pengendalian selamat bahan saintifik dan bahan kimia

18
Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

Upload: tika-ronny

Post on 28-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sce3111

TRANSCRIPT

Page 1: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

Page 2: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Pengenalan• Bahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul

dan selamat supaya tidak mengakibatkan risiko yang berikut:

• Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.

• Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.

• Alahan kepada bahan sains.

• Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.

• Pencemaran kepada alam sekitar.

• Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.

• Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)

Page 3: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.4 PENGENDALIAN BAHAN KIMIA

• Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Beberapa bahan kimia mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. Perkara berikut perlu dipertimbangkan semasa mengendalikan bahan kimia:

Page 4: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

• Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yang digunakan adalah betul.

• Gunakan bahan kimia mengikut kuantiti dan keperluan menjalankan amali.

• Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.

• Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia.

• Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya daripada terdedah secara terus dengan api

Page 5: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

• Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.

• Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor pelarut atau segera dilupuskan dengan betul.

• Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi lebih daripada satu setengah kapasitinya.

• Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap, tekanan dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan.

Page 6: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

• Jangan tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.

• Elakkan tumpahan dan basuh tangan dengan sabun dan air jika tersentuh tumpahan tersebut.

• Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.• Jangan sekali-kali menggunakan spatula

yang sama untuk mengeluarkan bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.

Page 7: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Simbol Bahan Kimia Berbahaya:

Page 8: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Teknik menuang bahan kimia

Menuang bahan kimia dari botol reagen.

Page 9: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis

Page 10: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia

Page 11: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.5 PENGENDALIAN BAHAN RADIOAKTIF• Guru perlu mempunyai pengetahuan dan

pegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif.

• Elakkan bahan-bahan radioaktif daripada menyentuh kulit.

• Barangan kaca yang khas digunakan bersama bahan radioaktif perlu disimpan secara berasingan.

• Tangan dan bahagian lain badan yang telah tercemar dengan bahan-bahan radioaktif mestilah dibasuh sabun dan air dengan teliti.

• Semua bahan radioaktif hendaklah dilupuskan pada akhir kelas amali.

Page 12: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Bahan Kimia Radioaktif

• Radium, • Strontium,• Amerikium, • Kobalt, • Thorium

Page 13: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

Langkah Pencegahan

• Kot makmal, sarung tangan, kaca mata keselamatan dan penyepit hendaklah

digunakan semasa mengendalikan bahan ini.

• Jangan hampirkannya pada tubuh.

• Bahan Radioaktif dalam bentuk pallet hendaklah disimpan semula dalam

kotaknya yang telah dilindungi oleh plumbum.

• Simpan di almari/tempat yang berasingan.

• Beritahu jabatan bomba tentang adanya benda tersebut.

• Jika ianya tidak diperlukan lagi, maklumkan pada Institut Teknologi Nuklear

Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan.

• Jika terdapat kecurian bahan radioaktif, beritahu serta merta Jabatan polis,

jabatan kimia dan JPN.

Page 14: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.6 PENGENDALIAN BAHAN BIOLOGI – Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa

terdapat bekalan bahan antiseptik yang mencukupi.– Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur

mikroorganisma.– Elakkan menyentuh mulut dengan tangan ketika

mengendalikan bahan-bahan biologi.– Kultur bakteria dan kulat hendaklah direndam

dalam disinfektan sebelum pelupusan.– Visor keselamatan harus dipakai apabila

menggunakan picagari untuk menyuntik metanol kerana kemungkinan terpisahnya jarum daripada picagari tersebut.

Page 15: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.6 PENGENDALIAN BAHAN BIOLOGI – Segala luka mestilah dibalut sebelum

melakukan kerja yang melibatkan haiwan.–Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah

dengan berhati-hati dan mengikut budi bicara kerana ia boleh membawa parasit serta risiko kepada jangkitan– Elak mengendalikan kulit haiwan yang telah

diawet kerana ia mungkin telah diproses dengan sebatian arsenikal dan merkuri klorida.

Page 16: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.7 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

• Bahan kimia tak organik• Biasanya disimpan berasingan daripada

bahan kimia organik.• Botol-botol bahan kimia disusun mengikut

abjad dan disimpan dalam almari yang bertutup.

• Bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara mesti disimpan berasingan dengan bahan kimia yang bersifat peroi (menghilangkan air habluran kepada udara).

Page 17: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia

1.7 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

• Bahan kimia organik • Kebanyakannya adalah cecair yang meruap dan

beracun. • Disusun mengikut abjad dan disimpan di tempat

yang berasingan dari bahan-bahan lain.• Bilik stor/tempat penyimpanan dilarangkan

penggunaan api dan mempunyai pengaliran udara yang baik.

• Beberapa contoh bahan kimia organik yang amat mudah terbakar ialah aseton, benzena, karbon disulfid, etanol, toluena, propanol dan kloroform.

Page 18: Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia