penggal 102 - akta perlindungan hidupan liaragc.gov.bn/agc images/laws/peng_pdf/penggal 102 -...

21
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ED lSI SEMAKAN PENGGAL 102 PERLINDUNGAN BINATANG-BINATANG LIAR SUSUNAN BAB-BAB BAHAGIANI PERMULAAN Bab 1. Gelaran pendek 2. Tafsiran 3. Lantikan Ketua Pengawas Mergastua dan pegawai pegawai lain BAHAGIAN II TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN BINATANG BINATANG LIAR 4. Tempat-Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar dan perbuatan-perbuatan yang dilarang di dalamnya 5. Taraf Tanah dalam Tempat Perlindungan Binatang Binatang Liar

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

ED lSI SEMAKAN

PENGGAL 102

PERLINDUNGAN BINATANG-BINATANGLIAR

SUSUNAN BAB-BAB

BAHAGIANI

PERMULAAN

Bab

1. Gelaran pendek2. Tafsiran

3. Lantikan Ketua Pengawas Mergastua dan pegawai­pegawai lain

BAHAGIAN II

TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN BINATANGBINATANG LIAR

4. Tempat-Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liardan perbuatan-perbuatan yang dilarang di dalamnya

5. Taraf Tanah dalam Tempat Perlindungan Binatang­Binatang Liar

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

2 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

6. Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar bolehtermasuk Hutan Simpan, dsb

BAHAGIAN III

SYARAT-SYARAT AM BAGI PERLINDUNGANBINATANG-BINATANG LIAR

7. Binatang-binatang liar yang diperlindungi8. Binatang-binatang yang diperlindungi tidak boleh

dijual atau disimpan9. Pengeksportan binatang-binatang liar

10. Lesen-lesen

11. Lesen-Iesen bagi binatang-binatang yang diperlin­dungi

12. Hak untuk mempertahankan diri dan melindungiharta

13. Memusnahkan binatang yang merbahaya atau yangcedera

14. Benda-benda tanda kenangan dan anak-anak binatangyang dijumpai

BAHAGIANIV

SYARAT-SYARAT MENGENAI TATACARA DANPERBICARAAN-PERBICARAAN

15. Kuasa menangkap dan memeriksa

16. Kuasa untuk mengadakan penyiasatan dan meng­hendaki kehadiran

17. Kuasa untuk menyelesaikan kesalahan-kesalahan

18. Kuasa untuk merampas harta-benda

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 3

19. Perampasan harta-benda apabila pesalah tidak dapatdijumpai

20. Penyelesaian harta-benda oleh Mahkamah

21. Siapa yang mendakwa22. Bidangkuasa23. Perlindungan bagi pemberi-pemberi rahsia dari di­

ketahui

24. Hadiah untuk pemberi rahsia

BAHAGIANV

JADUAL-JADUAL DAN ATURAN-ATURAN

25. Kuasa untuk membuat aturan-aturan dan perintah­perintah

JADUAL-JADUAL

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 5

AKTA PERLINDUNGAN BINATANG­BINATANG LIAR

Satu Akta untuk membuat syarat-syarat bagi PerlindunganBinatang-Binatang Liar dan bagi mengadakan tempat- 10 tahun 1978

tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Permulaan kuatkuasa : 1 Ogos 1981 S.130/81

BAHAGIANI

PERMULAAN

1. Akta ini boleh digelar sebagai Akta Perlindungan Bina­

tang-Binatang Liar.Gelaranpendek

2. Dalam Akta ini, kecuali jika maksudnya berkehendak­kan makna yang lain :-

Tafsiran

"Pegawai Mergastua" bermakna mana-mana pe­gawai yang dilantik di bawah bab 3 menjadi KetuaPengawas Mergastua, Timbalan Ketua PengawasMergastua, Pengawas Mergastua dan Penjaga Mer­

gastua;

"Tanah Kerajaan" mempunyai makna yang telahditentukan untuknya oleh Kanun Tanah;

"memburu", "membunuh", "menangkap", ber- Penggal40

makna memburu, membunuh atau menangkapdengan sebarang cara, dan termasuk percubaan-per-cubaan untuk membunuh atau menangkap dan

mengambil atau mengganggu sarang-sarang atau

telur-telur ;

