pengenalanb&k (1)

3
1 Pengenalan BIMBINGAN DAN KAUNSELING: PENGENALAN Kaunseling merupakan satu cabang bidang psikologi yang mengaplikasikan pengetahuan psikologikal dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam membantu dan membimbing seseorang individu yang berada dalam keadaan kebingungan (state of confusion), atau ketidakpastian (undecisiveness) dalam membuat keputusan mengenai apakah matlamat dan arah tujuannya pada masa kini dan masa hadapan. Namun begitu, apabila memperkatakan tentang kaunseling secara umum, ia merangkumi beberapa elemen utama (McLaughlin, 1999). Elemen yang pertama memperlihatkan kaunseling sebagai satu hubungan profesional, yang mana seorang individu bermatlamat untuk membantu seorang individu yang lain meneroka sesuatu peristiwa atau sesuatu masalah yang sedang dialaminya, atau meneroka proses perkembangan yang sedang berlaku dalam diri individu yang ingin di bantu itu. SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling – Jamaludin Ramli 1

Upload: nur-hafizah-razali

Post on 01-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

falsafah

TRANSCRIPT

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1 Pengenalan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING: PENGENALAN

Kaunseling merupakan satu cabang bidang psikologi yang mengaplikasikan pengetahuan psikologikal dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam membantu dan membimbing seseorang individu yang berada dalam keadaan kebingungan (state of confusion), atau ketidakpastian (undecisiveness) dalam membuat keputusan mengenai apakah matlamat dan arah tujuannya pada masa kini dan masa hadapan.

Namun begitu, apabila memperkatakan tentang kaunseling secara umum, ia merangkumi beberapa elemen utama (McLaughlin, 1999).

Elemen yang pertama memperlihatkan kaunseling sebagai satu hubungan profesional, yang mana seorang individu bermatlamat untuk membantu seorang individu yang lain meneroka sesuatu peristiwa atau sesuatu masalah yang sedang dialaminya, atau meneroka proses perkembangan yang sedang berlaku dalam diri individu yang ingin di bantu itu.

Kedua, kaunseling melibatkan kemahiran-kemahiran yang dapat menjana proses penerokaan ini. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan, antara lain adalah seperti kemahiran mendengar apa yang diperkatakan oleh individu yang ingin di bantu, kemahiran menunjukkan sikap empati terhadapnya, kemahiran mencabar pemikiran individu tersebut, serta kemahiran tingkah laku atau bukan lisan yang dapat membantu individu itu. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membantu individu memahami perasaan, pemikiran dan tingkah lakunya sendiri serta individu lain yang signifikan di sekelilingnya. Berdasarkan kefahaman ini, individu tersebut akan dapat bertindak dengan cara yang lebih efektif dan produktif dalam perhubungannya secara perseorangan (intrapersonal relationship) dan perhubungannya dengan orang lain (interpersonal relationship).

Ketiga, kaunseling mengutamakan kesedaran kendiri individu dan setiap tahap perkembangan ke arah pembentukan kesedaran ini merupakan sebahagian daripada proses kaunseling.

Akhir sekali, kaunseling juga di rujuk sebagai satu proses pembelajaran yang menggabungkan ketiga-tiga aspek manusia iaitu pemikiran, perasaan dan perbuatan.

Rujukan:

McLaughlin, C. (1999). Counseling in schools: Looking back and looking forward. British Journal of Guidance and Counseling. 27 (1): 13-22.

PAGE 1( SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling Jamaludin Ramli