pengenalan sosiolinguistik

Upload: veleria-cloudy

Post on 17-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

2.1 PENGENALAN Sosiolinguistik merupakan gabungan perkataan sosio dan linguistik yang bermaksud kajian bahasa secara saintifik dalam bidang sosial. Terdapat beberapa pendapat tentang definisi sosiolinguistik. Menurut Nik Safiah Karim (1981), sosiolinguistik ialah bidang yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan, manakala Peter Trudgill (1974) berpendapat bahawa sosiolinguistik merupakan satu cabang ilmu yang meninjau bahasa dan kebudayaan. Selain itu, berdasarkan Kamus Dewan (2005: 1519), sosiolinguistik ditakrifkan sebagai kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Konklusinya, sosiolinguistik ialah bidang yang memberi tumpuan kepada bahasa dan hubungannya dengan masyarakat. Dialek sosial membawa erti variasi atau kelainan bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Dialek sosial juga dikenali sebagai bahasa daerah atau loghat. Loghat digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan di sesuatu kawasan. Ahli-ahli linguistik antropologi mentakrifkan loghat sebagai suatu bentuk bahasa tertentu yang dipakai oleh suatu komuniti perbualan. Seterusnya,istilah loghat berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahasa manakala istilah dialek dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial adalah seperti taraf pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian, sikap penutur, gangguan bahasa serta latar belakang keluarga dan tempat tinggal.