"binatang yang diperlindungi" bermakna mana­

mana binatang yang disebutkan dalam Jadual Per­tama ;

6

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

"menembak" termasuk menembak kepada;

LantikanKctua

PengawasMcrgastuadanPegawai­pegawai lain

Tempat­tempatPerlindunganBinatang­BinatangLiar dan

perbuatan­pcrbuatanyangdilarang di

dalamnya

"tanda kenangan" bermakna kepala, tanduk, gigi,gading, tulang, kuku burung, kuku binatang, kulit,bulu binatang, bulu burung, telur atau mana-mana

bahagian yang tahan lama dari apajua binatang atausarang sebarang binatang.

3. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik seorangKetua Pengawas Mergastua, seorang Timbalan Ketua Pe­

ngawas Mergastua dan beberapa Pengawas Mergastua,Penjaga Mergastua dan pegawai-pegawai lain sebagaimanayang Baginda mungkin memikirkannya perlu bagi me1ak­sanakan syarat-syarat Akta ini.

(2) Semua pegawai sedemikian apakala dilantik adalahtertakluk kepada arahan Ketua Pengawas Mergastua.

BAHAGIANII

TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN BINATANG­BINATANG LIAR

4. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam Majlis Mesyua­rat boleh dari masa ke semasa dengan perintah yang disiarkandalam Warta Kerajaan mengisytiharkanmana-mana kawasandi dalam Negara Brunei Darussalam yang dinyatakan dalam

pengisytiharan sedemikian sebagai satu Tempat PerlindunganBinatang-Binatang Liar yang khasnya disimpan bagi pemeli­haraan binatang-binatang atau burung-burung, dan bolehmenentukan atau mengubah had-had mana-mana kawasansedemikian.

(2) Tertakluk kepada syarat-syarat bab 6, tiada sesiapapun boleh di dalam sesuatu Tempat Perlindungan Binatang­Binatang Liar :-

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.102 7

(a) menembak, memburu, membunuh, menangkapatau mengambil mana-mana binatang, burung, ikanatau reptilia atau mengambil atau mengganggu sarangatau telur-telur apa jua burung ;

(b) menyimpan atau membawa sebarang senjataatau sebarang jenis alat rekaan yang digunakan untuk

mengambil, menembak atau membunuh mana-mana

binatang, burung, ikan atau reptilia;

(c) memiliki benda kenang-kenangan atau dagingdaripada mana-mana mamalia, burung, ikan atau rep­tilia ;

(d) memo tong atau memindah sebarang tumbuh­

tumbuhan;

(e) menggali batu, membakar kapur atau arang,ataumencari, memungut atau memindah sebarang hasilhutan atau galian ;

(j) mendirikan sebarang bangunan, atau mem­

bersihkan ataumenggali sebarang tanah untuk bercucuktanam atau untuk sebarang tujuan lain; atau

(g) menyalakan, menyimpan atau membawa seba­

rang api atau membiarkan sebarang api menyala.

(3) Sesiapa jua yang melakukan sebarang perbuatanyang bertentangan dengan perenggan (a) dari ceraian (2) ada­lah bersalah: Hukuman, penjara selama satu tahun dandenda sebanyak $2,000.

(4) Sesiapa jua yang melakukan sebarang perbuatanyang bertentangan dengan perenggan (b), (c), (d), (e), (j) atau(g) dari ceraian (2) adalah bersalah: Hukuman, penjaraselama 6 bulan dan denda sebanyak $1,000.

8

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Taraf tanahdalam tempatPerlindunganBinatang­Binatang Liar

TempatPerlindunganBinatang­Binatang LiarbolehtermasukHutan

Simpan,dsb.

Binatang­binatangyang di­

perlindungi

Binatang­binatang yangdiperlindungitidak boleh

dijual ataudisimpan

(5) Tiada sebarang apa pun di dalam bah ini boleh

dianggap akan melarang atau menyebabkan boleh dihukum

sebarang perbuatan yang dilakukan dengan kebenaranbertulis daripada Ketua Pengawas Mergastua.

5. Mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai se­

suatu tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar di bawahsyarat-syarat bab 4 adalah dianggap sebagai tanah yang di­

simpan bagi maksud awam.

6. Sesuatu Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liarboleh termasuk keseluruhan atau sebarang bahagian dari sese­buah Hutan Simpan atau sesebuah Hutan Yang Diperlin­dungi, dalam hal mana tiada sebarang apa pun yang terkan­

dung di dalam Akta ini boleh melarang atau menyekatpengurusan Hutan atau Hutan Yang Diperlindungi itu.

BAHAGIAN III

SYARAT-SYARAT AM BAGI PERLINDUNGANBINATANG-BINATANG LIAR

7. Tiada seseorang pun boleh memburu, membunuh atau

menangkap mana-mana binatang yang diperlindungi selaindari di bawah dan menurut syarat-syarat sesuatu lesen yangdikeluarkan di bawah Akta ini : Hukuman, penjara selamasetahun dan denda sebanyak $2,000.

8. (I) Tiada sesiapa pun, selain dari pemegang lesenberkenaan yang telah dikeluarkan di bawah Akta ini, bolehmenjual atau menawarkan untuk jualan atau memiliki seba­

rang binatang yang diperlindungi atau sebarang benda tanda

kenangan atau dagingnya ; melainkan benda-benda itu telah

diperolehi secara yang sah: Hukuman, penjara selama 6bulan dan denda sebanyak $1,000.

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 9

(2) Dalam sebarang dakwaan di bawah bab ini, bebanmembuktikan perolehan secara yang sah terpulanglah kepadaorang yang memiliki binatang yang diperlindungi atau bendatanda kenangan atau dagingnya.

(3) Pengarah Muzium-Muzium adalah terkecuali dari

syarat-syarat bab ini dan bab 9 bersabit dengan perbuatan­perbuatan yang dilakukan olehnya dengan secara yang jujurbagi maksud ilmiah.

9. Tiada sesiapa pun bolehmengeksport sebarang binatangyang ditentukan dalam ladual Pertama, kecuali di bawah danmenurut syarat-syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan dibawah Akta ini: Hukuman, penjara selama setahun dandenda sebanyak $2,000.

10. (1) Lesen-lesen untuk melakukan sebarang perbuatanyang telah dinyatakan dalam bab-bab 7, 8 dan 9 hendaklah

mengikut borang di dalam ladual Ketiga dan boleh dikeluar­kan menurut pertimbangannya yang mutlak oleh Ketua Pe­

ngawas Mergastua atau mana-mana pegawai yang dibenar­kan bagi maksud itu olehnya, dan, tertakluk kepada arahanKetua Pengawas Mergastua, oleh Timbalan Ketua PengawasMergastua atau Pengawas Mergastua, dan akan tertakluk

kepada syarat-syarat khas sedemikian, sekiranya ada, seba­gaimana pegawai yang mengeluarkan lesen itu mungkin ter­

takluk kepada sebarang arahan tersebut, memikirkannyapatut supaya dikenakan.

(2) Lesen-lesen tidaklah sah lagi sesuatu tempoh yangmelebihi setahun atau sesuatu tempoh yang lebih pendek dariitu sebagaimana pegawai yang mengeluarkannya mungkin,dalam sebarang perkara tertentu, menetapkannya tidaklahboleh dipindah milik.

(3) Tertakluk kepada syarat-syarat bab 11, bayaran­bayaran mengikut kadar-kadar yang ditentukan dalam ladualKedua hendaklah dikenakan apabila lesen tersebut dikeluar­

kan, dan tiada sebarang bayaran boleh dikembalikanjika per­buatan yang dibenarkan oleh lesen tersebut tiada dilakukan.

Peng­eksportanbinatang­binatang liar

Lesen-lesen

10

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Lesen-lesen

bagibinatang­binatangyang di­

perlindungi

Hak untuk

memper­tahankandiri dan

melindungiharta

(4) Pemegang sebarang lesen di bawah Akta ini hen­daklah membawa Iesen tersebut bersamanya apabila melaku­kan sebarang perbuatan yang dibenarkan oleh lesen itu, danhendaklah menunjukkannya untuk pemeriksaan apabila di­minta oleh seorang Pegawai Perlindungan Mergastua.

(5) Sebarang Iesen yang dikeluarkan di bawah Akta iniakan diberi hanya bagi kawasan yang telah ditentukan didalam lesen itu sahaja.

(6) Pemegang sebarang lesen yang dikeluarkan dibawah Akta ini hendaklah, sebaik sahaja lesen tersebut tamat

tempohnya atau sebaliknya ditamatkan, mengembalikannyakepada Pegawai Mergastua di tempat di mana ianya dikeluar­kan.

(7) Apabila sesuatu lesen untukmemburu,membunuh,menangkap, menjual atau mengeksport tamat tempohnyaatau dengan sebaliknya ditamatkan, maka pemegang lesen ituhendaklah, sebelum mengembalikannya kepada PegawaiMergastua, mencatatkan pada lesen itu bilangan serta jenis­jenis binatang yang telah dibunuh, ditangkap, dijual ataudieksport.

(8) Barangsiapa yang melanggar syarat-syarat ceraian(4), (6) atau (7) atau gagal mematuhi sebarang syarat khasyang dikenakan di bawah bab ini, adalah bersalah: Huku­man, penjara selama 3 bulan dan denda sebanyak $500.

11. Lesen-Iesen membenarkan sebarang perbuatan yangdisebutkan dalam bab 7 boleh dikeluarkan hanya bagi sesuatutujuan ilmiah sahaja dan tiada sebarang bayaran akandikenakan kerananya.

12. Tiada sesuatu pun dalam Akta ini boleh dianggap akanmenyentuh hak seseorang untuk bertindak bagi memper­tahankan dirinya, atau diri orang lain, atau bagi melindungiharta orang itu atau orang lain.

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 II

13. Pegawai Mergastua atau sesiapa jua yang dibenarkanolehnya boleh :

(a) memburu, membunuh atau menangkap seba­rang binatang yang telah diisytiharkan oleh Ketua

Pengawas Mergastua sebagai merbahaya kepada nyawadan harta-benda ;

(b) memburu, membunuh atau menangkap se­

barang binatang untuk mengelakkan kesakitan yangtidak perlu kepada binatang tersebut.

14. (1) Sesiapa jua yangmenjumpai benda tanda kenangandari binatang yang dilindungi hendaklah dengan seberapasegera memaklumkan atau memberi tahu mengenai perjum­paan benda tanda kenangan atau daging itu kepada PegawaiMergastua yang berhampiran sekali dan benda tanda ke­

nangan atau daging tersebut hendaklah dibuat secara yangKetua Pengawas Mergastua mungkin mengarahkan.

(2) Sesiapa jua yang, apakala menjumpai anak seba­

rang binatang yang diperlindungi, ada mempunyai alasanuntuk mempercayai bahawa anak binatang itu seharusnyamasih di bawah jagaan ibunya akan tetapi jagaan tersebuttiada diberikan, hendaklah dengan seberapa segera yangdapat sarna ada menghantar binatang itu kepada PegawaiMergastua yang berhampiran sekali atau memberikannyasegala keterangan yang mungkin perlu untuk membolehkan

Pegawai Mergastua itu melakukan penangkapan, dan bina­

tang itu hendaklah dibuat secara Ketua Pengawas Mergas­tua mungkin mengarahkan.

(3) Pelanggaran terhadap sebarang syarat dari bab iniadalah merupakan suatu kesalahan: Hukuman, penjara se­

lama 3 bulan dan denda sebanyak $500.

