pengenalan_pentadbiran kewangan

15
GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM 1.0 PENGENALAN Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah dibuka dengan rasminya sebagai Bank Pusat dan merupakan satu badan berkanun yang mula beropersi pada 26 Januari 1959, hanya setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957, memperlihatkan betapa pentingnya institusi Perbankan Pusat. BNM adalah tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Sejak permulaan penubuhannya, Bank Pusat ini telah diamanahkan untuk menjadi peneraju bagi melaksanakan mandat tradisi Bank Pusat sebagai pendorong kepada kestabilan monetari dan kewangan. Dengan kata lain, BNM berperanan untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. BNM juga memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan semua lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia turut bertanggungjawab menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan 223092 Page | 1

Upload: ct-kawaii

Post on 16-Feb-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GMGF2023

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

1.0 PENGENALAN

Bank Negara Malaysia (BNM) yang telah dibuka dengan rasminya sebagai Bank Pusat

dan merupakan satu badan berkanun yang mula beropersi pada 26 Januari 1959, hanya setahun

selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957, memperlihatkan betapa

pentingnya institusi Perbankan Pusat. BNM adalah tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia

2009.

Sejak permulaan penubuhannya, Bank Pusat ini telah diamanahkan untuk menjadi

peneraju bagi melaksanakan mandat tradisi Bank Pusat sebagai pendorong kepada kestabilan

monetari dan kewangan. Dengan kata lain, BNM berperanan untuk menggalakkan kestabilan

monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan

ekonomi Malaysia yang mampan.

BNM juga memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem

kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor

ekonomi dan semua lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan.

Selain itu, Bank Negara Malaysia turut bertanggungjawab menyelia infrastruktur sistem

pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan

sistem kewangan. BNM juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi

memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan termasuk pasaran pertukaran asing.

Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, BNM akan memberikan

nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Selain itu, BNM

juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping

menguruskan rizab antarabangsa negara.

223092 Page | 1

Page 2: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Peranan Bank ini disokong oleh 39 jabatan / unit di Bank yang merangkumi tujuh

bahagian berdasarkan fungsian seperti dasar ekonomi & monetari, pelaburan dan operasi,

pengawalan, sistem pembayaran, penyeliaan, pembangunan organisasi serta komunikasi.

2.0 MISI BANK NEGARA MALAYSIA

Sebagai Bank Pusat, Bank Negara Malaysia komited untuk mencapai kecemerlangan

dalam usaha menggalakkan sistem monetari dan kewangan yang stabil dan membentuk sektor

kewangan yang kukuh dan progresif bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan demi

negara.

Misi ini hanya dapat dicapai dengan: 

mewujudkan budaya kerja yang memberikan penekanan pada standard profesionalisme

dan integriti, kehematan, kerja berpasukan dan inovasi yang paling tinggi

membangunkan dan mengekalkan tenaga kerja yang komited yang amat kompeten dan

proaktif, serta peka terhadap keperluan industri yang berubah-ubah

menggunakan pendekatan secara usaha sama dalam apa sahaja pekerjaan yang

dilaksanakan

menggalakkan penggunaan teknologi secara efektif dan amalan kerja yang baik bagi

mempertingkatkan produktiviti, kecekapan dan kualiti

menerima pakai dasar dan amalan bagi mempertingkat daya saing institusi kewangan

tempatan untuk menghadapi persaingan antarabangsa

mempunyai sumber kewangan dan instrumen kewangan yang sewajarnya bagi

menguruskan kestabilan monetari dengan berkesan. 

3.0 AKTA, POLISI & GARIS PANDUAN

223092 Page | 2

Page 3: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Bagi membolehkan Bank mencapai matlamatnya sebagai sebuah bank pusat, Bank

diperuntukkan kuasa perundangan yang komprehensif di bawah undang-undang berikut untuk

mengawal dan menyelia sistem kewangan. Undang-undang ini termasuk:

3.1

4.0 PEMBANGUNAN SEKTOR KEWANGAN 

Matlamat utama Bank Negara Malaysia (BNM) adalah untuk menggalakkan kestabilan

monetari dan kewangan yang kondusif bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia yang

mampan. Untuk tujuan ini, BNM memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sektor

kewangan yang progresif dan terangkum yang memerlukan asas-asas teras kestabilan kewangan

yang terus terpelihara pada setiap masa, sekali gus memastikan pengantaraan kewangan yang

cekap dan berkesan serta menyumbang kepada pencapaian matlamat pertumbuhan dan

pembangunan ekonomi negara.

