penggunaan masa

11
Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banyak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita. Hari ini, saya ingin ceritakan tentang teknik pengurusan masa. Saya percaya anda sudah tahu, pengurusan masa adalah satu perkara yang sangat penting buat pelajar. Ini kerana, pelajar selalunya sibuk dengan kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar. ( ِ رْ صَ عْ ل اَ و1 ( ٍ رْ سُ خ يِ فَ لَ انَ س نِ الَ ّ نِ ا) 2 ) رْ " بَ ّ ص ل اِ " ا بْ وَ ص اَ وَ + تَ وِ ّ + قَ حْ ل اِ " ا بْ وَ ص اَ وَ + تَ وِ + اتَ حِ ل اَ ّ ص ل ا3 واُ لِ مَ عَ ا و وُ نَ م: اَ ن يِ ذَ ّ الَ ّ لِ اDemi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara: 1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya. 2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya. 3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah. 4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah. Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki

Upload: siti-hajar-dahari

Post on 29-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

konsep pengurusan masa

TRANSCRIPT

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banyak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita. Hariini, saya ingin ceritakan tentang teknik pengurusan masa. Saya percaya anda sudah tahu, pengurusan masa adalah satu perkara yang sangat penting buat pelajar. Ini kerana, pelajar selalunya sibuk dengan kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar. (1) (2) Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.Dalam ayat di atas, AllahSubhanahu wa Ta'alamenerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyariatkan oleh-Nya.2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Sebenarnya apabila AllahSubhanahu wa Ta'alamengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi

Persoalannya, adakah anda tahu apa itu pengurusan masa? (Tanya student)Baiklah, sebelum saya meneruskan topik pengurusan masa ini, saya mahu tahu dahulu, apakah masalah-masalah yang anda hadapi berkenaan dengan pengurusan masa? (Tanya student)Sebenarnya kita x focus!!!PERTAMA Teknik fokus bermaksud, setiap kali anda lakukan sesuatu, anda perlu benar-benar fokus kepada apa yang anda lakukan itu. Contohnya, jika anda sedang belajar subjek Bahasa Inggeris / ekonomi, anda perlu fokus seratus-peratus kepada subjek itu dan tidak memikirkan tentang perkara lain. seolah-olah, ketika anda belajar subjek itu, di dalam dunia ini cuma ada anda dan subjek itu sahaja. (JOKING buah limau) Contoh org maen bola. Apa yg dia fokushadis Nabi Saw .Sesungguhnya AllahTaalamengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlangFaktor x focus ; maen hp, on9 (shoping on9), wasap risaw moto/kreta calar/hilang. Doa pelingdung daripada kecurian

Kesan x focusatakan anda belajar dalam masa satu jam, anda mungkin sebenarnya hanya betul-betul belajar selama 20 minit sahaja. Bukankah anda sudah rugi masa selama 40 minit di situ? Adakah 40 minit itu sedikit bagi anda? Banyak sebenarnya. Mari kita cuba fikirkan apa akan jadi kalau anda rugi 40 minit sehari.Jika anda rugi 40 minit sehari, anda akan rugi 280 minit seminggu, 1,120 minit sebulan dan 14,560 minit setahun. Jika anda rugi 14,560 minit setahun, ia adalah sama jika anda hilang lebih kurang 10 hari dalam hidup anda. Bukankah itu satu kerugian masa yang besar?Jadi, mulai hari ini, fokus seratus-peratus kepada apa sahaja yang anda lakukan.Tiba2 sakit kpala/ migraine plak. Baca doa

Kedua Di Celah-Celah Masa Ada Masa.Berani berkata tidak.Apabila orang lain mengajak anda untuk melakukan aktiviti yang sia-sia atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut dengan sopan. ContohDo Not Disturb. bukan saja untuk digantung pada tombol pintu bilik hotel, tetapi juga untuk digantung pada tombol pintu bilik asrama atau dileher Tyme study/buat homework silent hp, off wifi.. Cepat bukan jimat. ADA pro dan kontra/pro and con.. bagaiamana???.Cepat menyebabkan projek yang anda lakukan memiliki banyak kesilapan dan kekurangan. (cerita pengalaman kwn buat tesis)..Cepat membaca. Asalkan habis. Anda mungkin dapat membaca buku dalam masa yang cepat tetapi dalam kecepatan tersebut banyak poin penting yang anda tertinggal atau salah faham. ( contoh kawan saya man). Gunakan waktu senggang. Cth gap kelas/ lec x da/ kelas batal. Guna utk buat task/discussion