Memusnah­kan

binatang yangmerbahayaatau yangcedera

Benda-bendatanda

kenangandan anak­anak

binatang yangdijumpai

12

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.102 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

BAHAGIANIV

Kuasa

menangkapdanmemeriksa

SYARAT-SYARAT MENGENAI TATACARA DANPEMBICARAAN

15. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua atau PegawaiPolis boleh, tanpa waran, menangkap sesiapa yang disyakiada terlibat dalam kesalahan terhadap Akta ini sekiranyaorang tersebut enggan memberikan nama serta alamatnya,ataupun memberikan nama serta alamat yang pegawai terse­but mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi memper­cayai adalah palsu, atau jika pegawai tersebut mempunyaialasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa,melainkan orang tersebut ditangkap, dia mungkin melarikan

diri, atau bahawa kelewatan yang tidak berpatutan, kesu­sahan atau perbelanjaan untuk menghadapkannya kepadakeadilan akan berlaku kelak.

(2) Tiap-tiap pegawai yang membuat penangkapan dibawah bab ini hendaklah, dengan tidak berlengah-lengah lagi,membawa atau menghantar orang yang telah ditangkap itu

kepada pegawai menjaga balai polis yang berhampiran sekali,atau kepada seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menye­lesaikan kesalahan itu menurut bab 17.

(3) Bila mana juga seseorang Pegawai Mergastua atau

Pegawai Polis mempunyai sebab yang munasabah untukmengsyaki bahawa satu kesalahan di bawah Akta ini telahdilakukan, maka dia boleh memasuki mana-mana tanah atau

bangunan bagi maksud-maksud melaksanakan syarat-syaratAkta ini, atau bagi maksud mencegah atau mengesan kesalah­an-kesalahan terhadap Akta ini, dan bolehmenggeledah seba­

rang kapal, kenderaan, bangunan, tempat tertutup atau tem­

pat yang di bawah kawalan orang yang disyaki, wakil-wakilatau orang-orang gajinya.

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 13

16. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua yang bukan dibawah pangkat Pengawas Mergastua boleh, dengan notisbertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya bagi maksudpenyiasatan, pada waktu dan tempat yang akan ditentukandalam notis itu, sesiapa jua pun yang disyaki terlibat dalamsesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Jika mana-mana orang tersebut engganmenghadirisebagaimana yang dikehendaki maka Pegawai Mergastuaboleh melaporkan keengganan itu kepada seorang majistretyang boleh selepas itu,jika difikirkannya patut, mengeluarkansaman atau waran untuk mempastikan kehadiran orang itu

sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu.

17. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua yang bukan dibawah pangkat Pengawas Mergastua boleh menerima dari­

pada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan dibawah Akta ini sejumlah wang, yang tidak melebihi $100,sebagai ganti-rugi bagi kesalahan yang telah dilakukan :

Dengan syarat bahawa tiada sebarang kesalahan ter­

hadap syarat-syarat perenggan (a) ceraian (2) dari bab 4 ataubab 7 boleh diselesaikan tanpa persetujuan Ketua PengawasMergastua.

(2) Apakala dibayar jumlah wang tersebut, maka

orang itu hendaklah dibebaskan dan tiada sebarang tindakanselanjutnya akan diambil terhadapnya, dan harta-benda terse­but, sekiranya ada, (selain dari sebarang binatang yang diper­lindungi atau benda tanda kenangan atau dagingnya) yangtelah dirampas sebagaimana yang dipersyaratkan dalam Ba­

hagian ini hendaklah diselesaikan secara yang pegawaiberkenaan itu fikirnya patut.

(3) Semua jumlah wang yang telah diterima sebagaiganti-rugi di bawah bab ini hendaklah dimasukkan ke dalamkira-kira hasil mahsul am Negara Brunei Darussalam.

Kuasa untukmengadakanpenyiasatandan

menghendakikehadiran

Kuasa untukmenyelesai­kankesalahan­kesalahan

14

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Kuasa untuk 18. (1) Manakala ada alasan untuk mempercayai bahawa�ae�:�:e��a suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, sebarang

binatang atau tanda kenangan daripada binatang atau

dagingnya, bersama-sama dengan segala senjata, alat danalat-alat rekaan yang digunakan pada melakukan kesalahantersebut boleh dirampas olehmana-mana Pegawai Mergastuaatau pegawai polis.