Peneraju utama kepada proses pembangunan sektor kewangan ialah dua pelan induk 10

tahun, yang menyediakan asas kepada pertumbuhan sektor kewangan yang seimbang, terangkum

dan mampan. Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK), bagi tempoh 2001 - 2010, menyediakan

asas pembangunan sektor kewangan yang teratur, bermula dengan pembinaan keupayaan

institusi pengantara domestik dan pembangunan infrastruktur kewangan domestik. Ini diikuti

oleh usaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif sejajar dengan sektor

kewangan yang pengawalseliaannya lebih longgar dan lebih berorientasikan pasaran. Setakat ini,

semua saranan di bawah PISK  telah atau sedang dilaksanakan secara berterusan.

Pelan Induk kedua, iaitu Pelan Sektor Kewangan (PSK) dikeluarkan pada tahun 2011

untuk tempoh 2011- 2020. PSK dirumuskan berdasarkan pencapaian PISK untuk  mewujudkan

ekosistem kewangan yang terbaik kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan nilai tambah tinggi

dan berpendapatan tinggi, di samping meningkatkan peranannya dalam dalam memenuhi

223092 Page | 3

Page 4: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

keperluan kewangan yang kian meningkat di rantau Asia yang sedang pesat membangun ini.

Inisiatif akan diteruskan untuk memperkukuh hubungan sektor kewangan dan menyokong

integrasi antara rantau supaya pengantaraan lebihan dana berfungsi secara cekap dan berkesan

untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang luas di rantau Asia. Satu bahagian penting ialah

pengantarabangsaan kewangan Islam dan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam

antarabangsa.

Saranan-saranan dalam PSK tertumpu pada sembilan bidang utama yang disokong oleh 69

saranan dan lebih daripada 200 inisiatif. Bidang tumpuan PSK ialah:

i. Pengantaraan yang berkesan ke arah pembentukan ekonomi bernilai tambah tinggi dan

berpendapatan tinggi

ii. Membangunkan pasaran kewangan yang meluas dan dinamik

iii. Perkongsian kemakmuran yang lebih meluas melalui rangkuman kewangan

iv. Mengukuhkan integrasi kewangan serantau dan antarabangsa

v. Pengantarabangsaan kewangan Islam

vi. Memelihara kestabilan sistem kewangan

vii. Mencapai kecekapan ekonomi yang lebih tinggi melalui pembayaran elektronik

viii. Memperkasakan pengguna

ix. Pembangunan tenaga mahir untuk sektor kewangan.

Bagi dekad yang akan datang, sektor kewangan dijangka berkembang melangkaui

peranannya sebagai penggerak pertumbuhan kepada pemacu dan pemangkin utama pertumbuhan

ekonomi, dengan pertumbuhan sistem kewangan ditegarkan (anchored) kepada pertumbuhan

sektor benar. Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk dekad yang akan datang,

223092 Page | 4

Page 5: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

dijangka sistem kewangan akan berkembang pada kadar tahunan 8% hingga11%, iaitu

peningkatan sehingga enam kali ganda keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2020

(2010: 4.3 kali ganda daripada KDNK).  Pada masa yang sama, sumbangan sektor kewangan

kepada KDNK nominal dijangka meningkat daripada 8.6 peratus daripada KDNK pada tahun

2010 kepada antara 10 hingga 12 peratus menjelang tahun 2020.

4.0 Infrastruktur Pasaran Kewangan

 

223092 Page | 5

Page 6: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Dalam membangunkan pasaran modal tempatan, inisiatif utama tertumpu pada usaha

mewujudkan persekitaran pengawal seliaan yang menyokong, infrastruktur pasaran yang

komprehensif, pembangunan pasaran yang berterusan dengan kepelbagaian produk, mudah tunai

dan inovasi serta liberalisasi dasar pertukaran asing yang sedang dilaksanakan untuk menyokong

pembangunan pasaran kewangan. BNM telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memenuhi

objektif ini, yang antara lainnya termasuk penubuhan:

Fully Automated System for Issuing/Tendering (FAST)

Islamic Interbank Money Market website

BondInfo Hub

Cagamas Berhad

RAM Holdings

Malaysia Rating Corp Bhd.

