibandingkan dengan ujian pra, sebanyak 6.9% atau 2 orang pelajar kelas 2B

yang gagal yang berada dalam kelompok markah 5-9 manakala ujian pos menunjukkan

tiada pelajar kelas 2B dalam kelompok markah ini.

(ii) Rumusan Pemerhatian

Secara keseluruhannya, pengajaran-pembelajaran berasaskan Kaedah I-Think Peta Alir

t e l a h berjaya menarik perhatian pelajar dan ia turut menunjukkan bahawa para pelajar

dapat mengekalkan ingatan jangka pendek mereka. Ini dapat diperhatikan apabila pelajar

dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan pelajar lebih menumpukan

perhatian semasa proses pengajaran-pembelajaran berdasarkan Kaedah I-Think Peta Alir.

Page | 11

Page 12: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

(iii) Refleksi Keseluruhan.

Secara keseluruhannya, keberkesanan pengajaran berasaskan Kaedah I-Think Peta Alir

telah memberi kesan yang diharap-harapkan. Ini adalah kerana keputusan ujian pos

menunjukkan kesan peningkatan kepada keputusan para pelajar walaupun ia tidaklah secara

mendadak. Namun begitu, keputusan tersebut kurang memuaskan berbanding apa yang

dijangkakan. Ada kemungkinan besar sebilangan pelajar tidak menggunakan Kaedah I-

Think Peta Alir untuk membantu diri mereka semasa membuat pembelajaran atau ulang

kaji yang sistematik.

Pelajar juga tidak membuat persediaan yang cukup untuk membuat ujian pos

walaupun guru telah mencuba penggunaan Kaedah I-Think Peta Alir dalam pengajaran dan

pembelajaran sejarah. Kaedah I-Think Peta Alir ini secara umumnya dilihat hanya

mengukuhkan ingatan jangka pendek. Apa yang jelas, jika inginkan Kaedah I-Think Peta

Alir ini lebih berjaya, maka para pelajar haruslah sentiasa membuat proses pembelajaran dan

ulangkaji secara berterusan di rumah agar ingatan jangka pendek itu kekal.

Page | 12

Page 13: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan Kaedah I-Think Peta Alir merupakaan satu kaedah dan pendekatan yang

sesuai dalam membantu para pelajar semasa mereka menjalani proses pengajaran-

pembelajaran mereka di dalam kelas mahupun di luar kelas. Kaedah ini telah berjaya

membantu kefahaman para pelajar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas,

namun yang demikian masih terdapat kelemahan dalam membantu para pelajar untuk

meningkatkan daya ingatan jangkan panjang dan semasa mereka menjawab soalan ujian.

Kelemahan seumpuma ini mungkin boleh diperbaiki dengan mengajar dan mengalakkan para

pelajar membina Peta Alir sendiri bagi tajuk-tajuk tertentu. Mereka juag seharusnya

senantiasa memberi komitmen mereka bagi aspek pembacaan dan mengulangkaji latihan

lembaran kerja Peta Alir yang diberikan oleh guru.

Justeru, bagi mempertingkatkan daya ingatan para pelajar tentang fakta dan peristiwa

sejarah, guru mungkin boleh mengadakan satu kajian dengan menggunakan aktiviti “Ujian

Lima Minit” sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ujian lima minit ini akan

merangkumi topic yang telah diajar oleh guru dan dilakukan sebelum pengajaran dan

pembelajaran tajuk yang baru. Perbincangan jawapan secara ringkas mungkin akan dapat

membantu para pelajar dan mempertingkatkan kefahaman mereka.

Page | 13

Page 14: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Lampiran A

( Borang soal selidik )

Bulatkan Y bagi ‘ Y a ’ dan T bagi ‘T i d a k ’ .

1. Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sejarah? ( Y / T )

2. Adakah anda merasakan sejarah adalah mata pelajaran yang susah?( Y / T )

3. Adakah cara guru yang hanya memberi penerangan membuatkan anda ( Y / T )

berasa bosan?

4. Adakah fakta-fakta dan peristiwa sejarah susah untuk diingati? ( Y / T )

5. Adakah anda dapat memahami urutan peristiwa sejarah secara ( Y / T )

keseluruhan dalam 1 bab?

6. Adakah anda benar-benar faham setelah sesuatu topik telah dipelajari?( Y / T )

7. Adakah anda selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ( Y / T )

dan peperiksaan.

Page | 14

Page 15: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Lampiran B

Keadaan yang menyebabkan campur tangan British.

Negeri-Negeri Melayu Keadaan

Persengketaan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato’ Bandar Kulop Tunggal untuk menguasai Sungai Linggi.

Pada Tahun 1873, sebuah kapal dagang British telah dirompak berdekatan dengan Langat.

Pergaduhan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut.

Tindakan Sultan Ahmad yang membawa masuk pelabur Eropah untuk memajukan negeri akan menjejaskan kepentingan British di negeri-negeri Melayu.

Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang.

Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui telah ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.

Page | 15

Page 16: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Lampiran C

Campur tangan British di negeri-negeri Melayu.

Negeri 1. Perak 2. Selangor

Sebab campur tangan British

a) Masalah ………………………….. dalam kalangan kerabat diraja.

b) Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap ……………………………. Telah mencetuskan Perang Larut.

a) Perebutan hak mentadbir Klang telah mencetuskan ……………………………

b) Rompakan sebuah ………………………….. berdekatan dengan Langat.

c) Serangan terhadap rumah api yang dibina oleh British di …………………………….

Pemimpin yang

terlibat

d) ……………………………..e) ……………………………..

c) ……………………………...d) ……………………………….

Kesan e) Perjanjian ………………………….. ditandatangani.

f) Negeri Perak menerima seorang …………………………...

g) Selangor menerima ……………………………. Sebagai Residen.

h) Selangor menjadi …………………………….

Page | 16

Page 17: Penggunaan Peta Konsep Dalam P&P Sejarah

Lampiran D

Faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Faktor Keterangan Kesan

1. Kelemahan sistem Residen

a) Pelaksanaan sistem Residen tidak……………………………

b) Residen tidak mempunyai …………………………..Untuk menjalankan tugas.

c) Residen menjadi terlalu …………………………..

d) Pentadbiran negeri-negeri Melayu lebih ………………………….

e) ………………………… menguasai urusan pentadbiran.

f) Penglibatan ………………………….. dalam pentadbiran peringkat jabatan …………………………..

2. Memajukan sistem perhubungan

a) Sistem perhubungan seperti …………………………………. Dibina di negeri-negeri Melayu.

b) …………………………… turut dibina.

c) Kemudahan jalan raya dan landasan kereta api yang dibina telah …………………………. Negeri-negeri Melayu.

d) Kewujudan sistem perhubungan telah …………………………. British.

Page | 17