(2) Tiap-tiap pegawai yang merampas sebarang harta­benda di bawah bab ini hendaklah meletakkan pada harta­benda tersebut, atau pada bekas, sekiranya ada, di dalammana ianya disimpan, satu tanda yang menunjukkan bahawa

ianya telah pun dirampas, dan hendaklah dengan tidak

berlengah-lengah lagi, membuat laporan tentang rampasantersebut kepada seorang majistret yang mempunyai bidang­kuasa untuk membicarakan kesalahan mengenai perampasanyang telah dibuat itu :

Dengan syarat bahawa, dalam sebarang perkara dimanaharta-benda tersebut telah dirampas berkaitan dengan kesa­lahan yang telah diselesaikan di bawah bab 17, maka tidaklahperlu untuk melaporkan kepada seorang majistret tentangperampasannya, dan harta-benda tersebut hendaklah disele­saikan secara yang pegawai berkenaan itu fikir patut.19. Jika ada alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu ke­salahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seorang yangtidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, maka semua harta­benda yang dirampas di bawah bab 18 mengenai kesalahan ituhendaklah diambilmilik oleh Pegawai Mergastua yang bukandi bawah pangkat Pengawas Mergastua siapa hendaklah me­

laporkan perampasan itu kepada seorangmajistret, danmajis­tret itu hendaklah menguruskan harta-benda itu seolah-olah

ianya merupakan perkara yang dilaporkan kepadanya dibawah bab 363 Kanun Peraturan Jenayah.

Perampasanharta-benda

apabilapesalahtidak dapatdijumpai

Penggal7

Penyelesaianharta-bendaolehMahkamah

20. Apabila pembicaraan sebarang kesalahan di bawahAkta ini tamat, maka sebarang harta-benda yang telah di­

rampas di bawah syarat-syarat Akta ini hendaklah diselesai­kan sebagaimana yang mungkin diperintahkan oleh Mahka­mah.

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 15

21. Dakwaan-dakwaan mengenai kesalahan-kesalahanyang dilakukan di bawah Akta ini atau sebarang aturan yangdibuat di bawah ini boleh dijalankan oleh seorang PegawaiMergastua, atau oleh sesiapa yang khasnya dibenarkan secara

bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengawas Mergastua.

22. Mahkamah Majistret akanmempunyai bidangkuasa ter­hadap semua kesalahan di bawah Akta ini dan, dengan tidakmenghiraukan sebarang apajua yang berlawanan yang mung­kin terkandung di dalam Kanun Peraturan Jenayah, akanmempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman yang se­

penuhnya.

23. (1) Kecuali sebagaimana dipersyaratkan selepas ini,tiada sebarang saksi dalam sebarang pembicaraan di bawahAkta ini akan diwajibkan atau dibenarkan untuk memberi­tahu nama dan alamat mana-mana pemberi rahsia, atau isi

kandungan maklumat yang diterima daripadanya, atau me­

nyatakan sebarang perkara yang mungkin menyebabkanorang itu diketahui.

(2) Sekiranya mana-mana buku, dokumen atau kertas

yang wujud sebagai bukti keterangan atau yang boleh di­

periksa dalam sebarang pembicaraan di bawah Akta ini adadinamakan atau diperhalkan, atau yang mungkin menyebab­kan ianya diketahui, maka Mahkamah hendaklah menyuruhsupaya catatan itu disembunyikan dari penglihatan atau di­

hapuskan, tetapi hanya setakat yang perlu sahaja untuk me­

lindungi pemberi rahsia itu dari diketahui.

(3) Jika sekiranya, dalam pembicaraan sebarang kesa­lahan terhadap Akta ini atau sebarang aturan yang dibuat dibawah ini, mahkamah setelah penyiasatan sepenuhnya, mem­percayai bahawa pemberi rahsia itu senghaja telah membuatdalam aduannya suatu kenyataan yang diketahui dan diper­cayainya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagaibenar atau, jika mahkamah berpendapat bahawa keadilantidak dapat dilakukan tanpa diketahui pemberi rahsia itumaka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki agar

Siapa yangmendakwa

Bidangkuasa

Penggal 7

Perlindunganbagi pernberi­pemberirahsia daridiketahui

16

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Hadiah untuk

pemberirahsia

Kuasa untukmembuataturan-aturan

dan perintah­perintah

ditunjukkan aduan yang asal, jika secara bertulis, dan mem­

benarkan penyiasatan dan menghendaki diberitahu se­

penuhnya akan pemberi rahsia itu.

