pengertian dakwah

10
Pengertian Dakwah Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada agama. Ianya adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah mempunyai makna yang tersendiri. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya mengandungi kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dr. Yusuf al-Qardhawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama dalam melaksanakan segala ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan dari Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya. Manakala Dr. Rauf Shalabi menerangkanbahawa dakwah Islamiyyah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang sama ada di dunia dan di akhirat. Daripada pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu "dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah". Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang dimaksudkan itu. Antara ayat-ayat tersebut adalah sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmudengan himah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah an-Nahl:125). Ayat tersebut membawa pengertian tentang dakwah iaitu usaha membawa manusia kepada agama Allah. Daripada pengenalan tentang dakwah ini dapat difahami bahawa dakwah itu bukan semata-mata laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan satu seruan yang terancang. Dakwah bukan semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan atau selalu disebut ilmu agama, tetapi juga mengandungi ilmu- ilmu yang boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Dakwah bukanlah semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub (tatacara) yang baik bagi mempengaruhi orang yang

Upload: cahaya-hidupku

Post on 11-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfd

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Dakwah

Pengertian Dakwah

Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada

agama. Ianya adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali

Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah berasal dari bahasa Arab yang

mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta tolong,

beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut

pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah Islamiyyah

mempunyai makna yang tersendiri. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah

sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya mengandungi

kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan

matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dr. Yusuf al-Qardhawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain

kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama dalam melaksanakan segala

ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri,

permohonan dan taat kepada allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang

bukan dari Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan berjihad pada

jalanNya. Manakala Dr. Rauf Shalabi menerangkanbahawa dakwah Islamiyyah itu ialah

gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan

iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit

kepada keadaan lapang sama ada di dunia dan di akhirat.

Daripada pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, satu

kesimpulan dapat dibuat iaitu "dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau

kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah".

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang

dimaksudkan itu. Antara ayat-ayat tersebut adalah sebagaimana firman Allah yang

bermaksud : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmudengan himah dan nasihat yang

baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu

Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah an-Nahl:125).

Ayat tersebut membawa pengertian tentang dakwah iaitu usaha membawa manusia kepada

agama Allah. Daripada pengenalan tentang dakwah ini dapat difahami bahawa dakwah itu

bukan semata-mata laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan satu seruan yang

terancang. Dakwah bukan semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan atau selalu disebut

ilmu agama, tetapi juga mengandungi ilmu-ilmu yang boleh memberi faedah kepada

kehidupan manusia di dunia ini. Dakwah bukanlah semata-mata mengajak manusia kepada

agama Allah tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub (tatacara) yang baik bagi

mempengaruhi orang yang diajak itu. Tegasya dakwah itu ialah usaha-usaha yang

dirancang dengan baik bertujuan untuk membawa manusia supaya mengetahui tujuan

hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Page 2: Pengertian Dakwah

 

Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah

Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah.

Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia

seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi

juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai

kewajipan berdakwah antaranya ialah :

 1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan

hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik.

Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari

jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-

Nahl : 125)

2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat

tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau

dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu

mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada

orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata :

Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)

4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab

kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara

golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah,

sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan

sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya

aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)

5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat

bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk

pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."

Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di atas, agama Islam adalah merupakan nasihat yang

disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang

dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia ada

hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan

manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah

merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan

ini dakwah Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam. Kewajipan

Page 3: Pengertian Dakwah

berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan individu dan gerakan dakwah

menjadi tanggungjawab semua serta mestilah mendapat kerjasama semua pihak dan tidak

ada yang berlepas tangan. Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara berterusan, kalau

tidak kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.

Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu kifayah, malah lebih

daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan untuk

dikatakan bahawa hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah.

Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan

mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang

menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada di

mana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan

golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas

mereka dalam urusan dakwah.

Muhammad Abu Zahrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan

bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan kepada para

sahabat dan tabi'in yang masing-masing mengambil bahagian dengan sepenuhnya terhadap

usaha dakwah, maka dapat difahamkan bahawa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia

menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiyyah. Dengan itu, hukum dakwah ke atas

setiap orang adalah kedua-duanya sekali. Muhammad Abduh membahagikan dakwah

kepada bahagian, iaitu dakwah kepada seluruh manusia dan dakwah kepada orang Islam.