5.0 Rangkuman Kewangan

 

Rangkuman kewangan merupakan teras penting dalam menyokong peranan pembangunan Bank

Negara Malaysia bagi memastikan setiap aktiviti ekonomi, kawasan geografi dan segmen

masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Rangkuman kewangan termasuk

memastikan orang ramai mempunyai akses kepada pembiayaan, perkhidmatan kewangan,

bantuan penyelesaian kewangan dan maklumat kewangan

5.1 Akses kepada Pembiayaan

Inisiatif akan terus diambil untuk memastikan supaya individu dan entiti

perniagaan yang berdaya maju mempunyai akses kepada pembiayaan yang mencukupi.

223092 Page | 6

Page 7: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Khususnya, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan satu mekanisme yang

komprehensif untuk memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai

akses kepada pembiayaan secara berterusan. Ini termasuk mewujudkan pengaturan

institusi, mengukuhkan penyedia perkhidmatan kewangan, membangunkan rangka kerja

institusi pembiayaan mikro, mewujudkan dana dan skim pembiayaan khas serta

meningkatkan jangkauan dan kesedaran. 

SME Corp

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Credit Guarantee Corporation (CGC)

Biro Kredit

Biro Kredit PKS

Skim Penyelesaian Hutang Kecil

Inisiatif juga telah diambil untuk memastikan akses yang berterusan kepada

pembiayaan melalui pasaran modal, yang berfungsi sebagai sumber alternatif untuk

pembiayaan korporat. Ini termasuk penubuhan Danajamin Nasional Berhad untuk

menyediakan penambahbaikan kredit kepada syarikat korporat bagi meningkatkan

keupayaan mereka memanfaatkan pasaran bon. Hasil daripada inisiatif pengawalseliaan,

pembinaan infrastruktur dan liberalisasi dasar pertukaran asing yang berterusan, pasaran

modal Malaysia telah meningkatkan keluasan dan kedalamannya  sekali gus memainkan

peranan penting dalam memenuhi keperluan pembiayaan jangka sederhana dan panjang

sektor awam dan swasta. Sehingga kini, pasaran bon Malaysia adalah yang ketiga

terbesar di Asia selepas Jepun dan Korea.

223092 Page | 7

Page 8: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

5.2 Akses kepada Perkhidmatan Kewangan 

Bank Negara Malaysia menggalakkan program jangkauan yang meluas melalui

pembukaan rangkaian cawangan bank yang lebih banyak untuk meningkatkan akses

orang ramai kepada perkhidmatan kewangan. Berdasarkan kajian Bank Dunia,

dianggarkan bahawa kira-kira 80%1penduduk Malaysia mempunyai akses kepada akaun

simpanan. Selain daripada cawangan yang ada, bank perdagangan secara proaktif

memanfaatkan saluran penyampaian alternatif seperti perbankan mudah alih dan unit

bergerak untuk menambah kecekapan jangkauan sambil mengekalkan kos urus niaga

pada kadar yang munasabah.

Usaha menambah baik akses kepada perkhidmatan kewangan juga bertujuan

untuk memastikan orang ramai mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan

kewangan pada kos yang berpatutan. Institusi perbankan juga dikehendaki  menawarkan

akaun simpanan asas dan akaun semasa asas pada kos yang minimum kepada semua

rakyat Malaysia dan penduduk tetap. Institusi perbankan juga dikehendaki untuk

menyiarkan dan memberi maklumat mengenai yuran, caj dan komisen yang dikenakan ke

atas produk dan perkhidmatan.

 

5.3 Akses kepada Bantuan Penyelesaian Kewangan dan Akses kepada

Maklumat Kewangan

 

Untuk melindungi kepentingan dan meningkatkan keupayaan kewangan

pengguna, Bank Negara Malaysia menyediakan pelbagai saluran kepada pengguna untuk

membuat tuntutan kewangan dan menangani isu-isu berkaitan pengguna.

223092 Page | 8

Page 9: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Bagi membantu pengguna membuat keputusan yang wajar seiring dengan

keperluan dan kemampuan mereka, pelbagai usaha telah diperkenalkan. Ini bertujuan

untuk meningkatkan tahap celik pengguna melalui Program Pendidikan Pengguna yang

komprehensif.  Ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada

maklumat yang relevan mengenai produk dan perkhidmatan kewangan serta memberikan

pendidikan yang mencukupi kepada pengguna agar mereka memahami risiko dan

obligasi yang terlibat.

6.0

7.0

8.0

223092 Page | 9

Page 10: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

223092 Page | 10

Page 11: PENGENALAN_PENTADBIRAN KEWANGAN

GMGF2023-Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

223092 Page | 11