24. Jika, dalam mana-mana tindakan pembicaraan di bawahAkta ini, sebarang denda ada dikenakan, maka mahkamahboleh menghadiahkan sebarang jumlah atau jumlah-jumlahyang tidak melebihi separuh daripada jumlah denda yangtelah dikumpulkan kepada mana-mana pemberi rahsia atau

pemberi-pemberi rahsia :

Dengan syarat bahawa tiada sebarang jumlah wang ter­

sebut boleh dihadiahkan kepada mana-mana pegawai polisatau kepada mana-mana orang yang telah dilantik untukmembantu dalam pentadbiran Akta ini.

BAHAGIANV

JADUAL-JADUAL DAN ATURAN-ATURAN

25. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajlisMesyuarat boleh membuat aturan-aturan pada amnya bagimelaksanakan syarat-syarat Akta ini, dan khususnya, aturan­aturan tersebut boleh mempersyaratkan bagi :

(a) musim larangan bagi sebarang jenis binatangliar;

(b) menentukan kecukupan umur bagi pengam­bilan, pemburuan, pembunuhan atau penangkapan se­

barang jenis binatang liar;

(c) mengawal pemeliharaan sebarangjenis binatangliar yang dalam kurungan ;

(d) mengawal pengimportan atau pengeksportanbinatang liar;

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 17

(e) jenis senjata-senjata, alat-alat dan alat-alatrekaan yang boleh digunakan bagi mengambil, menem­bak atau membunuh binatang liar;

(j) memberi pengecualian daripada apa-apa juayang dipersyaratkan oleh aturan-aturan tersebut ;

(g) rayuan terhadap atau kajian semula sebarangperkara menjalankan hak pertimbangan yang telah dile­takkan oleh aturan-aturan tersebut kepada mana-manaPegawai Mergastua; dan

(h) apa-apajuga yangmemerlukan supaya dipersya­ratkan secara aturan.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajIisMesyuarat boleh, dengan perintah yang ditandatanganinya didalam Warta Kerajaan, meminda sebarang Jadual-jadual itu.

JADUAL PERTAMA

(Bab-bab 2, 7, 8 dan 9)

DAFTAR BINATANG-BINATANG

BAHAGIAN A : BINATANG-BINATANG YANG DIPERLINDUNGI

Nama Dalam Bahasa

Inggeris

1. Long-nosedmonkey

2. Orang Utan

3. Rhinoceros

4. Earless MonitorLizard

Nama I1miah

Nasalis Larratus

Pongo Pygmeaus

Rhinocerossumatrensis

LanthanotusBorneonis

Nama Tempatan

Bangkatan (Melayu)Orang Belanda

(Melayu)

Mayas (Melayu)Orang Utan (Melayu)

Badak Kerbau

(Melayu)

Kukang (Melayu)

---

-------.-----------------

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

18 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris

5. Tarsier Tarsius bancanus Tempelileh (Melayu)Ingkat (Iban)

6. Clouded Leopard Neofelis nebulosa Harimau dahan

(Melayu)Rimau dahan

7. Slow Loris Nycticebus Ukang (Melayu)coucang Rengkang (Iban)

8, Reef Egret Egretta Sacrs Ujoh Laut (Melayu)

9. Cattle Egret Bubulcus Kenawai (Melayu)Coromandus Burung Apuh (Iban)

10. Storm's stork Ciconia Stormi Bangau (Melayu)

II. Lesser Adjutant Leptoptilos Burung BotakStork javanicus (Melayu)

Luhong

12. White-bellied Haliacetus Helang Laut (MeJayu)Sea Eagle Leucogaster

13. Grey-headed Ichthyophaga Helang (Melayu)Fishing Eagle ichthyaetus

14. Black-naped Sterna Sumatrana Tara-tara (Melayu)Tern Burung Laut

Entala Putih

15. Brown-Winged Sterna Anaetheta Burung Laut EntalaTern Hitam (Melayu)

16. Pied Imperial Ducula Bicolor Peragam BurungPigeon (Melayu)

Rawa (Iban)