KEtiga cara kita belajar.Bahagian pertama; Subjek yang perlu diutamakanKatakanlah esok pagi pukul 8 exam final. Subjek akaun/pelancongan target A tp dapat C.. nmpak jurang A-C. jd kalo sblum ni study 2 jam tambah lg 1 jam. Contoh subjek laen.. (Tanya student) situasi sama. Tp FAILED!!!! Jd + jam study anda.Apa yang dimaksudkan anda perlu luangkan lebih masa untuk subjek ini? Ia bermaksud, anda jika subjek-subjek lain anda buat ulangkaji 3 jam seminggu, subjek yang anda lemah ini anda perlu luangkan dua kali ganda masa yang anda ada contohnya anda luangkan 6 jam masa mengulangkaji seminggu. Lebih baik lagi, anda tambahkan lagi masa jika anda rasa ia masih tidak mencukupi.Bukan sahaja masa mengulangkaji, anda perlu banyak gunakan masa semasa berada disekolah untuk bertanya kepada guru anda. Minta guru anda ajar mana-mana bahagian yang anda tidak faham. Jika ada guru lambat masuk ke kelas, luangkan masa itu untuk belajar subjek tadi. Selalunya, anda pasti ada kawan-kawan yang pandai dalam subjek tadi. Anda boleh bertanya kepada kawan-kawan anda juga kerana selalunya, pelajar lebih mudah faham apabila mendengar penerangan kawan-kawan mereka sendiri.Kesimpulan untuk hari ini, mula fikirkan bagaimana anda boleh luangkan lebih masa untuk subjek yang anda lemah. Anda ada banyak masa sebenarnya tetapi anda mungkin tidak sedar selama ini di mana anda hilang kebanyakan daripada masa anda itu. Masa yang anda banyak hilang selama ini amat berharga kepada anda kerana anda perlu gunakannya untuk subjek-subjek yang anda lemah.Bahagian Kedua ; NOTA Utk ANdaPndai membuat nota. 1. Faham. 2. Cari isi ( APA Yg DISAMPAIKAN) 3. Gariskan dan tulis ats kertas. Tulis ayat sendiri apa yg kamu paham. (pastikan tidak salah konsep). Tinggalkan sikit ruang utk tmbah isi Jgn semakkan nota. Jgn terlampau rgkas. Jgn kedekut kertas.

Bahagian ketiga ; tambahkan minat nak belajar.Dtg dgn snyuman. Kajian yang dibuat oleh orang barat mendapati memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup tetapi dapat meningkatkan tahap kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.Membuat persediaan awal sebelum belajar. Taw tajuk yg akan diajar. Siapkan homework/presentation/folioBerkawan dengan orang yang minat untuk menimba ilmu. Kwn ada mcm2 jenis. Kawan yang pertama Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. - - Kawan kedua Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. - Kawan yang ketiga Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuranMotivasikan diri. 1. Vision Board.. (gambar inspirasi) 2. Kisah inspirasi org lain (list org2 berjaya di Malaysia) 3. Ikrar kpd diri. 4. 'DELETE' kisah silamAnda mahu atau tidak untuk anda kekal bermotivasi, anda perlu padamkan kisah silam anda. Pemusnah motivasi paling bahaya adalah kisah silam anda. Ia boleh menjadi beban bahu anda yang memikul.

Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin pernah mengecewakan orang lain suatu ketika dahulu. Tetapi itu kisah dulu dan anda tidak boleh ubah apa-apa pada hakikatnya.

Apa yang anda harus lakukan adalah padamkan kisah silam anda dan lakukan permulaaan yang baru. Jadikan kesilapan dahulu sebagai tauladan dan tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Penutup.Muhasabah diri.. insafi diri.. .Tanya diri anda sampai bila?? anda mcm niapa tujuan kita ke sini?.Apa harapan keluarga awak

