pengenalan.docx

3
1.0 PENGENALAN Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaraan (EDU 3063) yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai analisis implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengajaran. Menurut kamus dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan . Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kepada sistem pendidikan. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum.Oleh itu semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan , kepercayaan, kesenian, tatasusila , undang-undang dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah yang memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia.

Upload: sathi

Post on 12-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengenalan.docx

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan.docx

1.0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan

Pembelajaraan (EDU 3063) yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai

analisis implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengajaran.

Menurut kamus dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan

sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu

cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem masyarakat

majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan

sistem pendidikan . Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kepada sistem

pendidikan. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan

pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu

implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum.Oleh itu

semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut.

Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih

luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan , kepercayaan, kesenian, tatasusila , undang-

undang dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai

anggota masyarakat.

Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah yang

memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia.

Page 2: pengenalan.docx

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga

sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya

dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid.

Namun demikian, sesetengah kurikulum kadang-kadang mempunyai konotasi negatif

kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong

perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan

jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata.

Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada

pengajaran dan pembelajaran sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan

sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.