17. Stork Billed Pelargopsis Burung Raja UdangKingfisher Capensis (Melayu)

Fraseri

18. Ruddy Kingfisher Halcyon Bekaka (Melayu)Coromando Minor

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 19

Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris

19. Black Capped Halcyon Pileata Bekaka Burung BuayaKingfisher Hitam (Melayu)

20. Great Argus Argusianus Argus Keruai (Melayu)Pheasant Grayi

21. Bulwer's Pheasant Lophura bulwari Ayam Hutan

(Melayu)

22. Malaysian Peacook Polyplectron Merak (Melayu danPheasant Malacense Iban)

23. White-Crested Berenicornis Sentuku (Iban)Hombill Comatus

24. Bushy-Crested Anorrhinus Kekalua (Iban)Hombin Galeritus

25. Wrinkled Hombill Aceros Alau buloh (Melayu)leucoccephalus Kejakoh (lban)Corrugatus

26. Wrethed Hornbill Aceros Undulatus Alau sangoh (Melayu)Undan (lban)

27. Black Hombill Anthracoceros Alau babi (Melayu)Malayanus Likap Gagak/Rengak

(lban)

28. Pied Hornbill Anthracoceros Alau Pedada (Melayu)Coronatus Bruic (lban)

29. Rhinoceros Buceros rhinoceros Loklang/SangangHombin borneonsis (Melayu)

Kenyalang (Iban)

30. Helmeted Hornbill Rhinoplax vigil Lantudon (Melayu)Tajai (lban)

31. Dugon Dugon dugon Doyung (Melayu)Duyong (Iban)

32. Green (or Edible Chelonia mydas Penyu Palua (Melayu)Turtle Penyu emegit

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

20 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris

33. Hawksbill Turtle Eretmochelys Penyu sisik (Melayu)imbricita

34. Leatherback Turtle Dermochelys Penyu timbo (Melayu)coriacea

BAHAGIAN B : BINATANG-BINATANG LAIN YANG PENG-EKSPORTANNYA DILARANG KECUALIDENGAN LESEN

(i) Mawas-mawas dan Monyet

(ii) Beruang-beruang

(iii) Rusa

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 21

JADUAL KEDUA

(Bab 10 (3»

BAYARAN-BAYARAN

A. Bayaran bagi Iesen untuk mengeksport binatang-binatang yang dise-butkan di dalam Jadual Pertama $50.00 seekor.

B. Bayaran untuk sesuatu lesen di bawah bab 9 .

$30.00 sebulan.

JADUAL KETIGA

(Bab 10)

BENTUK LESEN

(Tidak boleh dipindah milik)

Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada .

(di alamat) untuk memburu,membunuh atau menangkapjmemiliki/menjualjmengeksport* binatangyang berikut, iaitu :

jenis .

bilangan .

di dalam Daerah .

tertakluk kepada syarat-syarat Akta Perlindungan Binatang-binatangLiar, dan sebarang aturan-aturan yang telah dibuat di bawahnya, dankepada syarat-syarat khas yang berikut, iaitu :

Tarikh Dikeluarkan .

Sah sehingga (tarikh) .

Bayaran $ (jelas)

Ketua Pengawas MergastuajPengawas Mergastua

*Potong yang tidak berkenaan.

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

22 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar

PERHATIAN : Jika lesen itu ialah untuk membunuh, menangkap,menjual atau mengeksport, lesen ini hendaklah dikern­balikan kepada Ketua Pengawas Mergastua atau Pe­

ngawas Mergastua apakala tamat tempohnya denganmencatatkan bilangan yang telah dibunuh,ditangkap, dijual atau dieksport*.* Potong yang tidak berkenaan.

PERINGATAN: Lesen ini mestilah dibawa pada tubuh badan peme­gang Iesen itu sendiri tatkala dia melakukan perbuat­an-perbuatan yang telah dibenarkan.