pengertian mustahil pada akal

1

Click here to load reader

Upload: maulana-ibn-muhammad

Post on 10-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

  • Pengertian Mustahil Pada Akal

    Maka sebagai mukallaf, wajib bagi kita mengetahui dan

    meyakini sifat-sifat yang mustahil pada ALLAH. Erti mustahil

    di sini ialah mustahil pada akal, iaitu suatu perkara yang

    akal tidak mahu menerima akan adanya. Akal tidak mahu

    menerima akan wujudnya tetapi yang akal mahu menerima

    ialah tiadanya.

    Umpamanya, kalau dikatakan mustahil ALLAH itu lemah

    dan lain-lainnya ertinya akal tidak mahu menerima yang

    ALLAH itu lemah. Untuk lebih mudah memahaminya, cuba

    kita kiaskan kepada makhluk. Katalah ada orang mengatakan,

    anak lebih tua daripada ayah atau "anak lebih dahulu daripada ayah. Mahukah akal kita menerimanya? Tentunya tidak. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.

    Satu lagi contoh yang boleh kita bawa ialah mustahil

    terjadinya gerak dan diam dalam satu masa. Akal tidak akan

    mahu menerimanya. Tetapi kalau gerak dan diam itu berlaku

    secara bergilir-gilir, itu adalah harus Ia boleh berlaku. Kerana

    kalau sesuatu itu bergerak, hilang diam, dan kalau ia diam,

    hilang geraknya.

    Dan demikianlah yang berlaku kepada ALLAH Taala.

    Adalah suatu yang mustahil ALLAH itu bersifat lemah,

    misalnya. Inilah yang dikatakan mustahil pada akal.