Muhasabah DiriAssalamualaikum dan salam sejahtera...Teks tersebut telah direka dan dibaca oleh seorang fasilitator semasa kem motivasi sekolah dalam modul muhasabah diri.. Tujuannya nak bagi budak-budak sekolah ni sedar akan pengorbanan mak dan bapak diorang.. kesan daripada modul ini..hampir kesemua budak-budak ini menangis sebab diorang dapat rasa..hayati..dan selami apa yang cuba disampaikan. haha..macam mana modul ini dijalankan?? first..mata diorang kena tutup..pastu lampu dimatikan..semua dalam keadaan gelap gelita dan sunyi.. hanya suara cerita didengari... setelah semua dalam keadaan tenang dan tenteram..maka teks tersebut mula dibaca..kepada para pembaca...hayati dan selami apa yang cuba disampaikan..sediakan tisu banyak2..hahaha.. selamat membaca :) " Bayangkan, betapa indahnya apabila kita bersama keluarga,Dengan insan yang paling kita sayang dan kasihi, iaitu ibu dan ayah kita,Segala kasih sayang sentiasa ibu dan ayah kita curahkan kepada kita,Mintak sahaja nak apa saja yang kita nak,Mak, nak duit! Nak duit? Nah mak bagi seringgit, jangan beli benda bukan2 tau. Kita pun terima sahaja, walaupun hakikatnya ia tidak cukup bagi kita. Lalu kita pun pergi dengan muka yang monyok.Ayah, nak mainan! Dengan muka yang menunjukkan muka sedih, ayah kita tak sampai hati lihat kita, lalu ayah belikan mainan kepada kita, kata ayah lepas ni main elok2, ayah beli sekali je mainan ni, lepas ni takde dah . muka yang sedih tadi telah berubah menjadi ceria. Ayah kita pun turut gembira melihat kita ceria.Tapi tahukah adik2! Duit seringgit yang ibu beri kepada itu, betapa bernilainya ia. Bukan kerana nilainya. Bukan kerana berapa banyak gula2 yang kita mampu beli! Tapi kerana betapa susah payahnya ibu kita untuk mendapatkan duit seringgit itu. Penat lelah. Sakit. Dimaki ketua. Mahupun dicaci sekalipun, ibu tetap tabah untuk mendapatkan seringgit itu. Untuk diberikan kepada kita, bagi memenuhi keinginan kita, yang sering tak putus2 meminta duit kepada ibu kita. Lalu dilemparkan muka yang monyok kepada ibu kita. Adakah ibu kita gembira melihat kita melemparkan muka begitu! Tidak! Tidak! Tidak!, bukan gembira tapi ibu terasa hati akan kita, mereka rasa sedih apabila kita lemparkan muka sedemikian kepada ibu. Tapi apakah ibu melemparkan kepada kita sebagaimana kita melemparkan riak wajah kepada ibu??! Tidak! Tidak! Tidak! Malahan ibu hanya mampu tersenyum, melihat karenah kita yang seringkali bermasam muka. Demi kita, ibu sanggup berbuat apa sahaja.Ayah kita pula, apabila ayah membelikan mainan kepada kita, adakah mereka juga turut ceria sama seperti kita ceria? Tidak! Tidak! Tidak! Jauh di lubuk hati ayah mengatakan tak apalah, asalkan anak ayah ceria., walaupun pada hakikatnya harga permainan tersebut agak mahal harganya. Ayah seperti terpaksa untuk membelinya, tapi kerana kekuatan kasih sayang daripada ayah itu, perasaan terpaksa itu telahpun lenyap. Demi melihat kita ceria sentiasa. Adakah kita tahu, untuk mendapatkan duit untuk membayar mainan tersebut, ayah kita terpaksa berlapar. Tidak makan sehari, dua hari, tiga hari? Perkara biasa bagi seorang ayah. Bukan saja untuk memenuhi permintaan kita terhadap permainan itu, tapi juga untuk menyara makan minum kita, adik2 kita, akak dan abang kita, membayar bil, bayar sewa rumah, duit pinjaman kereta, dan juga yuran2 sekolah kita. Ah!! Pening! Pening! Itulah perkataan yang bermain di minda ayah kita. Tapi apabila melihat kita ceria bila dapat mainan tadi, segalanya hilang, seakan-akan masalah itu semua lenyap dalam minda ayah. Kasih ayah tiada bandingannya.Suatu hari, ibu menyuruh kita untuk membeli gula di kedai! Adik! Tolong beli gula kat kedai, mak nak buat air ni. Sedang kita menonton tv, kita pun menjawab, ala mak, nanti lah mak, adik