pengenalan_finalproject

2
PENGENALAN Menyebut mengenai penghadang jalan ( guard rail ) pasti ramai diantara kita semua faham mengenainya. Umum mengetahui dan mengenali apa itu 'penghadang jalan'. Ia sebenarnya adalah satu keperluan yang dipasang di lebuhraya khususnya bertujuan untuk menghalang kenderaan dari terbabas ke jalan bertentangan apabila terjadinya sesuatu 'hentaman' kuat oleh kenderaan. Hentaman biasanya berlaku akibat daripada kemalangan. 'Penghadang jalan' ini juga dapat meminimakan hentaman dan perlanggaran kenderaan yang bertentangan. Sejak akhir ini, banyak perlanggaran atau kemalangan berlaku dilebuhraya. Ada diantaranya amat tragis, dan mengerikan, kenderaan berpusing dan terbalik didalam cerun, longkang dan sebagainya. Dalam kemalangan tragis ini, kita dipaparkan oleh media bahawa ada dikalangan para penumpangnya terbunuh akibat 'tusukan besi' penghadang jalan. Ada yang putus kepala, terburai perut dan ada juga yang menusuk badan sehingga putus dua dsbnya. Hentaman kuat oleh kenderaan keatas besi penghadang jalan, dan bila ini terjadi maka besi penghadang jalan akan tercabut atau tertanggal lalu menerjah serta menusuk kenderaan atau pemandu dan penumpang yang berada berdekatan dengannya. Impak dari perlanggaran inilah, akan membunuh secara senyap pemandu, penumpang atau pengguna jalanraya yang berada berhampiran dengan kemalangan ini.

Upload: nurul-shafinaz

Post on 14-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

project fyp diploma

TRANSCRIPT

PENGENALANMenyebut mengenai penghadang jalan ( guard rail ) pasti ramai diantara kita semua faham mengenainya. Umum mengetahui dan mengenali apa itu 'penghadang jalan'. Ia sebenarnya adalah satu keperluan yang dipasang di lebuhraya khususnya bertujuan untuk menghalang kenderaan dari terbabas ke jalan bertentangan apabila terjadinya sesuatu 'hentaman' kuat oleh kenderaan. Hentaman biasanya berlaku akibat daripada kemalangan. 'Penghadang jalan' ini juga dapat meminimakan hentaman dan perlanggaran kenderaan yang bertentangan.Sejak akhir ini, banyak perlanggaran atau kemalangan berlaku dilebuhraya. Ada diantaranya amat tragis, dan mengerikan, kenderaan berpusing dan terbalik didalam cerun, longkang dan sebagainya. Dalam kemalangan tragis ini, kita dipaparkan oleh media bahawa ada dikalangan para penumpangnya terbunuh akibat 'tusukan besi' penghadang jalan. Ada yang putus kepala, terburai perut dan ada juga yang menusuk badan sehingga putus dua dsbnya.

Hentaman kuat oleh kenderaan keatas besi penghadang jalan, dan bila ini terjadi maka besi penghadang jalan akan tercabut atau tertanggal lalu menerjah serta menusuk kenderaan atau pemandu dan penumpang yang berada berdekatan dengannya. Impak dari perlanggaran inilah, akan membunuh secara senyap pemandu, penumpang atau pengguna jalanraya yang berada berhampiran dengan kemalangan ini.

Justeru itu, penghadang jalan dari jenis besi ini amat tidak sesuai dijadikan 'penghadang jalan' dan perlu diganti dengan yang lain kerana ianya boleh 'membunuh' sesiapa sahaja jika berlakunya hentaman kuat. Sebagai alternatif, pihak berwajib seharusnya mencari pengganti 'guard rail' bagi mengatasi masalah ini dengan bentuk lain, umpamanya penghadang jalan dari jenis 'getah' atau 'gentian getah'.

Jika ianya dari jenis getah, bila terjadinya hentaman kuat, pasti ianya tidak tercabut atau terpelanting atau menusuk sesiapa malah dapat menghalang kenderaan kerana ianya akan 'menganjal' apabila terkena hentaman kuat malah dapat meminimakan kejadian maut.