Dakwah bahagian dua ini terbahagi pula kepada bentuk umum dan bentuk khusus. Dakwah

bentuk khusus adalah dengan cara nasihat menasihati antara satu sama lain, sama-sama

menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab ini adalah

tanggungjawab bersama tanpa mengira si alim atau si jahil.

Manakala Abu Karim Zaidan menjelaskan bahawa kewajipan berdakwah ke atas seseorang

itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap

orang Islam berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjamaah berdasarkan dia

itu menjadi anggota kepada jamaah. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang

telah dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu

besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke

atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat

ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran,

sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya.

 

Matlamat Dakwah

Mengenal pasti matlamat dakwah merupakan persoalan yang penting. tanpa mengetahui

matlamat dakwah dengan jelas, setiap dakwah itu tidak akan dapat berjalan dengan baik

Page 4: Pengertian Dakwah

dan akan merugikan. Setiap orang Islam khususnya pendakwah mesti mengetahui sejelas-

jelasnya ke manakah matlamat dakwah yang hendak dituju dan peringkat-peringkatnya.

Untuk mengetahui matlamat dakwah, persoalan pertama yang harus dipecahkan ialah untuk

apa manusia dicipta di muka bumi ini?

Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juzi

seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah Rasulullah. Tetapi dakwah

Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah dan

memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah

dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup

di bawah sitem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai

kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Alah, para

pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah dengan cara yang betul dan

bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan

serta keredhaan Allah s.w.t

 

Asas-asas dan Rukun Dakwah

Asas dakwah dikenali sebagai prinsip yang dijadkan sebagai suatu ilmu baru yang

mempunyai identitinya sendiri dan dapat memanfaatkan di zaman moden ini. Dr. Ahmad

Ghalwash mengatakan bahawa dakwah mempunyai tiga asas utama iaitu Aqidah, syariah

dan Akhlak. Aqidah ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah kerana aqidah

merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba dengan tuhannya.

Tidak ada hubungan lain yang dapat menghubungkan hamba dan tuhanNYa. Seseorang

pendakwah adalah dituntut supaya kehidupan dan akhlaknya mencerminkan aqidahnya.

Dengan kata lain ia hendaklah melaksanakan segala tuntutan aqidah kerananya ianya

adalah dianggap sebagai asas kedua yang mesti ada demi untuk kejayaan dakwah dan

kejayaan pendakwah.

Syariah bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa yang dimaksudkan

dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksanakan anggota-anggota. Syariah

merupakan manhaj yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umat manusia.

Syariat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t ialah yang mengatur sistem hidup manusia,

syariat yang melengkapi seluruh urusan hidup manusia, yang melengkapi sistem

pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Asas yang terakhir ialah akhlak. Dalam

menyampaikan dakwah dan untuk menarik perhatian orang terhadap Islam ialah memberi

contoh yang baik melalui perbuatanterpuji, sifat dan akhlaknya yang mulia yang menjadikan

suri teladan bagi agama lain. Agama Islam tersebar di sebahagian daerah ini kerana akhlak

yang baik dari kaum muslimin yang memberikan kesan kepada orang yang bukan Islam dan

dapat menarik mereka memeluk Islam.

Page 5: Pengertian Dakwah

Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu al-

dakwah, al-maudhu' al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang

yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk

kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan kewajian

berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah digariskan

sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam, niat yang khlas,

baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya seorang endakwah mestilah

mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah di samping mempunyai

pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang boleh membantu terhadap penyebarab

dakwah yang efektif. Mereka juga mesti mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan

mempunyai daya semangat juag yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh

para nabi dan rasul khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad'uu iaitu sasaran atau penerima

dakwah. Penerima dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam

itu sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang Islam

sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk

menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan

menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu' ialah apa yang didakwahkan kepada sasaran

dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu' yang

disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan akhlak atau

seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada Allah.

Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara erdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau

lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-perkara

seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik serta

pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus dijadikan

pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas melaksanakan

dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w khususnya dakwah secara

sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah dakwah pula merupakan alat atau

media yang digunakan dalam menjalankan proses penyampaian dakwah. Wasilah yang

dimaksudkan termasuklah dengan media cetak atau melalui media elektronik seperti

television, radio, internet dan sebagainya.

 

Metodologi Dakwah

Apa yan dimaksudkan dengan metod dakwah ? Metod bererti cara melakukan sesuatu

sistem. Ia berasal dari perkataan Inggeris 'Method' yang bererti sistem,aturan atau kaedah.

Pemakaian metod dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris sama ertinya. Manakala dalam

Bahasa Arab diambil dari perkataan 'Manhaj' yang juga bererti jalan atau cara. Metod

dakwah ialah perkara-perkara yang berhubung dengan cara penyampaian Islam dan

menghilangkan halangan-halangan penyampaian. Daripada pengertian di atas dapat

disimpulkan bahawa merodologi dakwah itu bermaksud kajian mengenai cara atau kaedah

Page 6: Pengertian Dakwah

penyampaian Islam kepada sasaran. Dakwah hendaklah mengikuti kaedah kerana kalau

tidak ia mungkin tidak membawa apa-apa kesan.

 

Asas Metd Dakwah

Metod dakwah ialah cara atau pendekatan dakwah untuk membolehkan sasaran menerima

sesuatu dakwah dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran yang penuh, tanpa rasa

paksaan, tekanan dan tertipu. Dengan itu, asa metod dakwah adalah seperti berikut :

a) Meneliti sasaran dakwah

Rasulallah s.a.w berdakwah kepada semua golongan dan peringkat masyarakat. Baginda

berdakwah kepada orang bawahan sampai ke tahap hamba, begitu juga baginda berdakwah

kepada golongan atasan sampai ke tahap pemimpn negara. Rasulalah juga berdakwah

kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang pernah menerima Kitab daripada

Allah s.w.t. Dengan demikian juga baginda menjalankan dakwah kepada golongan

peyembahan-penyembahberhala dan musyrik. Untuk menarik perhatian pelbagai kelompok

dan golongan supaya mereka mengenali Islam, Rasulallah menggunakan pelbagai

pendekatan bersesuaian dengan keadaan sasaran. Hal ini penting kerana kelompok

mempunyai masalah dan keperluannya yang tersendri.

b) Berhujag secara Rasional dan Ilmiah ( Penjelasan yang nyata dan jelas)

Segala pengajaran atau mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran hendaklah dalam

bentuk yang jelas, sehinggan tidak membewa kepada kekaburan dan silap faham. Dalam

hal ini Allah menerangkan dengan FirmanNya yang bermaksud :" Dan taatlah kepada Allah

dan RasulNya dan berhati-hatilah, jika kamu berpaling maka ketahuilah bahawa

sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan agama Allah dengan terang".

Begitu juga firman Allah dalam ayat lain yang bermaksud : " Maka tidak ada kewajipan ke

atas Rasul-rasul selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang". Kedua-dua ayat

tersebut menerangkan tugas Rasulallah s.a.w iaitu menyampaikan agama ini dengan jelas

dan nyata. Dalam satu hadis Aishah r.a.  berkata maksudnya Percakaan Rasulallah s.a.w

adalah suatu percakapan yang jelas yang boleh di faham oleh sesiapa sahaja yang

mendengarnya". Keterangan-keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa penerangan

yang jelas merupakan asas kepada penyampaian Islam kepada sasaran.

Rasulallah menyampaikan Islam dan menegakan kebenaran Islam berdasarkan ilmu dan

rasional, bukannya dengan perasaaan dan emosi. Kenyataan ini dapat dilhat dalam banyak

perkara antaranya Rasulallah berdialog dengan kafir Quraisy untuk menunjukkan kebenaran

al_quran. Dalam dialog, Rasulalah s.a.w menerangkan bahawa al-Quran adalah wahyu

Page 7: Pengertian Dakwah

daripada Allah s.w.t. Baginda mengemukakan alasan-alasan yang jelas tentang dakwaan itu.