nak tengok tv. Ditambah lagi. ala mak, asyik2 adik je kena beli, suruhlah orang lain, satu jawapan yang mudah kita menjawabnya, 1001 alasan kita berikan. Tak pernah kita lari dari memberikan alasan. Di hati ibu, adakah ibu hanya berdiam dan tak berbuat apa. Tidak! Ibu merasa sedih, kerana kita tak buat apa yang ibu suruh. Bukankah taat kepada ibu bapa merupakan suruhan Allah! Cuba renungkan kembali. ibu dengan hati yang agak kecewa, lalu pergi ke kedai sendiri, untuk membeli gula. Dengan kepanasan amat terik, ibu tanpa sebarang alasan, pergi ke kedai untuk meredahi panas itu. Lihatlah adik2! Betapa ibu tidak pernah sekalipun merungut. Tidak seperti kita, yang sentiasa sahaja memberikan alasan, untuk tidak membuat kerja.Kemudian pulang pula ayah daripada kerja. Ayah duduk di atas sofa. Tersenyum sahaja melihat kita yang sedang khusyuk menonton tv. Ayah berasa lenguh2 badan. Mengurut badannya sendiri. Lalu menyuruh kita untuk mengurut ayah.adik, tolong urut ayah jap, ayah letih lah,. Panggilan pertama kita tidak menjawab, kemudian panggilan kedua barulah kita menjawab ayah. Tapi sayangnya jawapan kita tidak seperti yang ayah kita mahukan. ayah, ayah urutlah sendiri, adik tengah best tengok kartun ni. Ayah rasa sedih mendengarnya. Penat. Letih. Tekanan. Mengantuk. Inilah yang dirasai ayah selepas bekerja. Kalau orang lain, bukan sahaja marah, tapi boleh jadi kita dipukul. Tapi bagi ayah kita tidak! Tidak! Tidak sama sekali. Walaupun hakikatnya timbul sedikit marah dalam lubuk hati ayah akibat kepenatan, tapi ayah masih lagi mampu tersenyum, membalas kepada kita. Takpelah adik, ayah suruh mak sajalah nanti. Cuba kita lihat! Adik2! Lihat! Betapa ibu dibebani lagi dengan kerja untuk mengurut ayah, setelah ibu pergi membeli gula di kedai sendiri.Renungkanlah wahai adik2ku, apakah jasa kita hari ini pada ibu bapa?Hari jadi kita bakal menyusul pada esok hari, seperti anak2 yang lain, kita juga mahukan hadiah pada hari jadi kita. Mulalah keinginan kita untuk dapatkan hadiah itu. Insan pertama yang kita pergi untuk memint hadiah adalah ibu kita. Ayah, adik nak hadiah boleh? Esok hari jadi adik; ayah terdiam seketika. Tapi tetap melayani kita dengan senyuman. adik nak apa? dengan mudah kita menjawab, adik nak basikal, macam kawan sebelah. Ayah terdiam sekali lagi. Dalam hati ayah berbisik sekarang ni baru pertengahan bulan, duit pun sudah nak habis, mana cukup duit nak beli basikal tu.. Tapi itu bukanlah apa yang ayah katakan kepada. Akan tetapi, ayah berkata. adik, nanti ayah belikan basikal boleh?. Jawapan yang amat baik, untuk pujuk hati kita, agar tidak bersedih.Tapi, lumrah seorang anak. Menangis. Merajuk. Hinggakan tidak mahu pergi ke sekolah esok harinya. Ayah mula pening, tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk kita.Ibu pun datang memujuk. Tenang raut wajahnya memandang kita sambil berkata, adik, dengar cakap ayah ye. Nanti2 kita beli ye, kita tak mampu untuk belilah sayang.. alunan suara yang penuh kasih sayang ibu cuba untuk memujuk kita. Namun kita degil! Kita mengada-ngada! Kerana sebuah basikal, kita sanggup untuk melemparkan muka masam kita kepada ibu bapa. Kita terus masuk ke bilik. Menutup pintu dengan kuat, seperti orang yang sedang marah dan bengang!Namun, cerita tidak berakhir di situ, ibu bapa kita duduk bersama atas sofa, dan berbincang. Ibu risau akan kita. Lalu ibu memujuk ayah untuk membelikan basikal sebagai hadiah hari jadi kita. Disebabkan kelembutan ibu, ayah pun mengalah. baiklah, ayah akan belikan. Ayah akan gunakan duit simpanan ayah dulu. Ibu pun tersenyum, kerana ibu mampu menyampaikan berita baik kepada kita. Bagi dapatkan hadiah basikal sempena hari jadi kita.Esok harinya, seperti biasa kita bersiap untuk ke sekolah. Tetapi kita masih