Apabila mereka tidak mahu menerima alasan itu, Rasulallah meminta mereka supaya

mereka ciptakan stu karya yang setanding dengan al-Quran dan ternyata cabaran ini tidak

dapat dilaksanakan.

Demikian juga dialog dengan golongan Kristian di mana Baginda mendedahkan kepada

mereka tentang penyelewengan yang berlaku dalam kitab pengumpulan dan penulisan

mereka.  Rasulalah mengemukakan Islam dan mempertahankan Islam menggunakan

alasan-alasan yang mudah difahami dan pendekatan yang mudah diterima. Kesemua hujah

tersebut berasaskan keilmuan, pemikiran dan perkara yang menyentuh persoalan yang

sedang berlaku dalam masyarakat.

c) Menggunakan bahasa yang baik dan cara yang menarik

Rasulallah dibekal oleh Allah kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah. Ini

amat penting dalam menghadapi mesyarakat Arab yang ketika itu sedang memuja

keindahan bahasa, dan ternyata bahasa al-Quran yang dturunkan kepada Rasulallah

sebagai asas untuk dakwah, lebih tinggi danlebih indah daripada apa yang pernah mereka

dengar dalam penggunaan maysarakatnya. Apabila dirasakan bahasa al-Quran itu amat

indah dan mereka terpesona dengannya justeru mereka menuduh Rasulallah sebagai ahli

shir atau orang yang dipengaruhi jin. Kerana mereka merasa lemah dalam menghadapi

ayat-ayat al-Quran yang dibaca oleh baginda. Baginda tidak menggunakan kata-kata yang

kesat, bahasa yang rendah, menyumpah dan memaki hamun, malah Rasulallah amat

menjaga lidahnya walauun dalam keadaan genting pun Baginda masih dapat bertenang

menghadapi suasana tersebut.

d) Berdakwah dengan perkataan dan tulisan

 Rasulallah menjalankan dakwah bukan anya sekadar berucap dan bercakap tetapi lebih

daripada itu. Baginda menyampaikan melalui tulisan yang ditulis oleh sahabat-sahabatnya.

Banyak surat-surat Rasulallah yang dihantar kepada pemimpin-pemimpin negara lain

menyeru mereka kepada Islam. Sungguhpun Rasulallah tidak tahu menulis. Tetapi kerana

kepentingan media tulis ini dalam perhubungan manusia maka dilatihnya para sahabat

untuk menjalankan tugas itu. Apabila a-Quran diturunkan kepadanya maka baginda

meminta supaya direkodkan agar mudah dibuat rujukan apabila perlu. Kebanyakan

pengajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulallah kepada pengikut-pengikutnya ditulis

sejak awal. Selain dihafal, pemindahan maklumat dan pengajaran Islam kepada generasi

yang kemudian lebih banyak melalui penulisan.

e) Berdakwah dengan amalan dan perlaksanaan\

Idea Islam yang disampaikan kepada Rasulallah bukan sebagai untuk latihan mental, tetapi

pengajaran yang perlu diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian. Kehidupan

Page 8: Pengertian Dakwah

Rasulallah s.a.w seluruhnya mencerminkan idea Islam itu sama ada dalam kehidupan

individu, keluarga, berjiran dan bermasyarakat. Saidatina Aisyah menjelaskan bahawa

akhlak Rasulallah ialah al-Quran. Hal ini menjelaskan kesempurnaan peribadi Rasualallah

yang telah ditegaskan oleh al-Quran sebagai model. Rasulallah diberi kefahaman bahawa

tidak ada pemisahan antara ilmu dengan amal. Amal merupakan buah ilmu, hasil dari

amalan melahirkan kebahagiaan jiwa dan ketenangan dalam masyarakat. Lantaran itu

Rasulallah dapat mengubah masyarakat Arab yang fasik dalam masa yang singkat sahaja

dengan menanamkan idea dan nilai-nilai murni serta pelaksanaanya yang sungguh-sungguh

dalam kehidupan masyarakat dalam semua bidang keperluannya.

f) Berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi

Menjalankan dakwah memerlukan tenaga yang benar untuk keberkesanannya. Sebab itulah

kita dapati Rasuallah sejak awal-awal lagi telah mewujudkan kelompok untuk menjalankan

kegiatan itu. Golongan yang dibina oleh Rasulallah diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan

kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan "sahabat". Untuk

tujuan ini seluruh saluran yang bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syarak digunakan.

Mereka dilatih dengan kefahaman ilmu Islam, langkah-langkah dan strategi perjuagan,

disiplin organasasi serta ikatan kepada pemimpin dan anggota-anggota organisasi.

Memandangkan kepada kepentingan bergerak secara berjemaah ini, apabila Rasulallah

sampai di Madinah, baginda telah mempersatukan kelompok Muhajirin Mekah dengan

kelompok Ansar Madinah dalam satu kesatuan Ukhwah.

g) Berperingkat-peringkat

Dakwah membawa pengajaran atau menyampaikan pengajaran kepada pengikutnyadengan

cara berperingkat-peringkat bukan sekaligus. Tujuannya supaya tidak memberatkan orang

yang menerima dakwah tersebut. Contoh yang boleh dikemukakan adalah seperti

kewajipan-kewajipan yang dikemukakan ke atas orang Islam yang mana tidak dibawa dalam

bentuk sekaligus kerana segala kewajipan tersebut diturunkan oleh Allah satu persatu

sebagaimana pengharaman arak misalnya, ia tidak secara terus, malah secara peringkat

demi peringkat. Dengan demikian, peringkat-peringkat merupakan salah satu cara Islam

memberi pengajaran kepada pengikutnya.

h) Mudah

Agama Islam disampaikan kepada sasaran dengan cara yang mudah, kerana Islam itu

sendiri mudah iaitu selaras dengan tabiat semulajadi manusia. Melalui agama ini Allah ingin

memudahkan manusia, terutamanya dalam kelonggaran hukum atas sebab-sebab yang

munasabah. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: " Allah menghendaki

kemudahan agi kamu, dan tidak menhendaki kesukaran bagi kamu.. " Nabi s.a.w berpesan

kepada para sahabatnya supaya melayan orang-orang yang baru memeluk Islam dengan

baik seperti sabdanya yang bermaksud : "Hendaklah engkau mempermudahkan dan jangan

Page 9: Pengertian Dakwah

memayahkan.." daripada ayat dan hadith di atas dapat difahamkan bahawa hukum Islam

tidak beku daam satu keadaan sahaja. Ia ada kelonggaran dan kemudahan mengikut

keadaan sasaran.

i) Menerangkan sebab di sebalik sesuatu suruahan dan larangan

Suruhan dan larangan yang terdapat dalam Islam selalunya diselitkan dengan sebab-sebab

mengapa dikenakan demikian. Contohnya seperti sembahyang, yang suruhannya ada tujuan

tertentu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan dirikanlah sembahyang, sesungguhnya

sembahyang itu mencegah kekejian dan kemungkaran.." Demikian juga seperti judi, yang

larangannya ada sebab tertentu. Firman Alah s.w.t yang bermaksud " Sesungguhnya syaitan

itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran

arak dan judi menhalang kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah

kamu daripada mengerjakannya".  Ayat pertama di atas menunjukkan faedah yang didapati

di sebalik sembahyang manakala ayat yang kedua menjelaskan akibat-akibat buruk

disebalik melakukan tegahan arak dan judi.

j) Menggunakan kekasaran apabila perlu dalam berdakwah

Dalam pengalaman dakwah tidak selamanya manusia dapat menerima dakwah dengan

seruan aman, kerana dalam dakwah terdapat hal-hal yang menyentuh kepentingan

golongan tertentu yang mereka akan menggugat, menghalang dan menyekat kemaraannya.

Islam mengaruskan penggunaan kekerasan untuk meneruskan pergerakkan dakwah Islam,

tetapi kita harus bijak dalam mengukur kekuatan kita dnegan kekuatan musuh supaya tidak

terjebak delam bahaya sebelum kita bersedia menghadapinya. Menggunakan kekerasan

dalam menjalankan dakwah bukannya menceroboh, tetapi untuk menyampaikan kebenaran

kepada manusia yang berhak mendengarnya dan menerimanya.

https://sites.google.com/site/khazalii/10udi3052dakwahislamiah(bab10)