bermasam muka kepada ibu bapa kita. Tanda marah kepada mereka kerana tak belikan hadiah basikal kepada kita. Ibu masih dalam keadaan risau. Selepas bersiap, kita terus berlari ke kereta, tanpa berkata apa2 kepada ibu bapa kita. Ibu bertanya, adik dah makan sayang?. Kita hanya berdiam sahaja, tidak jawab soalan ibu.Hari ini hari istimewa bagi kita, ibu pun turut sama ikut untuk menghantar kita ke sekolah. Walaupun pada kebiasaannya hanya ayah yang menghantar kita ke sekolah.Ibu dan ayah ingin berterus terang kepada kita, untuk beritahu kepada kita. Mereka akan belikan hadiah basikal tersebut. Tetapi, mereka bercadang untuk beritahu setelah sampai ke sekolah nanti.Tiba di sekolah, dengan tiba2 kita berkata, ibu ayah tak sayang adik dah!. Ibu bapa kita terus terdiam seketika. Tanpa bersalam dan mencium ibu bapa, Lalu terus kita membuka pintu kereta dan berlari masuk ke sekolah. banyak kali ibu ayah memanggil kita, untuk beritahu kepada kita hal sebenar. Mereka mahukan belikan hadiah basikal tersebut.Risau. Sedih. Itulah perasaan ibu bapa kita ketika itu.Tetapi mereka tetap tabah.Mereka terus memandu untuk pergi ke kedai basikal. Bagi menghadiahkan kita. Dengan harapan yang amat besar, agar kita dapat ceria kembali seperti biasa. Hanya senyuman kita yang ceria dapat mengubat kerisauan dan kesedihan kita tadi.Pada tengahari itu, Di sekolah, sedang asyik kita bergelak ketawa dengan rakan2 kita di kelas. Datang guru kelas kita berjumpa kita. cikgu tersebut dengan wajah yang sedih, mengajak kita untuk ikut guru. Kita dengan perasaan pelik bertanya kepada cikgu,cikgu, cikgu nak bawak saya kemana? cikgu tidak memberitahu tentang perkara yang sebenar. Beliau hanya menjawab, jom kita pergi jalan2. Dengan perasaan pelik itu kita hanya mampu ikut saja cikgu kita.Apabila kereta cikgu berhenti di hadapan hospital, kita rasa pelik dan bertanya lagi, cikgu, kenapa bawa saya ke hospital?. Cikgu hanya mampu tersenyum dan terus membawa kita masuk ke hospital.Di dalam hospital, cikgu membawa kita ke bilik kecemasan.Kita berasa pelik, mengapa kita dibawa ke bilik itu, adakah kita sakit? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa cikgu hanya senyum dan mengalir air mata semasa bawa kita ke sini?Inilah soalan yang timbul dalam fikiran kita.Setelah masuk ke bilik kecemasan tersebut, kita terdengar kumpulan orang membaca yasin.Datang seorang perempuan memeluk kita dalam keadaan menangis. Itulah makcik kita.Bila makcik bawa kita ke katil pesakit, apakah yang kita Nampak? Bukan pakcik kita! Bukan mak long kita! Bukan mak ngah kita!Tetapi merekalah ibu bapa mereka.! Ibu yang telah melahirkan kita, ayah yang telah membesarkan kita! Makcik memberitahu kepada kita bahawa ibu bapa kita telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka kemalangan semasa mereka dalam perjalanan pulang setelah menghantar kita ke sekolah. kita sangka mereka pulang begitu sahaja selepas manghantar kita pulang ke skolah, tapi tidak! Mereka sedang dalam perjalanan untuk membelikan kita hadiah! Yang kita minta2 itu! Yang kita tangisi itu! yang kita sanggup berpaling muka dan marah kepada ibu bapa kerana tidak dapat basikal itu sebgai hadiah hari jadi!Semasa kita mendekati mereka, kita menangis, menangis dan terus menangis. Puas makcik memujuk kita, tapi tidak berhasil. Lalu, kitapun berkata kepada ibu bapa kita yang sedang terbaring di atas katil pesakit itu, ibu, ayah! Adik minta maaf!!. Dan apabila ayat kedua yang ingin kita ucapkan pada mereka, tiba2..................................................Allah lebih menyayangi mereka. Mereka kembali bertemu pencipta. Kita tak sempat untuk ucapkannya.Dan perkataan terakhir kita yang kita mahu ucapkan kepada ibu bapa kita adalah.IBU AYAH, ADIK SAYANGKAN IBU DAN AYAH!!!!!